14 September 2009

Kebiadapan MIC Wajar Di Sanggah!

Perhimpunan Agung Parti Samy No Valeu minggu lepas mengundang dua kontroversi.

Pertama, kekalahan calon popular untuk jawatan Timbalan Presiden iaitu Dato' S. Subramaniam kepada penyandang iaitu Dato' G. Palanivel.

Tahniah untuk Dato' G.Palanivel kerana berjaya mempertahankan jawatan dengan sokongan dan jentera Presiden membantu berkempen. Tidak pernah terjadi dalam sejarah mana-mana politik Malaysia sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang, Presiden parti sokong calon-calon tertentu.

Lebih baik Presiden lantik sahaja Timbalan dan Majlis Tertinggi ikut citarasanya sendiri. Menghabiskan duit dan masa sahaja!

Kekalahan Dato' Subra telah dijangka. Yang menyentap jantung umat Melayu adalah gesaan beberapa pariah perwakilan parti Samy No Value itu adalah cacian dan maki hamun kepada negarawan ulung. Lihat sini

Sehingga kini hanya Dato Razali Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang berani menjawab dan membidas kebiadapan perwakilan parti tersebut. Sudahlah diperintah oleh 2 orang yang kalah pada pilihanraya lepas (Samy di Sg. Siput dan Palanivel di Hulu S'gor), ada hati nak pertikaikan kewibaaan negarawan unggul negara.

UMNO perlu tegas dalam soal ini kerana yang dikutuk itu adalah negarawan. Kita boleh terima sekiranya yang mengeluarkan kutukan tersebut dari blok Anwar tapi ini datang daripada parti kerajaan yang hanya dapat menjadi menteri / wakil rakyat atas belas ehsan orang melayu!!

Tidak ada satu kawasan ADUN atau Parlimen di Malaysia ini mempunyai bilangan orang India lebih 45%. Memang dasar tak tahu untung!!

Perdana Menteri 1Malaysia kena bertindak. Sudahlah memainkan retorik 1Malaysia tapi implementasi gagal!

MCA menghampiri kehancuran..
MIC (Oppss ada lagi ke?) semakin tinggi keceluparan..
Gerakan seakan menjadi sekutu DAP..
PPP tiada fungsi..
PBB telah mula hilang gigi..
PBS kesetiaan masih belum pasti..

Selaku Pengerusi BN, Pak Najib perlu pandai bermain tali politik. Jika salah mengait, terjerat leher sendiri!!

Tiada ulasan: