Pengumuman oleh Mercedes bahawa Petronas menjadi penaja utama untuk kempen Formula 1 tahun hadapan menamatkan spekulasi syarikat gergasi petroleum negara ini berkenaan tentang komitmen dalam siri perlumbaan paling popular itu.
Petronas telah menandatangani perjanjian jangka panjang yang tidak dinyatakan untuk menjadi penaja untuk pasukan bekas juara dunia, Micheal Schumacher dan penyandang juara kereta pengeluar tahun lepas iaitu Brawn GP yang diambil alih oleh Mercedes.
Tahun hadapan, Micheal akan memandu kerea Mercedes GP PetronasTM bersama Nico Rosberg.
Dengan termaktubnya perjanjian ini, maka hasrat Lotus F1 Racing Team yang sebelum ini digembar-gemburkan sebagai 1Malaysia F1 Team untuk mendapatkan penajaan besar Petronas tidak berhasil.
Mungkin akan ada cakap - cakap bahawasanya Petronas tidak patriotik dalam isu penajaan sukan permotoran terbesar dunia ini.
Alex Yoong yang bertindak sebagai koordinasi teknikal untuk Lotus F1 Racing Team berasa keputusan Petronas menyertai Mercedes dan bukannya Lotus adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku. Ia seolah - olah menggambarkan Petronas tidak patriotik di dalam menyokong aspirasi kerajaan.
Petronas kini di dalam dilema sama ada dituduh tidak patriotik atau sanggup mempertaruhkan reputasi antarabangsanya kepada pasukan yang masih di dalam pembikinan.
Seperti sedia maklum, Petronas satu jenama antarabangsa. Disenaraikan antara 500 syarikat gergasi dunia. Maka sebarang komitmennya teeradap sebarang jua bentuk perniagaan akan dinilai dan diukur bukan setakat 26 juta rakyat Malaysia tetap lebih 5.5 billion penduduk dunia!
Dalam isu ini, saya berpendapat adalah sangat wajar untuk Petronas memilih rakan pasukan yang lebih diyakini kemampuannya dan bukan setakat dijadikan instrument politik dan kepentingan jangka pendek.
Lotus F1 Team mungkin hanya beraksi dalam tempoh 3-5 tahun, bergantung kepada prestasi di litar dan amaun penajaan berbanding Petronas yang perlu hidup lebih 30 - 50 tahun akan datang demi rakyat dan survival ekonomi Malaysia. Kita perlu realistik dalam perkara ini!
Bukan niat kita untuk menidakkan kemampuan pasukan tajaan rakyat Malaysia ini tetapi ia perlu berdasarkan konsep ' ukur baju di badan sendiri'. Iya, sepatutnya kita tidak perlu sangsi dengan aspirasi kerajaan dalam membangunkan sukan permotoran ini atas jenama sendiri tetapi kita perlu melihat kemampuan dan sejarah kita sendiri.
Dengan perubahan nama pasukan tidak sampai pun 2 bulan selepas diumumkan menunjukkan bahawa komitmen dan sikap bersungguh-sungguh penggeraknya mulai dipertikaikan.
Seharusnya Malaysia dan kerajaannya tidak dilibatkan secara langsung di dalam model yang berbentuk perniagaan ini yang akan mempertaruhkan untung nasib sama ada rugi atau untung..! Kerana jumlah yang perlu dilaburkan sangat banyak dan pulangan belum tentu lagi.
Ia berbeza dengan konsep menyediakan fasiliti dan infrastruktur dalam pembangunan sukan permotoran ini. Pembinaan Litar F1 Sepang menjamin keuntungan jangka panjang kerana ia tidak terikat dengan perlumbaan F1 semata - mata tetapi siri perlumbaan lain seperti MotoGP dan sebagainya.
Seharusnya pembangunan sukan permotoran ini perlu mengambil masa untuk bersedia dengan secukupnya. Lebih baik dana itu digunakan untuk menyediakan bakal pelumba bertaraf dunia. Letakkan sasaran yang lebih realistik dalam jangka masa yang munasabah.
Saya lebih cenderung melihat pembangunan sukan F1 Powerboat di Malaysia yang menjadikan anak-anak kecil dibawah 12 tahun sebagai karektor utama untuk dipersiapkan menjadi jaguh dunia suatu hari nanti.
Adakah kita sudah lupa, nasib yang telah menimpa pasukan Alex Yoong dahulu, KL Minardi? Ditaja sebegitu banyak dan ditambah dengan penajaan Magnum 4D, tetapi selalu sahaja tidak menghabiskan semua pusingan ataupun menduduki tangga tercorot. Adakah ini yang kita inginkan?
Tetapi isu kegagalan KL Minardi Team tidak dihebohkan ketika itu kerana kedudukan pembangkang yang tidak kuat. Berlainan pula masa sekarang! Pembangkang sentiasa memerhatikan setiap derap langkah dan bait-bait tutur kata parti pemerintah.
Saya percaya sekiranya projek ini gagal atau tidak mencapai piawaian tertentu, maka ia sedikit sebanyak akan memberi impak kepada kelansungan parti pemerintah...
Petronas, pilihan pasukan anda tidak salah..!
Lotus F1 Racing Team, buktikan bahawa anda pasukan yang mampu menggugat! Kerana kegagalan anda akan memberi kesan kepada nama Najib dan seluruh jentera pemerintahan beliau!!
Saya setuju dengan pilihan Petronas.
BalasPadamKereta2 lumba Petronas mungkin akan dapat menghiasi "front row" selalu.
Lotus F1 jangan marah.Kena buktikan keupayaan,baru boleh demand2.
Lotus F1, sure ada orang kat dalam tu marah... sbb komisyen tak masukkk..... kalau tak jadi jutawan me segera
BalasPadamsecara peribadi saya lebih banyak penglibatan korporat malaysia dalam sukan F1 lebih baik tetapi janganlah tertumpu pada satu pasukan sahaja.
BalasPadamkalau boleh setiap pasukan F1 ada membawa jenama syarikat korporat malaysia. Maka jenama Malaysia pasti akan disebut sebut. disamping itu jangan kita lupa Jean Todt, Ketua FIA yg baru adalah duta pelancongan kita.
exposure untuk malaysia lebih penting dari org perseorangan.