Sekalung tahniah dan syabas kepada rakan blogger GAP dan Darulehsan Today kerana pendedahan Isu Sri Andalas telah menyebabkan Pas semakin diragui landasan perjuangannya.
Saya masih tertunggu - tunggu apa fatwa politik Tok Guru MB Kelantan dan ulama' politik serta umara' erdogan dalam isu Xavier masuk dalam dewan masjid! Di dalam harakah daily, pusat utama mengadu domba di alam maya juga tidak mengulas isu ini. Jika dia masuk untuk mengucap kalimah Syahadah, tak pa lah juga tetapi atas alasan untuk bagi 'kata - kata nasihat'. Hehehe. Kat luar masjid pun boleh Dr. Yang kau pergi masuk dalam tu kenapa? Tapi yang bodoh dan diperbodohkan adalah Ahli J/kuasa masjid dan ahli kariah yang mendengar 'majlis ilmu' Dr. Xavier (salah seorang penggerak utama IFC - menuntut kesamarataan agama di Malaysia!)
Pas semakin terjerat dengan permainan politiknya sendiri. Inilah akibatnya sanggup berkawan dengan syaitan untuk menentang UMNO yang membina Islam di Malaysia! Orang yang dituding semestinya Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali. Kesian, belum reda isu Asri, datang pula isu Xavier.
Nasihat saya kepada Dato' Hassan, mufarakah daripada Pas. Jadi bebas lagi bermaruah daripada bersekongkol dengan malaun dan 'dajjal' Anwar! Islam liberal semakin meresapi Pas. Pas berhadapan pertarungan idealogi terhebat sejak sejarah penubuhannya! Jika takut isu terjatuhnya cerai taklik talak 3 atas baiah sesat Pas sekiranya lompat keluar daripada Pas, rujuklah ulama' yang lebih rasional. Tan Sri Mufti Perak sedia membantu.
Kunci utama pergolakan utama ini berada di tangan Hassan Ali. Keluarkannya daripada tombol pintu kejahatan angkara DAP dan 2-Khalid. Lakukan bersama jemaah Islam yang sama pegangan dan perjuangan iaitu UMNO. Untuk bersama membuka kembali pintu Kota Darul Ehsan yang lebih sejahtera dan terpelihara daripada dasar Islam Liberal garapan Anwar!
SLM BRO..SI MAMAK SHILAKAK TU SAJE NAK PERSENDAKAN ULAMAK KAYU MCM PAK AJIS & THE GANG!. KLU PAK AJIS BERANI INI LA MASENYA DIA HENTAM HABIS2 SI MAMAK SHILAKAK TU!.
BalasPadamPSL TU LA PAS SEMAKIN MERANA DI SEBABKAN AJARAN SONGSANG DLM PUAK TU SENDIRI..ADOIYAII