Bila ada sahaja Ahli Parlimen mahupun bekas pemimpin parti lawan keluar parti maka gegak gempita suara keriangan daripada kem kerajaan terutama UMNO.
Semua media perdana dan blog memaparkan perihal keluarnya pemimpin parti tersebut. Daripada intonasi dan susunan bait ayat, dapat digambarkan terserlah kegirangan yang melampau akibat daripada masalah yang melanda parti lawan tersebut.
Mereka ( parti pemerintah ) beranggapan bahawa apabila tercetusnya krisis di pihak lawan maka mereka boleh memenangi semula hati para pengundi pada pilihanraya akan datang.
Itu satu telahan yang silap! Dan jika mereka menjadikan isu ini sebagai modal utama kempen, maka mereka akan dihukum sepertimana yang terjadi pada PRU ke-12 lepas!
Pemimpin parti pembangkang yang keluar parti itu adalah masalah dalaman parti tersebut. Itu merupakan krisis keyakinan jiwa tunggal pemimpin tersebut dengan parti. Tetapi bagaimana pula menghadapi krisis keyakinan pada jiwa - jiwa pengundi?
Dalam konteks semasa, masalah dalaman parti bukan menjadi faktor utama penerimaan ataupun penolakan rakyat kepada mereka.
Lihat bagaimana yang berlaku di India. Krisis dan perebutan jawatan dalam Parti Kongress pimpinan Sonia Gandhi tidak menghalang mereka memerintah India. Walaupun ada kecaman dan usaha keras menolak kepimpinan Sonia Gandhi yang kelahiran Italy, tidak menjadikan Parti Kongress ditolak oleh pengundi.
Parti pemerintah terdahulu iaitu Bharatiya Janata Party (BJP) gagal memenuhi aspirasi rakyat, maka pengundi telah menolak mereka dan sanggup memperjudikan nasib ditangan Parti Kongres.
Apa aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia sekarang? Tidak lain dan tidak bukan adalah menjamin kelansungan hidup berpaksikan kepada 2 perkara asas iaitu ekonomi dan sosial!
Seharusnya UMNO dan kerajaan pemerintah tidak harus menjadikan masalah parti lawan mereka sebagai kredit untuk ditawarkan kepada rakyat agar memilih mereka.
Tetapi harus memfokuskan kepada usaha utama iaitu menjamin kesejahteraan rakyat dan meletakkan kehidupan rakyat dilandasan yang betul.
Sekarang ini heboh dikatakan dengan isu kenaikan tarif elektrik dan tol. Belum lagi isu kenaikan harga bahan makanan, bahan pembinaan dan pembuatan yang sedikit sebanyak menganggu emosi rakyat.
Majoriti rakyat tak heran pun isu Ahli Parlimen yang keluar main lompat - lompat ini. Mereka lebih risaukan kehidupan mereka dan anak cucu mereka. Bagi mereka, orang politik ni, '10 cakap, 11 tak boleh percaya'!
UMNO tidak harus terkesima dengan isu yang meledak di seberang sana. Cukup lah sekadar renungan dan iktibar tetapi matlamat asal untuk membela rakyat diberikan fokus seoptimum mungkin!
Saya masih ingat, motto Barisan Nasional pada satu PRU-10, 'Tradisi Membela Rakyat'.. jangan tradisi ini menjadi basi dan dipandang jelek oleh rakyat!!!
Memang betul tindakan MP PKR keluar dari partai nya amat mengembirakan BN terutamanya UMNO tetapi jangan lah silap.. UMNO tak akan terima masuk MP -MP tu dalam masa terdekat atau tak akan terima langsung kerana jika diterima , akan menimbulkan masaalah pula dalam Bahagian bila PRU13 nanti.. nak pilih siapa pula jadi calun!!!! jadi yang keluar tu faham-faham saje lah.. kerja lah untuk rakyat walau pun bebas.. kerana itu yang rakyat kawasan MP tersebut inginkan..
BalasPadamPada pihak pembangkang tak perlu kata.. "proses keluar jadi Adun atau MP " bebas dilakukan tangan ghaib pihak BN.. menagku saja bahawa tinakan keluar oleh MP mereka berpunca dari kesilapan dan keghairahan terlampau oleh si Anu... nya yang sentiasa bergerak-gerak dan mencari masaalah walaupun dalam kelambu sendiri
jangan terlalu selesa wahai umno.. usaha keras mesti dilakukan..
BalasPadamjgn pisang berbuah dua kali..
anwar adalah raja propaganda..