06 Oktober 2010

Melayu : Mengurus Isu Dgn Emosi; Bukan Melayu : Mengurus Isu Dgn Polisi!

Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog. Tuntutan semasa dan kerja hakiki yang perlu diletak sebagai prioriti telah menjadikan keterbatasan saya untuk menulis di dalam blog.

Lebih-lebih lagi tugasan yang diamanahkan kepada saya untuk menyiapkan mercu tanda baru bangsa Melayu yang berjaya di Kuala Lumpur ini iaitu Istana Negara yang baru memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun hanya menyediakan jalan sahaja kepada Istana Negara tetapi ia tetap menjadi salah satu kompenan utama pembinaan Istana Negara.

Walaupun kesibukan saya tersebut, ini tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan semasa tanahair terutama landskap politik yang sangat unik.

Keadaan politik negara kita masih kekal. Status Quo badan pendesak (yang membuat tuntutan) dan badan yang didesak masih tidak berubah. Pendesak - bangsa bukan melayu, Didesak - bangsa melayu.

Maka apa yang boleh saya gambarkan sekarang adalah bangsa Melayu sama ada pemimpin atau pengikut telah menjadikan emosi sebagai wadah dan kaedah bagi mengurus isu tersebut!

Manakala bangsa bukan Melayu lebih berani mempratikkan isu dan tuntutan kepada bentuk yang lebih jitu iaitu polisi! Ambil contoh Deklarasi Ekonomi Cina Malaysia pada 14 Ogos 2010 yang menyentuh soal ekuiti bumiputera dan perlaksanaan DEB dalam membantu ekonomi bangsa yang terkebelakang (Melayulah siapa lagi!).

Keadaan ini boleh juga dilihat di dalam konteks pelancaran album Nah! oleh seorang warga Muar yang mencetuskan amarah orang Melayu atas sikap jelik dan penghinaannya kepada bangsa Melayu-Islam. Apa yang dilihat sekarang tiada tindakan diambil oleh pemerintah dan pihak berkuasa, lantas mencetuskan rasa kemarahan yang meluap di kalangan orang Melayu.

Sikap tidak peka dan memberi respon segera oleh pihak pemerintah bakal mengundang suasana geo-etnik yang tidak stabil di Malaysia yang boleh memberi kesan mudarat kepada roh perpaduan yang telah lama bersemadi di dalam jasad bernama Malaysia ini.

Satu sahaja penyelesaiannya, terjemahkan intipati Perlembagaan dalam erti kata sebenar tanpa bersifat prejudis dan hipokrit. Undang-undang yang digubal bukan hanya dijadikan hiasan di dalam kamar mahkamah ataupun terlindung disebalik jubah sistem kehakiman negara mahupun terselit dilencana pakaian uniform pihak berkuasa negara. Gunalah ia seadanya dan seadilnya supaya orang tidak melihat undang-undang tidak lebih dari catatan buku biasa...!

18 Jun 2010

Pembinaan Istana Negara Baru : Fakta Nga Kor Ming Tahap Sampah!!



Sudah lama saya tidak menulis di dalam blog. Kekangan masa dan komitmen kerja memerlukan saya lebih fokus kepada kerja hakiki saya sebagai seorang Jurutera JKR. Lebih - lebih lagi setelah di beri amanah untuk menyelia kerja pembinaan jalan masuk ke Istana Negara Baru yang terletak di Jalan Duta.

Sepanjang minggu ini di dalam Dewan Rakyat, kedengaran suara - suara yang mempertikaikan perlaksanaan dan pembinaan Istana Negara Baru ini. Dengan aspek kos yang dikatakan meningkat 2 kali ganda daripada cadangan asal dan juga kaedah perlaksanaan kontrak kerja kepada kontraktor yang kononnya bermasalah.

Paling kuat mempersoalkannya adalah puak - puak penentang Sistem Raja - Raja Melayu siapa lagi kalau tidak DAP!

Yang kelakarnya, fakta dan kenyataan terutama daripada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membuatkan saya dan rakan - rakan di JKR berguling - guling ketawa melihatkan tahap pra-matang pemikiran beliau! Dengan erti kata lain KEBODOHAN beliau!

Beliau berkata kos asal pembinaan Istana itu seperti yang diumumkan pada tahun 2006 oleh adalah RM 400 juta dan tiba - tiba meningkat sekali ganda menjadi RM 800 juta.

Adakah realistik untuk memperkatakan membuat Istana Negara di kawasan yang mempunyai keluasan hampir 10 kali ganda daripada Istana Negara yang ada sekarang ini dengan jumlah RM 400 juta? Sedangkan nak membaiki dan membaikpulih parlimen pun sedikit masa dahulu menelan belanja  lebih RM100 juta ?

RM 400 juta atau lebih tepat RM 442,551,500.00 adalah kos anggaran yang dibuat lebih 10-15 tahun dahulu. Jika dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM 400 juta hanya boleh membuat 'soil treatment', 'earthworks', 'slope treatment' dan lain -lain 'geotechnical works' sahaja tanpa sebuah bangunan!

Secara teknikalnya keperluan untuk merekabentuk struktur bangunan dan tanah yang boleh kekal lebih 99 tahun perlu membelanjakan wang yang banyak.

Istana Negara perlu dibina dengan ciri keselamatan khas dan mana mungkin kita boleh membuat kaedah tender terbuka sebab proses tender terbuka memerlukan lukisan pembinaan di buat banyak salinan untuk diberi kepada penender. Ini adalah langkah yang cukup berisiko kerana melibatkan keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Apa akan jadi jika lukisan itu terlepas ke tangan orang asing?

Sedangkan kami yang terlibat secara khusus ini pun tidak dibenarkan melihat full-set lukisan secara detail inikan pula orang luar!

Nga Kor Ming juga menuduh bahawa AZSB yang membuat Persimpangan Bertingkat Jalan Duta menuju ke Istana Negara terlibat di dalam pembinaan Stadiun Sultan Mizan adalah fakta yang korup!

AZSB tidak terlibat di dalam pembinaan stadium tersebut. 3 kontraktor yang terlibat adalah Bina Struktur S/B, Emarcon S/B dan Genggam Mercu S/B. Setahu saya mereka juga bukan proksi kepada Ahmad Zaki S/B. Mana lah si mamat Taiping ni petik..memang lah di akui Tan Sri Ahmad Zaki orang Terengganu tetapi ia tidak terlibat secara langsung dalam projek stadium yang runtuh tersebut.

Banyak rakyat yang mempertikaikan kewajaran membina Istana Negara baru yang menelan kos yang tinggi tetapi sekiranya rakyat tahu rahsia di sebalik projek ini, maka pasti rakyat akan menyokong terutama orang Melayu kerana inilah bukti bahawa Melayu  tidak hilang di Kuala Lumpur...kerana Raja - Raja Melayu adalah simbol kuasa Melayu!!

DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!


18 Mei 2010

Mentaliti Lin Dan Dalam Kepala Otak Lim Kit Siang !!!

Lin Dan, seorang jaguh yang sukar di kalahkan..dalam perjalanan menuju kepada status lagenda sepanjang zaman dalam arena sukan badminton antarabangsa. Dia tidak perlu menjadi No.1 dunia untuk dikenang sebagai seorang lagenda. Dia tidak perlu menjadi sang juara di semua pertandingan Super Series.

Apa yang penting bagi dia adalah memenangi setiap perlawanan pada kejohanan-kejohanan yang besar bagi membantu negaranya dan meletakkan namanya sebaris dengan lagenda lain. Itu sudah mencukupi bagi dirinya. Piala Thomas yang diadakan setiap dwi-tahunan, Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan All - England adalah sasaran Lin Dan. Dia sudah memenangi kesemuanya dengan mudah! Tidak perlu menjadi No. 1 dunia untuk mendapat pingat emas Olimpik ataupun menjuarai Piala Thomas!

Dia sangat fokus dalam kariernya. Tahun ini dia sanggup melupakan aksi di All England untuk menumpukan kepada Piala Thomas dan dia berjaya..!

Dia juga sangat hormat kepada lawannya. Tidak pernah dia mengeluarkan kenyataan bongkak dan mendabik dada selepas mengalahkan lawannya. Lihat apa kenyataan dia selepas menewaskan Dato' Lee Chong Wee, ' Beliau (Chong Wee) tidak bermain seperti biasa hari ini, tekanan lebih dirasai oleh beliau berbanding saya, saya dapat bermain dengan baik dan nasib menyebelahi saya.' Inilah karakter sebagai seorang jaguh yang hebat!

Gaya permainannya yang sering berubah - ubah amat sukar dibaca oleh lawannya sehinggakan lawannya terperangkap dan terikut-ikut dengan lenggak lenggok permainannya. Ini resepi kejayaan Lin Dan!



Cara berfikir Lin Dan ini jugalah yang diaplikasikan oleh Lim Kit Siang. Tidak perlu menjadi Ketua Pembangkang walaupun kerusi partinya lebih banyak daripada parti - parti lain. Tidak perlu menjadi juara bagi setiap isu, biarlah parti - parit yang lebih minoriti itu sahaja yang berperang. Biarlah sentiasa menjadi underdog bagi setiap kali pilihanraya kecil. Tetapi matlamat utama mesti dicapai - Kuasa penentu dan pembuat keputusan berada di dalam genggaman dan melakukan kejutan dalam pilihanraya!

Kit Siang tidak tergila-gila dengan jawatan Ketua Pembangkang. Biarlah orang gila bernama Anwar yang memegangnya. Apa yang penting bagi Kit Siang adalah sebarang keputusan politik perlu melalui 'pintunya' dahulu sebelum diputuskan! Dan inilah yang berlaku hari ini. DAP adalah pembuat dan pemutus keputusan, manakala PKR dan Pas sebagai perlaksana keputusan..dalam bahasa pasarnya disebut macai!!

Kit Siang awal-awal lagi sebelum pilihanraya kecil Sibu mendakwa DAP perlukan keajaiban untuk menang dan percaya sukar untuk mereka mengalahkan BN. Manakala BN yang memang suka membuat kempen syok sendirinya mendabik dada boleh menang di Sibu. Tapi apa yang jadi adalah keajaiban berlaku di Sibu, BN telah di aibkan.

Kit Siang juga seperti Lin Dan suka menukar strategi dan 'game' politik beliau. Sebarang isu yang diketengahkan pasti akan dijawab oleh BN walaupun isu itu sebenarnya bertaraf sampah! Kit Siang mengajak lawan politiknya bermain mengikut gerak langkahnya sehinggakan satu tahap lawannya tersebut terperangkap dengan 'smash' tajam yang datang tiba-tiba dek kerana leka mengikut caranya bermain!

Lin Dan bukanlah seorang superhero yang mustahil dikalahkan. Dia juga ada kelemahan. Penguasaan gelanggang dan mengawal permainan boleh menyebabkan emosi dan gaya permainan Lin Dan terganggu. Lin Dan bukanlah seorang yang boleh diajak bermain 'rally'. Dia perlu dipaksa bekerja keras bertahan dengan 'smash' yang tajam dan tidak memberi bola tanggung kepadanya. Letakkan dia diposisi bertahan bukannya menyerang!

Kit Siang juga boleh dikalahkan dengan kaedah yang sama. Setiap isu negara perlu dikuasai dan dikawal oleh lawannya. Hujah yang kukuh dan fakta yang ampuh bisa menutup peluang dan ruang untuk Kit Siang menjuarai isu tersebut. Letakkan Kit Siang diposisi defensif dimana dia akan diserang bertubi-tubi dengan pelbagai isu yang melingkari dia dan partinya dan bukannya seperti sekarang, lawan Kit Siang setiap masa memberi bola tanggung untuk dismash!!

Artikel ini bukanlah untuk memuji Lim Kit Siang ataupun merendahkan status Lee Chong Wei tetapi sebagai satu peringatan bahawa kedudukan dan prestij bukanlah tiket untuk menjadi juara sebenar. Apa yang perlu kita belajar daripada dua contoh diatas ialah untuk sentiasa menilai kekuatan lawan disamping sikap 'underdog' dan rendah diri mereka, terselit senjata yang sukar ditangkis bila berhadapan dengan mereka.

Tidak salah belajar daripada kekuatan lawan...bukan..???


17 Mei 2010

Gaya Politik Konvensional BN Perlu Di Tukar!! Hentikan Gula-Gula Politik!!


Benarlah apa yang pernah diungkap oleh Negarawan kita, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 'Apabila kita melupai sejarah dan peristiwa lepas, kita akan dihukum dengan melakukan kesalahan tersebut berulang - ulang kali.'

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh YABhg. Tun tersebut merujuk kepada sejarah penjajahan zaman kolonial mahupun zaman perang, tetapi apa yang diucapkan oleh beliau tersebut boleh kita terjemahkan dalam apa yang telah berlaku dalam konteks politik tanah air kini terutama setelah BN kalah mengejut di Sibu semalam (16 Mei 2010).

Nampak gayanya, BN tidak belajar daripada peristiwa yang lalu. Sejak pasca PRU-12 hinggalah semalam, BN tetap melakukan kesalahan yang sama berulang - ulang kali! Tidak pernah serik! Kalau kita cakap dalam bahasa kasarnya, orang yang buat kesalahan berulang kali dikategorikan sebagai bodoh! Ini realiti yang perlu kita akui!

BN masih mengharap dengan ganjaran dan imbuhan yang turun dari langit akan menjanjikan undi untuk mereka. Tetapi amat malang, kaedah ini sebenarnya telah memakan diri! Kaedah konvensional ini telah menampakkan BN mudah dipermain - mainkan!

Di pasar Sibu, riuh rendah dengan laungan 1 Malaysia, PM kita pun tersengih - sengih gembira. Media massa perdana mencanang bagai nak rak, petugas parti dah makin duduk leka..ini yang menyebabkan BN terkesima dan ambil mudah! Sokongan dengan suara tidak mencerminkan apa yang akan diterjemahkan di dalam kertas undi.

Laungan itu hanya memohon perhatian dan imbuhan daripada kerajaan, sokong dalam kertas undi belum tahu lagi! Minta itu dan ini, bila dah dapat, roket juga diundi!

Tiba masanya gaya politik BN perlu ditukar. Ia perlu lebih bercorak keras sekeras desakan dan tuntutan yang bukan -bukan oleh kelompok yang tidak menyokong itu!

Hentikan serta - merta pemberian dan imbuhan semasa pilihanraya kecil. Buat apa merugikan jutaan ringgit kepada golongan yang tidak bersyukur dan berterima kasih ini. Lebih baik dana tersebut di salurkan kepada golongan yang menyokong. Ini dah lah bagi kepada puak yang menentang, golongan yang menyokong dipinggirkan menyebabkan mereka akan berfikir, 'lebih baik aku menentang, nanti kerajaan beri perhatian kepada aku macam puak sebelah sana.'!

Misalnya projek tebatan banjir di Sibu perlu ditangguhkan. Buat apa berbelanja besar sehingga mencapai RM 1billion  di kawasan penentang. Lebih baik dana tersebut di salurkan di rumah - rumah panjang yang menyokong dasar pemerintah. Ini untuk memberi pengajaran kepada mereka. Minta mereka pergi mengadap dengan ahli parlimen baru yang mewar-warkan 'Vote for Change' itu..mintalah bulan & bintang yang dah dijanjikan tersebut!

Cukup-cukuplah BN di perbodohkan sedemikian rupa. Jangan ingat pemberian gula - gula politik boleh membeli undi mereka. Jangan rugikan dengan melaburkan jutaan ringgit kepada puak yang tidak akan menyokong ini. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kepentingan awam yang lebih memerlukan.

Dalam 2 kempen terakhir pilihanraya kecil (di Hulu Selangor dan Sibu), kerajaan telah hampir membelanjakan 500 juta dalam bentuk insentif, imbuhan, ganjaran, geran dan saguhati kepada hanya 150,000 rakyat sahaja dikedua - dua kawasan sedangkan kita masih ada 220 kawasan parlimen lagi dan lebih 26 juta lagi rakyat yang lebih memerlukan!

Walaubagaimanpun, kekalahan di Sibu telah tersurat. Walaupun pedih, ia perlu diterima. Ini merupakan satu lagi episod pengajaran kepada BN terutama selepas kekalahan di Kuala Terengganu dan siri-siri pilihanraya kecil yang lain.

Belajarlah daripada kesilapan yang telah dibuat ini walaupun telah berulang kali melakukan perkara yang sama. Fokus utama adalah pada pilihanraya umum akan datang. Pergilah minta pendapat Tun Dr. Mahathir yang berjaya meraih sokongan puak penentang ini semasa pilihanraya umum 1999. Mungkin ada resepi yang boleh digunakan untuk memenangi semula hati mereka tanpa perlu menjanjikan bulan dan bintang!

Jangan dek kerana laungan 1 Malaysia yang berdegar-degar menyebabkan BN lena diulit 'mimpi basah', kelak nanti basah keluar airmata darah sekalipun, sudah tidak berguna lagi . . .

15 April 2010

Selepas Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng Pula di Parlimen Batu!

Sepatutnya 13 April yang lalu adalah keputusan rayuan kes Tian Chua yang disabitkan kesalahan dengan menjadi anjing dan mengigit seorang anggota PDRM dan telah di jatuhi hukuman penjada 6 bulan dan denda RM 3,000.00

Kekasih gelap Elizabeth Wong ini (kekasih terang Elizabeth Wong ialah Khalid G), bertegas untuk tidak merayu kes ini. Walaubagaimanapun, Abg Nuar meminta beliau membuat rayuan kerana tidak mahu lagi berbelanja besar untuk pilihanraya kecil kerana kantungnya semakin susut untuk membayar kos guaman Karpal Singh atas kes liwatnya yang dibayar mengikut saat bukannya lump sum! hehehe..

Entah mengapa mahkamah tidak dapat memutuskan sama ada rayuannya diterima atau ditolak. Mungkin mahkamah tinggi yang mendengar rayuan ini sejak pertama kali pada 27 Januari lalu telah dijangkiti sindrom tangguh kes, maka keputusan tersebut terus tertunda...

Jika keputusan kekal, maka mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan, bahawa seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan atas satu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penajara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.00 dan dia tidak dapat pengampunan bebas.

Mengikut hukuman yang telah dijatuhkan maka hilanglah kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen P115 - Batu kerana didenda RM3,000.00 dari denda maksimum RM2,000.00 sepertimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Seri Dr. Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan sedang berkira-kira untuk membuat 'come-back' dalam persada politik tanahair di sebalik baju yang dahulunya warna biru gelap dan kini biru muda !!

Seperti Zaid Ibrahim, orang yang baru setahun menjadi ahli parti PKR telah mendapat kepercayaan Anwar untuk bertanding di Hulu Selangor dengan mengenepikan hasrat penyokong tempatan untu melihat anak jati mewakili mereka, Chua juga bakal mendapat kepercayaan Anwar untuk beradu dengan BN di Batu kelak!

Tidak susah untuk kita menjangkakan siapa yang menang di Batu kelak kerana pilihanraya Hulu Selangor ini akan dijadikan 'precedent case'. Senario yang sama berlaku di kedua-dua kawasan ini. Parti BN yang kalah adalah 2 parti paling teruk keputusan pada PRU-12 dahulu iaiatu MIC dan Gerakan.

UMNO kedua-dua kawasan ini juga menuntut agar dipulangkan kembali kerusi ini kepada mereka kerana prestasi parti yang mewakili BN sangat teruk pada 2008.

Sudah pasti,jika diambil daripada kes di Hulu Selangorm calon BN bagi Batu adalah daripada Gerakan. parti yang sentiasa menjadi duri dalam daging BN.

Dan pasti tuntutan - tuntutan gila sepertimana yang berlaku di Hulu Selangor kini akan turut berlaku di Batu. Tuntutan ini pasti akan sentiasa di akur oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN yang melihat hati rakan kompenan lebih diutamakan daripada perasaan dan hati pengundi..! Rasa denyut nadi rakyat konon!!

