08 Februari 2010

Pas : Siapa Berkuasa? Mursyidul Am Atau Presiden?

Siapa bela siapa? 'Bela' ada dua maksud. Yang saya jangka Si Nga pemilik saham Old Town Kopitiam (yang diragui status halalnya) mem'bela' orang2 Pas ni dengan duit dan instrumentasi..hehe. itu pasal bila dia baca sulah aula, pas bersorak macam tgk bola..nasib baik tak baling2 mercun..!!

Penangan blogger 'jalanan' pro kerajaan seperti sahabat baik saya di alam maya ini Blogger Jeffry sudah mendapat tempat di kalangan Pas termasuk diktatornya YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

Ada laporan polis dibuat oleh pengikut Pas kepada Saudara Jef kerana kononnya imej yang dipaparkan di dalam blog beliau sangat melukakan hati Mursyidul amnya.

Aikk..sejak bila ada ahli politik yang digambarkan sebagai seorang yang hebat, berkredibiliti dan tahan maki tiba-tiba terasa dan makan hati?

Seorang yang telah menidakkan kuasa Presiden partinya sendiri dan mengambil kuasa Presiden seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya sendiri!

Saya hairanlah, jika sesuatu berlaku kepada Mursyidul Am mereka ini, tiba-tiba ada sahaja kelompok yang cepat-cepat membelanya seperti cepatnya Nik Aziz membela Nga yang tak masuk-masuk Islam. Dulu hujahnya membenarkan Nga baca al-Quran kononya nak masuk Islam. Sampai sekarang si cina tu masih digolong sebagai kafir!

Tetapi bila Dato' Seri Presiden mereka dihina oleh puak-puak dalam parti sendiri yang menggelarkan diri sebagai Pas Reform, sekor pun tak kehadapan membela Presiden.

Mungkin mereka tak sedar, parti mereka itu sebenarnya ada seorang Presiden yang termaktub di dalam Bab 7 Fasal 23 - Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Perlembagaan Pas (Pindaan 2001)!!

Siapa yang berkuasa di dalam Pas? Presiden atau Mursyidul Am?

Jika di dalam UMNO termaktub bahawa pembuat keputusan utama adalah Presiden sepertimana di dalam Fasal 9 perkara 8.1.1 Perlembagaan UMNO. Tidak ada kuasa yang melebihi Presiden!

Tetapi di dalam Perlembagaan Pas agak unik! Presiden tidak berkuasa mutlak. Mursyidul Am lebih bernilai kata-katanya daripada Presiden! Apa yang dikatakan oleh Musyidul Am, itulah cakap Pas dan itulah dasar Parti!

Bila kita menelusuri perlembagaan Pas, kita mendapati bahawa Mursyidul Am bertindak sebagai Ketua Majlis Ulama' Syura' (Fasal 7 Perkara 5(a),(i)).

Kuasanya adalah menetap dan mempengerusikan Majlis Ulama Syura' dan melantik Setiausaha di kalangan ahli Majlis. (Fasal 7 Perkara 5(a),(ii))).

Di dalam Perkara 5(a),(iii) dalam Fasal yang sama, tugas Musyidul Am ini ialah 'mengambil apa -apa jua langkah yang perlu bagi MENGAWASI dan MEMELIHARA dasar Pas DIPATUHI dalam gerakan, kegiatan dan pentadbiran Pas.'

Lazimnya tugas mengawasi dan memelihara ini adalah tugas seorang penasihat bukan sebagai penggerak dasar!

Kerana telah dinyatakan secara jelas di dalam Fasal 23, Perkara (1),(a) (b)dan (d), tugas menjalankan dasar adalah dibawah tanggungjawab Presiden dan Majlis J/kuasa Kerja Pusat!

Perkara (1)(a) dalam Fasal 23 itu menyatakan 'Presiden bertanggungjawab sebagai KETUA bagi MENJALANKAN Pentadbiran, Gerakan dan Kegiatan Pas ....'

Perkara (1)(d) dalam Fasal 23 menyatakan 'Presiden perlu mengambil apa - apa jua langkah yang perlu untuk menjamin perpaduan, kesungguhan dan persefahaman ...'

Ia menjelaskan bahawa tugas Presiden merencanakan dan menjalankan dasar. Mursyidul Am hanya sebagai penasihat, tidak lebih dari itu!!

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kini di dalam parti no.2 orang Melayu itu. Mursyidul Am menentukan segala - galanya. Presiden dan Ahli J/kuasa Kerja Pusat yang dipilih melalui Muktamar (Fasal 16 Perlembagaan Pas) ibarat boneka plastik!.

Tugas dan peranan Presiden sehinggalah Ahli J/kuasa Kerja Pusat semuanya dibolot oleh Mursyidul Am. Maka tidak perlulah lagi Jawatankuasa itu dipilih. Tidak perlu lagi Muktamar.

Biarlah kepimpinan Pas ini kembali kepada sistem feudal. Mursyidul Am melantik pewarisnya sendiri tanpa kompromi. Tidak payahlah terpekik melaungkan demokrasi bersih sedangkan dalam parti sendiri pemerintahan kuku besi dan diktator di angkat tinggi!!!


3 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Sakam Bro..

Aku ulas pendek sahaja..Parti Ajis Sekeluarga...mana leh orang lain lawan kalau lawan kan disuruh berhenti je jadi ahli..begitu lah yang terjadi kepada Nassaruddin bila bercakap mengenai perpaduan dengan umno..sekarang ni udah terbalik Tok Ajis tu dah gostan kebelakang pulak..sape berani kutuk dia..semua pemimpin dan blogger upahan pas senyap sunyi..

Tanpa Nama berkata...

Itulah realiti keadaan parti pas sekarang. Presidennya tidak berani bersuara kerana ingin menjaga hati Tok Guru atau takut kena cah keting. Tok Guru pula lupa diri yang beliau cuma sebagai musyidul am pas sahaja. Mungkin Tok Guru tak tahu tugas dan peranan sebagai seorang musyidul am. Sebab itulah Tok Guru melangkaui batas bidang kuasanya. Siapa yang berani tegur.

puteraasun berkata...

harap dah insaf