10 Februari 2010

Penghinaan Kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak : Mohon Tarik Balik Gelaran Daripada Nizar & Ngeh!!

Selepas 24 jam sidang akhbar di durjana Nizar dan Ngeh berlalu, tiada reaksi segera di ambil berkenaan dengan ucapannya yang berbaur hasutan dan berniat jahat kepada Institusi Diraja!

Tiada langsung respond kepada apa yang diluahkan oleh si durjana tersebut! UMNO masih leka dibuai mimpi enak membelasah 5-0. Masing - masing tersengih-sengih girang sebab kes menang di mahkamah! Sedangkan insan yang paling berjasa di dalam isu ini iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak sedang hebat dihina dan dicerca!!

Bangunlah UMNO!! Setiap bahagian UMNO di Perak khususnya hantar surat atau memorandum kepada Pejabat Istana Negeri Perak mohon si durjana itu ditarik gelaran Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) dan si Ngeh yang terhengeh-hengeh tu gelaran Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP).

Sangat - sangat keterlaluan penghinaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak!

Jika tidak sampai 11 bulan memerintah telah diberi pangkat Dato' Seri dan Dato' ini mengapa tidak penghinaan kepada institusi di Raja yang telah berlaku hampir 1 tahun tidak di ambil kira?

Yang banyak buat desakan untuk melucutkan gelaran dari durjana ini adalah blogger-blogger jalanan, tetapi pembesar - pembesar Melayu berpeluk tubuh sahaja melihat penghinaan kepada Payung Negeri ini!

Bukti banyak! Rakaman video, audio, cetak dan elektronik. Dalam Haprakahdaily paling kuat untuk dijadikan bukti penghinaan tersebut!

Saya yang bukan rakyat Perak pun amat marah dengan perlakuan bangsat begini tetapi tidak ada autoriti untuk mendesak Istana tarik balik gelaran. Bukan tujuan poltik penarikan ini tetapi lebih menjaga nama baik DYMM Paduka Seri Sultan dan Institusi Di Raja.

Kelak ada orang menyindir.. 'Kalau kutuk, maki Raja pun.. gelaran Datuk dapat punya'. Diorang tak berkuasa nak tarik - tarik balik!'

Jika UMNO ke Perkasa 'tak tahu' alamat pejabat. Di bawah ini alamat Pejabat Istana Negeri Perak :

Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan
33007 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Hantar Kepada Dato' Pengelola Bijaya Di Raja.

Jangan terlampau leka dengan kemenangan yang tak seberapa ini kerana perjuangan masih panjang dan berliku. Insan yang memberi inspirasi kepada kemenangan ini perlulah dibela dan dipertahankan!!

5 ulasan:

  1. Kesian bangsa Melayu, inilah kalau ada pemimpin dan Presiden BN yg lemah longlai, berbudi bahasa dan lagi syok todr bdengkur kekenyangan, sedangkan dajjal2, pokemon2, dan Komunis biaDAP bermaharajalela dan berkuasa membuat sesuka hati, tiada tindak dan undang2 dikenakan. Harap2 sangat ada pemimpin2 UMNO yg berjiwa pendekar, cekap dan tegas, berhadapan dgn segala ancaman dan patahkan durjana2 ini. UMNO beranilah sikit jangan jadi bacul dan dayus. Kenapa mesti jadi pengecut kepada dajjal2 dan komunis biaDAP, apa masih dan bersopan santun dan berlemah lembut bila kepala bangsa dan institusi negara dipijak. Janganlah tdor bdengkur kekenyangan wahai pemimpin2 UMNO. jalankan tanggungjawab dan amanah mu !!!

    BalasPadam
  2. Daulat Tuanku !
    Daulat Tuanku !
    Daulat Tuanku !

    Ampun Tuanku.
    Orang tidak bolih mengharapkan UMNO untuk mewakili lagi Orang Melayu.
    UMNO diistihar pati politik Malaysia mewakili kepentingan Malaysia.
    Maka orang Melayu mesti lah di wakili olih pertubuhan yang mewakili Orang Melayu.
    Untuk menarik balik gelaran gelaran anugerah Tuanku adalah hak Tuanku.
    Terpulanglah atas bijaksaan DYMM Tuanku.
    Hari ini yang menjadi isu pokok dan tajuk asasi adalah Orang Melayu.
    Maka Orang melayu hendak lah berstau di bawah payung DYMM Sultan Raja Raja Melayu.
    Ampun Tuankun.
    Menjunjung kasih.
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    BalasPadam
  3. orang yang telah menunjukkan sikap derhaka kepada Sultan Perak sewajarnya ditarik dah gelaran yang diberi oleh Sultan. Mereka tidak layak memegang gelaran yang diberi oleh Sultan.

    BalasPadam
  4. Salam bro, inilah kewajarannya, bukan sekadar menarik gelaran, kewarganegaraan pun perlu dilucutkan dari penderhaka dan pengkhianat ini....

    BalasPadam
  5. Melayu UMNO/BN memang nyanyuk/pelupa/bebal sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

    * Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

    * Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

    * Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

    * Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

    * Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

    * Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.

    * Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

    banyakkan penghinaan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang haprak dan bebal nak buncitkan perut sendiri demi kepentingan sendiri, yahudi dan nasrani. kalu nak best leh tgk video kat youtube, cari JE tajuk 'KEMELUT MB TERENGGANU' BAGAIMANA AHLI-AHLI DAN PEMIMPIN UMNO/BN TERENGGANU MENGHINA KETUA NEGARA DAN AGAMA ISLAM DENGAN MENYAMAKAN SEPERTI BINATANG!!!!!.

    BalasPadam