29 Disember 2009

Ke Mana Tan Sri Timbalan Perdana Menteri?


Tragedi 66 : 63 meninggalkan trauma kepada kepimpinan parti pemerintah. Tanggal 14 Disember pasti akan dikenang sebagai tarikh 'pengajaran' kepada Barisan Nasional.

Siapa yang harus dipersalahkan? Mungkin ada yang melihat Nazri Aziz, Menteri yang menjaga kerusi meja Parlimen yang perlu dipertanggungjawabkan.

Ada juga yang menuding jari kepada Ketua Whip BN iaiau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dituduh cuai kerana tidak menjalankan tugas dengan baik.

Yang pasti tragedi telah berlalu. Kesemua 137 Ahli Parlimen kerajaan dan penyokong kerajaan perlu mengambil iktibar bahawa kelekaan bakal mengundang malapetaka.

Yang pasti, sejak isu itu kelibat Tan Sri Muhyiddin agak kelam kelihatan sama ada di media massa ataupun acara rasmi. Mungkin Tan Sri sedang bercuti.

Dalam tempoh itu juga kita telah dikejutkan dengan beberapa siri berita yang kurang enak di dengar. Daripada isu undian kelulusan Bajet 2010, kehilangan enjin jet pejuang, kemelut yang melanda Pas dan khabar angin pemilihan Khairy sebagai anggota kabinet kerajaan, pendapat dan ulasan daripada Tan Sri Timbalan Perdana Menteri tidak kedapatan.

Mungkin kebanyakan orang tidak perasan tetapi apa yang saya lihat ketika ini, isu ini adalah bermula daripada tempelak Muhyiddin kepada Nazri yang menggelarkan Tun Dr Mahathir dengan gelaran rasis. Muhyiddin menganggap Nazri sebagai 'agak melampau' mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Manakala Perdana Menteri 1Malaysia kita tidak menyatakan sebarang komen atau ulasan. Seperti dijangka - play safe!!

Hal ini mungkin menyebabkan Tan Sri Muhyiddin 'terasa' kerana melihatkan kesungguhan Tun Dr. Mahathir mempertahankan dasar kerajaan sedia ada daripada dibolak balik oleh pembangkang yang disokong oleh segelintir pembesar kerajaan.

Sama juga dengan isu hebahan kehilangan enjin jet pejuang dan individu yang bercita-cita menjadi PM dan mengangkat Khairy sebagai Menteri seminit selepas dilantik adalah individu pertama yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO walaupun Pak Lah belum umumkan lagi hasrat berundur! Siapa lagi kalau bukan Zahid Hamidi.

Diketahui bahawa kedua - dua menteri haprak ini adalah anti kepada Tun Dr Mahathir. Maka Muhyiddin yang menjadi pencetus kepada transformasi UMNO pasca PRU-12 yang menjadi penyokong tegar Tun turut dilibatkan sama.

Walaupun isu kehilangan enjin jet dan BTN bukan berada di dalam garis kuasa Muhyiddin di dalam kementerian beliau tetapi selaku orang No.2 kerajaan, beliau berhak dan mempunyai kuasa untuk bersuara. Tetapi dimanakah beliau???

Najib agak terhimpit di dalam isu - isu ini. Di antara kepercayaan kepada orang No. 2 ataupun untuk 'membalas' budi kepada orang-orang yang 'berjasa'.

Najib sering dibisikkan dengan tohmahan jahat bahawa hasrat Muyhiddin menentangnya kelak, kerana sering kali Muhyiddin dilihat lebih baik pidato dan hujahnya. Mungkin dilihat Muhyiddin ingin menjadi lebih popular daripada beliau.

Maka konsep 2M ketika era Mahathir-Musa Hitam cuba dimomokkan kembali.

Tetapi bagi saya, Muhyiddin adalah pemimpin yang loyal dan sangat menjaga kepentingan parti. Sekiranya beliau bercita - cita menjadi PM, sudah pasti pemilihan UMNO lepas beliau melanggar terus Najib kerana beliaulah yang membuka jalan kepada re-generasi UMNO dengan pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najid sekarang dikelilingi oleh 2 kelompok. Satu adalah kumpulan yang menjadi aset dan menjadi benteng utama menentang dakyah dan propaganda parti penyanggah manakala sekelompok lagi lebih suka menjadi populis dan mengampu tetapi dalam pada masa yang sama membunuh karakter Najib dalam diam, tetapi Najib 'mengenang jasa' mereka!

Makanya disini korban politik perlu dilakukan oleh Dato' Seri Najib. Yang mana perlu dikorbankan itu terpulang kepada beliau. Sama ada untuk kekal menjadi Perdana Menteri selepas 2012 ataupun Perdana Menteri terakhir Barisan Nasional , keputusan di dalam tangan beliau!!

24 Disember 2009

Petronas : Antara Patriotik dan Profit !



Pengumuman oleh Mercedes bahawa Petronas menjadi penaja utama untuk kempen Formula 1 tahun hadapan menamatkan spekulasi syarikat gergasi petroleum negara ini berkenaan tentang komitmen dalam siri perlumbaan paling popular itu.

Petronas telah menandatangani perjanjian jangka panjang yang tidak dinyatakan untuk menjadi penaja untuk pasukan bekas juara dunia, Micheal Schumacher dan penyandang juara kereta pengeluar tahun lepas iaitu Brawn GP yang diambil alih oleh Mercedes.

Tahun hadapan, Micheal akan memandu kerea Mercedes GP PetronasTM bersama Nico Rosberg.

Dengan termaktubnya perjanjian ini, maka hasrat Lotus F1 Racing Team yang sebelum ini digembar-gemburkan sebagai 1Malaysia F1 Team untuk mendapatkan penajaan besar Petronas tidak berhasil.

Mungkin akan ada cakap - cakap bahawasanya Petronas tidak patriotik dalam isu penajaan sukan permotoran terbesar dunia ini.

Alex Yoong yang bertindak sebagai koordinasi teknikal untuk Lotus F1 Racing Team berasa keputusan Petronas menyertai Mercedes dan bukannya Lotus adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku. Ia seolah - olah menggambarkan Petronas tidak patriotik di dalam menyokong aspirasi kerajaan.

Petronas kini di dalam dilema sama ada dituduh tidak patriotik atau sanggup mempertaruhkan reputasi antarabangsanya kepada pasukan yang masih di dalam pembikinan.

Seperti sedia maklum,  Petronas satu jenama antarabangsa. Disenaraikan antara 500 syarikat gergasi dunia. Maka sebarang komitmennya teeradap sebarang jua bentuk perniagaan akan dinilai dan diukur bukan setakat 26 juta rakyat Malaysia tetap lebih 5.5 billion penduduk dunia!

Dalam isu ini, saya berpendapat adalah sangat wajar untuk Petronas memilih rakan pasukan yang lebih diyakini kemampuannya dan bukan setakat dijadikan instrument politik dan kepentingan jangka pendek.

