Kelihatan Uztaz Badrul Amin dan 'jemaah' beliau duduk membaca Surah Yassin di Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan Anak Brahim sedang berlangsung.
Secara tradisinya umat Melayu membacakan surah Yassin ketika masa- masa tertentu misalnya bila setiap malam Jumaat ataupun ketika orang sedang nazak. Walaupun ada segelintir pendapat menyatakan ia bidaah, tetapi amalan membaca Surah Yassin yang merupakan salah satu daripada surah di dalam al-Quran adalah satu ibadah.
Peliknya, bilamana surah yang mengandungi 83 ayat ini ditilawahkan di perkarangan mahkamah. Atas rasional apa? Adakah ikhlas membacanya atau menjadi satu lagi polemik parti Cap Mato ini?
Kejadian tersebut juga mengingatkan saya kepada peristiwa yang hampir serupa berlaku kepada saya di UKM dahulu.
Semasa tempoh pilihanraya kampus sedang berlangsung (penamaan calon hingga pembuagan undi), pihak pro-pembangkang yang dikenali sebagai Ikatan Studi Islam menggunakan kaedah membaca Yassin di pintu - pintu bilik pemimpin / pelajar pro-kerajaan termasuklah saya dengan niat untuk menakut-nakutkan dan strategi perang saraf!
Mereka dalam kumpulan 5-6 orang berdiri di hadapan pintu bilik dalam linkungan pukul 11mlm - 5 pagi dan membaca Yassin dengan kuat. Itu dianggap sebagai simbolik untuk 'meraikan' bakal kematian si lawan!
Kadang - kadang ia menganggu pelajar - pelajar lain yang sedang belajar ataupun tidur. Bila ditegur dan suruh baca Yassin kat surau, diherdiknya si penegur!
Semasa keputusan pilihanraya kampus hendak diumumkan di Bangunan Canselori juga mereka beramai - ramai membaca Yassin. Saya tahu tujuan mereka bukan untuk beribadah tetapi lebih kepada menyindir pihak pro-kerajaan yang akan 'dikafankan' dalam pilihanraya kampus tersebut!
Tetapi Allah Maha Berkuasa. Allah tidak suka kepada orang yang bongkak dan menunjuk - nunjuk hanya mereka yang hebat. Yang menggunakan Kalamullah untuk agenda politik! Mereka tersungkur dibumi UKM dengan tragisnya!
Itu pengalaman saya sendiri. Maka saya melihat isu membaca Yassin oleh puak - puak penyokog si Tunda akan mengalami nasib yang sama dengan kejadian yang berlaku di UKM dahulu.
Allah akan sentiasa melindungi agama-Nya dan kalam-Nya daripada dicarik - carik dan dipermainkan oleh tangan - tangan manusia yang keji.
Kita sama - sama tunggu akan keberkatan dan aura (bukan sulah aura Nga Kor Ming!) Surah Yassin itu yang akan memperlihatkan kehebatan Maha Agung pencipta-Nya.
Kebenaran Pasti Tertegak, Yang Batil Pasti Jatuh!!
3 ulasan:
banyak kali dah puak2 ni tertonggeng,tp x sedar2 lg..
Kalaulah bontot anak LGE atau bontot Gobind anak Karpal Singh kena bedal oleh DSAI dah tentu tiada kes kena tunda. Seluruh dunia akan kecoh dan Karpal akan pasti DSAI hari ini bicara esok jatuh hukum. Kalau Saiful adan kaitan saudara mara dengan LKS & KS dah tentu Saiful terus di bela. Ini manusia LKS & KS hypocrite
kepada puak puak ini allah telah tutup mata dan hati mereka dan tulikan pendengaran nya supaya puak puak ini terus melakukan yang munkar Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah lupa dan nantikan pembalasan nya didunia secara tunai diakhirat secara dihitung.
Catat Ulasan