06 Oktober 2010

Melayu : Mengurus Isu Dgn Emosi; Bukan Melayu : Mengurus Isu Dgn Polisi!

Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog. Tuntutan semasa dan kerja hakiki yang perlu diletak sebagai prioriti telah menjadikan keterbatasan saya untuk menulis di dalam blog.

Lebih-lebih lagi tugasan yang diamanahkan kepada saya untuk menyiapkan mercu tanda baru bangsa Melayu yang berjaya di Kuala Lumpur ini iaitu Istana Negara yang baru memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun hanya menyediakan jalan sahaja kepada Istana Negara tetapi ia tetap menjadi salah satu kompenan utama pembinaan Istana Negara.

Walaupun kesibukan saya tersebut, ini tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan semasa tanahair terutama landskap politik yang sangat unik.

Keadaan politik negara kita masih kekal. Status Quo badan pendesak (yang membuat tuntutan) dan badan yang didesak masih tidak berubah. Pendesak - bangsa bukan melayu, Didesak - bangsa melayu.

Maka apa yang boleh saya gambarkan sekarang adalah bangsa Melayu sama ada pemimpin atau pengikut telah menjadikan emosi sebagai wadah dan kaedah bagi mengurus isu tersebut!

Manakala bangsa bukan Melayu lebih berani mempratikkan isu dan tuntutan kepada bentuk yang lebih jitu iaitu polisi! Ambil contoh Deklarasi Ekonomi Cina Malaysia pada 14 Ogos 2010 yang menyentuh soal ekuiti bumiputera dan perlaksanaan DEB dalam membantu ekonomi bangsa yang terkebelakang (Melayulah siapa lagi!).

Keadaan ini boleh juga dilihat di dalam konteks pelancaran album Nah! oleh seorang warga Muar yang mencetuskan amarah orang Melayu atas sikap jelik dan penghinaannya kepada bangsa Melayu-Islam. Apa yang dilihat sekarang tiada tindakan diambil oleh pemerintah dan pihak berkuasa, lantas mencetuskan rasa kemarahan yang meluap di kalangan orang Melayu.

Sikap tidak peka dan memberi respon segera oleh pihak pemerintah bakal mengundang suasana geo-etnik yang tidak stabil di Malaysia yang boleh memberi kesan mudarat kepada roh perpaduan yang telah lama bersemadi di dalam jasad bernama Malaysia ini.

Satu sahaja penyelesaiannya, terjemahkan intipati Perlembagaan dalam erti kata sebenar tanpa bersifat prejudis dan hipokrit. Undang-undang yang digubal bukan hanya dijadikan hiasan di dalam kamar mahkamah ataupun terlindung disebalik jubah sistem kehakiman negara mahupun terselit dilencana pakaian uniform pihak berkuasa negara. Gunalah ia seadanya dan seadilnya supaya orang tidak melihat undang-undang tidak lebih dari catatan buku biasa...!

18 Jun 2010

Pembinaan Istana Negara Baru : Fakta Nga Kor Ming Tahap Sampah!!



Sudah lama saya tidak menulis di dalam blog. Kekangan masa dan komitmen kerja memerlukan saya lebih fokus kepada kerja hakiki saya sebagai seorang Jurutera JKR. Lebih - lebih lagi setelah di beri amanah untuk menyelia kerja pembinaan jalan masuk ke Istana Negara Baru yang terletak di Jalan Duta.

Sepanjang minggu ini di dalam Dewan Rakyat, kedengaran suara - suara yang mempertikaikan perlaksanaan dan pembinaan Istana Negara Baru ini. Dengan aspek kos yang dikatakan meningkat 2 kali ganda daripada cadangan asal dan juga kaedah perlaksanaan kontrak kerja kepada kontraktor yang kononnya bermasalah.

Paling kuat mempersoalkannya adalah puak - puak penentang Sistem Raja - Raja Melayu siapa lagi kalau tidak DAP!

Yang kelakarnya, fakta dan kenyataan terutama daripada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membuatkan saya dan rakan - rakan di JKR berguling - guling ketawa melihatkan tahap pra-matang pemikiran beliau! Dengan erti kata lain KEBODOHAN beliau!

Beliau berkata kos asal pembinaan Istana itu seperti yang diumumkan pada tahun 2006 oleh adalah RM 400 juta dan tiba - tiba meningkat sekali ganda menjadi RM 800 juta.

Adakah realistik untuk memperkatakan membuat Istana Negara di kawasan yang mempunyai keluasan hampir 10 kali ganda daripada Istana Negara yang ada sekarang ini dengan jumlah RM 400 juta? Sedangkan nak membaiki dan membaikpulih parlimen pun sedikit masa dahulu menelan belanja  lebih RM100 juta ?

RM 400 juta atau lebih tepat RM 442,551,500.00 adalah kos anggaran yang dibuat lebih 10-15 tahun dahulu. Jika dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM 400 juta hanya boleh membuat 'soil treatment', 'earthworks', 'slope treatment' dan lain -lain 'geotechnical works' sahaja tanpa sebuah bangunan!

Secara teknikalnya keperluan untuk merekabentuk struktur bangunan dan tanah yang boleh kekal lebih 99 tahun perlu membelanjakan wang yang banyak.

Istana Negara perlu dibina dengan ciri keselamatan khas dan mana mungkin kita boleh membuat kaedah tender terbuka sebab proses tender terbuka memerlukan lukisan pembinaan di buat banyak salinan untuk diberi kepada penender. Ini adalah langkah yang cukup berisiko kerana melibatkan keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Apa akan jadi jika lukisan itu terlepas ke tangan orang asing?

Sedangkan kami yang terlibat secara khusus ini pun tidak dibenarkan melihat full-set lukisan secara detail inikan pula orang luar!

Nga Kor Ming juga menuduh bahawa AZSB yang membuat Persimpangan Bertingkat Jalan Duta menuju ke Istana Negara terlibat di dalam pembinaan Stadiun Sultan Mizan adalah fakta yang korup!

AZSB tidak terlibat di dalam pembinaan stadium tersebut. 3 kontraktor yang terlibat adalah Bina Struktur S/B, Emarcon S/B dan Genggam Mercu S/B. Setahu saya mereka juga bukan proksi kepada Ahmad Zaki S/B. Mana lah si mamat Taiping ni petik..memang lah di akui Tan Sri Ahmad Zaki orang Terengganu tetapi ia tidak terlibat secara langsung dalam projek stadium yang runtuh tersebut.

Banyak rakyat yang mempertikaikan kewajaran membina Istana Negara baru yang menelan kos yang tinggi tetapi sekiranya rakyat tahu rahsia di sebalik projek ini, maka pasti rakyat akan menyokong terutama orang Melayu kerana inilah bukti bahawa Melayu  tidak hilang di Kuala Lumpur...kerana Raja - Raja Melayu adalah simbol kuasa Melayu!!

DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!


18 Mei 2010

Mentaliti Lin Dan Dalam Kepala Otak Lim Kit Siang !!!

Lin Dan, seorang jaguh yang sukar di kalahkan..dalam perjalanan menuju kepada status lagenda sepanjang zaman dalam arena sukan badminton antarabangsa. Dia tidak perlu menjadi No.1 dunia untuk dikenang sebagai seorang lagenda. Dia tidak perlu menjadi sang juara di semua pertandingan Super Series.

Apa yang penting bagi dia adalah memenangi setiap perlawanan pada kejohanan-kejohanan yang besar bagi membantu negaranya dan meletakkan namanya sebaris dengan lagenda lain. Itu sudah mencukupi bagi dirinya. Piala Thomas yang diadakan setiap dwi-tahunan, Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan All - England adalah sasaran Lin Dan. Dia sudah memenangi kesemuanya dengan mudah! Tidak perlu menjadi No. 1 dunia untuk mendapat pingat emas Olimpik ataupun menjuarai Piala Thomas!

Dia sangat fokus dalam kariernya. Tahun ini dia sanggup melupakan aksi di All England untuk menumpukan kepada Piala Thomas dan dia berjaya..!

Dia juga sangat hormat kepada lawannya. Tidak pernah dia mengeluarkan kenyataan bongkak dan mendabik dada selepas mengalahkan lawannya. Lihat apa kenyataan dia selepas menewaskan Dato' Lee Chong Wee, ' Beliau (Chong Wee) tidak bermain seperti biasa hari ini, tekanan lebih dirasai oleh beliau berbanding saya, saya dapat bermain dengan baik dan nasib menyebelahi saya.' Inilah karakter sebagai seorang jaguh yang hebat!

Gaya permainannya yang sering berubah - ubah amat sukar dibaca oleh lawannya sehinggakan lawannya terperangkap dan terikut-ikut dengan lenggak lenggok permainannya. Ini resepi kejayaan Lin Dan!



Cara berfikir Lin Dan ini jugalah yang diaplikasikan oleh Lim Kit Siang. Tidak perlu menjadi Ketua Pembangkang walaupun kerusi partinya lebih banyak daripada parti - parti lain. Tidak perlu menjadi juara bagi setiap isu, biarlah parti - parit yang lebih minoriti itu sahaja yang berperang. Biarlah sentiasa menjadi underdog bagi setiap kali pilihanraya kecil. Tetapi matlamat utama mesti dicapai - Kuasa penentu dan pembuat keputusan berada di dalam genggaman dan melakukan kejutan dalam pilihanraya!

Kit Siang tidak tergila-gila dengan jawatan Ketua Pembangkang. Biarlah orang gila bernama Anwar yang memegangnya. Apa yang penting bagi Kit Siang adalah sebarang keputusan politik perlu melalui 'pintunya' dahulu sebelum diputuskan! Dan inilah yang berlaku hari ini. DAP adalah pembuat dan pemutus keputusan, manakala PKR dan Pas sebagai perlaksana keputusan..dalam bahasa pasarnya disebut macai!!