Maka kita akan lihat kemunculan semula dua orang bekas menteri BN di blok pembangkang dalam dewan rakyat. Semoga mimpi ngeri ini tidak berlaku.. sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN bermula di Hulu Selangor petang nanti.. gunakan kuasa dan pengaruh yang ada bukan tunduk layu dengan desakan orang yang kalah di tempat sendiri pada PRU lepas!!!

p/s - Hadiri khusus selama 2 minggu. Maka ini adalah artikel terakhir untuk bulan ini. Insya Allah bulan Mei nanti kembali menulis..

13 April 2010

Dato' Dr. Hallili Rahmat Calon Sebenar PKR !!!


'Inilah calon kita'!! mungkin itu yang dikata oleh Anwar Ibrahim kepada Dato' Dr. Halili Rahmat malam tadi Kg. Sg. Selesik.

Pukul 10 malam ini mesti menjadi saat yang dinantikan oleh penyokong Anwar Ibrahim dan Pasukan Rusuh nya!! Diwar-warkan calon yang akan bertanding untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada malam ini.

Bermacam-macam nama yang keluar. Ada bekas menteri UMNO, ketua AMK, dan tidak kurang anak-anak tempatan. Yang pasti makhluk bernama Zaid Ibrahim adalah calon utama untuk dijadikan ayam sabung pakatan pembangkang..!

Saya percaya Anwar akan mengunakan kelicikannya bermain politik dalam isu calon ini. Rata-rata blogger terutama pro kerajaan tersengih riang bila mana nama Zaid Ibrahim diletakkan di tempat pertama dalam senarai calon PKR kali ini.

Zaid Ibrahim jika dicalonkan memang menjadi lauk pauk untuk digulai oleh jentera BN. Begitu banyak isu yang melingkari beliau. Tetapi saya percaya Anwar tidak sebodoh itu untuk meletakkan sampah UMNO ini di situ.

Malam ini lebih kepada resepsi pengenalan calon-calon yang bakal dijadikan kuda lumba pembangkang untuk mengekalkan status quo Parlimen Hulu Selangor.

Bagi saya, orang yang menjadi favourite di kalangan pendokong Anwar & Pasukan Rusuh adalah Dato' Dr. Halili Rahmat, seorang pakar bedah saraf daripada Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya dan inilah orang yang akan dijadikan calon oleh PKR!

Dr. Halili ini dikhabarkan anak tempatan berasal dari Ulu Yam tapi menetap di Kuala Lumpur. Menjadi Bendahari PKR di Cabang Hulu Selangor dan sangat disegani atas faktor akademik dan sahsiahnya! Jauh beza berbanding kaki botol Zaid Ibrahim!

Dulu tahun 1999 pernah cuba lawan Palanivel tetapi kalah di P88 (ketika itu) - Parlimen Hulu Selangor. Ketika itu sentimen BN dan dacing masih tinggi, tetapi kini ia jauh berbeza.

Lambang dacing di kertas undi bukan bererti akan di pangkah oleh pengundi. Pengundi semakin bijak. Faktor parti sudah menjadi perkara kedua. Karakter calon lebih diberikan fokus. Kerja ke tidak lepas pilihanraya itu faktor kedua.

Saya agak yakin orang yang akan menghantar kertas undi pada Sabtu ini ialah Dato' Dr. Halili Rahmat. Ia akan dimuktamadkan malam sebelum penamaan calon!

Perkara yang sama berlaku semasa Allahyarham Dato' Dr. Zainal Abidin menjadi calon 2008 dahulu. Karakter dan tahap akademiknya telah melenyapkan jasa-jasa Palanivel selama 4 penggal.

Harus diingat telah 9 kertas calon diambil daripada pejabat SPR sehingga Jumaat lepas. Semalam dan hari ini belum dikira lagi.

Pasti Anwar menggunakan kebijaksanaan dalam menyusun strategi politik yang licik dalam memenangi kerusi ini dengan apa yang dikatankan oleh Dato' Zahrain... 'at all cost'!!!


12 April 2010

Antara Gula-Gula Lolipop BN dan Gula-Gula Getah Pembangkang!!