Lotus F1 Team mungkin hanya beraksi dalam tempoh 3-5 tahun, bergantung kepada prestasi di litar dan amaun penajaan berbanding Petronas yang perlu hidup lebih 30 - 50 tahun akan datang demi rakyat dan survival ekonomi Malaysia. Kita perlu realistik dalam perkara ini!

Bukan niat kita untuk menidakkan kemampuan pasukan tajaan rakyat Malaysia ini tetapi ia perlu berdasarkan konsep ' ukur baju di badan sendiri'. Iya, sepatutnya kita tidak perlu sangsi dengan aspirasi kerajaan dalam membangunkan sukan permotoran ini atas jenama sendiri tetapi kita perlu melihat kemampuan dan sejarah kita sendiri.

Dengan perubahan nama pasukan tidak sampai pun 2 bulan selepas diumumkan menunjukkan bahawa komitmen dan sikap bersungguh-sungguh penggeraknya mulai dipertikaikan.

Seharusnya Malaysia dan kerajaannya tidak dilibatkan secara langsung di dalam model yang berbentuk perniagaan ini yang akan mempertaruhkan untung nasib sama ada rugi atau untung..! Kerana jumlah yang perlu dilaburkan sangat banyak dan pulangan belum tentu lagi.

Ia berbeza dengan konsep menyediakan fasiliti dan infrastruktur dalam pembangunan sukan permotoran ini. Pembinaan Litar F1 Sepang menjamin keuntungan jangka panjang kerana ia tidak terikat dengan perlumbaan F1 semata - mata tetapi siri perlumbaan lain seperti MotoGP dan sebagainya.

Seharusnya pembangunan sukan permotoran ini perlu mengambil masa untuk bersedia dengan secukupnya. Lebih baik dana itu digunakan untuk menyediakan bakal pelumba bertaraf dunia. Letakkan sasaran yang lebih realistik dalam jangka masa yang munasabah.

Saya lebih cenderung melihat pembangunan sukan F1 Powerboat di Malaysia yang menjadikan anak-anak kecil dibawah 12 tahun sebagai karektor utama untuk dipersiapkan menjadi jaguh dunia suatu hari nanti.

Adakah kita sudah lupa, nasib yang telah menimpa pasukan Alex Yoong dahulu, KL Minardi? Ditaja sebegitu banyak dan ditambah dengan penajaan Magnum 4D, tetapi selalu sahaja tidak menghabiskan semua pusingan ataupun menduduki tangga tercorot. Adakah ini yang kita inginkan?

Tetapi isu kegagalan KL Minardi Team tidak dihebohkan ketika itu kerana kedudukan pembangkang yang tidak kuat. Berlainan pula masa sekarang! Pembangkang sentiasa memerhatikan setiap derap langkah dan bait-bait tutur kata parti pemerintah.

Saya percaya sekiranya projek ini gagal atau tidak mencapai piawaian tertentu, maka ia sedikit sebanyak akan memberi impak kepada kelansungan parti pemerintah...

Petronas, pilihan pasukan anda tidak salah..!
Lotus F1 Racing Team, buktikan bahawa anda pasukan yang mampu menggugat! Kerana kegagalan anda akan memberi kesan kepada nama Najib dan seluruh jentera pemerintahan beliau!!

22 Disember 2009

Tragedi 66 - 63 : Kesilapan Yang Sukar Untuk Dimaafkan..!


Sudah seminggu tragedi di Sidang Dewan Rakyat berlalu. Saya masih merasa kesal dan terkilan dengan sikap dan lagak ahli - ahli Yang Berhormat Barisan Nasional.

Selama seminggu jugalah saya tidak menulis di dalam blog ini kerana perasaan yang sangat geram dan kemarahan yang meluap - luap ekoran kejadian tersebut.

Sikap dan tindakan ahli - ahli Parlimen BN yang tidak hadir (tanpa alasan kukuh) dalam sesi pengundian untuk meluluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2010 tidak boleh dimaafkan.

Lantaklah jika mereka ingin mengugut keluar BN jika dikenakan tindakan kerana sikap acuh tak acuh dan meletakkan kepentingan  diri lebih daripada parti dan negara tidak boleh dikompromi!

Dato' Seri Najib perlu ambil tindakan yang tegas! Alasan mereka tidak dapat hadir pada sesi meluluskan Belanjawan 2010 itu perlu di war-warkan kepada rakyat untuk dinilai sama ada alasan itu munasabah atau tidak.

Dek kerana hilangnya kawalan dan sikap nafsi-nafsi ahli - ahli Parlimen BN ini menyebabkan kemungkinan besar  kerajaan tidak dapat membelanjakan duit bagi suku tahun pertama 2010 sekiranya sesi pengundian untuk belanjawan tersebut berpihak kepada pembangkang.

Terima kasih kepada Nurul Izzah, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mahfuz Omar, Taib Azamuddin,Lim Guan Eng, Karpal Singh, Teresa Kok, dan 11 lagi Ahli Parlimen pembangkang kerana tidak hadir dalam sesi pengundian tersebut. Sekiranya empat orang daripada mereka yang hadir (terutama Izzah, Azmin, Khalid dan Teresa yang menjadi MP di sekitar Lebah Klang), maka kredibiliti Najib sebagai PM akan tercalar dan akan terpalit dalam sejarah hitam satu - satunya Perdana  Menteri Malaysia yang kalah dalam pengundian pembentangan Bajet !

Chief Parlimen, Nazri Aziz yang bertindak sebagai mata-mata Kerajaan gagal di dalam tugasnya untuk menyediakan korum yang mencukupi di dalam sesi pengundian ini.

Banyaklah cerita yang kita dengar kononnya ahli - ahli Parlimen kerajaan bergegas ke Parlimen ketika tragedi itu berlaku. Perdana Menteri yang sedang menghadiri majlis di Sekolah Cina di Jalan Ipoh terpaksa menangguhkan lebih awal ekoran mendapat signal kecemasan daripada Parlimen. TPM dan beberapa orang menteri, timbalan menteri juga terpaksa menuju ke Parlimen dalam saat - saat yang cukup genting!

Disebalik kegawatan dan kekecohan ekoran Tragedi 66 - 63 ini, terselit hikmah yang sangat bererti buat kepimpinan kerajaan Barisan Nasional. Tragedi ini telah menunjukkan kepada kita sejauh mana semangat pengorbanan dan setianya pemimpin dikerusi empuk Dewan Rakyat pada parti dan kerajaan.

Bekas Tiimbalan Menteri Perlancongann iaitu Dato' Seri Sulaiman Taib yang turut hadir dalam sesi pengundian ini menunjukkan nilai besar dalam diri beliau untuk mengenepikan sentimen diri demi kelansungan kerajaan yang di dukungnya.

