08 April 2010

Akurlah Pilihan Najib, Sami'na wa Ato'na (Kami dengar, kami taat) !

Sudah muktamad! Calon BN bagi Parlimen Hulu Selangor nanti adalah daripada MIC! Sama ada Palanivel dicalonkan semula atau tidak itu soal ke-2, hakikinya ayam sabung BN adalah MIC!

Walaupun jauh disudut hati saya melihat calon yang layak melawan calon Melayu PKR adalah daripada UMNO tetapi kata telah diputus, MIC adalah lawannya.

Mungkin ada ramai rakan - rakan blogger seperti GAP dan DET menentang keras pemilihan ini tetapi Najib selaku kapten kapal BN telah membuat keputusan yang tidak popular ini untuk menjaga hubungan jangka panjang parti - parti kompenan.

Keputusan Najib ini besar hikmahnya. Bukan sahaja untuk mengukur sejauh mana kuatnya pengaruh dan relevansinya MIC tetapi menilai sejauh mana kesetiaan ahli UMNO kepada ketuanya..

Saya juga tidak menyokong keputusan Najib ini tetapi akur atas faktor beliau adalah ketua. Beliau berhak membuat keputusan yang semestinya memerlukan pandangan banyak pihak.

Saya masih ingat semasa pilihanraya Bagan Pinang dahulu, Isa Samad dimomokkan begitu teruk oleh pembangkang. Dituduh kepala rasuah, kuat songlap duit masa jadi MB N.Sembilan. Najib pun goyang nak pilih dia sebagai calon BN. Lagipun ada bisikan syaitan daripada menantu mantan PM!

Dalam blog pun rata - rata blogger yang mendakwa penyokong kerajaan dan UMNO agak keberatan untuk 'menjual' nama Isa Samad untuk ditabalkan menjadi calon BN di sana. Majoriti komen yang dihantar oleh pembaca pun menolak Isa Samad.

Tetapi Isa Samad tetap dipilih menjadi calon dan menang besar..!

Selepas itu barulah blogger-blogger pro-kerajaan ini mendabik dada dengan kejayaan Isa Samad yang sebelum ini malu diperjuangkan..ini namanya jatidiri dan kepercayaan kepada keputusan parti tidak kuat dalam diri! Krisis keyakinan masih membelenggu majoriti penyokong BN di dalam blog!

Kini, kita diuji lagi sama ada akur atau ingkar dengan keputusan ketua.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 285 Allah ada menunjukkan bahawa orang beriman mempunyai sifat sami'na wa ato'na (kami dengar, kami taat).

Perangai orang yahudi pulak ditunjukkan dalam surah yang sama ayat 93 yang mempunyai sifat sami'na wa 'ashainaa (kami dengar, kami ingkar).

Jadi perangai mana kita nak ikut, perangai orang beriman atau yahudi?

Terpulanglah kepada budi bicara kita sama ada setia atau ingkar dengan arahan ketua. Ya, memang betul Najib malahan sesiapa sahaja tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana itu fitrah manusia.

Tugas kita adalah memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh ketua, sekiranya cadangan kita itu tidak diterima janganlah kita melenting. Ada hikmahnya..

2 ulasan:

Hashim berkata...

Rahsia kenapa calon MIC dipilih di Hulu Selangor akhirnya dibongkar......sila klik disini

Shah Qamary berkata...

situasi di bagan pinang dan kini di hulu selangor adalah sangat2 berbeza. TS isa samad adalah calon pilihan akar umbi. calon pilihan rakyat tempatan. ketika diumum sebagai calon waktu tu, tidak sepatah pun keluar perkataan inilah calon pilihan presiden parti, atau calon pilihan pucuk pimpinan pusat atau negeri.

berbeza dengan di hulu selangor, DS najib dgn tegasnya menyatakan presiden parti yg akan buat keputusan. presiden parti yg akan menentukan siapa terpilih sebagai calon. tiada siapa yg mahu membuat pengiraan atau taakulan logika terhadap keputusan pru12 di kawasan parlimen ini? ada. tiada siapakah yg pergi menjenguk dan mendapatkan nasihat dari otai2 BN di kawasan ini? ada. tiada siapakah yg mahu menilai prestasi dan kedudukan sebenar parti mic pada ketika ini, saat ini? ada.

keputusannya sangat mudah. saya tonton analisis awani semalam, dengan berpanelkan datuk a kadir jasin. semua hujahnya, apa yg bermain difikirannya adalah juga apa yg bermain di fikiran mereka yg membuat timbang tara. matematika, logika, analisa, dan kritika, lengkap. kenapa BN akan kalah kalau mic sebagai calon. kami bukan taat membuta tuli.