Bila tiba musim pilihanraya kecil, maka kelihatan bertimbun - timbun longgokan 'gula - gula' pemberian 'ikhlas' parti politik! Hehehe...

Rakyat di kawasan tersebut tertunggu - tunggu apa lagi habuan untuk beroleh 'pemanis mulut bermusim' ini? Semua program alih - alih dibuat disini sampaikan pejabat MB pun nak dipindahkan disini! Dasyat betul pilihanraya kecil di Malaysia ini.

Budaya politik di Malaysia ini untuk menghadapi pilihanraya kecil boleh dianggap sebagai 'Winner take all'. Jadi segala senjata dikeluarkan untuk mengalahkan musuh. Macamlah siapa yang menang boleh tubuh kerajaan, walhal 1 kerusi itu tidak memberi impak besar pun kepada sistem pemerintahan negara cuma ianya hanya menjadi kemenangan psikologi ke atas pihak lawan! Tidak lebih dari itu!

Menariknya, bila ada saja pilihanraya kecil maka ketika itu muncullah pembesar negara dan pemimpin politik di kawasan tersebut sedangkan sebelum ini mungkin tidak pernah langsung menjejaki di situ! Inilah gaya politik kita...

Peliknya semasa hendak dibuat pilihanraya kecil, tiba - tiba banyak program di buat. Di katanya secara kebetulan tempat dan tarikhnya kena pada musim pilihanraya kecil tetapi kita bukan tidak ada akal untuk berfikir...

Pemberian 'gula - gula' ini memang menjadi budaya politik kerajaan pemerintah. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana - mana pun di dalam dunia ini. Tetapi menariknya di pilihanraya kecil Hulu Selangor minggu depan, dua kerajaan bertembung ; kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri! Pasti 'gula-gula'nya lebih menarik!!

Pihak pembangkang yang membentuk kerajaan di Selangor juga memperakui bahawa pengaruh 'gula-gula' kepada sokongan undi tidak sedikit kesannya. Mereka juga terjerumus di dalam politik pemberian 'gula-gula' ini..

Rakyat sekarang diberi dua pilihan sama ada terpengaruh dengan 'gula-gula' lolipop BN ataupun 'gula-gula' getah pembangkang!

Saya menakrifkan pemberian imbuhan daripada kerajaan pemerintah dengan analogi lolipop kerana sifat gula-gula tersebut yang menarik bungkusannya, manis isinya dan ada tinggal batangnya untuk dibuat kenangan.

Manakala sifat gula-gula getah sangat sesuai untuk diterjemahkan kepada imbuhan daripada blok pembangkang. Gula-gula getah ini sebenarnya tawar, yang maniskannya adalah pewarna yang diambil daripada sumber lain.

Ia sangat bertepatan dengan perangai pembangkang sepertimana yang ditunjukkan dalam pemberian geran tanah kepada penduduk di situ walhal ianya adalah hasil kerajaan negeri dibawah BN sebelum Mac 2008.

Gula-gula getah ini juga manisnya seketika lembutnya sementara, selepas lama dihisap maka rasanya akan tawar dan mulai kenyal. Bila nak dibuang, kena berhati-hati takut melekat memang payah nak ditanggalkan.

Itulah yang diumpamakan dengan pemberian pembangkang yang nampaknya sangat baik dan bagus tetapi kesan jangka panjangnya boleh memudaratkan masyarakat, misalnya isu tanah dan kawasan ibadat.

Justeru itu, pengundi di Hulu Selangor diberi dua pilihan 'gula-gula'. Sama ada lilipop atau gula-gula getah, pilihan terletak di tangan anda. Jika nak ambil kedua-duanya pun boleh tetapi kena fikirkan jangka panjang, jangan nanti menyesal, banyak sangat terlekat gula-gula getah, nak dibuang payah nak ditanggal susah!!

Makan 'gula-gula' banyak pun payah, nanti sakit 'gigi'!!!
Nak bagi 'gula-gula' tu pun kena tengok orang lain, nanti ada yang doa mintak YB mati!!
Berpada - padalah !!!