Buat semua para blogger diucapkan salam perkenalan.
Kehadiran blog ini merupakan cetusan hati nurani penulis untuk turut serta dalam 'meraikan' cetusan dan letusan idea dalam wadah alternatif massa.
Semoga dengan kehadiran blog ini mendapat sokongan dalam kita berbincang dengan lebih telus mengenai pelbagai aspek kehidupan desawarsa kita sekarang.
Penulis akui bahawa sekarang kecenderungan para blogger lebih kepada perbincangan isu politik semasa. Perkara ini memang tidak boleh keluar dari kotak fikiran orang Melayu sejak zaman dahulu lagi.
Pertembungan dan konflik yang wujud di dalam media alternatif ini jangan dijadikan sebab untuk kita menuding jari menunjukkan kesalahan orang lain dan mencetuskan permusuhan / hasad dengki. Kewujudan media ini perlu kita garap untuk menjadi lebih positif. Lebih baik kita memperbincangkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bukan dijadikan senjata untuk menghentam pihak yang tidak sealiran dengan kita.
Isu ekonomi, pendidikan, perpaduan,sosial dan kemajuan insan lebih penting melihatkan sekarang orang Melayu seperti hilang arah dan pendirian.
Semoga kita akan lebih berhemah dalam melontarkan idea demi melihat bangsa, agama dan negara kita akan terus maju.
Salam Perpaduan
Local_Fighter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan