04 Februari 2010

Perbicaraan Tertutup : Kenapa Bezakan Kes Inkues TBH dan Liwat Anak Brahim?

Saya pasti bukan sahaja saya malahan ramai di luar sana amat kecewa dengan keputusan mahkamah untuk membenarkan perbicaraan kes Anwar diadakan secara tertutup.

Kenapa ia tidak dibuat secara terbuka kerana ia berprofil tinggi dan menjadi jawapan sebenar kepada rakyat Malaysia adakah benar atau tidak PM 16Sept ini meliwat!

Kenapa tidak ada bantahan daripada pendakwaraya mahupun peguam pemerhati Saiful sendiri dan 2 ekor daripada Majlis Peguam? Dalam isu ini kerajaan Malaysia perlu lantik peguam pemerhati juga kerana pihak tertuduh sedang merancang untuk mengheret sekali Najib selaku ketua kerajaan ke dalam kes nya ini!

Permohonan peguam bela OKU terus dipersetujui oleh Hakim tanpa mengambil faktor bahawa sekiranya kes ini dijalankan secara tertutup, maka kelak pasti kenyataan yang keluar tidak telus dan mudah diputar belit!

Bukan niat untuk menghina mahkamah tetapi faktor ini perlu diambil perhatian serius memandangkan pihak tertuduh sangat pakar dalam bidang putar belit ini!

Kes kematian Teoh Beng Hock  mendapat perhatian khusus sedangkan isu utama iaitu rasuah dikalangan exco Selangor terus tenggelam!

Terus ditubuhkan inkues dan prosiding dijalankan tanpa sekatan ataupun ditutup! Siap boleh import-import lagi patalogi 'Porn mintak tip' dari Siam!

Kenapa ianya berbeza dengan kes anak Brahim ini? Kenapa ia dijalankan secara tertutup? Adakah untuk memudahkan fakta sebenar dimanipulasi kelak? Untuk menjadikan keadaan negara sentiasa berada di dalam bergolak dan persepsi rakyat hanya berlandaskan metafora yang tidak kukuh?

Saya berharap agar prosiding ini dijalankan secara terbuka untuk menjamin ketelusannya dan mengesyorkan agar pihak pendakwaraya mahupun peguam pemerhati bagi pihak Saiful memohon kepada  mahkamah agar mengadakan perbicaraan secara terbuka.

Pihak kerajaan perlu diwakili oleh peguam pemerhati untuk memastikan bahawa sepanjang prosiding, pihak tertuduh tidak melakukan khianat dengan memfitnah kerajaan dan boleh bertindak sebagai pencelah dalam kes ini sekiranya perlu!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, inilah sikap sebenar Anwar.... mintak orang agar ada ketelusan, bila kena kat batang hidung sendiri lain pulak cerita... kononnya pejuang yang berani, tetapi bacul juga hamPAS ni....

Jeffry berkata...

SLM BRO..DABEL STENDET LA TU. KLU TBH BLEY KASI RIUH 1 KAMPUNG, APSAL KES SI JUBOR NI NAK SOROK2 LAK. ATAU MMG BYK RAHSIA YG SAIFUL DH KASI BONGKAR KOT. TU YG SI JUBOR & KARPAL MALU HEHEH