Kit Siang awal-awal lagi sebelum pilihanraya kecil Sibu mendakwa DAP perlukan keajaiban untuk menang dan percaya sukar untuk mereka mengalahkan BN. Manakala BN yang memang suka membuat kempen syok sendirinya mendabik dada boleh menang di Sibu. Tapi apa yang jadi adalah keajaiban berlaku di Sibu, BN telah di aibkan.

Kit Siang juga seperti Lin Dan suka menukar strategi dan 'game' politik beliau. Sebarang isu yang diketengahkan pasti akan dijawab oleh BN walaupun isu itu sebenarnya bertaraf sampah! Kit Siang mengajak lawan politiknya bermain mengikut gerak langkahnya sehinggakan satu tahap lawannya tersebut terperangkap dengan 'smash' tajam yang datang tiba-tiba dek kerana leka mengikut caranya bermain!

Lin Dan bukanlah seorang superhero yang mustahil dikalahkan. Dia juga ada kelemahan. Penguasaan gelanggang dan mengawal permainan boleh menyebabkan emosi dan gaya permainan Lin Dan terganggu. Lin Dan bukanlah seorang yang boleh diajak bermain 'rally'. Dia perlu dipaksa bekerja keras bertahan dengan 'smash' yang tajam dan tidak memberi bola tanggung kepadanya. Letakkan dia diposisi bertahan bukannya menyerang!

Kit Siang juga boleh dikalahkan dengan kaedah yang sama. Setiap isu negara perlu dikuasai dan dikawal oleh lawannya. Hujah yang kukuh dan fakta yang ampuh bisa menutup peluang dan ruang untuk Kit Siang menjuarai isu tersebut. Letakkan Kit Siang diposisi defensif dimana dia akan diserang bertubi-tubi dengan pelbagai isu yang melingkari dia dan partinya dan bukannya seperti sekarang, lawan Kit Siang setiap masa memberi bola tanggung untuk dismash!!

Artikel ini bukanlah untuk memuji Lim Kit Siang ataupun merendahkan status Lee Chong Wei tetapi sebagai satu peringatan bahawa kedudukan dan prestij bukanlah tiket untuk menjadi juara sebenar. Apa yang perlu kita belajar daripada dua contoh diatas ialah untuk sentiasa menilai kekuatan lawan disamping sikap 'underdog' dan rendah diri mereka, terselit senjata yang sukar ditangkis bila berhadapan dengan mereka.

Tidak salah belajar daripada kekuatan lawan...bukan..???


17 Mei 2010

Gaya Politik Konvensional BN Perlu Di Tukar!! Hentikan Gula-Gula Politik!!


Benarlah apa yang pernah diungkap oleh Negarawan kita, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 'Apabila kita melupai sejarah dan peristiwa lepas, kita akan dihukum dengan melakukan kesalahan tersebut berulang - ulang kali.'

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh YABhg. Tun tersebut merujuk kepada sejarah penjajahan zaman kolonial mahupun zaman perang, tetapi apa yang diucapkan oleh beliau tersebut boleh kita terjemahkan dalam apa yang telah berlaku dalam konteks politik tanah air kini terutama setelah BN kalah mengejut di Sibu semalam (16 Mei 2010).

Nampak gayanya, BN tidak belajar daripada peristiwa yang lalu. Sejak pasca PRU-12 hinggalah semalam, BN tetap melakukan kesalahan yang sama berulang - ulang kali! Tidak pernah serik! Kalau kita cakap dalam bahasa kasarnya, orang yang buat kesalahan berulang kali dikategorikan sebagai bodoh! Ini realiti yang perlu kita akui!

BN masih mengharap dengan ganjaran dan imbuhan yang turun dari langit akan menjanjikan undi untuk mereka. Tetapi amat malang, kaedah ini sebenarnya telah memakan diri! Kaedah konvensional ini telah menampakkan BN mudah dipermain - mainkan!

Di pasar Sibu, riuh rendah dengan laungan 1 Malaysia, PM kita pun tersengih - sengih gembira. Media massa perdana mencanang bagai nak rak, petugas parti dah makin duduk leka..ini yang menyebabkan BN terkesima dan ambil mudah! Sokongan dengan suara tidak mencerminkan apa yang akan diterjemahkan di dalam kertas undi.

Laungan itu hanya memohon perhatian dan imbuhan daripada kerajaan, sokong dalam kertas undi belum tahu lagi! Minta itu dan ini, bila dah dapat, roket juga diundi!

Tiba masanya gaya politik BN perlu ditukar. Ia perlu lebih bercorak keras sekeras desakan dan tuntutan yang bukan -bukan oleh kelompok yang tidak menyokong itu!

Hentikan serta - merta pemberian dan imbuhan semasa pilihanraya kecil. Buat apa merugikan jutaan ringgit kepada golongan yang tidak bersyukur dan berterima kasih ini. Lebih baik dana tersebut di salurkan kepada golongan yang menyokong. Ini dah lah bagi kepada puak yang menentang, golongan yang menyokong dipinggirkan menyebabkan mereka akan berfikir, 'lebih baik aku menentang, nanti kerajaan beri perhatian kepada aku macam puak sebelah sana.'!

Misalnya projek tebatan banjir di Sibu perlu ditangguhkan. Buat apa berbelanja besar sehingga mencapai RM 1billion  di kawasan penentang. Lebih baik dana tersebut di salurkan di rumah - rumah panjang yang menyokong dasar pemerintah. Ini untuk memberi pengajaran kepada mereka. Minta mereka pergi mengadap dengan ahli parlimen baru yang mewar-warkan 'Vote for Change' itu..mintalah bulan & bintang yang dah dijanjikan tersebut!

Cukup-cukuplah BN di perbodohkan sedemikian rupa. Jangan ingat pemberian gula - gula politik boleh membeli undi mereka. Jangan rugikan dengan melaburkan jutaan ringgit kepada puak yang tidak akan menyokong ini. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kepentingan awam yang lebih memerlukan.

Dalam 2 kempen terakhir pilihanraya kecil (di Hulu Selangor dan Sibu), kerajaan telah hampir membelanjakan 500 juta dalam bentuk insentif, imbuhan, ganjaran, geran dan saguhati kepada hanya 150,000 rakyat sahaja dikedua - dua kawasan sedangkan kita masih ada 220 kawasan parlimen lagi dan lebih 26 juta lagi rakyat yang lebih memerlukan!

Walaubagaimanpun, kekalahan di Sibu telah tersurat. Walaupun pedih, ia perlu diterima. Ini merupakan satu lagi episod pengajaran kepada BN terutama selepas kekalahan di Kuala Terengganu dan siri-siri pilihanraya kecil yang lain.

Belajarlah daripada kesilapan yang telah dibuat ini walaupun telah berulang kali melakukan perkara yang sama. Fokus utama adalah pada pilihanraya umum akan datang. Pergilah minta pendapat Tun Dr. Mahathir yang berjaya meraih sokongan puak penentang ini semasa pilihanraya umum 1999. Mungkin ada resepi yang boleh digunakan untuk memenangi semula hati mereka tanpa perlu menjanjikan bulan dan bintang!

Jangan dek kerana laungan 1 Malaysia yang berdegar-degar menyebabkan BN lena diulit 'mimpi basah', kelak nanti basah keluar airmata darah sekalipun, sudah tidak berguna lagi . . .

15 April 2010

Selepas Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng Pula di Parlimen Batu!

Sepatutnya 13 April yang lalu adalah keputusan rayuan kes Tian Chua yang disabitkan kesalahan dengan menjadi anjing dan mengigit seorang anggota PDRM dan telah di jatuhi hukuman penjada 6 bulan dan denda RM 3,000.00

Kekasih gelap Elizabeth Wong ini (kekasih terang Elizabeth Wong ialah Khalid G), bertegas untuk tidak merayu kes ini. Walaubagaimanapun, Abg Nuar meminta beliau membuat rayuan kerana tidak mahu lagi berbelanja besar untuk pilihanraya kecil kerana kantungnya semakin susut untuk membayar kos guaman Karpal Singh atas kes liwatnya yang dibayar mengikut saat bukannya lump sum! hehehe..

Entah mengapa mahkamah tidak dapat memutuskan sama ada rayuannya diterima atau ditolak. Mungkin mahkamah tinggi yang mendengar rayuan ini sejak pertama kali pada 27 Januari lalu telah dijangkiti sindrom tangguh kes, maka keputusan tersebut terus tertunda...

Jika keputusan kekal, maka mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan, bahawa seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan atas satu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penajara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.00 dan dia tidak dapat pengampunan bebas.

Mengikut hukuman yang telah dijatuhkan maka hilanglah kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen P115 - Batu kerana didenda RM3,000.00 dari denda maksimum RM2,000.00 sepertimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Seri Dr. Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan sedang berkira-kira untuk membuat 'come-back' dalam persada politik tanahair di sebalik baju yang dahulunya warna biru gelap dan kini biru muda !!

Seperti Zaid Ibrahim, orang yang baru setahun menjadi ahli parti PKR telah mendapat kepercayaan Anwar untuk bertanding di Hulu Selangor dengan mengenepikan hasrat penyokong tempatan untu melihat anak jati mewakili mereka, Chua juga bakal mendapat kepercayaan Anwar untuk beradu dengan BN di Batu kelak!

Tidak susah untuk kita menjangkakan siapa yang menang di Batu kelak kerana pilihanraya Hulu Selangor ini akan dijadikan 'precedent case'. Senario yang sama berlaku di kedua-dua kawasan ini. Parti BN yang kalah adalah 2 parti paling teruk keputusan pada PRU-12 dahulu iaiatu MIC dan Gerakan.

UMNO kedua-dua kawasan ini juga menuntut agar dipulangkan kembali kerusi ini kepada mereka kerana prestasi parti yang mewakili BN sangat teruk pada 2008.

Sudah pasti,jika diambil daripada kes di Hulu Selangorm calon BN bagi Batu adalah daripada Gerakan. parti yang sentiasa menjadi duri dalam daging BN.

Dan pasti tuntutan - tuntutan gila sepertimana yang berlaku di Hulu Selangor kini akan turut berlaku di Batu. Tuntutan ini pasti akan sentiasa di akur oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN yang melihat hati rakan kompenan lebih diutamakan daripada perasaan dan hati pengundi..! Rasa denyut nadi rakyat konon!!

Maka kita akan lihat kemunculan semula dua orang bekas menteri BN di blok pembangkang dalam dewan rakyat. Semoga mimpi ngeri ini tidak berlaku.. sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN bermula di Hulu Selangor petang nanti.. gunakan kuasa dan pengaruh yang ada bukan tunduk layu dengan desakan orang yang kalah di tempat sendiri pada PRU lepas!!!

p/s - Hadiri khusus selama 2 minggu. Maka ini adalah artikel terakhir untuk bulan ini. Insya Allah bulan Mei nanti kembali menulis..

13 April 2010

Dato' Dr. Hallili Rahmat Calon Sebenar PKR !!!


'Inilah calon kita'!! mungkin itu yang dikata oleh Anwar Ibrahim kepada Dato' Dr. Halili Rahmat malam tadi Kg. Sg. Selesik.

Pukul 10 malam ini mesti menjadi saat yang dinantikan oleh penyokong Anwar Ibrahim dan Pasukan Rusuh nya!! Diwar-warkan calon yang akan bertanding untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada malam ini.

Bermacam-macam nama yang keluar. Ada bekas menteri UMNO, ketua AMK, dan tidak kurang anak-anak tempatan. Yang pasti makhluk bernama Zaid Ibrahim adalah calon utama untuk dijadikan ayam sabung pakatan pembangkang..!

Saya percaya Anwar akan mengunakan kelicikannya bermain politik dalam isu calon ini. Rata-rata blogger terutama pro kerajaan tersengih riang bila mana nama Zaid Ibrahim diletakkan di tempat pertama dalam senarai calon PKR kali ini.

Zaid Ibrahim jika dicalonkan memang menjadi lauk pauk untuk digulai oleh jentera BN. Begitu banyak isu yang melingkari beliau. Tetapi saya percaya Anwar tidak sebodoh itu untuk meletakkan sampah UMNO ini di situ.

Malam ini lebih kepada resepsi pengenalan calon-calon yang bakal dijadikan kuda lumba pembangkang untuk mengekalkan status quo Parlimen Hulu Selangor.

Bagi saya, orang yang menjadi favourite di kalangan pendokong Anwar & Pasukan Rusuh adalah Dato' Dr. Halili Rahmat, seorang pakar bedah saraf daripada Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya dan inilah orang yang akan dijadikan calon oleh PKR!

Dr. Halili ini dikhabarkan anak tempatan berasal dari Ulu Yam tapi menetap di Kuala Lumpur. Menjadi Bendahari PKR di Cabang Hulu Selangor dan sangat disegani atas faktor akademik dan sahsiahnya! Jauh beza berbanding kaki botol Zaid Ibrahim!

Dulu tahun 1999 pernah cuba lawan Palanivel tetapi kalah di P88 (ketika itu) - Parlimen Hulu Selangor. Ketika itu sentimen BN dan dacing masih tinggi, tetapi kini ia jauh berbeza.

Lambang dacing di kertas undi bukan bererti akan di pangkah oleh pengundi. Pengundi semakin bijak. Faktor parti sudah menjadi perkara kedua. Karakter calon lebih diberikan fokus. Kerja ke tidak lepas pilihanraya itu faktor kedua.

Saya agak yakin orang yang akan menghantar kertas undi pada Sabtu ini ialah Dato' Dr. Halili Rahmat. Ia akan dimuktamadkan malam sebelum penamaan calon!

Perkara yang sama berlaku semasa Allahyarham Dato' Dr. Zainal Abidin menjadi calon 2008 dahulu. Karakter dan tahap akademiknya telah melenyapkan jasa-jasa Palanivel selama 4 penggal.

Harus diingat telah 9 kertas calon diambil daripada pejabat SPR sehingga Jumaat lepas. Semalam dan hari ini belum dikira lagi.

Pasti Anwar menggunakan kebijaksanaan dalam menyusun strategi politik yang licik dalam memenangi kerusi ini dengan apa yang dikatankan oleh Dato' Zahrain... 'at all cost'!!!


12 April 2010

Antara Gula-Gula Lolipop BN dan Gula-Gula Getah Pembangkang!!

Bila tiba musim pilihanraya kecil, maka kelihatan bertimbun - timbun longgokan 'gula - gula' pemberian 'ikhlas' parti politik! Hehehe...

Rakyat di kawasan tersebut tertunggu - tunggu apa lagi habuan untuk beroleh 'pemanis mulut bermusim' ini? Semua program alih - alih dibuat disini sampaikan pejabat MB pun nak dipindahkan disini! Dasyat betul pilihanraya kecil di Malaysia ini.

Budaya politik di Malaysia ini untuk menghadapi pilihanraya kecil boleh dianggap sebagai 'Winner take all'. Jadi segala senjata dikeluarkan untuk mengalahkan musuh. Macamlah siapa yang menang boleh tubuh kerajaan, walhal 1 kerusi itu tidak memberi impak besar pun kepada sistem pemerintahan negara cuma ianya hanya menjadi kemenangan psikologi ke atas pihak lawan! Tidak lebih dari itu!

Menariknya, bila ada saja pilihanraya kecil maka ketika itu muncullah pembesar negara dan pemimpin politik di kawasan tersebut sedangkan sebelum ini mungkin tidak pernah langsung menjejaki di situ! Inilah gaya politik kita...

Peliknya semasa hendak dibuat pilihanraya kecil, tiba - tiba banyak program di buat. Di katanya secara kebetulan tempat dan tarikhnya kena pada musim pilihanraya kecil tetapi kita bukan tidak ada akal untuk berfikir...

Pemberian 'gula - gula' ini memang menjadi budaya politik kerajaan pemerintah. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana - mana pun di dalam dunia ini. Tetapi menariknya di pilihanraya kecil Hulu Selangor minggu depan, dua kerajaan bertembung ; kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri! Pasti 'gula-gula'nya lebih menarik!!

Pihak pembangkang yang membentuk kerajaan di Selangor juga memperakui bahawa pengaruh 'gula-gula' kepada sokongan undi tidak sedikit kesannya. Mereka juga terjerumus di dalam politik pemberian 'gula-gula' ini..

Rakyat sekarang diberi dua pilihan sama ada terpengaruh dengan 'gula-gula' lolipop BN ataupun 'gula-gula' getah pembangkang!

Saya menakrifkan pemberian imbuhan daripada kerajaan pemerintah dengan analogi lolipop kerana sifat gula-gula tersebut yang menarik bungkusannya, manis isinya dan ada tinggal batangnya untuk dibuat kenangan.

Manakala sifat gula-gula getah sangat sesuai untuk diterjemahkan kepada imbuhan daripada blok pembangkang. Gula-gula getah ini sebenarnya tawar, yang maniskannya adalah pewarna yang diambil daripada sumber lain.

Ia sangat bertepatan dengan perangai pembangkang sepertimana yang ditunjukkan dalam pemberian geran tanah kepada penduduk di situ walhal ianya adalah hasil kerajaan negeri dibawah BN sebelum Mac 2008.

Gula-gula getah ini juga manisnya seketika lembutnya sementara, selepas lama dihisap maka rasanya akan tawar dan mulai kenyal. Bila nak dibuang, kena berhati-hati takut melekat memang payah nak ditanggalkan.

Itulah yang diumpamakan dengan pemberian pembangkang yang nampaknya sangat baik dan bagus tetapi kesan jangka panjangnya boleh memudaratkan masyarakat, misalnya isu tanah dan kawasan ibadat.

Justeru itu, pengundi di Hulu Selangor diberi dua pilihan 'gula-gula'. Sama ada lilipop atau gula-gula getah, pilihan terletak di tangan anda. Jika nak ambil kedua-duanya pun boleh tetapi kena fikirkan jangka panjang, jangan nanti menyesal, banyak sangat terlekat gula-gula getah, nak dibuang payah nak ditanggal susah!!

Makan 'gula-gula' banyak pun payah, nanti sakit 'gigi'!!!
Nak bagi 'gula-gula' tu pun kena tengok orang lain, nanti ada yang doa mintak YB mati!!
Berpada - padalah !!!

08 April 2010

Akurlah Pilihan Najib, Sami'na wa Ato'na (Kami dengar, kami taat) !

Sudah muktamad! Calon BN bagi Parlimen Hulu Selangor nanti adalah daripada MIC! Sama ada Palanivel dicalonkan semula atau tidak itu soal ke-2, hakikinya ayam sabung BN adalah MIC!

Walaupun jauh disudut hati saya melihat calon yang layak melawan calon Melayu PKR adalah daripada UMNO tetapi kata telah diputus, MIC adalah lawannya.

Mungkin ada ramai rakan - rakan blogger seperti GAP dan DET menentang keras pemilihan ini tetapi Najib selaku kapten kapal BN telah membuat keputusan yang tidak popular ini untuk menjaga hubungan jangka panjang parti - parti kompenan.

Keputusan Najib ini besar hikmahnya. Bukan sahaja untuk mengukur sejauh mana kuatnya pengaruh dan relevansinya MIC tetapi menilai sejauh mana kesetiaan ahli UMNO kepada ketuanya..

Saya juga tidak menyokong keputusan Najib ini tetapi akur atas faktor beliau adalah ketua. Beliau berhak membuat keputusan yang semestinya memerlukan pandangan banyak pihak.

Saya masih ingat semasa pilihanraya Bagan Pinang dahulu, Isa Samad dimomokkan begitu teruk oleh pembangkang. Dituduh kepala rasuah, kuat songlap duit masa jadi MB N.Sembilan. Najib pun goyang nak pilih dia sebagai calon BN. Lagipun ada bisikan syaitan daripada menantu mantan PM!

Dalam blog pun rata - rata blogger yang mendakwa penyokong kerajaan dan UMNO agak keberatan untuk 'menjual' nama Isa Samad untuk ditabalkan menjadi calon BN di sana. Majoriti komen yang dihantar oleh pembaca pun menolak Isa Samad.

Tetapi Isa Samad tetap dipilih menjadi calon dan menang besar..!

Selepas itu barulah blogger-blogger pro-kerajaan ini mendabik dada dengan kejayaan Isa Samad yang sebelum ini malu diperjuangkan..ini namanya jatidiri dan kepercayaan kepada keputusan parti tidak kuat dalam diri! Krisis keyakinan masih membelenggu majoriti penyokong BN di dalam blog!

Kini, kita diuji lagi sama ada akur atau ingkar dengan keputusan ketua.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 285 Allah ada menunjukkan bahawa orang beriman mempunyai sifat sami'na wa ato'na (kami dengar, kami taat).

Perangai orang yahudi pulak ditunjukkan dalam surah yang sama ayat 93 yang mempunyai sifat sami'na wa 'ashainaa (kami dengar, kami ingkar).

Jadi perangai mana kita nak ikut, perangai orang beriman atau yahudi?

Terpulanglah kepada budi bicara kita sama ada setia atau ingkar dengan arahan ketua. Ya, memang betul Najib malahan sesiapa sahaja tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana itu fitrah manusia.

Tugas kita adalah memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh ketua, sekiranya cadangan kita itu tidak diterima janganlah kita melenting. Ada hikmahnya..

07 April 2010

Baguslah Kekalkan Formula Perkongsian Kuasa, Si Nizar Gigi Akan Terus Kekal di DUN Selepas PRU-13 !!

Terima kasih Najib sebab bagi aku kekal di DUN Pasir Panjang..hehe. Konsep perkongsian kuasa BN sangat berbaloi - baloi! Hehe..

Kalau bercerita mengenai orang (bukan tokoh) politik paling bangsat sejak kebelakangan ini, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah En. Nizar Jamaluddin (status Profesional Engineer (PE) diragui)! Dia lebih bangsat daripada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan yang sekufu dengan mereka!

Apa yang melayakkan dia bergelar si bangsat itu tidak perlu saya huraikan kerana saudara rbf telah pun menceritakan dalam kes yang berlaku di Jalan Kebun, Klang 2 hari lepas. Itulah natijahnya bila menjadi tukang cakap parti dajjal - DAP!

Di dalam suasana Pilihanraya Kecil P94 - Hulu Selangor, proses pemilihan calon adalah yang paling rumit dan kritikal sama ada di pihak BN mahupun pembangkang.

Tidak payah bercerita pasal calon pembangkang kerana sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu daripada PKR untuk menentang calon BN yang besar kemungkinan adalah daripada MIC.

Isu pemilihan MIC sebagai ayam sabung BN di Hulu Selangor dibuat atas prinsip setiakawan dan konsesus perkongsian kuasa. Dalilnya, semasa 2008 kerusi ini diperuntukkan untuk MIC maka biarlah MIC yang bertanding..

Najib dan Muhyiddin dan cakap jangan pertikaikan calon BN, yang penting harus bekerja. Najib melihat formula perkongsian kuasa lebih diutamakan daripada suara hati orang lain, terutama pengundi majoriti disitu.

Orang yang paling gembira mendengar cakap Najib ini bukanlah Samy Vellu ataupun G.Palanivel tetapi pemimpin - pemimpin politik pembangkang! Kerana pada PRU akan datang, mereka sudah pasti akan memenangi beberapa kerusi parlimen dan DUN yang melibatkan pertembungan formula BN vs. kuasa majoriti pengundi!

Formula BN vs. Kuasa Majoriti Pengundi
Apabila berita mengenai amaran Najib untuk jangan pertikaikan calon BN yang memberi signal jelas bahawa MIClah yang bertanding, En. Nizar Jamaluddin sudah keriangan terloncat - loncat sambil menepuk tangan di atas kepala mirip 'Ella' - Orang Utan di Zoo Negara!

Ini kerana kerusi DUN N51 - Pasir Panjang di Perak akan terus berada di dalam tangannya selepas PRU-13. Maka dia sudah memikirkan untuk membuat perancangan sehinggalah PRU-14 bagaimana mahu bikin kecoh dalam dewan persidangan dan di jalanraya! hehehe..

Tahun 2008, En. Nizar Gigi ini telah mengalahkan calon MIC Dr. S.Vasan dengan majoriti 4,474. Perincian adalah seperti berikut :
MIC  -  Dr. S.Vasan  =  7,520
PAS  -  En Nizar Gigi  =  11,994  (Majoriti 4,474)
Melayu - 65.7%, Cina - 15.0 %, India - 19.1 %

Di DUN N59 - Behrang juga di Perak, formula BN ini telah menampakkan 'kejayaannya' dengan tersungkurnya lagi calon MIC kepada calon PKR bekas posmen yang sekarang ini dah jadi bebas Jamaluddin Md Radzi :
MIC  -  Datuk M. Ramasamy  =  5,744
PKR  -  Jamaluddin Mohd. Radzi  =  6,771 (Majoriti 1,027)
Melayu - 57%, Cina - 24%, India - 14%

Macamana seorang bekas posto boleh kalahkan seorang Datuk sedangkan apa track record En. Posto itu?

Di P132 - Teluk Kemang, N.Sembilan, seorang lagi hero tamil MIC tergolek angkara keberhasilan Formula BN. S.Sothinathan yang ketika itu Setiausaha Agung MIC tewas kepada Dato' Kamarul Baharin daripada PKR dengan majoriti 2,804.
MIC  -  S.Sothinathan  =  20,544
PKR  -  Kamarul Baharin  =  23,348
Melayu - 51%, Cina - 36.1%, India - 22.2%.

Walhal kalau dikira undi yang menyokong calon BN di DUN dalam kawasan parlimen ini menunjukkan pengurangan sebanyak 1,380 undi. Manakala di pihak PKR naik 846 undi. 746 pemilih yang memilih BN di kerusi DUN merosakkan undi mereka!

Di P83 - Kuantan, Pahang, perkara yang sama berlaku di Hulu Selangor pada 2008, juga terjadi di kawasan ini. Parlimennya kalah tetapi kesemua DUNnya menang!

Parlimen Kuantan - P83
BN/MCA - Dato' Fu Ah Kiow  =  16,572
PKR  -  Fuziah Salleh  =  18,398 (Majoriti 1,826)
Melayu - 60%, Cina - 35.9%, India - 3.9%

N14 - Teruntum
BN/MCA  -  8,015  (Majoriti 293)
PKR (Cina)  -  7,722

N15 - Tanjung Lumpur
BN/UMNO  -  6,478 (Majoriti 496)
PAS  -  5,982

N16 - Inderapura
BN/UMNO  -  3,791 (Majoriti 853)
PAS  -  2,918

Jumlah Ketiga - tiga DUN
BN  -  18,284 (beza 1,712 daripada parlimen)
PKR&PAS  -  16,622 (kurang 1,776 daripada parlimen)

Bagaimana calon BN boleh kalah. Bukan calang - calang Fu Ah Kiow tu, Timbalan Menteri Dalam Negeri masa tu! Orang ramai terutama pembesar UMNO memandang sinis perlantikan Fuziah Salleh ini sebagai Ketua Strategik Pilihnaraya PKR. Jangan disangka tangan yang menghayun buaian ini tidak bisa memalukan BN lagi di Hulu Selangor!!

Persamaan daripada kesemua contoh ini menjelaskan bahawa pengundi majoriti iaitu Melayu lebih mementingkan sentimen bangsa/agama dalam memilih calon waima calon itu bukan daripada parti pemerintah!

Nampaknya pertarungan Formula BN vs. Kuasa Majoriti Pengundi (Melayu) memenangkan calon Melayu. Najib seperti dijangka akan terus mengekalkan status quo kerusi sehinggalah penstrukturan semula dibuat menjelang PRU-13.

Hulu Selangor akan hanya dijadikan bahan ujikaji untuk melihat kemampuan sebenar parti - parti kompenan. Terpulanglah..sebab Najib lebih mendengar cakap MIC daripada majoriti pengundi.

p/s - nanti tolong letak calon BN bukan Melayu di kawasan saya ye, senang nak pangkah atas kertas nanti. Di Parlimen Rembau dan DUN Paroi ye, Najib!

31 Mac 2010

Kisah Melayu dan Tanah Melayu . . .

Kaum Melayu ni memang cukup pantang dan sensitif bila dengar pasal isu tanah ni. Kalau kita lihat drama typical dalam tv, kalau cerita bab orang kampung, tak ada konflik pasal berebut tanah memang tak sah !

Dah menjadi tabiat karayawan kita, bila buat cerita pasal kampung mesti pasal berebut tanah. Banyak sangat ke tanah orang Melayu di kampung - kampung sekarang ni?

Setahu saya, orang Melayu yang banyak tanah cuma peneroka Felda, Felcra dan tanah rancangan lain. Itu pun sebab diberi oleh kerajaan tapi ada gak kelompok manusia yang tak bersyukur dalam Felda, felcra ni! Bab ni saya tak mahu komen, lain kali boleh cerita..

Yang menjadi akar artikel saya kali ini berkisarkan gelagat orang Melayu bila bercerita pasal tanah...tanah untuk kediaman atau perniagaan. Tajuk ini bersempena dengan pengumuman Dato' Seri Perdana Menteri semalam yang mengumumkan Sungai Buloh sebagai hub baru bagi Lembah Klang. klik sini.

Perancangan untuk membangunkan kawasan seluar 1,200 hektar tanah di Sungai Buloh sangat bagus dan wajar dipuji. Ini akan menyebabkan harga tanah di situ mulai naik sejak hari ini! hehehe..

