'Pocket First, Profit Now'! Begitulah lebih kurang slogan para kontraktor di Malaysia terutama yang mengambil tender kerajaan secara direct nego (rundingan terus)!! Bila nak hapuskan sistem ini pun saya tidak tahu! Inilah ibu kepada korupsi dalam tender kerajaan!
Untuk menjadi seorang kontraktor yang sejati, perkara asas yang dijadikan pedoman adalah kepentingan profit melebihi segala - galanya.
Keuntungan dalam mengendalikan sesuatu projek akan dijadikan sasaran dan perkara pokok dan sudah semestinya ia akan dimaksimakan setinggi mungkin.
Selain memikirkan mengenai keuntungan, kontraktor juga mempunyai mentaliti menggunakan seminimum mungkin material dan equipment dalam sesuatu projek.
Selagi boleh save, selagi itulah mereka akan berjimat (kedekut)! Kerana itu akan menjamin keuntungan dengan pengurangan 'overhead cost'!
Bagaimana pula layanan kontraktor kepada subcon dibawahnya? Mereka (subcon) akan ditekan sehabis-habisnya daripada segi kerja ataupun kos belanja. Selagi boleh potong, kontraktor utama akan memotong! Tapi bila nak bayar, hehe..1001 alasan diberi, banyak dalih dicari!
Jika ada aduan daripada pelanggan, kontraktor ini akan menabur dan meyakinkan dengan air liur mereka dalam bentuk janji tetapi seringkali janji ini dimungkiri!
Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan kontraktor di JKR ini daripada 10 janji mereka, nak dapat 2 pun susah! Ini mentaliti 'WORLD' kontraktor Malaysia!
UMNO juga telah dijangkiti dengan mentaliti dan lagak kontraktor sejati ini! Sudahlah rata - rata kepimpinan UMNO sama ada di pucuk, di bahagian mahupun di cawangan adalah kontraktor, perangai buruk kontraktor pun dibawanya sekali dalam UMNO!
Persepsi umum jelas menyatakan, siapa yang nak jadi kaya jadilah pemimpin UMNO, buka syarikat kontraktor cap ayam sekalipun pasti akan dapat projek! Kalau dibuat bersungguh tak pa lah jugak, tetapi kebanyakan di ali babakan!
UMNO sangat sinonim dengan istilah tender / projek. Nak projek, aktif UMNO! Maka dalam dunia materialistik kini, wang adalah segala - galanya walaupun terpaksa mengadaikan prinsip dan jatidiri!
Lebih parah lagi UMNO sekarang di tadbir sebagai sebuah syarikat kontraktor yang mementingkan keuntungan daripada segala - galanya. Sanggup mengadaikan prinsip demi profit!
UMNO bukan sahaja ditadbir untuk mendapat keuntungan wang ringgit sahaja tetapi keuntungan politik dengan mengenepikan asas perjuangan sebenar iaitu membela rakyat.
UMNO hanya membela orang - oranng yang berkepentingan sahaja terutama orang - orang yang bermata sepet yang berada di luar sana! Orang - orang sendiri di anak tirikan.
Tidak susah untuk kita mencari dalil dan bukti tentang pernyataan di atas. Lihat bagaimana layanan dan kompromi KDN yang dipimpin oleh sepupu PM kepada kes yang melibatkan orang Melayu dan bangsa lain.
Sehinggakan sanggup menghalalkan anak diluar nikah semata - mata mengejar keuntungan politik tanpa menghiraukan prinsip. Boleh pula di daftarkan dengan nama si mati walaupun semasa hidup tidak berkahwin dengan ibu bayi berkenaan! Tetapi bagaimana pula dengan kad pengenalan rakyat Malaysia di Sabah, Sarawak? Berpuluh tahun tunggu tak dapat - dapat juga!
Bagaimana pula janji UMNO ini kepada pelanggan mereka iaitu rakyat? Janji yang bermacam - macam tetapi yang ditunaikan lebih terarah kepada orang selain Melayu bumiputera! Orang Melayu melopong jelah dengan cerita berdegar- degar daripada pemimpin UMNO!! Dapat salam dan dapat makan percuma sudah memadai!!
UMNO sekarang ini tidak lebih daripada sebuah syarikat kontraktor yang sangat terdesak (desperate) untuk mendapatkan kembali keuntungan selepas rugi besar dalam projek yang lepas (PRU-12). Ia akan menggunakan bermacam - macam mekanisme untuk mendapatkan kembali keuntungan itu, prinsip tolak tepi dulu!
UMNO gagal pada PRU yang lepas kerana hilangnya sokongan daripada penggundi bukan Melayu dan Bumiputera itu yang menyebabkan mereka buat bagai nak gila nak tarik sokongan penggundi ini sedangkan pengundi Melayu yang tetap setia menyokong dipinggirkan...inilah nasib kita bila UMNO sudah menjadi kontraktor sejati!
2 ulasan:
Ya saya setuju, kerajaan sekarang lebih mengutamakan kaum bukan Melayu demi untuk menarik undi. Kami kaum Melayu yang sekian lama menyokong kerajaan tidak mendapat kemudahan dan peluang yang seadilnya. Anak saya yang mendapat keputasan cemerlang (12A) dalam keputusan SPM gagal mendapat biasiswa daripada kerajaan. Sedangkan anak2 bukan Melayu dan anak2 Melayu yang ada "kabel" dalaman mendapatnya. Sedangkan keputusan tak seberapa. Saya kadang2 dah rasa malas untuk mengundi BN. Anak2 penyokong pembangkang juga mendapat macam2 tawaran dan biasiswa. Kerajaaan sepatutnya mengutamakan golongan yang memberi kemenangan kepada BN masa PRU12 dahulu dan bukan kepada golongan yang nyata tidak memihak kepada BN. Jangan jadi nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran ataupun kera duhutan disusukan, anak dirumah kelaparan.
Inilah nasib orang Melayu pengundi BN. Bukan kita minta di 'VVIP' kn tetapi lebih kepada penghargaan kepada yang menyokong.
Sekiranya tidak ada orang yang menyokong, adakah UMNO kini menjadi kerajaan?
Seharusnya lihat dan bantu orang yang menyokong. Ini bukan dasar selektif atau pilih kasih tetapi lebih kepada 'berjasa kepada yang dah berjasa'.
Jadi kepada UMNO, PRU nanti jangan menagih undi daripada orang Melayu lagi, pergi lah menagih undi kepada kaum lain yang ko dah memenuhi tuntutan mereka!
Oh..ye..jangan lupa cop anak luar nikah dengan loga HALAL, jadi bila orang buat anak haram janganlah marah ye..sebab kerajaan pun mengiktiraf anak haram ni!!
Kalau ada anak melayu yang kena langgar dengan ADUN Cina, jangan selamatkan..biarkan dia mati!!
Kalau ada cina kutuk Melayu dan Islam dalam Malaysiakini dan Facebook, beri mereka penghargaan kerana menyahut seruan 1Malaysia!
Kalau orang Melayu pertahankan hak, Hishamuddin kena tahan orang tu dalam ISA sebab dia rasis!!!
Catat Ulasan