Di arena politik tanah air, Samy Vellu amat sinonim dengan kepimpinan kontroversi dalam parti MIC. Acapkali beliau diserang dengan tuduhan dan sindiran berkenaan 'kedegilan' beliau turun daripada merajai kerusi No. 1 parti terbesar kaum India itu.
Tetapi berlainan pula kepimpinan beliau di Kementerian Kerja Raya. Walaupun ada beberapa isu seperti MRR2 dan penglibatan syarikat anak beliau dalam tender kerajaan, kepimpinan beliau masih lagi dihormati terutama oleh pegawai - pegawai veteran JKR.
Sering kali saya mendengar perbualan mereka yang membandingkan ketokohan Samy Vellu dengan 2 menteri selepasnya iaitu Dato' Ir Mohd Zin dan Dato' Seri Shaziman Abu Mansor.
Pegawai - pegawai tinggi JKR ini masih berpendapat kepimpinan Samy Vellu lebih bagus terutama dalam soal mencari dana / peruntukan pembangunan dan juga layanan kepada soalan wartawan.
Siapa tidak kenal dengan 'kepetahan' Samy Vellu bercakap dalam bahasa kebangsaan sering menjadi bahan jenaka satira politik tetapi kita lupa bahawa usaha beliau bercakap bahasa kebangsaan itu wajar dipuji kerana beliau tidak malu walaupun penguasaan masih lemah.
Shaziman Dan Lagak Sombongnya !
Semalam, satu sesi lawatan ke Rawang diadakan untuk meninjau keadaan kesesakan yang teruk setiap kali waktu puncak. Beritanya ada diulas di Utusan Malaysia, yang dihadiri oleh Shaziman, Dato' Thomas George (KSU KKR), Dato' Seri Judin (KP JKR), dan beberapa pegawai daripada Cawangan Jalan (pejabat saya).
Apa yang amat menjengkelkan adalah cara Dato' Shaziman berfikir dan bertindak sebagai seorang Menteri. Memang patutlah jika beliau disingkirkan dalam rombakan kabinet kelak!
Semasa boss saya membentangkan laporan teknikal pasal pembinaan Jalan Pintasan Rawang, Shaziman terlampau rigid dan skeptikal menyoal. Kononnya ingin melihatkan beliau bijak dalam teknikal, maka semua yang dilaporkan ada saja tidak kena. Bila boss saya dah geram, ditanyanya balik apa perancangan beliau, tetapi beliau pun dah belajar menjadi raja spin, cakap ntah apa-apa, balik - balik disuruh kita yang buat!
Bila soalan peruntukan lebih RM 400 juta diperlukan ditanya, jawapannya mudah "Dato' Thomas George, you buat surat minta peruntukan daripada Kementerian Kewangan". Itu sahaja! Shaziman, you tu Menteri, KSU dan Menteri siapa yang lebih autoriti? You le pergi minta, lebih afdal !
Lain pula semasa zaman Samy Vellu, boss saya juga pernah bentang laporan berkenaan MRR2 kepada Samy Vellu. Cara Samy Vellu layan penjawat awam sangat baik, sebelum bentang dia jemput datang hi-tea di rumahnya di Jalan Ipoh, berbincang sampai larut malam, boss saya yang ketika itu datang dengan kenderaan pejabat ditawarkan oleh Samy Vellu untuk dihantar oleh drivernya ke rumah (sebab pemandu JKR dah blah awal)!
Samy Vellu kalau nak buat projek tetapi peruntukan tidak ada, apa beliau jawab, "Ok, takpa nanti saya usahakan sampai dapat duit untuk buat projek itu"! Ini baru jawapan menteri bukan macam Shaziman!
Satu lagi yang saya geram dengan lagak sombong Shaziman ini bila sesi press conference. Ada satu mamat ini nak tanya soalan, lalu dijawab 'You bukan press, takpa nanti boleh soal. Ini untuk press sahaja'!
Ada seorang amoi daripada press mana ntah, tanya soalan, jawab Shaziman, "Soalan you tu I boleh jawab tapi nanti masa election vote I ok..?' apsal lah AKU dapat menteri yang bangang macam ni! kalau nak buat lawak sekalipun, janganlah sampai jatuhkan status menteri dan nama baik BN dan UMNO !
Jika zaman Samy Vellu, bila ada press tanya seboleh - boleh dia akan jawab. Ada lawak dan sindiran. Wartawan pun enjoy dalam PC. "Sudah habis soalan? Jom saya belanja minum," ni dialog selalu Samy Vellu cakap lepas habis PC di sambut dengan gelak daripada orang sekeliling. Ni saya tengok muka wartawan masa PC Shaziman, terkulat - kulat, penuh serius, pressure pun ada! Memang patut Shaziman kena kick dari kabinet 1Malaysia!
Shaziman walaupun selalu nampak beliau turun melawat projek di media, tetapi bila diminta buah fikiran, hampeh..ngabihkan bogheh yo! Jika turun padang nak jalan - jalan cari pasal baik duduk pejabat diam - diam! Menteri bila turun padang perlu bersedia dengan idea untuk selesai masalah bukan mengembalikan masalah tersebut kepada orang yang mengadu!
Saya memang menyokong benar Menteri Kerja Raya ini ditukar!!
Salam tuan blog...
BalasPadamSaya pangkah undi saranan tuan...
perlop
setuju..
BalasPadamSalam bro,
BalasPadamsaya setuju sangat-sangat dengan tulisan saudara ini.
maka itulah sehingga sekarang saya tetap mengkagumi ketokohan Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai bekas Menteri Kerja Raya.
saya masih ingat ketika waktu pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir, hanya antara Datuk Seri Samy dengan Datuk Amar Dr Leo Moggie saja yang sering bertukar-tukar portfolio sesama mereka iaitu Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos(dulu)...
tentang Datuk Shaziman Mansor, saya kurang pasti tapi kalau bab beliau sebagai "jejaka perasan" bolehlah buat telahan... ;-)
PT, inilah kalau dikatakan, tak tahu, buat-buat tahu, dia sendiri tak tahu apa yang dia tak tahu......
BalasPadam