Semua sedia maklum, Sungai Buloh ini dahulu tempat jin bertendang. Kalau dulu semasa tahun 80-an dan 90-an ia dikenali dengan Hospital Kusta, ladang getah milik LGM (Lembaga Getah Malaysia) dan kawasan hutan berpaya. Dsini juga tempat saya membesar18 tahun dahulu.

Kini ia bakal berubah wajah. Suntikan daripada KWSP pasti akan menyebabkan pertumbuhan disini akan bertambah dengan cepat. Penduduk - penduduk Kg. Baru Sg. Buloh akan tersengih - sengih riang kerana sokongan penuh mereka kepada DAP berbaloi - baloi! hehehe... Walaupun disitu diwakili oleh Dr. Nasir Hashim daripada Parti Sosialis Malaysia!

Sg. Buloh adalah dibawah Parlimen Subang (Sivarasa rasiah-PKR) dan 3 DUNnya adalah Lanjan (Elizabeth Wong - PKR), Kota Damansara (Dr Nasir - PSM) dan Paya Jaras (Dato' Bushro - BN).

Pecahan Komposisi kaum adalah Melayu - 50%, Cina - 35.9% dan India - 13.5% (mengikut data pengundi tahun 2008).

Adakah Sungai Buloh ini bakal menjadi Puchong ke-2? Semakin lama semakin ramai populasi orang Cina, orang Melayu akan 'dihalau' secara halus. Sudahlah Sungai Buloh ini di pinggir Lembah Klang, kemana Melayu akan di pinggirkan pula kali ini.

Percayalah pada PRU-14 atau 15, komposisi kaum ini pasti akan berubah! Melayu akan jadi minoriti!

Tetapi ini juga merupakan masalah atas sikap orang Melayu. Terlampau percaya benda mengarut dan terlalu lurus bendul..!

Dahulu semasa Puchong hanya dikenali sebagai kawasan lombong, orang Melayu dimomokkan dengan berita kemunculan buaya di lombong Puchong yang menyebabkan minat untuk membeli hartanah disitu kurang. Belum lagi ditambah dengan isu tanah lombong, cepat mendap. Sekarang ini, IOI Mall tu tak pernah mendap pun saya tengok!

Bermati - matian percaya, bahawa disitu ada buaya padahal tak pernah pun tengok, cuma dengar cerita sahaja. Tetapi hari ini, kita lihat Puchong menjadi bandar satelit kepada Petaling Jaya.

Harga hartanah melambung tinggi, kawasan perindustrian, pusat hiburan dan rumah urut berkembang bagai cendawan lepas hujan! Tetapi hanya dimonopoli oleh kaum Tionghua sahaja!

Melayu telah ditipu oleh 'buaya'!!

Ini di Sg. Buloh, cerita 'buaya' datang kembali tetapi dalam versi yang berlainan. Kali ini Melayu dimomokkan dengan cerita pasal kualiti tanah yang tidak begitu baik. Banyak kawasan berpaya dan tidak sesuai untuk komersial. Itu belum lagi cerita konon - konon risiko tanah runtuh yang boleh berlaku disitu.

Orang Melayu ni kalau dengar bab tanah lombong, berpaya, tanah tambak mulalah takut nak beli rumah sebab takut nanti tengah tidur, rumah mendap masuk dalam tanah! hehehe..

Kalau begitu tidak payahlah teknologi kejuruteraan yang ada sekarang ini pakai sebab orang takut nak percaya kukuh ke atau kuat ke rumah tu. Mereka lebih percaya cakap mitos. Mental dah kena block!

Akhirnya, orang Melayu menganga lagi! Orang lain beli dengan harga murah sekarang, 20 tahun lagi dah boleh jual 3-4 kali ganda! Kita disitulah juga, asyik mintak tanah TOL saja..!

Nasib Melayu..sumpahan nama Tanah Melayu memang tidak akan berakhir selagi mana perangai orang Melayu masih tidak berubah... selepas ini dimana pula orang Melayu akan di'buaya'kan...?


Nama 5 Calon Yang Dicadangkan Samy Vellu Adalah . . .

Tiba - tiba nama Samy Vellu muncul kembali setelah lama menghilang. Ibarat cerita Tamil, hero muncul tepat pada masanya! hehe.. tetapi kali ini muncul tidak kena pada masanya!

Kita sebagai orang Melayu agak marah sebab belum pun lagi Jenazah Allahyarham Dr Zainal dikebumikan, mulalah cakap - cakap pilihanraya nak dibuat. Walaupun beliau merupakan Yang Berhormat daripada kem pembangkang, ini tidak bermakna kita perlu meraikan kematiannya.

Perlu ada rasa hormat dan sensitif kepada perasaan kaum keluarga Allahyarham!

Orang yang mula - mula teruja untuk diadakan pilihanraya ini tidak lain dan tidak bukan adalah, Samy Vellu. Lebih - lebih lagi kawasan itu merupakan tempat yang ditandingi oleh anak didiknya, Timbalan Presiden MIC yang digambarkan untuk menggantikan tempatnya suatu hari nanti.

Tetapi ada desakan bertubi - tubi agar kerusi itu dikembalikan kepada UMNO. Atas sebab itu, petang semalam di Parlimen cepat - cepat Samy Vellu serah nama calon MIC kepada Najib.

Kalau sebelum ini orang bercakap MIC hanya nak mencalonkan Palanivel tetapi ia ditepis oleh Samy Vellu dengan menyatakan dia menghantar 5 cadangan nama untuk di tampilkan menjadi calon BN di Hulu Selangor.

Atas maklumat dan risikan ala - ala James Bond, saya telah mendapat senarai nama 5 orang tersebut dan ia telah mematikan spekulasi bahawa Samy Vellu hanya mencadangkan nama tunggal sahaja bagi kerusi tersebut!

Nama - nama calon MIC tersebut adalah seperti berikut :
(1) G.Palanivel
(2) Palanivel Govindasamy
(3) Govindasamy P.
(4) Suami kepada Kanagam Palanivel
(5) Bapa kepada anak - anak Kanagam

Nampaknya derap langkah Samy Vellu lebih tangkas daripada Rajnikanth dalam filem 'Sivaji the Boss''! Belum pun lagi penumbuk sampai di muka lawan, bunyi mengalahkan petir! hehehe...

Kasihan Samy Vellu, dulu ada perwakilan partinya nak mengalungkan selipar di leher YABhg. Tun Dr. Mahathir, sekarang terpaksa merintih meminta belas ihsan UMNO untuk bertanding! UMNO pulak berdegil nak balik kerusi itu. Itulah, orang dah cakap, jangan buat dajjal dengan orang, kelak akan memakan diri!!!


30 Mac 2010

RMK 10 : Mana Mau Cekau Duit . . Selepas Diratah 6 Tahun Oleh ehem..ehem..!

Jangan nak tipulah jika tidak diakui, kantung kerajaan semakin kempis!

Jangan nak temberang bila cakap duit kerajaan banyak lagi untuk dibelanjakan!

Jangan nak menafikan, dana dalam perbendaharaan negara semakin kosong!

Hakikat yang perlu kita terima sekarang, duit kerajaan semakin sedikit, perbelanjaan semakin terhad, kewangan semakin mendesak!

Buktinya mudah, tidak pernah berlaku dalam sejarah pendidikan tanah air, pelajar - pelajar yang duduk asrama diarahkan untuk balik ke rumah setiap 2 minggu sekali (ada kes setiap hujung minggu) kerana dewan makan tidak menyediakan makanan sebab peruntukan terhad!

Benda ini mungkin tidak berlaku di SBP atau di MRSM tetapi di sekolah yang ada penempatan asrama misalnya Sekolah Menengah Agama atau sekolah lain!

Guru - guru juga terpaksa menanggung kos sendiri jika ada urusan mesyuarat atau urusan rasmi lain di luar stesen tanpa boleh dituntut kembali ! Ada kes berlaku di sekolah, guru besar belanja nasi bungkus kepada ahli mesyuarat beliau sebab tidak ada peruntukan untuk itu!

Itu di sekolah, bagaimana pula di jabatan dan kementrian lain? Sekarang ini heboh kempen penjimatan tenaga untuk kurangkan kos letrik, kursus yang diterhadkan dan hanya dibuat di dalam pejabat, syarat yang lebih ketat untuk melakukan perjalanan di luar pejabat dan berbagai lagi langkah yang dicerminkan sebagai 'langkah penjimatan' tetapi sebenarnya kantung untuk belanja mengurus semakin sedikit!

Adakah kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melancarkan RMK 10 tahun hadapan? Jika ada, kenapa perlu Dato' Seri Najib ke hulu ke hilir menjaja dan meminta untuk pelabur asing datang ke Malaysia?

Sehingga sanggup meliberalisasi 27 sub sektor perkhidmatan, mengurangkan pegangan KWSP dan Khazanah dalam GLC (langkah yang kurang bijak) dan memperkenalkan MEB?

Bagi sebilangan yang bekerja di dalam perkhidmatan awam terutama di Kementerian Kewangan, EPU mahupun Kementerian dan Jabatan lain yang melaksanakan program (seperti saya di JKR ini) tahu bahawa kantung kerajaan sebenarnya dalam keadaan bahaya! Kebanyakan duit hanya tercatit di dalam kertas sahaja...

Sebenarnya langkah Najib untuk berada di kerusi Perdana Menteri perlu dibayar oleh beliau dengan harga yang tinggi, cukup tinggi!

Selain berperanan untuk mengembalikan sinar dan kegemilangan Malaysia di persada antarabangsa yang pernah di kecap 7 tahun yang lalu, beliau juga berperanan untuk menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus di dalam krisis ekonomi yang teruk!

Cuba lihat di dada - dada akhbar sekarang ini, sepatutnya setiap hari Khamis dan Isnin pasti akan ada tender baru JKR yang diiklan tetapi jumlahnya semakin mengecil kerana faktor kekangan kewangan.

Banyak projek yang terpaksa di KIV untuk menunggu kelulusan harga siling sebelum ditender. Orang yang menentukannya adalah EPU yang diketuai oleh Menteri yang ada RM2 juta cash dalam tangan tapi di taichi kepada orang suruhannya!

Itu belum lagi dikira, bayaran kepada kontraktor dan perunding yang tertangguh lama kerana kerana belum mendapat lampu hijau dari EPU untuk membayar.

Kemana perginya duit - duit yang dijaja semasa pembentangan Bajet tahun lepas? Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) juga masih belum menampakkan hasilnya. Yang aktif hanya di KKLW. Itu pun banyak projek di Sabah dan Sarawak. Tapi bagus juga tu, berjasa kepada orang yang telah berjasa...hehehe

Mulai tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan projek berdasarkan kepada pratik PFI iaitu Private Finance Initiative untuk membantu merancakkan ekonomi Malaysia dan mengurangkan projek secara konvensional (tender terbuka) dan design & build!

PFI ini adalah skim yang menggunakan dana swasta untuk menampung kos dalam pembinaan infrastruktur dan pembangunan lain. klik sini

Ia mula diperkenalkan oleh Australia pada tahun 1980-an dan di Britain ia di perkenalkan oleh Sir John Major, orang yang memuji Najib baru - baru ini di Hong Kong!

Ada baik dan buruknya PFI ini. Baiknya, ia akan menjimatkan dana awam dan ia dapat disalurkan kepada perkara yang lebih manfaat. Buruknya, kita akan melalui jalan - jalan atau mendiami bangunan yang dikenakan tol seperti konsep konsesi tol sekarang ini! Rakyat perlu membayar untuk ini!

Dato' Seri Najib perlu berhati - hati dalam mengambil langkah ini kerana memang telah dijangka seperti artikel saya sebelum ini, John Major pasti ada niat 'udang di sebalik batu' dalam melemparkan pujian kepada Najib!

Sekarang Najib terpaksa berkelana ke luar negara untuk mencari pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Langkah ini tidak ubah seperti langkah mantan PM iaitu Tun Dr. Mahathir yang berkelana menjual nama Malaysia di luar semasa era pemerintahan beliau.

Sekarang ada juga seorang yang suka kel uar negara menjaja nama negara tetapi bukan untuk menarik pelabur tapi mencari rakan untuk memusuhi negara sendiri! Siapa lagi kalau bukan Abang Bucuk Saifuddin Nasution - Anwar Ibrahim!

Semoga Najib dikurniakan kekuatan untuk memacu ekonomi negara dan berjaya menempuh dugaan yang perit ini...

Kemenangan CSL Bukti Kaum Cina Tidak Pentingkan Moraliti !!

Bagi masyarakat Melayu, kemenangan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek suatu yang mengejutkan kerana hampir 2/3 daripada korespondan kaum Melayu yang dibanci oleh Merdeka Center memilih Tan Sri Ong Ka Ting sebagai calon pilihan jawatan Presiden parti.

Tetapi majoriti masyarakat Cina optimis Chua Soi Lek adalah calon yang paling layak menyandang kerusi Presiden tersebut.

Dan akhirnya, CSL menang dengan kelebihan 68 undi daripada pencabar terdekat iaitu mantan Presiden.

Selalu benar, jangkaan dan harapan masyarakat di luar ini tidak diterjemahkan melalui kertas undi oleh perwakilan parti.

Lihat sahaja semasa pemilihan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia tahun lepas, walaupun Dato' Mukhriz disebut sebagai calon 'favourite' dan mendapat pencalonan tertinggi di peringkat bahagian tetapi tersungkur di tangan Khairy Jamaluddin yang mendapat pencalonan tercorot.

Di MIC pula semasa pertembungan jawatan Timbalan Presiden antara Dato' G. Palanivel dan Dato' S.Subramaniam, undian yang dibuat oleh Berita Edisi 7 terbitan NTV7 menunjukkan lebih 83% memilih Dato' Subra sebagai calon paling layak tetapi pemilihan parti pada 12 September 2009 yang lepas menyaksikan G.Palanivel menang dengan 629 undi mengalahkan Dato' Subra (547) dan Sothinathan (280).

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah para perwakilan sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga mendengar suara rakyat yang berada di luar lingkungan parti mereka?

Jika begitu, usahlah diungkap kata - kata untuk membela rakyat sedangkan suara dan kehendak rakyat tidak didengari!

Ada cakap - cakap semasa Perhimpunan Agung UMNO (semasa pemilihan), jika Ali Rustam bertanding mahu tersungkur Muhyiddin Yassin! Ini sebab perwakilan yang berkuasa mengundi adalah orang yang tidak nampak apa itu kehendak rakyat, yang nampak wang dan keselesaan!

Berbalik kepada isu kemenangan Chua Soi Lek, saya kasihan kepada Dato' Seri Najib yang terpaksa mengadakan sidang akhbar khas di Parlimen semalam berkenaan isu kemenangan CSL dan isu moralnya.

Seharusnya Najib tak perlu pening kepala untuk menjawab isu ini, biarkan sahaja Presiden MCA dan 901 perwakilan yang memilihnya menjawab!

Itu belum lagi dicampur dengan isu parti Gerakan yang memang menjadi duri dalam daging Barisan Nasional! Dengan sikap biadap dan kurang ajarnya menunjukkan inilah budaya masyarak Cina di Malaysia, kurang sopan dan rendahnya moraliti!

Dengan isu tunang Teoh Beng Hock melahirkan anak luar nikah dan dipersetujui pula oleh KDN dengan menamakan anak itu dengan nama Teoh, isu pemilihan Presiden MCA dan isu kurang ajar Teng Hock Nam (Pengerusi Gerakan P.Pinang) menunjukkan terkikisnya budaya ketimuran dalam hati sanubari masyarakat Cina di Malaysia sekarang!

Ia menggambarkan bahawa masyarakat Cina tidak melihat isu moral dan perilaku sebagai suatu yang wajib di pertahankan. Lihatlah jika di jalan - jalanraya sekalipun, masyarakat inilah yang paling kurang ajar. Pergi di P.Pinang, kita tahulah perangai mereka membawa kereta!

Saya bukannya rasis, saya juga mempunyai ramai rakan dalam masyarakat Tionghua ini tetapi ini hakikat yang perlu kita terima. Mereka telah hilang identiti ketimuran mereka dek kerana sifat individulisma yang semakin menebal.

Masalah ini turut mengheret kaum lain di Malaysia ini. Lihat sahaja di bandar - bandar besar, mereka tidak mahu bergaul dengan orang lain melainkan kawan dan keluarga terdekat sahaja.

Saya percaya dan yakin, menjelang 2020, rumah untuk orang - orang tua di Malaysia ini akan lebih banyak daripada rumah anak - anak yatim sebab anak sudah tidak mahu menjaga orang tua. Bukan salah anak tapi salah ibubapa yang mendidik..mendidik untuk menjadikan individulisme sebagai teras hidup!!


25 Mac 2010

Sahih ! Memang Si Saifuddin Nasution Tuduh Ibrahim Ali (Bukti Hansard 23 Mac 2010)!! Apa lagi Tok Him, Saman Lah Lapan Belas Ratus Juta!!!

Haa...buat apa tu! Tengah punggah duit ke? Mentang - mentang le Abang Bucuk dia baru balik dari oversea, mesti bawak balik duit billion - billion. Hehehe. Jangan lupa tugas utama ko sebagai anjing salakan Anwar. Ganggu Ahli Dewan Rakyat berucap! He..he..he..

Si Saifuddin Nasution ni wajar digelar jaguh pengampu nombor satu! Semenjak dilantik menjadi Setiausaha Agung PKR, sikap membodeknya memang tidak dapat dibendung lagi! Hari - hari kena bodek boss..!

Hari Selasa lepas (23 Mac 2010) dalam Dewan Rakyat tuduh Ibrahim Ali ada share dalam kompeni judi Vincent Tan.

Bilamana Ibrahim Ali nak saman dia, tiba - tiba kecut macam boss dia. Mintak Ibrahim Ali tengok baik - baik hansard Parlimen, apa yang dia kata!

Hah! Sekarang memang jelas! Dalam muka surat 98 (dalam bentuk pdf muka surat 99), memang ada dinyatakan tuduhan itu!

Ayat yang keluar dari mulut busuk lagi hancing Si Saifuddin 'Katak Puru' Nasution tu berbunyi begini . . .
...' Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk kerajaan memberikan penjelasan yang jelas terhadap satu perkara yang berhubung dengan kelulusan lesen judi kepada 'Escort Sports' yang dikuasai oleh Vincent Tan yang kita kenal sebagai tycoon yang mempunyai empayar perniagaan yang luas dalam banyak - banyak syarikat perniagaan iaitu YB Pasir Mas pejuang Melayu tulen pun ada sahamnya juga.'

Si Saifuddin ni cakap lesen judi tu dah diberi selama 20 tahun dengan bayaran RM20 juta dengan dana sebanyak RM 1 billion diluluskan oleh PM dan Menteri Kewangan terdahulu. Zaman Pak Lah baru ia diberhentikan..

Jika Pak Lah membatalkan lesen ini pada tahun 2003, 20 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1983, Menteri Kewangan ketika itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah! Kalau nak salahkan PM ketika itu tidak adil kerana kuasa pemutus tetap di Perbendaharaan yang dipegang Ku Li sejak tahun 1976 lagi! Kau tanya le Ahli Parlimen Gua Musang tu!

Lesen judi ini harus diperbaharui dalam tempoh - tempoh tertentu. Mesti si Saifuddin ni dah banyak sangat makan semut sampai terlupa Abang Bucuknya pernah jadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 - 1998. Takkan le pada zaman tu, satu lesen judi pun tak dipebaharui atau dibuat baru. Nak kena tanya Nallakaruppan dulu ke? hehe.. jangan lupa Magnum tau!!

