09 November 2009

Dr. Mahathir di History Channel



Saya ada melihat iklan di saluran 'favourite' saya di Astro iaitu History Channel berkenaan dokumentari mengenai Dr. Mahathir yang akan disiarkan sebanyak 2 episod pada 15 November dan 22 November (jika tiada perubahan tarikh). Masa tayangan saya tidak pasti.

Apa yang menarik disini ialah, dunia telah mengakui bahawa Tun Dr. Mahathir adalah salah satu daripada lembaran sejarah peradapan dunia moden. Dengan terbitnya rencana ini maka terbuktilah bahawa Dr. Mahathir adalah aset yang tidak ternilai yang dijumpai jauh di dunia timur ketika mana dunia melihat timur ini satu bangsa yang masih tinggal di atas pokok dan bercawat!

Walaupun dokumentari tersebut belum lagi saya tontoni tetapi saya percaya terbitnya rencana ini yang akan ditonton oleh seluruh pelusuk dunia membuktikan bahawa Mahathir merupakan artifak tidak ternilai milik Malaysia.

Jika dunia mengiktiraf tokoh ini dengan begitu tinggi, kenapa tidak kita rakyat Malaysia? Ada sesetengah rakyat Malaysia seperti menafikan reputasi unggul Dr. Mahathir merajai isu negara di pentas politik dunia terutama Negara Dunia ke-3. Di bilangnya Mahafiraun dan Mahazalim. Tetapi ada parti Isle yang lebih zalim hingga sanggup melacurkan institusi kekeluargaan dengan baiah sesat demi menghalalkan cita - cita politik mereka.

Tetapi ada yang lebih hina, dipanggil sesumpah oleh rakan baik sendiri bilamana sang sesumpah ini sering mencetuskan polemik yang memudaratkan cita -cita rakan mereka menyebarkan fahaman Liberal di Malaysia....

1 ulasan:

  1. Salam,

    Saudara, Masih ingat kah saudara pada masa TUN M Masih memegang jawatan sebagai perdana menteri malaysia... dimana beliau dengan lantang telah menyelar Amerika Syarikat sebagai PROKSI YAHUDI? Baru baru ini saya telah membeli sebah buku tulisan MICHAEL COLLINS PIPER bertajuk THE NEW JERUSALEM "Zionist power in america" pengarang ini hanya mengesahkan apa yang pernah di katakan oleh TUN M pada 2002. Nama tun juga disebut didalam buku ini... Saya bangga pada insan yang bernama Mahathir ini

    BalasPadam