18 Jun 2010

Pembinaan Istana Negara Baru : Fakta Nga Kor Ming Tahap Sampah!!



Sudah lama saya tidak menulis di dalam blog. Kekangan masa dan komitmen kerja memerlukan saya lebih fokus kepada kerja hakiki saya sebagai seorang Jurutera JKR. Lebih - lebih lagi setelah di beri amanah untuk menyelia kerja pembinaan jalan masuk ke Istana Negara Baru yang terletak di Jalan Duta.

Sepanjang minggu ini di dalam Dewan Rakyat, kedengaran suara - suara yang mempertikaikan perlaksanaan dan pembinaan Istana Negara Baru ini. Dengan aspek kos yang dikatakan meningkat 2 kali ganda daripada cadangan asal dan juga kaedah perlaksanaan kontrak kerja kepada kontraktor yang kononnya bermasalah.

Paling kuat mempersoalkannya adalah puak - puak penentang Sistem Raja - Raja Melayu siapa lagi kalau tidak DAP!

Yang kelakarnya, fakta dan kenyataan terutama daripada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membuatkan saya dan rakan - rakan di JKR berguling - guling ketawa melihatkan tahap pra-matang pemikiran beliau! Dengan erti kata lain KEBODOHAN beliau!

Beliau berkata kos asal pembinaan Istana itu seperti yang diumumkan pada tahun 2006 oleh adalah RM 400 juta dan tiba - tiba meningkat sekali ganda menjadi RM 800 juta.

Adakah realistik untuk memperkatakan membuat Istana Negara di kawasan yang mempunyai keluasan hampir 10 kali ganda daripada Istana Negara yang ada sekarang ini dengan jumlah RM 400 juta? Sedangkan nak membaiki dan membaikpulih parlimen pun sedikit masa dahulu menelan belanja  lebih RM100 juta ?

RM 400 juta atau lebih tepat RM 442,551,500.00 adalah kos anggaran yang dibuat lebih 10-15 tahun dahulu. Jika dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM 400 juta hanya boleh membuat 'soil treatment', 'earthworks', 'slope treatment' dan lain -lain 'geotechnical works' sahaja tanpa sebuah bangunan!

Secara teknikalnya keperluan untuk merekabentuk struktur bangunan dan tanah yang boleh kekal lebih 99 tahun perlu membelanjakan wang yang banyak.

Istana Negara perlu dibina dengan ciri keselamatan khas dan mana mungkin kita boleh membuat kaedah tender terbuka sebab proses tender terbuka memerlukan lukisan pembinaan di buat banyak salinan untuk diberi kepada penender. Ini adalah langkah yang cukup berisiko kerana melibatkan keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Apa akan jadi jika lukisan itu terlepas ke tangan orang asing?

Sedangkan kami yang terlibat secara khusus ini pun tidak dibenarkan melihat full-set lukisan secara detail inikan pula orang luar!

Nga Kor Ming juga menuduh bahawa AZSB yang membuat Persimpangan Bertingkat Jalan Duta menuju ke Istana Negara terlibat di dalam pembinaan Stadiun Sultan Mizan adalah fakta yang korup!

AZSB tidak terlibat di dalam pembinaan stadium tersebut. 3 kontraktor yang terlibat adalah Bina Struktur S/B, Emarcon S/B dan Genggam Mercu S/B. Setahu saya mereka juga bukan proksi kepada Ahmad Zaki S/B. Mana lah si mamat Taiping ni petik..memang lah di akui Tan Sri Ahmad Zaki orang Terengganu tetapi ia tidak terlibat secara langsung dalam projek stadium yang runtuh tersebut.

Banyak rakyat yang mempertikaikan kewajaran membina Istana Negara baru yang menelan kos yang tinggi tetapi sekiranya rakyat tahu rahsia di sebalik projek ini, maka pasti rakyat akan menyokong terutama orang Melayu kerana inilah bukti bahawa Melayu  tidak hilang di Kuala Lumpur...kerana Raja - Raja Melayu adalah simbol kuasa Melayu!!

DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!  DAULAT TUANKU!!


4 ulasan:

Awanama berkata...

Salam Perjuangan,

Terima kasih atas sedikit penerangan dari sdr yang saya anggap layak untuk berbicara soal ini. Rakyat harus faham, ada beberapa perkara harus dirahsiakan atas dasar keselamatan, strategik dll.

NgaNga tu? campak dalam zoo pun harimau taknak makan...menandakan betapa busuk hatinya sehingga pak belang hilang selera. Namun selera species DAPig ini tak pernah padam terhadap orang-orang melayu, AWAS!!!

Dari Rakyat untuk Tuanku... DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!

-Melayu Bangkit!!!-

ISAC berkata...

Salam bro,

Kawan setuju bahawa kontrak sebegini diberikan kepada kontraktor secara direct "nego" atas faktor keselamatan.

Mungkin Istana Negara perlu ada beberapa bilik2 keselamatan, bunker pertahanan daripada serangan udara, lorong-lorong rahasia, sistem keselamatan yang canggih dll. Pastinya segala plan-pelan tersebut adalah sesuatu yang amat sensitif dan menjadi rahasia negara.

Cuma pada pendapat kawan jika Istana Negara lama di kekalkan ia mungkin lebih molek dari segi nilai sejarah dan estitikanya.

Sebagai contah Istana Buckingham telah dibina sejak akhir kurun ke 18 tetapi masih gah hingga ke hari ini...

Apapun jika fakta yang saudara berikan berkaitan YB Nga itu benar, memanglah DAP ni gempak sahaja yang lebih!!!

anz berkata...

salam buddy...

kawan setuju dgn ISAC.. maybe termasuk kos utk underground bunker itu pasal mahal dari kediaman sri perdana pm malaysia.

nanti jadi macam pembelian radar vera-e atm sepatutnya rahsia. last-last kena bagitau sebab ahli parlimen banyak tanya.

terus amerika bagitau dekat Republik Czech jangan jual radar vera-e kepada yang bukan sekutu kuat amerika (kelebihan radar vera-e dapat detect pesawat stealth)

Awanama berkata...

hli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan lebihan kos pembinaan Istana Negara yang meningkat sekali ganda kepada RM811 juta berbanding kos asalnya sekitar RM400 juta.

Azan berkata, selepas belanjawan untuk sesuatu projek dilulus di dewan rakyat, kebiasaannya terdapat kos tambahan yang digunakan untuk menguntungkan syarikat pemaju yang ada kaitan dengan Umno.

“Belanjawan tambahan inilah yang kita persoalkan kerana lazimnya kos asal projek akan melonjak dan tiada jawapan memuaskan dari kerajaan persekutuan,” katanya mengulas sebaran gambar istana berkenaan di blog dan laman sosial Facebook.

Menurutnya lagi beliau mengesyaki kos tambahan berkenaan digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Umno.

“Akhirnya, wang rakyat itu juga akan disalur untuk membiayai kempen Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kos asal pembinaan Istana Negara yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan bernilai RM 394,803,200.00

Namun, harga yang ditawar Jabatan Kerja Raya (JKR) secara rundingan terus pula berjumlah RM 649,995,507.51

Projek itu yang sepatutnya siap pada 29 November 2010 dipinda sehingga Februari 2011 dengan kosnya melonjak lagi kepada RM811.2 juta.

Syarikat berkenaan dikatakan dikuasai Datuk Man bin Mat yang juga Bekas Bendahari Umno Merbok, Kedah.

Rekod menunjukan semasa kontrak ditawar kepada syarikat ini, ia ditakrif sebagai ‘DORMANT’ oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna, syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record’ dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Ia hanya didaftar sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 selepas mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat ini juga tidak mempunyai lesen ‘PKK’ yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR dan tidak berdaftar dengan ‘CIDB’ yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akhbar The Star bertarikh 27 Jun 2010 melaporkan ramai buruh asing digunakan untuk pembinaan Istana Negara Baru tersebut, tetapi tidak dibayar upah.