13 April 2010

Dato' Dr. Hallili Rahmat Calon Sebenar PKR !!!


'Inilah calon kita'!! mungkin itu yang dikata oleh Anwar Ibrahim kepada Dato' Dr. Halili Rahmat malam tadi Kg. Sg. Selesik.

Pukul 10 malam ini mesti menjadi saat yang dinantikan oleh penyokong Anwar Ibrahim dan Pasukan Rusuh nya!! Diwar-warkan calon yang akan bertanding untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada malam ini.

Bermacam-macam nama yang keluar. Ada bekas menteri UMNO, ketua AMK, dan tidak kurang anak-anak tempatan. Yang pasti makhluk bernama Zaid Ibrahim adalah calon utama untuk dijadikan ayam sabung pakatan pembangkang..!

Saya percaya Anwar akan mengunakan kelicikannya bermain politik dalam isu calon ini. Rata-rata blogger terutama pro kerajaan tersengih riang bila mana nama Zaid Ibrahim diletakkan di tempat pertama dalam senarai calon PKR kali ini.

Zaid Ibrahim jika dicalonkan memang menjadi lauk pauk untuk digulai oleh jentera BN. Begitu banyak isu yang melingkari beliau. Tetapi saya percaya Anwar tidak sebodoh itu untuk meletakkan sampah UMNO ini di situ.

Malam ini lebih kepada resepsi pengenalan calon-calon yang bakal dijadikan kuda lumba pembangkang untuk mengekalkan status quo Parlimen Hulu Selangor.

Bagi saya, orang yang menjadi favourite di kalangan pendokong Anwar & Pasukan Rusuh adalah Dato' Dr. Halili Rahmat, seorang pakar bedah saraf daripada Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya dan inilah orang yang akan dijadikan calon oleh PKR!

Dr. Halili ini dikhabarkan anak tempatan berasal dari Ulu Yam tapi menetap di Kuala Lumpur. Menjadi Bendahari PKR di Cabang Hulu Selangor dan sangat disegani atas faktor akademik dan sahsiahnya! Jauh beza berbanding kaki botol Zaid Ibrahim!

Dulu tahun 1999 pernah cuba lawan Palanivel tetapi kalah di P88 (ketika itu) - Parlimen Hulu Selangor. Ketika itu sentimen BN dan dacing masih tinggi, tetapi kini ia jauh berbeza.

Lambang dacing di kertas undi bukan bererti akan di pangkah oleh pengundi. Pengundi semakin bijak. Faktor parti sudah menjadi perkara kedua. Karakter calon lebih diberikan fokus. Kerja ke tidak lepas pilihanraya itu faktor kedua.

Saya agak yakin orang yang akan menghantar kertas undi pada Sabtu ini ialah Dato' Dr. Halili Rahmat. Ia akan dimuktamadkan malam sebelum penamaan calon!

Perkara yang sama berlaku semasa Allahyarham Dato' Dr. Zainal Abidin menjadi calon 2008 dahulu. Karakter dan tahap akademiknya telah melenyapkan jasa-jasa Palanivel selama 4 penggal.

Harus diingat telah 9 kertas calon diambil daripada pejabat SPR sehingga Jumaat lepas. Semalam dan hari ini belum dikira lagi.

Pasti Anwar menggunakan kebijaksanaan dalam menyusun strategi politik yang licik dalam memenangi kerusi ini dengan apa yang dikatankan oleh Dato' Zahrain... 'at all cost'!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan