12 April 2010

Antara Gula-Gula Lolipop BN dan Gula-Gula Getah Pembangkang!!

Bila tiba musim pilihanraya kecil, maka kelihatan bertimbun - timbun longgokan 'gula - gula' pemberian 'ikhlas' parti politik! Hehehe...

Rakyat di kawasan tersebut tertunggu - tunggu apa lagi habuan untuk beroleh 'pemanis mulut bermusim' ini? Semua program alih - alih dibuat disini sampaikan pejabat MB pun nak dipindahkan disini! Dasyat betul pilihanraya kecil di Malaysia ini.

Budaya politik di Malaysia ini untuk menghadapi pilihanraya kecil boleh dianggap sebagai 'Winner take all'. Jadi segala senjata dikeluarkan untuk mengalahkan musuh. Macamlah siapa yang menang boleh tubuh kerajaan, walhal 1 kerusi itu tidak memberi impak besar pun kepada sistem pemerintahan negara cuma ianya hanya menjadi kemenangan psikologi ke atas pihak lawan! Tidak lebih dari itu!

Menariknya, bila ada saja pilihanraya kecil maka ketika itu muncullah pembesar negara dan pemimpin politik di kawasan tersebut sedangkan sebelum ini mungkin tidak pernah langsung menjejaki di situ! Inilah gaya politik kita...

Peliknya semasa hendak dibuat pilihanraya kecil, tiba - tiba banyak program di buat. Di katanya secara kebetulan tempat dan tarikhnya kena pada musim pilihanraya kecil tetapi kita bukan tidak ada akal untuk berfikir...

Pemberian 'gula - gula' ini memang menjadi budaya politik kerajaan pemerintah. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana - mana pun di dalam dunia ini. Tetapi menariknya di pilihanraya kecil Hulu Selangor minggu depan, dua kerajaan bertembung ; kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri! Pasti 'gula-gula'nya lebih menarik!!

Pihak pembangkang yang membentuk kerajaan di Selangor juga memperakui bahawa pengaruh 'gula-gula' kepada sokongan undi tidak sedikit kesannya. Mereka juga terjerumus di dalam politik pemberian 'gula-gula' ini..

Rakyat sekarang diberi dua pilihan sama ada terpengaruh dengan 'gula-gula' lolipop BN ataupun 'gula-gula' getah pembangkang!

Saya menakrifkan pemberian imbuhan daripada kerajaan pemerintah dengan analogi lolipop kerana sifat gula-gula tersebut yang menarik bungkusannya, manis isinya dan ada tinggal batangnya untuk dibuat kenangan.

Manakala sifat gula-gula getah sangat sesuai untuk diterjemahkan kepada imbuhan daripada blok pembangkang. Gula-gula getah ini sebenarnya tawar, yang maniskannya adalah pewarna yang diambil daripada sumber lain.

Ia sangat bertepatan dengan perangai pembangkang sepertimana yang ditunjukkan dalam pemberian geran tanah kepada penduduk di situ walhal ianya adalah hasil kerajaan negeri dibawah BN sebelum Mac 2008.

Gula-gula getah ini juga manisnya seketika lembutnya sementara, selepas lama dihisap maka rasanya akan tawar dan mulai kenyal. Bila nak dibuang, kena berhati-hati takut melekat memang payah nak ditanggalkan.

Itulah yang diumpamakan dengan pemberian pembangkang yang nampaknya sangat baik dan bagus tetapi kesan jangka panjangnya boleh memudaratkan masyarakat, misalnya isu tanah dan kawasan ibadat.

Justeru itu, pengundi di Hulu Selangor diberi dua pilihan 'gula-gula'. Sama ada lilipop atau gula-gula getah, pilihan terletak di tangan anda. Jika nak ambil kedua-duanya pun boleh tetapi kena fikirkan jangka panjang, jangan nanti menyesal, banyak sangat terlekat gula-gula getah, nak dibuang payah nak ditanggal susah!!

Makan 'gula-gula' banyak pun payah, nanti sakit 'gigi'!!!
Nak bagi 'gula-gula' tu pun kena tengok orang lain, nanti ada yang doa mintak YB mati!!
Berpada - padalah !!!

Tiada ulasan: