04 Mac 2010

Ahmad sAwang Sudah Menjadi pAwang !

Soalan Cepumas : Yang mana seorang ULAMA' dan yang mana sekor 'ULAR dlm SEMAK'..? Nak beza senang je.. Ulama' dia tegur tak pilih bulu, tapi Ular dlm Semak tengok bulu dulu sebelum tegur!!

Wah..begitu keras amaran daripada seorang yang menjadi Pesuruh-jaya (Jayakrisnan atau Jayaratnam) Pas Negeri..! 'Kalau mu (Mohsin) tak letak jawatan dalam 7 hari ko terimalah akibatnya!' Itulah agaknya kata-kata yang diucapkan oleh Pesuruh 'untuk' Jaya 'kan' agenda DAP ini.

Walaupun sumber yang dipetik ini selalu putar alam. Tetapi saya masih suka merujuknya jika 'statment' itu keluar daripada pemimpin pembangkang. Kalau ambil sumber Utusan atau Berita Harian, kelak akan dipertikaikan!!! hehe...

Beliau akan menganjurkan solat hajat secara marathon selama 7 hari 7 malam tanpa henti untuk jatuhkan bala kepada YB Tn Hj Mohsin Fadzli jika Ahli Parlimen Bagan Serai itu tidak mahu letak jawatan.

Venue masih belum ditetapkan lagi. Kemungkinan besar dihadapan Istana Kehakiman, Putrajaya kerana asbab 'berkat' solat hajat yang pernah dianjurkan ketika isu MB Perak yang sah, mereka 'berjaya' menang 4-1..eh bukan 5-0! hehehe...

Manakala PKR juga boleh turut serta dengan menjadi pengiring untuk membaca Surah Yassin sambil di apit oleh apek-apek DAP yang boleh membaca Sulah Aula..!!

Ahmad Awang yang telah menjadi sawang selepas 2 kali PRU tergolek, kini tiba- tiba ingin menjadi pawang dengan menjadikan YB Mohsin bahan beliau. Ada hati nak bertanding lah tu! Boleh dapat permit AP dan tender balak lagi! hehe..

Apalah sangat nilai solat hajat orang Pas ni. Ia tidak lebih daripada menunjuk-nunjuk dan menakut-nakutkan orang tetapi keberkatannya itu tiada langsung!

Adakah Pas sudah lupa bahana solat hajat yang dihadiri puluhan ribu penganut mereka pada tahun 1999 yang mendoakan kecelakaan kepada Dr. Mahathir ketika itu..? Tetapi apa yang terjadi? Presiden parti mereka terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi. Itupun Dr. Mahathir datang ziarah!!

Kalau Ahmad bAwang ni buat solat 1000 tahun sekalipun, Allah tak akan perkenan kalau niat di hati tu busuk macam bangkai!! Saya tak pernah jumpa dalam sirah Nabawi, Rasulullah anjurkan solat untuk turunkan bala kepada ummatnya sendiri.

Adakah orang - orang yang mendabik dada sebagai Ulama' dalam Pas ini tidak mengetahui kisah bagaimana akhlak Rasulullah? Kisah orang tua yang sering mencaci baginda tetapi tetap ditolongnya. Kisah doa munajat Rasulullah kepada Abu Jahal dan Umar Al-Khattab?

Bagaimana Allah ingin menurunkan nusrah (bantuan) sekiranya hati penuh zulmat dan membenci saudaranya lebih daripada membenci orang yang cakap 'langkah mayat aku dulu sebelum laksanakan hudud'!!!

Pas sudah sesat lagi menyesatkan!!!

1 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Ala, cakap je nak buat solat hajat marathon 7 hari 7 malam, yang SOLAT HAJAT MEGA kat Shah Alam tu bila nak diadakan semula???

Boleh pula kata tangguh2 ke suatu masa yang entah bila diadakan... memang AnWAR berjaya memperdaya semua balaci2 dan pengikutnya.

Beritahulah bila akan diadakan SOLAT HAJAT MEGA tu lagi, aku pun teringin sangat untuk menyertainya supaya dapat doakan supaya perbicaraan kes liwat tu berjalan lancar tanpa tanguh2 lagi.

Sekarang boleh pula bekas pesuruhjaya hamPAS Perak ni nak buat solat hajat di Perak.... tapi ingat, pastikan arah kiblat adalah mengadap Kaabah, jangan jadi seperti solat hajat semasa persidangan DUN Perak yang lalu pula.....