Bekas Menteri Kerja Raya yang digugurkan pada rombakan kabinet bulan April lepas iaitu Dato' Seri Ir. Md Zin yang baru tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sanggup bergegas ke Parlimen tanpa balik ke rumah dahulu semata - mata untuk membantu kem kerajaan yang sangat kritikal ketika itu.

Dato' Abd. Rahman Bakri (Sabak Bernam) yang dimana kes pertuduhan rasuahnya di mahkamah masih dibicarakan, masih gagah melangkah ke Parlimen untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Beliau menolak persepsi kononnya tidak payah pergi lagi ke Parlimen kerana 110% kebarangkalian beliau tidak akan menjadi wakil rakyat lagi pada PRU akan datang. Sikap yang wajar kita hormati!

Beberapa nama BESAR yang kemaruk kuasa sejak kebelangkangan ini tidak tersenarai di dalam 66 orang Ahli Parlimen kerajaan ketika itu. Khairy Jamaludin yang sibuk melobi jawatan Timbalan Menteri dan penyokong kuatnya Zahid Hamidi tidak muncul - muncul sehingga tamat sesi pengundian lebih kurang pukul 12 tengah malam.

Ketiga - tiga Naib Presiden UMNO iaitu Hishamuddin, Shafie dan Zahid tidak turut serta ketika itu. Selain Shabery Cheek yang ketika itu di Laos, ketidak hadiran sejumlah besar Menteri dan Timbalan Menteri amatlah dikesalkan. Sekiranya orang No.1 dan No.2 negara boleh tiba di Parlimen pada masa tersebut walaupun ada program yang sedang dihadiri, mengapa tidak mereka?

Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) seramai 40 orang (tidak termasuk Bung Mokhtar Radin) tidak hadir termasuklah ketuanya iaitu Tiong King Sin amat mendukacitakan. Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka kerana dek perangai mereka ini menyebabkan kerajaan hampir terjerumus kepada krisis keyakinan rakyat yang memberi kesan besar kepada struktur pentadbiran kerajaan dan survival politik BN!

Maka, terjadinya tragedi ini telah menjadikan penilaian kita kepada wakil rakyat lebih jelas, siapa permata siapa kaca! Siapa mulia, siapa hina! Siapa berkorban, siapa meraban!

11 Disember 2009

Ekonomi Malaysia Masih Lemah, Gabenor BNM Umum Bonus Tambahan!!


Lanai Kijang - Hotel dan resort milik Bank Negara Malaysia. Tersergam indah di Jalan Sultan Salahuddin. Sasana Kijang - lokasi baru pejabat BNM turut dibina dengan kos yang tidak diketahui..

Sempena majlis makan malam tahunan Bank Negara yang menyambut ulangtahun ke-50 baru-baru ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz telah mengumumkan tambahan bonus satu bulan untuk kakitangannya.

Untuk kakitangan Bank Negara, bonus diberi berdasarkan merit pencapaian prestasi pekerja. Maka sekurang - kurangnya bonus yang diberikan adalah dua bulan. Maka jika pekerja cikai sekalipun akan dapat 2+1 menjadi 3 bulan bonus tahun ini!

Bukan niat saya nak mengungkit atau cemburu dengan bonus yang diberikan kepada pekerja BNM. Memang mereka layak mendapatkannya jika diukur dengan prestasi kerja BNM yang kembali memulihkan prospek ekonomi Malaysia pada landasan yang betul setelah mengalami defisit dan pengucupan 3 suku tahun berturut - turut.

Tetapi ia tidak adil kerana prospek penjanaan ekonomi negara banyak bergantung kepada banyak badan terutama kerajaan dan GLC. Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), MAMPU, JPM dan jabatan kerajaan (macam JKR ni..hehehe) juga tidak ketinggalan dalam pemulihan ekonomi negara.

Kasihan tengok penjawat awam yang sanggup bersengkang mata siang dan malam urus pasal ekonomi negara tetapi kerajaan menyatakan tiada bonus kerana dana kerajaan terhad.

Ini berlainan pula dengan BNM yang hanya menguruskan duit dan kewangan sahaja. Apakah kerana BNM yang mengawal kertas - kertas bercop ringgit Malaysia, maka mereka perlu mendapat lebih daripada orang lain?

Bank Negara Malaysia bukan seperti bank-bank komersil lain. Ia terikat dengan kerajaan. Sebarang kata putus daripada kerajaan ia perlu mengambil kira.

BNM bertindak sebagai pengawal pasaran ekonomi negara bukannya penentu dasar kerana dasar masih dipegang oleh pemimpin pemerintah!

Dengan indeks inflasi yang masih ditakuk lama ( 3%  - seperti dilaporkan oleh Dato' Chor Chee Heung (Timb Menteri Kewangan) ), dan KDNK yang belum memberangsangkan, tukang 'simpan dan bagi' duit ini langsung seperti tidak menghiraukan kejerihan rakyat marhaen.

CUEPACS perlu bawa perkara ini ke pengetahuan Dato' Seri Perdana Menteri!

10 Disember 2009

Persamaan Antara Ahli Politik dan Penjenayah !



Majalah TIME Edisi 7 Disember 2009 di dalam kolum 'Briefing' ada di paparkan tentanng statistik 'Hate Crimes' atau jenayah kebencian di Amerika Syarikat bagi tahun 2008.

Secara kumulatifnya seramai 9,700 orang menjadi mangsa jenayah kebencian ini. Ringkasnya dibawah ini ditunjukkan statistik mengikut kategori :
-  Kaum atau Bangsa = 4,943 mangsa
-  Agama  =  1,732 mangsa
-  Orientasi Seks  =  1,706 mangsa
-  Etnik dan Lain2  =  1,311 mangsa

Data di atas cukup membuktikan bahawa faktor perkauman menjadi punca utama berlakunya jenayah kebencian ini.

Amerika Syarikat menggelarkan diri mereka 'The best ruling democracy in the world' tidak dapat lari daripada isu perkauman dan perbezaan bangsa. Walaupun mempunyai seorang Presiden berkulit hitam yang dibantu oleh Setiausaha Negara berkulit putih tetapi jenayah kebencian masih menjadikan kaum sebagai faktor utama.

Bagi kes agama jumlahnya hanya 1/3 daripada jumlah kes kaum/bangsa. Ini menunjukkan sentimen perkauman lebih tinggi daripada sentimen agama di negara paling berpengaruh di dunia ini.

Iya, mungkin tidak dapat dinafikan bahawa agama di anggap perkara remeh di Amerika Syarikat tetapi dasar imprealis baru selepas Tragedi 11 Sept, Presiden Bush ketika itu melancarkan apa yang dinamakan 'The New Crusade' atas matlamat menjadikan Islamofobia tercapai.

Tetapi nampaknya perkauman lebih menebal berbanding sentimen agama.

Politik Kebencian di Malaysia

Di Malaysia ini lebih unik kerana bangsa sering dikaitkan dengan agama. Melayu akan dikenal sebagai Islam. India dengan Hindu dan Cina dengan Buddha. Walaupun ada India dan Cina yang beragama Islam dan Kristian, faktor kulit atau ras tetap dijadikan rujukan utama.

Gaya pergerakan parti siasah di Malaysia ini sejak 1955 (PRU-1) hingga kini masih tidak berubah. Taktik menabur fitnah dan menghasut orang ramai untuk membenci parti lawan menjadi lumrah.

Seharusnya parti - parti yang bertanding ini perlu menunjukkan apa yang telah dan akan mereka buat untuk rakyat, bukan hanya menjaja tin - tin kosong dan menempelak parti lawan kononnya tidak Islamis atau sebagainya.

Tetapi keadaan pada hari ini lebih parah. Parti fasis DAP yang menjadi parti multi-bangsa (kononnya tetapi dimonopoli oleh Cina) yang paling lama bertahan di dalam arena politik tanahair sudah semakin menunjukkan dirinya yang sebenar.

Kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sungguh menusuk hati rakyat Melayu dan Islam di Malaysia. Dia mempertikaikan dana awam untuk pembinaan masjid di Malaysia. Ini merupakan bibit - bibit berlakunya jenayah kebencian atas sentimen yang dimainkan oleh Nga ini.

Sebelum ini ada suara -suara yang mempertikaikan azan Subuh, tulisan jawi dan hak tanah wakaf. Perkara ini semakin menjadi -jadi sejak kebelakangan ini. Apa reaksi kerajaan? Biasalah..kerajaan sekarang ini bertindak apabila perkara itu dimainkan oleh pembangkang. Selepas itu, pemimpin-pemimpin kerajaan bertekak sesama sendiri, pembangkang tersengeh - sengeh tengok!

Bangsa Melayu sangat sinonim dengan agama Islam. Seseorang Melayu yang keluar / murtad Islam akan hilang haknya sebagai orang Melayu. Ini tercatat di dalam Perlembagaan Negara. Justeru itu, sebarang isu yang melibatkan Islam akan mendapat perhatian dan respon segera daripada orang Melayu.

Orang Melayu sangat sensitif kepada isu Islam dan adat mereka. Kerana sejarah telah menunjukkan bahawa apabila sensitiviti orang Melayu ini dipersoal dan diperlekehkan akan terjadinya apa yang kita ketahui perkataan ASAL orang Melayu iaitu AMOK!!!

08 Disember 2009

Pemimpin, Pengikut dan Pengikat !!


Gambar Hanya Ilustrasi. Sebenarnya saya nak letak gambar Nazri di 'superimpose' kan  tapi tiada masa. Memang tak terlawan karya Bro Jeffry. Hehehe

Hari ini kecoh dalam blogosfera berkenaan perihal bangsat Menteri di JPM yang bertugas menutup lampu dan suis aircond Parlimen Dato' Seri Nazri Abdul Aziz.

Nazri menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir 'bloody racist' sebab pertahankan  BTN untuk tidak dirombak. Berita di Buletin Utama TV3 sebentar tadi juga ada mengulas tetapi lebih berpihak kepada Dr Mahathir nampaknya! Maklumlah Dato' Johan Jaafar boss besar Media Prima sangat hormati Dr Mahathir.

Dr Mahathir menasihatkan kerajaan agar jangan menari mengikut lenggok melodi dendangan pembangkang. Saya juga telah beberapa kali mengulas berkenaan isu ini di dalam artikel blog saya yang lepas - lepas.

Dek kerana terlampau asyik mengikut tarian mereka, kerajaan Islam Hadhari Pak Lah diaibkan seaib - aibnya pada PRI-12.

Zaman Kerajaan 1Malaysia ini pun sangat akur mengikut rentak pembangkang. Lihat kes PPSMI, SPR, SPRM, PDRM (Kes Kugan dll) ,Teoh Beng Hock, Kes Liwat Anwar, ISA dan yang terbaru BTN.

Kenapa perlu kerajaan respon dengan terlampau cepat atas sesuatu perkara dan isu yang dimainkan pembangkang ? Kenapa tidak respon secepat itu jika sesuatu isu dilontarkan oleh rakyat marhaen yang lebih banyak dan yang mempunyai kuasa mengundi? Apa yang nak dilayan orang yang memang - memang tidak menyokong dan memangkah kita di kertas undi. Lebih baik layan kerenah rakyat lain !!

Inilah beza Pemimpin, Pengikut dan Pengikat!

Dr. Mahathir adalah pemimpin yang sejati. Beliau tahu apa yang difikirkan dan disasarkan oleh musuh politik. Setiap gerak langkah musuh politik dapat dihidu dan dipatahkan dengan segera sebelum ia semakin disensasikan! Inilah gaya pemimpin politik yang hampir tidak ada di kalangan pemimpin Malaysia sekarang baik kerajaan ataupun pembangkang.

Yang ada bersepah di Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pengikut. Hanya angguk apabila diminta. Hanya mengangkat tangan apabila dipinta. Keluar dewan apabila memprotes atau dihalau kerana kurang ajar.

Inilah produk pemimpin wakil rakyat Malaysia hari ini. Tetapi ada yang lebih malang dan naif ialah wakil rakyat yang menjadi Pengikat!

Takrifan Pengikat ini bagi saya ialah seseorang yang menggelarkan diri mereka pemimpin tetapi gerak langkah, tutur kata dan perbuatan mereka tidak menunjukkan ciri -ciri pemimpin. Terikat dengan sesuatu isu dan terlampau akur dengan permainan isu tersebut.

Contoh terbaik pengikat adalah Nazri Aziz. Ada beberapa contoh wakil rakyat lain yang menjadi Pengikat ini misalnya Zulkifli Nordin (terlampau cepat tukar pendirian), Nik Aziz (terikat dengan nepotisme (keluarga) dan kronisme (anak didik)).

Mereka ini tidak layak diminta buah fikiran mereka. Idea yang lahir lebih kepada mengikut kata kebanyakan. Kita telah melihat sejarah bahawa pemimpin yang ideal adalah pemimpin yang membuat keputusan yang tidak popular pada pandangan umum tetapi lebih kepada kesan jangka panjang.

Sejarah juga akan menilai wakil -wakil rakyat ini sama ada mereka adalah pemimpin, pengikut ataupun pengikat!!

07 Disember 2009

Isu BTN : 1Malaysia Mula Menampakkan 'Hasilnya'!!


Seminggu dua ini kecoh dengan isu Kursus Biro Tata Negara (BTN). Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan kuasanya dengan menghalang penjawat awam (negeri) mengikuti kursus berkenaan. Alasannya adalah kursus BTN ini menyemai semangat perkauman dan kebencian kepada bangsa lain.

Seperti biasa apabila sesuatu isu yang melibatkan dasar dan praktikal kerajaan diperdebatkan, maka bersuaralah pak - pak menteri untuk menjuarai isu. Dato' Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa kerajaan akan merombak sukatan kursus BTN ini agar selari dengan konsep 1Malaysia.

Dato' Ahmad Maslan pula bersetuju silibus BTN  disusun semula dan tidak dirombak sepenuhnya seperti yang diperkatakan oleh Nazri Aziz. Maka Ahmad Maslan dikecam kiri dan kanan kerana tidak mahu menyahut seruan 1Malaysia.

BTN dituduh hanya menyebarkan fahaman Melayunis dan Bumis serta menyemai perasaan benci kepada kaum lain terutama Cina. Modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) tidak menepati kehendak 1Malaysia!

Maka Naziri Aziz dengan sikap 'kipas boss' bertindak sebagai jaguh untuk menyatakan bahawa BTN akan dirombak demi mencapai 1Malaysia. Kerajaan telah masuk perangkap pembangkang. Kit Siang dan kawan - kawan tersengeh puas sebab kali ini kerajaan mendengar dan mengikuti cadangan pembangkang...LAGI!

Inilah bahayanya gagasan 1Malaysia bila salah diertikan dan ditafsirkan! Tun Dr. Mahathir telah mengetahui bahawa gagasan Najib ini akan memakan diri. Lalu Dr Mahathir menegaskan silibus BTN wajar dikekalkan tanpa dirombak!

Kenapa perlu kerajaan bertindak apabila ia dicetuskan oleh pembangkang? Lihat bagaimana kematian Teoh Beng Hock yang disensasikan dan mendapat perhatian khusus kerajaan. Siapa dia? Apa jasa dia kepada kerajaan? Lihat, ramai lagi rakyat Malaysia yang perlukan pembelaan. Kenapa perlu wujudkan inkues khas semata - mata melayan kehendak pembangkang?

Kerajaan masih menari mengikut lenggak lagu dendangan pembangkang. Kerajaan nampaknya terlampau naif dalam berhadapan dengan isu laungan pembangkang. Nampaknya sekarang pembangkang yang tentukan dasar kerajaan. Pembangkang yang menentukan isu. Kerajaan hanya menjawab isu.

Lihat kes PPSMI, majoriti PIBG menyokong mengekalkan PPSMI, tetapi kerajaan akur dengan kehendak anti-PPSMI yang dijuarai oleh parti pembangkang dan dibantu oleh tok janggut yang hanya pandai berilusi dan khayal berkarya, lantas nasib generasi muda digadaikan.

Inilah natijahnya konsep 1Malaysia, rakyat (suara pembangkang) didahulukan, pembangunan (untuk menjadi popular) diutamakan!

Sekarang kedengaran suara - suara yang tidak enak menuntut hak yang bukan - bukan atas dasar 1Malaysia. Jika kerajaan tidak melayan tuntutan mereka dikatakan 1Malaysia - cakap tak serupa bikin!

Isu yang merimaskan saya adalah dalam bidang pendidikan. Dasar meritrokrasi di IPT telah menyebabkan saiz peratusan pelajar Melayu di dlm bidang kritikal semakin mengecil. Kursus - kursus Sains Kesihatan Bersekutu, Kejuruteraan dan Teknologi semakin didominasi oleh kaum bukan Bumiputra.

Bukan kita hendak menidakkan hak pendidikan mereka tetapi kita perlu lihat kembali dasar pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum. Kaum bumiputera masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dan peluang pekerjaan.

Kenapa peluang pendidikan ini yang merupakan satu - satunya peluang untuk mencapai dasar pembinaan negara-bangsa ini diperjudikan?

Meritrokrasi dilihat sebagai duri dalam daging bagi orang Melayu dan bumiputera lain terutama di Sabah dan Sarawak. Penilaian yang dibuat hanya menjadikan akademik dan kegiatan ko-kurikulum sebagai kayu ukur. Fasiliti dan kemudahan serta keadaan sekeliling yang mempengaruhi cara berfikir dan bertindak pelajar terutama di luar bandar tidak di ambil kira.

Adakah adil kita menilai seorang pelajar yang dihantar dengan kereta mewah ke sekolah yang serba lengkap dan menghadiri kelas tuisyen ratusan ringgit sebulan dengan seorang pelajar yang berjalan kaki mengharungi denai dan selut ke sekolah yang jauh dari rumah hanya dengan angka dan huruf pada sehelai kertas keputusan peperiksaan?

Saya pasti isu meritrokrasi ini akan menjadi satu lagi 'hasil kejayaan' gagasan 1Malaysia. Pasti golongan yang berkepentingan akan menggunakan slogan ini untuk menuntut hak yang sebenarnya merupakan hak orang yang jauh di kampung dan pedalaman sana.

Itu belum lagi kita bercakap soal ekonomi, pemilikan tanah dan rumah, peluang pinjaman perniagaan, peluang pekerjaan dan kuasa membuat keputusan (politik)!

Mungkin akan ada suara - suara yang mempertikaikan orang Melayu ini MALAS berdikari dan bergantung harap dengan 'tongkat semambu' sahaja! Iya, satu hari nanti orang Melayu akan membuang 'tongkat' ini dengan sendirinya tetapi bukan sekarang!

Kerana 'tongkat' itu adalah sistem pendidikan. Tanpa pembelaan yang sewajarnya dalam bidang pendidikan, maka imej 'tongkat' ini akan selalu membayangi kelansungan bangsa Melayu dan Bumiputera yang lain..!

04 Disember 2009

Pengurusan Dana Awam : Antara Kepentingan Awam dan Cita-cita Politik!


Sejak kebelakangan ini, media arus perdana dan blog pro-kerajaan kuat menhentam parti - parti pembangkang. Kiri kanan depan BELAKANG mereka kena. Selepas satu isu pergi ke satu isu yang lain. Dari satu parti ke parti yang lain.

Parti - parti pembangkang ini menjadi defensif. Isu baru yang cuba dibawa dibalas dengan isu yang lebih besar dan mendapat perhatian rakyat!

Keadaan ini mungkin pada pemerhatian kita baik untuk 'membalas' apa yang telah mereka lakukan kepada parti pemerintah (lebih - lebih lagi di era Kerajaan Islam Hadhari), tetapi daripada satu sudut saya melihat serangan bertubi - tubi ini membahayakan kepada parti pemerintah.

Hujah saya adalah kerana, kerajaan terutama UMNO melihat ini perkembangan positif untuk memulihkan semula sokonga rakyat, maka mereka akan merasakan mereka berada di 'comfort zone'. Ini yang saya dapat lihat dan rasakan sejak kebelakangan ini.

Tindakan kerajaan parti pemerintah sejak akhir - akhir ini juga lebih menjurus mendapatkan populariti daripada umum. Misalnya penyaluran segera bantuan Rm 1 juta kepada mangsa banjir di Kelantan yang diumumkan oleh Tan Sri TPM.

