18 Jun 2010

Pembinaan Istana Negara Baru : Fakta Nga Kor Ming Tahap Sampah!!



Sudah lama saya tidak menulis di dalam blog. Kekangan masa dan komitmen kerja memerlukan saya lebih fokus kepada kerja hakiki saya sebagai seorang Jurutera JKR. Lebih - lebih lagi setelah di beri amanah untuk menyelia kerja pembinaan jalan masuk ke Istana Negara Baru yang terletak di Jalan Duta.

Sepanjang minggu ini di dalam Dewan Rakyat, kedengaran suara - suara yang mempertikaikan perlaksanaan dan pembinaan Istana Negara Baru ini. Dengan aspek kos yang dikatakan meningkat 2 kali ganda daripada cadangan asal dan juga kaedah perlaksanaan kontrak kerja kepada kontraktor yang kononnya bermasalah.

Paling kuat mempersoalkannya adalah puak - puak penentang Sistem Raja - Raja Melayu siapa lagi kalau tidak DAP!

Yang kelakarnya, fakta dan kenyataan terutama daripada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membuatkan saya dan rakan - rakan di JKR berguling - guling ketawa melihatkan tahap pra-matang pemikiran beliau! Dengan erti kata lain KEBODOHAN beliau!

Beliau berkata kos asal pembinaan Istana itu seperti yang diumumkan pada tahun 2006 oleh adalah RM 400 juta dan tiba - tiba meningkat sekali ganda menjadi RM 800 juta.

Adakah realistik untuk memperkatakan membuat Istana Negara di kawasan yang mempunyai keluasan hampir 10 kali ganda daripada Istana Negara yang ada sekarang ini dengan jumlah RM 400 juta? Sedangkan nak membaiki dan membaikpulih parlimen pun sedikit masa dahulu menelan belanja  lebih RM100 juta ?

RM 400 juta atau lebih tepat RM 442,551,500.00 adalah kos anggaran yang dibuat lebih 10-15 tahun dahulu. Jika dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM 400 juta hanya boleh membuat 'soil treatment', 'earthworks', 'slope treatment' dan lain -lain 'geotechnical works' sahaja tanpa sebuah bangunan!

Secara teknikalnya keperluan untuk merekabentuk struktur bangunan dan tanah yang boleh kekal lebih 99 tahun perlu membelanjakan wang yang banyak.

Istana Negara perlu dibina dengan ciri keselamatan khas dan mana mungkin kita boleh membuat kaedah tender terbuka sebab proses tender terbuka memerlukan lukisan pembinaan di buat banyak salinan untuk diberi kepada penender. Ini adalah langkah yang cukup berisiko kerana melibatkan keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Apa akan jadi jika lukisan itu terlepas ke tangan orang asing?

Sedangkan kami yang terlibat secara khusus ini pun tidak dibenarkan melihat full-set lukisan secara detail inikan pula orang luar!

Nga Kor Ming juga menuduh bahawa AZSB yang membuat Persimpangan Bertingkat Jalan Duta menuju ke Istana Negara terlibat di dalam pembinaan Stadiun Sultan Mizan adalah fakta yang korup!

AZSB tidak terlibat di dalam pembinaan stadium tersebut. 3 kontraktor yang terlibat adalah Bina Struktur S/B, Emarcon S/B dan Genggam Mercu S/B. Setahu saya mereka juga bukan proksi kepada Ahmad Zaki S/B. Mana lah si mamat Taiping ni petik..memang lah di akui Tan Sri Ahmad Zaki orang Terengganu tetapi ia tidak terlibat secara langsung dalam projek stadium yang runtuh tersebut.

Banyak rakyat yang mempertikaikan kewajaran membina Istana Negara baru yang menelan kos yang tinggi tetapi sekiranya rakyat tahu rahsia di sebalik projek ini, maka pasti rakyat akan menyokong terutama orang Melayu kerana inilah bukti bahawa Melayu  tidak hilang di Kuala Lumpur...kerana Raja - Raja Melayu adalah simbol kuasa Melayu!!

DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!