06 Oktober 2010

Melayu : Mengurus Isu Dgn Emosi; Bukan Melayu : Mengurus Isu Dgn Polisi!

Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog. Tuntutan semasa dan kerja hakiki yang perlu diletak sebagai prioriti telah menjadikan keterbatasan saya untuk menulis di dalam blog.

Lebih-lebih lagi tugasan yang diamanahkan kepada saya untuk menyiapkan mercu tanda baru bangsa Melayu yang berjaya di Kuala Lumpur ini iaitu Istana Negara yang baru memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun hanya menyediakan jalan sahaja kepada Istana Negara tetapi ia tetap menjadi salah satu kompenan utama pembinaan Istana Negara.

Walaupun kesibukan saya tersebut, ini tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan semasa tanahair terutama landskap politik yang sangat unik.

Keadaan politik negara kita masih kekal. Status Quo badan pendesak (yang membuat tuntutan) dan badan yang didesak masih tidak berubah. Pendesak - bangsa bukan melayu, Didesak - bangsa melayu.

Maka apa yang boleh saya gambarkan sekarang adalah bangsa Melayu sama ada pemimpin atau pengikut telah menjadikan emosi sebagai wadah dan kaedah bagi mengurus isu tersebut!

Manakala bangsa bukan Melayu lebih berani mempratikkan isu dan tuntutan kepada bentuk yang lebih jitu iaitu polisi! Ambil contoh Deklarasi Ekonomi Cina Malaysia pada 14 Ogos 2010 yang menyentuh soal ekuiti bumiputera dan perlaksanaan DEB dalam membantu ekonomi bangsa yang terkebelakang (Melayulah siapa lagi!).

Keadaan ini boleh juga dilihat di dalam konteks pelancaran album Nah! oleh seorang warga Muar yang mencetuskan amarah orang Melayu atas sikap jelik dan penghinaannya kepada bangsa Melayu-Islam. Apa yang dilihat sekarang tiada tindakan diambil oleh pemerintah dan pihak berkuasa, lantas mencetuskan rasa kemarahan yang meluap di kalangan orang Melayu.

Sikap tidak peka dan memberi respon segera oleh pihak pemerintah bakal mengundang suasana geo-etnik yang tidak stabil di Malaysia yang boleh memberi kesan mudarat kepada roh perpaduan yang telah lama bersemadi di dalam jasad bernama Malaysia ini.

Satu sahaja penyelesaiannya, terjemahkan intipati Perlembagaan dalam erti kata sebenar tanpa bersifat prejudis dan hipokrit. Undang-undang yang digubal bukan hanya dijadikan hiasan di dalam kamar mahkamah ataupun terlindung disebalik jubah sistem kehakiman negara mahupun terselit dilencana pakaian uniform pihak berkuasa negara. Gunalah ia seadanya dan seadilnya supaya orang tidak melihat undang-undang tidak lebih dari catatan buku biasa...!