02 Mac 2010

PKR : Adunan Fahaman Yang Gagal !

Untuk membuat sebuah kek, ia memerlukan banyak ramuan dan bahan untuk menjadikannya satu kek yang sedap dan hebat. Tetapi untuk mendapatkan sebuah kek yang menepati citarasa, ia memerlukan kuantiti bahan yang terkawal dan di adun secara rapi. Jika salah kiraan kuantiti bahan ataupun ketidakawalan adunan berlaku, maka kemungkinan besar kek itu akan tidak menjadi.

Kek ini di analogikan sebagai sebuah parti politik. Ramuan dan bahan nya digambarkan sebagai pemimpin dan pendukung parti politik. Manakala bentuk rupa paras kek itu dilambangkan sebagai struktur organisasi parti politik.

Rasa yang sedap dan menepati citarasa dijustifikasikan sebagai penerimaan orang ramai untuk menyokong parti tersebut.

Maka untuk menepati citarasa orang ramai, pertama sekali yang akan dinilai adalah rupa paras kek tersebut. Cantik hiasan dan keadaannya maka berebut - rebut orang akan memakannya.

Tetapi jika rupa sahaja cantik tetapi rasa tidak sedap tidak kena juga. Sekali gigit, terus kek itu dibuang. Orang tersebut mesti sudah 'tobat' dan tidak mahu tertipu dengan rupa wajah kosmetik kek tersebut.

Maka disini yang penting adalah rasa kek tersebut. Sedap atau tidak adalah lahir daripada adunan dan material untuk membuat kek tersebut. Jika materialnya bagus dan adunannya adalah sebati maka rasa kek yang dingini pasti diperolehi.

Tetapi jika material dan bahan untuk membuatnya tidak sesuai dan adunannya tidak sebati maka kek yang akan terhasil pasti teruk!

Begitulah keadaan yang telah dan sedang berlaku di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini.

Ramuan dan bahan utama untuk membina 'kek' (parti politik) adalah fahaman penggerak dan pemimpinnya. PKR yang lahir kini adalah sebuah parti politik yang masih kelam idealogi dan fahaman bawaan mereka kerana pemimpin di dalamnya mempunyai pelbagai latar belakang fahaman!

Ada sosialis, ada nasionalis, ada liberal, dan ada juga biseksual! (eh..ini fahaman jugak ker? hehehe)

Mereka mendabik dada kononnya merekalah parti politik Malaysia paling majmuk kini. Jika parti - parti lain hanya ada 3 hingga 5 orang Naib Presiden tetapi mereka ada 7 orang Naib Presiden yang mewakili kepentingan setiap kelompok di dalam parti tersebut! Nasib baik tidak ada ketuai rumah Orang Asli yang jadi pemimpin mereka, pasti akan di tambah 1 lagi kerusi Naib Presiden!

Sejarah membuktikan bahawa parti - parti yang berteraskan poli-fahaman ini tidak bertahan lama di Malaysia.

Parti Negara yang diasaskan oleh Dato' Onn Bin Jaafar terus berkubur selepas kematian beliau pada tahun 1962. Ia merupakan parti majmuk pertama di tubuhkan di Malaysia selepas Dato' Onn meninggalkan UMNO selepas ideanya untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu ditolak.

Walaupun selepas itu wujud parti - parti yang berorentasikan pelbagai kaum tetapi 'trademark' atau ciri pengenalan penting parti tersebut masih mengekalkan kaum dan ras.

Misalnya PPP dan Gerakan. Dipimpin oleh orang India dan Cina. DAP juga dikenali sebagai pejuang chauvinis Cina. Walaupun pasa dasarnya mereka mendakwa parti pimpinan mereka mewakili kepentingan semua kaum tetapi hierarki kepimpinan dan perlaksanaan dasar tetap menjadikan ras dan kaum sebagai agenda utama.

PKR cuba menjadi parti pelbagai kaum yang betul - betul tulen. Percubaan mereka selama 10 tahun masih belum menampakkan hasil.

PKR yang dicipta hasil gabungan beberapa fahaman seperti nasionalis ; Islam - moderate (bekas UMNO), fahaman sosialis (bekas Parti Rakyat Malaysia) dan liberalisme (bekas pertubuhan bukan kerajaan / mubaligh Kristian), tidak dapat mencari titik persamaan antara mereka.

Kini trend keluar parti semakin menjadi - jadi. Bekas ahli UMNO di dalam PKR semakin hari semakin mengecil. Semangat nasionalis mereka menampakkan wajah yang sebenar.

PKR akan menerima nasib yang sama seperti Parti Negara. Di pimpin oleh orang yang hebat sekalipun parti tersebut pasti akan berkubur kerana gaya politik pelbagai kaum masih jauh untuk direalisasikan di Malaysia...


1 ulasan:

ISAC berkata...

Salam bro,


Rakyaat Malaysia masih belum bersedia kerana pemimpin2 yang kononnya bersikap "majmuk" sebenarnya lebih2 lagi mementingkan "kaum" sendiri....LGE misalnya?