Ibrahim Ali dah bersumpah dengan nama Allah. Kau pun patut bersumpah juga Saifuddin dengan nama Allah. Jangan jadi macam Abang Bucuk ko, suruh sumpah tak nak lepas tu suruh budak - budak jendul macam kau edar vcd haram!

Nanti bila Ibrahim Ali dah saman kau jangan pulak ko berdaih - dalih. Kalau nak ambil peguam tunda berkerusi roda tu pun tak pe, semakin di tunda semakin tinggi kos yang ko kena bayar kat dia..masyukkk!!!

Si Anthony Loke (Rasah), Ketua Pemuda DAP ni konon nak tunjuk handal, dia pun menentang perjudian dengan mempertikaikan kenapa kerajaan meluluskan banyak special draw untuk NFO (number forecast operator) kepada 6 syarikat judi macam Magnum (milik bekas kawan baik Anwar) dan lain-lain. Ia menyebabkan masyarakat Tionghua terjebak!

Si Saifuddin tu pun sebab suka sangat bau colok, terus angkat dan julang si DAP Rasah ni cakap mereka pun menentang judi! Hello brader, kau pergi tengok kat Lobak, kawasan DUN si Anthony Loke ni kat Seremban.

Kedai - kedai judi berderet - deret, siap ada nama yang tak pernah dengar pun ada. Ntah - ntah, belakang Sungai Lobak tu pun ada orang main kuda longkang! Kemaruk berjudi! Nak angkat orang tu berpada - padalah, jangan nampak bodoh sangat!

Kadang - kadang bila baca statistik ahli YB terutama pembangkang nampak sangat ia tidak betul sebab tak dinyatakan sumber, hanya bermain dengan angka dan digit. YB di belah kerajaan pun satu, dah le kurang mencelah, kalau ada muka yang sama, isi tak ada, cubalah pertikaikan data merapu mereka, mintak sumber mereka! Ini angka dan digit dimanipulasi, rakyat yang telan bulat -bulat, dengar menganga je lah! BN-BBC pun tutur menganga..!!


Khalid Samad : Saya sudah masuk lima GEREJA! - Hansard Dewan Rakyat 23 Mac 2010

Sedang saya membaca Hansard  atau Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi 23 Mac 2010, saya terhenti pada halaman 49. Dua tiga kali saya membacanya kembali. Seakan tidak percaya atas apa yang tercatit di dalam hansard tersebut.

Pada mulanya saya nak mencari kenyataan daripada Saifuddin 'katak puru' Nasution berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepada Ibrahim Ali berkenaan isu perniagaan judi tetapi saya lebih tertarik untuk menilai kata - kata seorang pejuang Liberal dalam parti pendukung Islamisme.

Semasa Dato' Tajuddin Ramli ( Pasir Salak) sedang membahaskan usul menjunjung titah Yang Di pertuan Agung, adalah seorang ahli parlimen cuma sepenggal daripada Shah Alam ini yang mencelah.

Apa yang dipetik daripada hansard tersebut cukup mengejutkan. Khalid Samad dengan bangga dan bongkaknya menyatakan 'Saya sudah masuk lima gereja'! What da ****!!! Apa yang perlu dibanggakan masuk gereja tu? Sial punya Ahli Parlimen Shah Alam!

Saya rasa dia perlu jumpa si pemberi fatwa mereka yang agung Datuk Nik Aziz tu tanya berkenaan hukum masuk gereja. Jika rakan - rakan seguru Nik Aziz semasa belajar di India dulu dengar, mesti si Khalid ni kena tempeleng!

Maklumlah, di India yang majoriti adalah daripada mazhad Hanafi memang menghukumkan makruh masuk ke dalam rumah ibadat kafir sebab disitu tempat syaitan berkumpul.

Walaupun mazhab yang kita anuti iaitu Shafie dan dua mazhad ahli sunnah wal-jamaah lain tidak menghalang masuk gereja tapi ia bergantung kepada niat dan izin tuan empunya tempat. Hukumnya tetap HARAM jika ada ketika itu majlis keagamaan! - Bukan gereja sahaja tau, kuil Hindu pun tergolong sekali ni !. Najib, usah - usahlah pergi Batu Caves lagi masa Thaipusam@Deepavali, biarlah Samy Vellu je handle!

Apa tujuan Si Khalid tu masuk gereja sampai 5 kali. Bagi ceramah agama ke, atau buat lawatan sosial ataupun demi undi ?

Woi Khalid, berapa kali kau dah masuk rumah anak - anak yatim? Berapa kali kau dah jenguk rumah orang - orang tua? Apa faedah yang kau dapat masuk gereja?

Entah - entah semasa kau masuk gereja, ada orang snap gambar kau lepas tu buat risalah, bagi kepada anak muda Melayu, 'Tengok! Pas pun sokong Kristian, jomlah join kami, Kristian for all maaa..!' Cubalah kita tengok nama YB - YB pembangkang, ramai pangkal nama mesti ada nama Kristian  - Teresa Kok, Ronnie Liu, Jenice Lee, Anthony Loke, Johnson Chong, Elizabeth Wong . . .

24 Mac 2010

Pujian John Major, Apa Yang Nak Dibanggakan ?

Sudah menjadi perangai orang Melayu ini bila mana di puji oleh orang kulit putih, pasti melompat keriangan!

Sejak zaman dijajah lebih 400 tahun dahulu hinggalah hari ini kita melihat bangsa kulit putih, daripada Barat ini satu ikon contoh.

Apa yang dihamburkan daripada mulut mereka kita jaja laksana perintah raja - raja berdaulat!

Terbaru adalah pujian bekas Perdana Menteri United Kingdom Sir John Major kepada Dato' Seri Perdana Menteri kita berkenaan kaedah mentadbir ekonomi Malaysia ini terutama dalam pengurusan dana asing dan pelaburan dana asing (FDI). klik sini

Maka bergemuruhlah blog - blog UMNO (tidak termasuk blog jalanan pro kerajaan) menjaja tentang perihal benda ini yang saya lihat tidak memberi apa - apa kesan kepada perjalanan ekonomi negara kita.

Pujian bekas PM Britain itu tidak menjanjikan pelaburan yang lumayan, ia cuma metafora yang diucap untuk menjadikan kita terkesima dan menganggap bahawa pembaharuan ekonomi yang sedang dan bakal berlaku kelak akan menguntungkan rakyat dan negara ini.

30 Mac 2010 akan menjadi titik permulaan untuk merencanakan methodologi ekonomi baru ini atas nama Modal Ekonomi Baru (MEB) penggantian kepada Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN - 1991 - 2010)

Bukan niat saya untuk terlalu prejudis kepada langkah - langkah yang sedang dan bakal di ambil oleh Kerajaan 1Malaysia dalam konteks ekonomi ini, tetapi lebih melihat daripada segi konsep 'penjajahan bentuk baru'.

Semasa menyertai pasukan debat universiti di kampus dahulu, tajuk yang paling acap kali di bahaskan adalah 'Globalisasi Satu Bentuk Penjajahan Baru'. Ekonomi adalah satu mekanisme paling utama dalam globalisasi ini.

Kenapa John Major menghamburkan pujian tersebut kepada Najib? Adakah beliau benar - benar memuji atas fakta melihatkan statistik yang begitu memberangsangkan berkenaan ekonomi Malaysia mutakhir ini atau ada 'agenda jangka masa panjang yang tersembunyi'?

Saya pasti jawapan yang kedua itu adalah pilihan utama kerana jika kita melihat statistik berkenaan ekonomi semasa negara seperti di laman web epu, tidak banyak perubahan daripada tahun 2008,2009 ataupun anggaran 2010. Kadar pengangguran tetap berada di dalam linkungan 3% di atas, KDNK tetap berada di paras 4.5.

Saya pasti John Major masih terasa sakit atas kesan luka yang telah diterimanya semasa menjadi Perdana Menteri UK pada tahun - tahun 1990 hingga 1997 dan menjadi orang kuat Parti Konservatif semasa Margaret Thatcher menjadi PM UK pada 1979 - 1990.

Beliau mesti tidak boleh melupakan peristiwa di mana Britain yang pernah mencacaikan orang - orang Melayu di aibkan di tanahair sendiri dengan pembelian saham Gutherie oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir dalam peristiwa yang dikenali sebagai Serangan Waktu Subuh?

Pengambilalihan semula Carcosa Seri Negara pada tahun 1984 dan kempen 'Buy British Last' oleh kerajaan Dr Mahathir. Mereka diaibkan begitu sekali oleh bangsa yang pernah mereka jajah dan arahkan!!

Itu belum lagi dikira kritikan pedas yang konsisten daripada Mahathir atas apa jua dasar luar Britain yang hanya menguntungkan mereka sahaja tanpa mempedulikan sensitiviti negara lain terutama negara dunia ke-3.

Kini 'kitab dendam kesumat' akan dibuka semula. Pembalasan atas penghinaan 20 tahun lepas perlu di balas. Ekonomi Malaysia perlu di genggam kembali seperti sebelum tahun 1980 kerana melihat potensi yang ada di Malaysia yang menjadi laluan penting Barat - Timur.

Mereka menggunakan apa yang orang kita ada. Kelebihan orang kita, kembang hidung apabila dipuji. Jangan nak tipulah, kalau dia orang Melayu pasti suka dipuji! Ini fitrah orang Melayu!

Bila dan syok kena puji, apa yang orang tu suruh, dia pun buat sahaja lah dan anggap semua nasihat daripada orang tu semua benar belaka. Sehinggakan lantik orang luar macam APCO nak bagi khidmat nasihat. Sedangkan kita ada permata yang sentiasa ditagih cahayanya oleh negara luar untuk memberi nasihat, kita lupa dan abaikan beliau. . .

Inilah perangai orang Melayu, ingin menjadi Inggeris lebih daripada orang Inggeris!!


19 Mac 2010

Cikgu Robot 'SAYA' di Jepun Ajar Sains Dalam Bahasa Inggeris!

Siapa yang tidak kenal dengan negara Jepun. Negara kuasa ekonomi dunia selepas Amerika Syarikat dan China. Mempunyai populasi seramai 127 juta dan pusat teknologi semasa!

Jepun dan bangsanya sering dikaitkan dengan semangat kebangsaan dan nasionalis yang begitu tinggi. Dek kerana semangat nasionalis inilah Jepun bangkit dalam tempoh yang singkat selepas gerhana ekonomi pasca Perang Dunia ke-2.

Kita sering diberitakan, Jepun sangat anti dengan bahasa lain. Apa - apa urusan di Jepun perlu  menggunakan bahasa Jepun. Teknologi dan ilmu mereka juga dimanifestasi dalam bahasa ibunda mereka!

Tetapi perkembangan baru - baru ini menarik perhatian saya terutama dalam aspek penggunaan bahasa asing atau lebih tepat lagi Bahasa Inggeris di dalam sistem pendidikan mereka.

'SAYA', robot humanoid pertama yang bergelar cikgu. SAYA diilhamkan daripada siri penciptaan humanoid seorang setiausaha yang telah diprogramkan untuk mengajar. Ia adalah hasil penyelidikan selama 15 tahun daripada seorang profesor Universiti Tokyo iaitu Hiroshi Kobayashi. 

Menariknya SAYA mengajar subjek sains & teknologi (matematik adalah ibu bagi ilmu sains). Ia telah dibuat pra-pengajaran di 'Kudan Elementary School di Tokyo yang mengajar murid berumur 10 tahun! klik sini

Walaupun SAYA diprogramkan dengan banyak bahasa tetapi ia telah disetkan untuk mengajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris bukannya bahasa ibunda mereka!


Di Korea juga, inovasi penciptaan humanoid yang boleh mengajar ini sedang giat di jalankan. Mereka menyasarkan pada tahun 2012, guru - guru pelajar adalah daripada robot humanoid ini! klik sini

Saya juga telah terjumpa satu artikel di dalam blog yang bertajuk 'Soon For Many Korean Kids, Their English Teacher Will Either Come From LG or Samsung'. Mereka juga telah mengorak langkah untuk menjadikan guru daripada robot humanoid ini satu realiti. Kita di Malaysia ini pula sibuk dengan artis rancangan realiti sahaja!!!

Tetapi di Malaysia berlainan pula. Sudah ada dasar yang bagus untuk anak - anak mendepani cabaran masa depan tetapi dimansuhkan pula.

Dek kerana dibantah oleh beberapa kerat sasterawan dan kelompok dungu yang berfikiran sempit, kerajaan mengambil pendekatan yang silap dengan memansuhkan PPSMI !

2010, bangsa Jepun dan bangsa Korea baru 'tersedar' betapa pentingnya untuk menguasai bahasa lain terutama Inggeris untuk penguasaan sains & matematik.

Tetapi di Malaysia, seorang negarawan telah berfikir 7 tahun lebih awal daripada bangsa yang pernah di'kiblatkan' beliau dalam Dasar Pandang Ke Timur! Kiblat dalam konteks ekonomi dan tabiat.

Penciptaan robot itu untuk mengajar bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk mendatangkan minat golongan anak kecil mereka kepada bahasa tersebut. Kemahiran dan penguasaan sesuatu ilmu itu tidak akan lahir tanpa minat.

Apa usaha kita untuk mendatangkan minat dalam mempelajari bahasa Inggeris kepada anak - anak kita? Takkan lah nak suruh mereka baca buku 'SHIT' buah tangan seorang yang bergelar sasterawan negara!

Jika ada orang mendakwa tidak patriotik dalam mempertahankan bahasa ibunda, bangsa Jepun lebih tinggi semangat patriotiknya. Sanggup mati kamikaze dan harakiri untuk menunjukkan betapa tebalnya sifat kasih sayangnya kepada bangsa dan negara mereka! Orang Melayu, kalau nak tunjuk demo memang dialah hero, baru kena sembur dengan 'water cannon' skit, mencicit lari!

Tetapi dalam konteks ilmu dan nasib generasi pewaris negara akan datang, mereka tidak melihat isu mengajar bahasa inggeris ini mengikis sifat nasionalis mereka! Tetapi orang kita..? Bantah dan bantai bagai nak rak...bila minta idea alternatif.. hampeh!

Inilah yang membezakan mentaliti dunia kelas pertama dan kelas ketiga! Memang benarlah kenyataan Tun Dr. Mahathir, beliau gagal dalam mengubah mentaliti rakyat negara ini! Sebab beliau jenis orang yang berfikir jauh kehadapan, tetapi rakyat negara ini suka pandang kebelakang dan asyik nak bangkang sahaja!!

18 Mac 2010

1Malaysia = One Israel @ Pas For All = Israel For All ?



Kini kecoh perang slogan antara pro kerajaan dan pro pembangkang. Masing - masing menuduh pihak lawan untuk dikaitkan dengan Israel. Memang menjadi budaya Melayu, jika nak burukkan  orang mesti dirujuk kepada entiti atau kelompok orang lain yang berwatak antagonis.

Jika zaman Perang Balkan awal 90-an dahulu, gelaran 'jahat macam orang Serb' sangat sinonim untuk digambarkan kepada musuh atau lawan. Walhal bukan semua orang berbangsa Serb itu jahat macam Radovan Karadzic. Tetapi itulah perangai Melayu yang suka menjadikan seseorang itu sebagai rujukan untuk menggambarkan perihal orang lain!

Bangsa Melayu sangat alergi dengan bangsa Yahudi dan negara haram Israel. Sejak penubuhannya pada tahun 1948 hingga kini, Israel memang ditolak mentah - mentah oleh bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Ia dimanifestasi dengan sokongan tidak berbelah bagi Malaysia dalam menyokong pembentukan negara bangsa Palestin yang berdaulat. Sehinggakan Israel diharamkan untuk membuka kedutaan mahupun pejabat konsulat di Malaysia!

Oleh itu Israel dan bangsa Yahudi ini akan sentiasa dicop sebagai orang yang tidak boleh dipercayai dan berbahaya! Apa - apa yang dikaitkan dengan Israel akan dicop sebagai penderhakaan kepada umat Islam di Palestin!

Anehnya, orang Melayu kita ini terlampau mengikut perasaan dan emosi sehinggakan persamaan motto pun dijadikan bahan untuk ber ' perang politik'!

Ia dimulakan dengan lagak pembangkang yang menyatakan konsep perpaduan dan pembinaan negara-bangsa 1Malaysia di samakan dengan One Israel ! Sedangkan kedua - dua perkara tersebut berbeza daripada segi dasar dan kaedah perlaksanaan (method of implementation)!

1Malaysia ialah secara dasarnya adalah konsep untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan menyaksamakan (bukan menyamaratakan) hak rakyat dalam negara manakala One Israel hanyalah perkongsian kuasa oleh tiga parti di Israel (Parti Buruh, Gesher dan Meimad) untuk berhadapan dengan Parti Likud yang sedang memerintah Israel pada tahun 1999.

One Israel lebih tepat disamakan dengan  konsep perkongsian kuasa oleh Pakatan Rakyat (PR) di Malaysia ini kerana konsesus politik hanya dijana ketika berlakunya pilihanraya bukannya sepanjang masa seperti Barisan Nasional (BN)!

1Malaysia menyasarkan untuk mencapai matlamatnya dalam jangka masa panjang dan ia bukannya bermusim. Ia juga dijayakan dengan mekanisme yang menyeluruh. Manakala One Israel lebih kepada konsep untuk menjadi alternatif untuk rakyat Israel kepada parti pemerintah sedia ada (juga ciri yang sama dengan Pakatan Rakyat)!

Jelas disini tiada langsung persamaan antara 1Malaysia dengan One Israel ! Jauh panggang dari api!

Manakala slogan Pas yang baru iaitu Pas For All yang telah melenyapkan slogan asal mereka iaitu 'Membangun Bersama Islam' turut disamakan dengan entiti Israel iaitu Israel4all.

Slogan Pas For All yang dilancarkan 11 September 2007 adalah bertujuan untuk menarik sokongan semua pihak termasuk non-muslim dalam menyokong perjuangan mereka. Ia diterjemahkan dengan penubuhan Kelab Penyokong Pas (KPP) yang dikhususkan untuk ahli bukan Islam.

Manakala Israel 4 all ini adalah satu syarikat perlancongan terutama kepada OKU seperti Karpal Singh untuk melawat Israel. Ia bukanlah agenda politik tetapi lebih kepada perkhidmatan perlancongan. Tidak ada kena mengena dengan agenda mengISRAELkan orang sepertimana yang dibuat untuk mengePASkan orang!

Jadi kedua - dua slogan sama ada 1Malaysia ataupun Pas For All tidak ada kena mengena dengan Israel dan tidak harus dipolemikkan sedemikan rupa. Kasihan saya melihat rentas fikiran yang dangkal dan paras pemikiran yang cetek orang - orang kita ini. Semuanya yang ada persamaan walaupun tidak serupa denga Israel pasti dijadikan bahan untuk berpolemik! Huh!!

Biarlah masing - masing dengan propaganda mereka. Usah dipertikai atau diperlecehkan. Masing - masing ada sebab konkrit untuk mengetengahkan idea dan propaganda mereka tersebut. Yang penting, implementasi dan implikasi idea tersebut kepada rakyat.

Kita tidak perlu slogan yang hebat laksana kayangan seperti 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ataupun Middle Malaysia tetapi kaedah perlaksanaan dan kesannya masih samar - samar!

Ibarat melihat baju yang sangat cantik di dalam kotak kaca pameran tetapi tidak mampu dipakai kerana ia hanya ilustrasi untuk tujuan komersial. Biarlah baju itu dilonggok - longgok asalkan boleh dicapai dan dipakai, itu lebih baik dan berbaloi kerana majoriti rakyat bukan berasal daripada golongan bangsawan tetapi bawahan!!