22 Julai 2009

Mewarisi Gaya Kepimpinan Pak Lah

Nampaknya kerajaan 1Malaysia YAB Dato' Seri Mohd. Najib hari ini masih mengikut rentak dan gaya kepimpinan bos lamanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mutakhir ini, kerajaan 1Malaysia dihujani 'peluru-peluru politik' yang bertali arus. Paling ketara ialah isu kematian mendiang Teoh, SETPOL kepada salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Seperti yang telah diterapkan dalam fahaman Abdullahisme, sikap menikus ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kredibiliti kerajaan akan dipertikaikan. Mana perginya 'fighter-fighter' UMNO dan BN?

Kenapa sikap menikus ini berterusan. Keluar! Tunjukkan bahawa kamu membela SPRM dan PDRM yang berada dibawah kuasa kerajaan persekutuan!! Dato' Seri Hisham..janganlah lembik sangat. Apa pasal nak setuju pendapat DAP tubuh suruhanjaya diraja? Jangan asik memberi amaran dan amaran sahaja. Ambil tindakan. Sumbat orang yang mencetuskan huru hara dan ketidakstabilan kedalam lokap.

Rakyat tengok kerajaan yang ada sekarang terlampau memberi muka kepada puak-puak pelampau cauvinis. Rakyat terutama umat Melayu sedang berasa cemas.

Sudah lah dasar liberalisasi 1Malaysia sedikit-sedikit menarik nikmat BUMIPUTERA, soal keselamat juga seakan terancam! Peristiwa 13 Mei seakan PASTI berulang!!

Menteri - menteri lain, jangan asik nak jaga tembolok dan kementerian sahaja. Jika ada isu yang menyerang BN, ayuh!! Kamu kena pertahankan tak kisah lah kamu tu Menteri Pertanian atau Menteri Kerja Raya.

Dato' Seri Rais, saya ada cadangan. Perkasakan Jab. Hal Ehwal Khas. Kembalikan kepada singkatan JHEK selepas JASA yang tak banyak jasa.

Lantik golongan pro-kerajaan dikalangan mantan kepimpinan MPP IPT untuk bantu mengekang asakan dan tohmahan pembangkang. Bagi saya dan rakan-rakan lain, sedia membantu.

1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

salam ziarah bro, saya setuju dgn pendapat bro.mana pergi pahlawan2 yg hebat dalam BN? takkan ilang begitu saja.pada masa skrg RM yg bercakap atau pemimpin2 yg bercakap.kdg2 kita juga rasa serba salah.Kekuatan dan kelantangan pemimpin2 BN dilihat sedang pupus.