Bukan kita tidak nak membantu bangsa banjir tetapi apa yang dirisaukan oleh saya adalah dimana datangnya dana segera tersebut perlu dijelaskan. Janganlah nanti RM 1 juta itu di ambil daripada peruntukan yang telah disediakan untuk pengurusan misalnya dan akan mengganggu prospek perbelanjaan kita tahun hadapan.

Sebolehnya sebelum sesuatu bantuan atau peruntukan tambahan diumumkan, pihak kerajaan terutama di EPU dan MAMPU memastikan dahulu bahawa dana kontengensi itu tidak akan mempengaruhi perancangan perbelanjaan negara masa hadapan.

Nampaknya kerajaan lebih suka menjadi popular dalam masa singkat tanpa memikirkan natijah yang bakal menimpa hasil tindakan tanpa perancangan yang rapi.

Saya berharap dana segera RM 1 juta tersebut telah dibuat penilaian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Kerana isu yang paling dominan yang menyebabkan sama ada rakyat kekal sokong atau tidak adalah kelansungan EKONOMI. Pengurusan ekonomi negara perlu bijak. Perancangan untuk memecahkan kek ekonomi juga perlu seimbang dan menepati kehendak semasa.

Antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya..

Saya ingin menarik perhatian pembaca berkenaan tentang peracangan kedua - dua kementerian ini bagi bajet 2010. Kementerian Pengangkutan di peruntukan RM 18 Billion untuk 11 projek manakala KKR diperuntukan RM 1.2 billion untuk 12 projek.

Sedangkan kita tahu Kementerian Pengangkutan adalah kementerian yang gagal berfungsi dengan baik. Isu PKFZ, KTMB, dan terbaru dengan Air Asia menyebabkan banyak dana awam hanyut begitu sahaja!

Di KKR yang menguruskan lebih 17,000 km jalanraya di Malaysia, 11,400 jambatan  dan 6000 bangunan kerajaan menjadi nadi utama untuk kegunaan rakyat hanya diberikan tidak sampai 10% daripada bajet Kementerian Pengangkutan.

Maka dengan peruntukan yang sangat terhad ini, terpaksalah juga untuk memaksimakan penggunaannya. Dengan keadaan jalanraya musim hujan ini berlopak - lopak dan risiko cerun runtuh, semua pihak menunding jari kepada JKR sedangkan dana yang ada untuk membuat 'maintance' pun belum tentu cukup!

Perbendaharaan negara perlu peka dengan situasi ini. PM selaku Menteri Kewangan juga perlu realistik dalam pembahagian dana. Janganlah disebabkan Kementerian Pengangkutan itu dipegang oleh Presiden MCA dan KKR ini dipimpin oleh menteri cabuk UMNO, maka peruntukan dana didiskriminasi.

Sekarang ini ada arahan daripada Perbendaharaan yang melarang pembayaran kepada kontrak yang melebihi harga siling walhal perkara ini seharusnya tidak berbangkit. Jika tidak ada duit kenapa harga kontrak lebih tinggi daripada harga siling?

Sekarang kecoh pihak kontraktor tidak dapat duit selepas projek disiapkan atas alasan tidak boleh bayar pada harga yang lepas siling! Projek yang dalam pembinaan pula semakin perlahan dan masalah ini bukan sahaja kepada kontraktor terlibat tetapi kepada pengguna juga!

Nampak disini pengurusan dana awam masih tidak efisien dan sistematik. Menteri - menteri kita sering umumkan peruntukan 'ehsan' secara ad-hoc tanpa mengambil kira peruntukan yang ada di tangan dan  yang telah dijanjikan melalui kontrak kerja.

Kepentingan Awam mesti diletak melebihi kepentingan politik. Biar tindakan yang kita ambil itu tidak popular dikalangan rakyat tetapi memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan.

02 Disember 2009

Kerja Raya : Samy Vellu Lebih Bagus Daripada Shaziman !


Di arena politik tanah air, Samy Vellu amat sinonim dengan kepimpinan kontroversi dalam parti MIC. Acapkali beliau diserang dengan tuduhan dan sindiran berkenaan 'kedegilan' beliau turun daripada merajai kerusi No. 1 parti terbesar kaum India itu.

Tetapi berlainan pula kepimpinan beliau di Kementerian Kerja Raya. Walaupun ada beberapa isu seperti MRR2 dan penglibatan syarikat anak beliau dalam tender kerajaan, kepimpinan beliau masih lagi dihormati terutama oleh pegawai - pegawai veteran JKR.

Sering kali saya mendengar perbualan mereka yang membandingkan ketokohan Samy Vellu dengan 2 menteri selepasnya iaitu Dato' Ir Mohd Zin dan Dato' Seri Shaziman Abu Mansor.

Pegawai - pegawai tinggi JKR ini masih berpendapat kepimpinan Samy Vellu lebih bagus terutama dalam soal mencari dana / peruntukan pembangunan dan juga layanan kepada soalan wartawan.

Siapa tidak kenal dengan 'kepetahan' Samy Vellu bercakap dalam bahasa kebangsaan sering menjadi bahan jenaka satira politik tetapi kita lupa bahawa usaha beliau bercakap bahasa kebangsaan itu wajar dipuji kerana beliau tidak malu walaupun penguasaan masih lemah.

Shaziman Dan Lagak Sombongnya !

Semalam, satu sesi lawatan ke Rawang diadakan untuk meninjau keadaan kesesakan yang teruk setiap kali waktu puncak. Beritanya ada diulas di Utusan Malaysia, yang dihadiri oleh Shaziman, Dato' Thomas George (KSU KKR), Dato' Seri Judin (KP JKR), dan beberapa pegawai daripada Cawangan Jalan (pejabat saya).

Apa yang amat menjengkelkan adalah cara Dato' Shaziman berfikir dan bertindak sebagai seorang Menteri. Memang patutlah jika beliau disingkirkan dalam rombakan kabinet kelak!

Semasa boss saya membentangkan laporan teknikal pasal pembinaan Jalan Pintasan Rawang, Shaziman terlampau rigid dan skeptikal menyoal. Kononnya ingin melihatkan beliau bijak dalam teknikal, maka semua yang dilaporkan ada saja tidak kena. Bila boss saya dah geram, ditanyanya balik apa perancangan beliau, tetapi beliau pun dah belajar menjadi raja spin, cakap ntah apa-apa, balik - balik disuruh kita yang buat!

Bila soalan peruntukan lebih RM 400 juta diperlukan ditanya, jawapannya mudah "Dato' Thomas George, you buat surat minta peruntukan daripada Kementerian Kewangan". Itu sahaja! Shaziman, you tu Menteri, KSU dan Menteri siapa yang lebih autoriti? You le pergi minta, lebih afdal !

Lain pula semasa zaman Samy Vellu, boss saya juga pernah bentang laporan berkenaan MRR2 kepada Samy Vellu. Cara Samy Vellu layan penjawat awam sangat baik, sebelum bentang dia jemput datang hi-tea di rumahnya di Jalan Ipoh, berbincang sampai larut malam, boss saya yang ketika itu datang dengan kenderaan pejabat ditawarkan oleh Samy Vellu untuk dihantar oleh drivernya ke rumah (sebab pemandu JKR dah blah awal)!

Samy Vellu kalau nak buat projek tetapi peruntukan tidak ada, apa beliau jawab, "Ok, takpa nanti saya usahakan sampai dapat duit untuk buat projek itu"! Ini baru jawapan menteri bukan macam Shaziman!

Satu lagi yang saya geram dengan lagak sombong Shaziman ini bila sesi press conference. Ada satu mamat ini nak tanya soalan, lalu dijawab 'You bukan press, takpa nanti boleh soal. Ini untuk press sahaja'!

Ada seorang amoi daripada press mana ntah, tanya soalan, jawab Shaziman, "Soalan you tu I boleh jawab tapi nanti masa election vote I ok..?' apsal lah AKU dapat menteri yang bangang macam ni! kalau nak buat lawak sekalipun, janganlah sampai jatuhkan status menteri dan nama baik BN dan UMNO !

Jika zaman Samy Vellu, bila ada press tanya seboleh - boleh dia akan jawab. Ada lawak dan sindiran. Wartawan pun enjoy dalam PC. "Sudah habis soalan? Jom saya belanja minum," ni dialog selalu Samy Vellu cakap lepas habis PC di sambut dengan gelak daripada orang sekeliling. Ni saya tengok muka wartawan masa PC Shaziman, terkulat - kulat, penuh serius, pressure pun ada! Memang patut Shaziman kena kick dari kabinet 1Malaysia!

Shaziman walaupun selalu nampak beliau turun melawat projek di media, tetapi bila diminta buah fikiran, hampeh..ngabihkan bogheh yo! Jika turun padang nak jalan - jalan cari pasal baik duduk pejabat diam - diam! Menteri bila turun padang perlu bersedia dengan idea untuk selesai masalah bukan mengembalikan masalah tersebut kepada orang yang mengadu!

Saya memang menyokong benar Menteri Kerja Raya ini ditukar!!

30 November 2009

Politik Balas Dendam Amalan Pakatan Pembangkang !


Tahun 1999, selepas Pas berjaya menawan Negeri Terengganu, maka pendekatan ekstrim di ambil untuk melenyapkan pengaruh UMNO dan BN. Langkah - langkah radikal dan 'no mercy' dicipta dan dilaksanakan.

Paling menyayat hati adalah dengan merampas hak pendidikan kanak-kanak pra sekolah di Tadika Kemas. Alasannya, fasiliti yang digunakan iaitu Balairaya adalah hak JKKK Kampung dan tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.

Budak - budak yang masih mentah itu teraniaya. Hak menuntut ilmu yang menjadi fardhu 'ain dinafikan oleh kerajaan Islamik Pas!

Itu sebagai satu contoh. Ada beberapa lagi contoh kebobrokan kerajaan Pas Terengganu dalam melenyapkan pengaruh UMNO di hati rakyat Terengganu. Mekanisme politik balas dendam ini dipraktikkan sedemikian rupa bagi menampakkan bahawa modul dasar BN adalah salah!

Mereka mendambakan teori domino iaitu kejatuhan satu persatu kerajaan negeri pimpinan BN tetapi nampaknya ia cuma mimpi di siang hari. Rakyat membalas 'jasa' mereka dengan tersungkur 'aib pada tahun 2004.

Tahun 2008, nampaknya rakyat Terengganu sukar melupakan 'jasa' mereka pada tahun 1999 - 2004. Walaupun BN dan UMNO lemah ketika itu, Terengganu masih dikuasai dengan 2/3. Inilah hasil daripada amalan 'murni' politik balas dendam kerajaan Pas Terengganu.

Tahun 2008/2009 - pasca Pilihanraya Umum ke-12, politik balas dendam tetapi menjadi amalan parti pembangkang.

Di Kedah, Perak dan Selangor, episod 1999 berulang kembali. Tadika Kemas menjadi mangsa. Pintu pagar balai raya dikunci, perabot dihumban keluar, kanak - kanak yang terpinga - pinga diperlakukan sedemikian hanya mengikut kata guru yang meminta mereka belajar di kawasan terbuka.

Tetapi kerajaan pusat dan negeri pimpinan BN tidak mengambil langkah yang sama dengan menutup pusat doktrin kanak - kanak Pas iaitu Pasti. Politik balas dendam bukan gaya kepimpinan BN sejak dahulu lagi.

Di Selangor, penubuhan SELCAT digunakan untuk menghalalkan tindakan pakatan pembangkang menutup mulut anggota DUN UMNO. Digantung setahun dan elaun khas ditarik. Politik gaya samseng! Mastermind nya adalah Teng Chang Khim yang menjadi suara rasmi Lim Kit Siang di Selangor. Tan Sri Khalid, MB Selangor paling bangsat hanya mengikut sahaja tanpa banyak soal!

 Di Perak ketika masih dibawah pimpinan MB boneka Nizar Jamaluddin, DAP menggunakan pengaruh dan kuasa untuk membalas dendam dengan menafikan hak kaum melayu dan memberi tanah kepada penyokong mereka walaupun tidak mendapat kelulusan Pejabat Tanah Daerah. Prosedur diketepikan demi untuk mengekalkan populariti.

Di Pulau Pinang, kepimpinan khulapok Lim Guan Eng mula menampakkan taring sebenar! Hak melayu berniaga di pulau dinafikan. Hak kaum india juga diabaikan. Inilah natijah percaya sangat cakap - cakap retorik!

Kini BTN menjadi mangsa terbaru di Selangor. Nampaknya kerajaan Negeri Selangor ingin menunjuk kuasa, tetapi dia lupa bahawa Kerajaan Pusat lebih banyak kuasa daripada nya.

Politik balas dendam ini akan memakan diri. Sama seperti politik persepsi olahan mereka dahulu kini menjadi ancaman besar kepada 'survival' politik mereka. Cuma masa yang akan menentukan bilakah politik balas dendam ini akan 'membunuh' mereka!


29 November 2009

Rombakan Kabinet : Perubahan Pucuk Kepimpinan N9, Isa MB Baru?



Desas - desus rombakan kabinet Kerajaan 1Malaysia semakin kuat bertiup. Najib sedang meneliti dan menilai tahap KPI setiap menteri, timbalan menteri, MB & exco negeri pimpinan BN dan YB daripada BN khususnya UMNO.

Di jangka paling lewat kabinet akan dirombak adalah pada bulan Februari 2010 atau awal Mac 2010.

