Politik di Malaysia tidak pernah reda dengan kontroversi semenjak Pilihanraya Umum Pertama 1955 hinggalah sekarang. Keadaan ini lebih meruncing dengan merudumnya sokongan pengundi kepada parti pemerintah pada tahun 2008.
Tetapi ada satu perkataan yang murni tapi telah dijijikkan oleh pimpinan parti siasah di Malaysia ini iaitu R-A-K-Y-A-T.!
Istilah RAKYAT ini digunakan untuk meraih undi dan menagih simpati agar masyarakat umum menjadikan mereka pilhan di kertas undi.
Hal ini lebih menjijikkan setelah parti-parti pembangkang membuat satu konsesus yang goyah untuk menubuhkan satu rejim siasah yang sama matlamatnya iaitu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Ia dikenali sebagai Pakatan Rakyat! Apa yang dipakatkan oleh rakyat. Adakah benar pakatan ini betul-betul membawa aspirasi dan kehendak rakyat kesemuanya?
Adakah keseluruhan rakyat Malaysia membenarkan penipuan fakta dan sikap prejudis pimpinan pembangkang dalam apa jua yang kerajaan telah jayakan? Konotasi dan implementasi yang tidak jelas dalam kewajaran penggunaan perkataan R-A-K-Y-A-T ini membawa 1001 persoalan dibenak kepala saya.
Di Bagan Pinang, kepala manifesto pembangkang berbunyi Bersama Kehendak Rakyat juga menimbulkan kekeliruan saya. Adakah ini bermaksud pembangkang bersama kehendak penjenayah (juga rakyat), kaki rasuah (juga rakyat), atau anak-anak kecil yang tahu merengek bila gagal mendapat apa yang dihajatinya (juga rakyat)?
Jika benar, tugasan berat telah menanti pakatan ini terutama di negeri - negeri yang telah mereka menang. Mereka perlu memuaskan hati rakyat yang bukan sahaja terdiri daripada orang baik-baik tetapi penjenayah juga jangan dilupa untuk memenuhi kehendak mereka. Kes pembelaan atas kematian A.Kugan juga menunjukkan mereka sedaya upaya memenuhi kehendak rakyat yang menjadi penjenayah. Tahniah! Ramai lagi penjenayah diluar sana memohon 'pembelaan' yang sewajarnya daripada Pakatan Rakyat yang sentiasa menjuarai isu masyarakat!
Penggunaan istilah RAKYAT ini adalah terkenal semasa zaman - zaman revolusi di negara barat. Semasa Revolusi Rusia 1917, Vladimir Ilyich Lenin menggunakan indikator dan implementasi yang sama iaitu menggunakan istilah RAKYAT untuk memujuk orang Russia bangkit menentang Tsar.
Bagi saya, istilah dan penyalahgunaan RAKYAT ini adalah manifestasi daripada kewujudan aliran sosialis dan komunis! Kebanyakan buku dan manuskrip yang beraliran ini sering mengaitkan dengan kebangkitan RAKYAT. Adakalanya idea untuk menyamaratakan hak dan status rakyat adalah baik tetapi di dalam suatu ketika ia sebenarnya menidakkan kesungguhan dan ketekunan segelintir rakyat untuk mendapat apa yang dihajati berbekal apa yang dimiliki.
Misalnya, doktor dan petani mendapat gaji yang sama dan berbasikal yang sama. Ini tidak adil kepada doktor. Inilah yang diterapkan dalam fahaman sosialis dan komunis dengan berbonekakan perkataan RAKYAT!
Saya melihat, anasir fahaman ini sudah mula menular di dalam khemah persekutuan parti pembangkang ini. Kenapa saya kata khemah tidak rumah? Sebab pakatan yang dibuat ini tidak kuat dan hanya disokong oleh paku-paku disekelilingnya sahaja bukannya bancuhan konkrit dan besi bertetulang yang kuat! Bila-bila masa akan tumbang!
Tetapi amat malang, parti pemerintah juga telah terikut-ikut dengan gaya pembangkang dengan mengokspolatasi kalimah RAKYAT ini untuk meraih undi. Tidak perlu bercakap BN sentiasa membela rakyat kerana istilah rakyat memberikan pelbagai istilah yang kontradiksi.
Istilah rakyat telah menjadi satu kalimah retorik dalam kotak pemikiran saya sama ada ia datang daripada parti penyanggah mahupun kerajaan, perkataan RAKYAT ini telah disalahgunakan sama sekali! dalam erti kata lain, kalimah R-A-K-Y-A-T telah dilacurkan oleh orang politik menjadikannya lebih hina dari zina!
Tulisan yang menarik.
BalasPadamPenyalahgunaan perkataan "rakyaat" samalah juga dengan penyalahgunaan perkataan "Islam" dalam Parti Islam Semalaysia, penyalahgunaan perkataan "Keadilan" Oleh PKR dan Hak sama rata oleh DAP.
Islam amalan Pas bukan Islam sebenar, tetapi mengamalkan "Islam Politik" demi kuasa semua yang mereka lakukan adalah betul...
Keadilan bagi PKR hanyalah untuk mereka sahaja...Mereka boleh mengamalkan rasuah, kroni, liwat malah apa sahaja dan menuding jari kepada orang lain.
Hak sama-rata bagi DAP adalah memberi mereka peluang untuk merebut apa sahaja peluang untuk diri mereka sendiri dan menindas orang lain terutamanya kaum buniputera, penduduk asal negara ini.