Sudah dijangka api yang sedang marak pasti akan disimbah lagi dengan minyak oleh petualang. Isu mahkamah telah bertukar menjadi sentimen agama!
Semalam saya berjanji untuk tidak mahu lagi komen berkenaan isu Kalimah Allah ini tetapi hari ini isu ini telah mengheret kita kepada konflik yang lebih buruk padahnya jika tidak dibendung daripada awal lagi. Konflik agama!
Malam tadi dikejutkan oleh berita perlakuan sabotaj kepada gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati. Dikhabarkan juga terdapat beberapa gereja lain yang terlibat walaupun belum ada lagi bukti sahih!
Keadaan ini telah dijangka melihatkan senario kini yang gagal ditangani secara berkesan oleh pemimpin tidak kira pemerintah, pembangkang ataupun NGO.
Ini juga membuktikan kelemahan Menteri Dalam Negeri dalam mengawal gelora isu ini daripada dieksplotasi oleh pihak tertentu untuk menggugat kestabilan negara.
Kerisauan dan kegusaran saya melihatkan sentimen kebencian yang sering ditiup dan disemarak saban hari melalui media alternatif dan media konvesional akan berlakunya perkara lebih buruk telah terjadi malam tadi!
Ini di tambah lagi dengan siri bantahan dan demonstrasi yang akan di adakan selepas Solat Jumaat nanti. Pasti keadaan akan menjadi lebih kritikal jika tidak dibendung dengan baik!
Tetapi kenapa perlu agensi berita asing iaitu Associated Press yang melaporkan dahulu, tidak dimedia tempatan? Portal berita pertama yang melaporkan adalah agen propaganda pembangkang Malaysiakini.
Apa yang menarik disini adalah kenyataan Naib Presiden Pas iaitu Salahuddin Ayub di dalam media penyebar fitnah Haprakah Daily.
Beliau seperti dipetik menyatakan tindakan sedemikan tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan beragama. Saya ambil bulat-bulat perkataan daripada kenyataan beliau dalam Haprakah Daily tersebut.
Ada dua kesimpulan yang boleh dilihat daripada kenyataan Salahuddin ini. Pertama, beliau seorang yang cepat melatah dan terus menuduh orang Islam sebagai pelaku sedangkan kita belum tahu lagi adakah pelakunya seorang Islam atau agen tertentu untuk menggugat kestabilan negara kita!
Kedua, kenyataannya akan meletakkan masyarakat Melayu-Islam di dalam kandang orang bersalah walaupun siasat masih diperingkat awal! Kenyataan yang BODOH dan DAYUS!!!
Saya pasti, isu ini akan menyebabkan kita (orang Melayu) akan melompat lagi! Sikap cepat melatah dan terburu - buru akan memakan diri lagi!
Semestinya kesalahan pasti dituding kepada orang Melayu yang menjadikan isu Kalimah Allah itu sensasi dan kegagalan kerajaan mengawal isu ini daripada meleret - leret!
Sedangkan perlakuan sabotaj tersebut boleh juga ditujukan kepada orang Kristian untuk membuat 'reverse-psychology' seperti yang berlaku di Perang Balkan 1990-1992 ataupun dicipta oleh agen luar seperti di Negara Seberang Tambak Johor yang memang tidak mahu melihat kita hidup aman damai! Ini bukan tuduhan tapi andaian.
Maka untuk membuktikan siapa pelakunya perlu disiasat dengan rapi!
Jangan peristiwa ketuk ketampi olahan skrip Teresa Kok yang telah memalukan kerajaan Malaysia pada era Kerajaan Islam Hadhari dahulu berulang!.
Dihantarnya menteri dan timbalan untuk meminta maaf pada Negara China kononnya mangsa rakyat China tetapi akhirnya orang tersebut merupakan rakyat tempatan berbangsa Melayu! Teresa terus diamlah sebab yang kena tu bangsa Melayu bukan bangsa dia!
Sikap Salahuddin Ayub ini mencerminkan perwatakan seorang yang bodoh dan tidak layak menjadi pemimpin apabila berhadapan dengan masalah kotegensi yang datang secara mengejut! Pemimpin perlu tenang berfikir serta bercakap dan bertindak atas pemikiran yang rasional bukan terburu-buru!
Jika inilah sifat yang ada dikalangan pemimpin Pas, maka akan lebih haru biru keadaan negara apabila diperintah oleh mereka. Mudah sangat membuat kesimpulan tanpa berfikir panjang!
Dato' Hisham selaku Menteri Dalam Negeri gagal bertindak secara efektif menangani masalah ini. Sikap hanya bercakap dan memberi amaran telah menjadikan isu ini semakin membarah!
Saya sejak mula - mula perlantikan beliau memegang jawatan ini sudah melihat bahawa beliau tidak cukup kredibilti memimpin kementerian yang penting ini. Sehingga di gelar sebagai Menteri Amaran Negeri sebab asyik memberi arahan dan amaran sahaja, tindakan kosong!!
KPI beliau patut ditanda dengan pen merah sebab sangat teruk memimpin! Najib perlu bertindak segera sebelum keadaan lebih parah!!
Lemah selemah2nya..tak bertenaga..kalau cium keris nampak macam berani sangat..
BalasPadamSetakat cium, aku pun boleh cium, suruh jer nak minta cium apa !!
Kalau jadi Hakim macamana lah agaknya..semua pertuduhan di beri AMARAN !!
BRO..ANUWAR DH MULAKAN STRATEGI DIA..JAGE2
BalasPadamBRO..ANUWAR DH MULAKAN STRATEGI DIA..JAGE2
BalasPadamLocalfighter, kawab risau juga dengan puak-puak ni, kekadang sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.
BalasPadamKawan bukan menuduh mana-mana pihak.... semua orang tahu, banyak masyarakat Melayu, Cina dan India dah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum bukan Melayu benci pada Melayu..........
kena hati-hati muslihat 'yahudi' ni...