02 Februari 2010

Sibuk Berpolitik Sampai Lupa Makan 'Nasi'!!

Sedang kita sibuk berpolemik dan berpolitik, kita telah terlepas pandang kepada satu perihal yang lebih penting. Yang akan mencorakkan negara ini pada masa hadapan. Yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa iaitu PENDIDIKAN!

Permohonan untuk ke IPTA telah pun dibuka mulai hari ini. Kesemua 20 buah IPTA kecuali USM yang diberi autonomi selaku Universiti APEX akan menyaksikan pengambilan pelajar baru bagi sesi 2010/2011 yang dijangka kemasukan pada pertengahan tahun ini.

Perkara yang amat sensitif apabila musim pengambilan kemasukan IPTA bermula ialah isu meritokrasi. Dasar yang diperkenalkan sejak 2002 ini menjadikan dasar sedia ada iaitu Sistem Kuota dihapuskan.

Jika sebelum 2002, pengambilan pelajar adalah bergantung kepada kuota yang telah ditetapkan iaitu 55% pelajar Melayu & bumiputera manakala bakinya untuk bangsa-bangsa lain.

Walaupun menerima banyak desakan, sistem ini tetap bertahan sehinggalah satu mekanisme baru diwujudkan semasa pentadbiran Tan Sri Musa Mohamad sebagai Menteri Pendidikan ketika itu - Meritokrasi.

Meritokrasi didefinisikan sebagai suatu sistem penilaian kompetensi berdasarkan keupayaan dan kebolehan seseorang itu dan tidak bergantung atas faktor genetik,status mahupun taraf hidup.

Saya adalah generasi terakhir Sistem Kuota. Selepas sesi 2001/2002 tidak ada lagi kouta 55% untuk anak bumiputera, semua perlu bersaing secara merit.

Pada awal perlaksanaan Sistem Merit ini, peratusan anak Melayu menjejak kaki ke menara gading masih baik dan sangat memuaskan. Jumlahnya tidak jauh jika dibandingkan dengan perlaksanaan sistem kuota.

Tetapi lama ke lamaan angka-angka ini mula berubah. Nisbah pelajar Melayu kepada bukan melayu semakin kecil dan ada yang telah terbalik!

Jika dahulu pelajar - pelajar Melayu mendominasi bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Farmasi, Kejuruteraan dan Perakaunan, tetapi kini sudah tidak kedapatan lagi.

Akan kelihatan ramai mahasiswa kini berketurunan selain Melayu. Bukan niat untuk menidakkan hak mereka menuntut ilmu di IPTA tetapi harus diingat, IPTA diwujudkan untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru.

Apa matlamat DEB? Untuk menghapuskan kemiskinan dan mendekatkan jurang masyarakat kampung-bandar. Siapa majoriti miskin dan duduk dikampung? - sudah semestinya orang Melayu. Maka matlamat awal penubuhan universiti awam ini perlu dilihat semula..!

Walaupun saya tidak ada statistik yang boleh dijadikan bukti, tetapi pada pandanngan mata kasar kita di kampus awam sejak dua menjak ini membuktikan bahawa hipotesis saya ini tidak retorik!

Satu lagi kayu ukur yang saya gunakan ialah tentang pilihanraya kampus yang berlangsung baru-baru ini. Kerusi - kerusi yang ditandingi oleh kaum - kaum lain semakin meningkat.

Jika semasa era politik kampus saya di UKM dahulu, kaum lain hanya ada beberapa kerusi sahaja lebih kurang 7 untuk kaum Cina dan 1 untuk India tetapi pada tahun ini jumlah meningkat sekali ganda!

Jika dahulu kerusi umum (macam Parlimen) hanya ditandingi oleh seorang bukan melayu tetapi jumlahnya telah meningkat kepada 4 daripada 9 kerusi keseluruhannya!

Apa yang kita boleh tafsir daripada statistik ini? Kita sudah sedia maklum bahawa dalam amalan demokrasi, kuasa ditentukan daripada undi popular.

Sudah menjadi satu kemestian, calon sesebuah parti untuk bertanding haruslah datang daripada kelompok teramai sekali di sesuatu tempat itu.

Jadi apa yang boleh kita takrifkan dengan peningkatan calon dan kerusi yang ditandingi oleh kaum bukan Melayu ini?

Peningkatan kerusi mereka saban tahun amat mencemaskan. Saya bukannya ultra-melayu. Saya dahulu pun ada mempunyai Naib Presiden PMUKM yang berbangsa tionghua yang kini menjadi orang kanan YB Dato' Liow Tiong Lai dan masih berhubung.

Apa yang saya khuatirkan adalah 'kuasa politik pelajar'  sedang dipindahkan secara perlahan - lahan kepada bangsa lain. Perkara yang tidak dirasai oleh kita diluar ini!

Sedang kita sibuk berpolitik, kita lupa tentang nasib bangsa kita di masa hadapan. Jika sudah hilang hak belajar dikampus (atas dasar Meritokrasi) maka akan hilang lah kuasa politik Melayu kelak!

Meritokrasi perlu dikaji semula. Kemasukan pelajar ke bidang - bidang kritikal perlu diteliti dan diperhalusi. Kemana orang Melayu akan pergi jika tidak ke IPTA. Nak masuk Lim Kok Wing atau IPTS yang lain, fulus kena banyak. Mana lah sangat orang kita mampu!

Jangan fikir orang Melayu hanya di tekan di persada politik tanahair, sekarang ini pun kaum 'itu' sangat demand di kampus. Jika dahulu jawatan tertinggi yang boleh dipegang oleh mereka adalah Bendahari Agung, kini mereka meminta Timbalan Presiden pula!

Hal ini tidak mustahil akan berlaku diluar sini sekiranya tidak ditangani sejak awal!


1 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..TU LA MSLHNYA BILA MERITOKRASI DI KETENGAHKAN SEBELUM BENAR2 DI UJI PD PERINGKAT AWAL DLU. KLU BKN KERANA ORG MELAYU TAK MENGENANG BUDI DI LUAR MASUK DAN "RACUN" PEMIKIRAN KAT BUDAK2 MELAYU NI, TENTU RAMAI PELAJAR2 MELAYU DH BERSATU DAN JADI PUAK MAJORITI. TP SYG DI SEBABKAN OTAK BUDAK2 TU DAH KEDU KENE BRAINWASH DGN 'ANAL'WAR TAK DPT LER DEN NAK NOLONG ADOIYAIII