24 Mac 2010

Pujian John Major, Apa Yang Nak Dibanggakan ?

Sudah menjadi perangai orang Melayu ini bila mana di puji oleh orang kulit putih, pasti melompat keriangan!

Sejak zaman dijajah lebih 400 tahun dahulu hinggalah hari ini kita melihat bangsa kulit putih, daripada Barat ini satu ikon contoh.

Apa yang dihamburkan daripada mulut mereka kita jaja laksana perintah raja - raja berdaulat!

Terbaru adalah pujian bekas Perdana Menteri United Kingdom Sir John Major kepada Dato' Seri Perdana Menteri kita berkenaan kaedah mentadbir ekonomi Malaysia ini terutama dalam pengurusan dana asing dan pelaburan dana asing (FDI). klik sini

Maka bergemuruhlah blog - blog UMNO (tidak termasuk blog jalanan pro kerajaan) menjaja tentang perihal benda ini yang saya lihat tidak memberi apa - apa kesan kepada perjalanan ekonomi negara kita.

Pujian bekas PM Britain itu tidak menjanjikan pelaburan yang lumayan, ia cuma metafora yang diucap untuk menjadikan kita terkesima dan menganggap bahawa pembaharuan ekonomi yang sedang dan bakal berlaku kelak akan menguntungkan rakyat dan negara ini.

30 Mac 2010 akan menjadi titik permulaan untuk merencanakan methodologi ekonomi baru ini atas nama Modal Ekonomi Baru (MEB) penggantian kepada Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN - 1991 - 2010)

Bukan niat saya untuk terlalu prejudis kepada langkah - langkah yang sedang dan bakal di ambil oleh Kerajaan 1Malaysia dalam konteks ekonomi ini, tetapi lebih melihat daripada segi konsep 'penjajahan bentuk baru'.

Semasa menyertai pasukan debat universiti di kampus dahulu, tajuk yang paling acap kali di bahaskan adalah 'Globalisasi Satu Bentuk Penjajahan Baru'. Ekonomi adalah satu mekanisme paling utama dalam globalisasi ini.

Kenapa John Major menghamburkan pujian tersebut kepada Najib? Adakah beliau benar - benar memuji atas fakta melihatkan statistik yang begitu memberangsangkan berkenaan ekonomi Malaysia mutakhir ini atau ada 'agenda jangka masa panjang yang tersembunyi'?

Saya pasti jawapan yang kedua itu adalah pilihan utama kerana jika kita melihat statistik berkenaan ekonomi semasa negara seperti di laman web epu, tidak banyak perubahan daripada tahun 2008,2009 ataupun anggaran 2010. Kadar pengangguran tetap berada di dalam linkungan 3% di atas, KDNK tetap berada di paras 4.5.

Saya pasti John Major masih terasa sakit atas kesan luka yang telah diterimanya semasa menjadi Perdana Menteri UK pada tahun - tahun 1990 hingga 1997 dan menjadi orang kuat Parti Konservatif semasa Margaret Thatcher menjadi PM UK pada 1979 - 1990.

Beliau mesti tidak boleh melupakan peristiwa di mana Britain yang pernah mencacaikan orang - orang Melayu di aibkan di tanahair sendiri dengan pembelian saham Gutherie oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir dalam peristiwa yang dikenali sebagai Serangan Waktu Subuh?

Pengambilalihan semula Carcosa Seri Negara pada tahun 1984 dan kempen 'Buy British Last' oleh kerajaan Dr Mahathir. Mereka diaibkan begitu sekali oleh bangsa yang pernah mereka jajah dan arahkan!!

Itu belum lagi dikira kritikan pedas yang konsisten daripada Mahathir atas apa jua dasar luar Britain yang hanya menguntungkan mereka sahaja tanpa mempedulikan sensitiviti negara lain terutama negara dunia ke-3.

Kini 'kitab dendam kesumat' akan dibuka semula. Pembalasan atas penghinaan 20 tahun lepas perlu di balas. Ekonomi Malaysia perlu di genggam kembali seperti sebelum tahun 1980 kerana melihat potensi yang ada di Malaysia yang menjadi laluan penting Barat - Timur.

Mereka menggunakan apa yang orang kita ada. Kelebihan orang kita, kembang hidung apabila dipuji. Jangan nak tipulah, kalau dia orang Melayu pasti suka dipuji! Ini fitrah orang Melayu!

Bila dan syok kena puji, apa yang orang tu suruh, dia pun buat sahaja lah dan anggap semua nasihat daripada orang tu semua benar belaka. Sehinggakan lantik orang luar macam APCO nak bagi khidmat nasihat. Sedangkan kita ada permata yang sentiasa ditagih cahayanya oleh negara luar untuk memberi nasihat, kita lupa dan abaikan beliau. . .

Inilah perangai orang Melayu, ingin menjadi Inggeris lebih daripada orang Inggeris!!


1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, lumrah manusia yg tidak lepas dari menerima segala puji-pujian..... dan menjadi lumrah manusia juga kan sentiasa memuji bila tidak ada kebencian... bukan Melayu sahaja tetapi selagi kita bergelar manusia....

Keikhlasan seseuatu pujian yg datang bukan hak kita untuk menentukannya dan jangan juga mudahnya kita menaruh rasa wasangka, jauh sekali bersikap riak bila menerima pujian....

Apa sekali pun, harus juga kita menerima pujian itu kalau ianya benar-benar kena pada tempatnya...

Jadi tak salah kalau kita sebagai warga Malaysia bangga dengan pujian kepada pemimpin kita...