Di Negeri Sembilan, dikhabarkan pengaruh Tan Sri Isa Samad semakin meningkat. Ada ura - ura beliau akan mengambil kembali kerusi Menteri Besar daripada Mat Hassan ekoran kejayaan beliau mengatasi krisis keyakinan BN pada setiap kali pilihanraya kecil selepas PRU-12.

Mat Hassan akan disediakan tempat di Jemaah Menteri dengan perlantikan senator! Ia agak kompleks tetapi inilah seni tari politik garapan Najib yang sukar untuk dijangkakan.

Di Rembau ini, memang itulah yang dicakap. Isa MB N.Sembilan, Khairy menjadi Timbalan Menteri. Kementerian mana masih belum mendapat bayangan lagi.

Mat Hassan dilihat agak perlahan untuk menjelmakan kembali semangat 'Pembangkang Sifar' di Negeri Sembilan seperti mana yang pernah dikecapi semasa era pemerintahan Tan Sri Isa pada tahun 1995 dan 1999.

Bagi pendapat saya, lebih baik pemerintahan di Negeri Sembilan ini diberi kepada orang yang lebih muda manakala kedua -dua pemimpin tersebut iaitu Tan Sri Isa dan Dato' Mohammad Hassan diangkat di kabinet Persekutuan.

Politik UMNO di Negeri Sembilan sukar digugat. Pengaruhnya semakin berkembang di kalangan pengundi muda. Tetapi dikalangan pengundi Cina, DAP lebih dominan. MCA semakin kurang popular ekoran krisis yang tidak berkesudahan.

Di Negeri Sembilan, satu gerakan oleh UMNO perlu diwujudkan untuk menyekat pengaruh sosialis DAP dengan sasaran untuk menumbangkan ketua Pemuda DAPSY iaitu Loke Siew Fook di Parlimen Rasah dan DUN Lobak. UMNO kini perlu menggantikan peranan MCA dan Gerakan di N.Sembilan dalam meraih undi kaum Cina.

Walauapapun, kestabilan politik UMNO di Negeri Sembilan wajar dicontohi oleh UMNO di Negeri lain seperti Kedah, P.Pinang, Selangor dan Terengganu jika mahu menjadi parti siasah paling popular. Walau ada sedikit kemelut ia ditangani dengan segera dan penuh berhemah.

Semoga kempen 'Pembangkang Sifar 2013' dan Misi Tawan P-A-S (Paroi - Ampangan - Sikamat : 3 DUN Majoriti Melayu yang pembangkang menang lepas) berjaya dengan cemerlangnya. Insya-Allah...

27 November 2009

Politik Perak : Nizar Masih Terima Gaji dan Elaun MB ?



Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dikhabarkan dari Perak bahawa Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohd. Nizar Jamaluddin masih menerima gaji dan elaun Menteri Besar. Sama ada berita ini benar atau tidak, hanya Bahagian Kewangan dan Pentadbiran Pejabat SUK Negeri Perak boleh sahkan.

Jika ini berlaku ada 3 kemungkinan yang boleh dibuat. Pertama, hak ekslusif MB Perak masih dipegang oleh Nizar dan ini sekaligus mengiktiraf beliau sebagai MB yang sah manakala kemungkinan kedua ialah Menteri Besar lantikan Paduka Seri Sultan Perak yang sah iaitu YAB Dato' Seri Dr. Hj Mohd  Zambry Abdul Kadir sanggup BERKORBAN dan tidak ambil pusing isu gaji dan elaun Menteri Besar. Yang penting bagi beliau jalankan tugas dan amanah  sebaik mungkin.

Dikhabarkan juga bahawa Dr. Zambry mendapat elaun dan gaji daripada kerajaan pusat. Jika ini memang berlaku maka nampaknya krisis pengesahan kerajaan mana yang sah tetap menjadi tanda tanya.

Kemungkinan ketiga ia hanya polemik politik massa. Hanya wujud untuk terus 'mengocak' suasana politik Perak yang telah mula agak stabil kini..

Sehingga kini, kes yang didengar di Mahkamah - Mahkamah Persekutuan (Tinggi, Agung dan Rayuan) masih belum menjumpai titik noktah muktamad penentuan krisis ini.

Walaubagaimanapun krisis yang bermula hasil ilham Perdana Menteri Bayangan16 September 2008 ini sebenarnya mendatangkan 1001 hikmah. Rakyat Perak khususnya telah mula memahami kepimpinan rakyat negeri itu sama ada pembangkang mahupun BN.

Penilaian sedang dibuat oleh rakyat sama ada untuk mengekalkan kerajaan BN ini pada masa akan datang atau ingin bersama pembangkang yang diterajui oleh parti sosialis / komunis DAP.

Di Perak, konsep pemimpin BEKORBAN untuk rakyat sangat jelas. Pemimpin BN terutama MBnya selalu turun padang dan ini yang perlu dibuat oleh pemimpin BN di negeri lain terutama di negeri - negeri yang kalah seperti Kedah dan Selangor.

Semoga PENGORBANAN Dr Zambry dan rakan - rakan akan terbalas kelak dengan kemenangan besar BN dan 'TERKORBANNYA' Menteri Besar Pas Tajaan DAP yang angkuh dan takbur itu!

Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar! Wallillahilhamd !!!

23 November 2009

Imbas Kembali Manifesto Pembangkang di Selangor



Tidak payah saya memulakan mukadimah dengan panjang lebar. Mari kita menelusuri satu - persatu janji dan tawaran mereka kepada rakyat Selangor selepas 20 bulan memerintah !

URUSTADBIR BERWIBAWA :
1) Pastikan semua pemimpin bersih dari rasuah  - uweekkk! Nak termuntah! Kalau tak ada kes, kenapa SPRM di halang membuat kerja? hehehe. takut ke?
2) Siasat penyelewangan pentadbiran tanah dan sumber negeri - jangan lupa siasat sekali kawasan tanah yang diberikan kepada kuil - kuil haram, pembatalan SRJK (Tamil) dan pemberian lesen untuk barang lupus yang berleluasa di Selangor kini.
3) Menghentikan projek yang membazir - pengambilan Talam Corp yang hampir bankrap satu langkah penjmatan yang baik dan telus, bagus!
4) Pastikan ketelusan pentadbiran negeri - SELCAT diguna untuk menghentam ADUN BN dan penjawat awam di Selangor. Pemimpin pembangkang seperti Hasan Ali yang bantai SELCAT tidak dikenakan sebarang tindakan - double standard!
5) Hentikan campurtangan politik dalam perniagaan - Poyo betul manifesto ni! Takkan Ronnie Liu dan kawan - kawan DAPnya tidak berminat menambah kekayaan. Hehehe. Premis rumah urut dan kalabumalami yang berlambak di Puchong dan Subang Jaya itu milik siapa?
6) MELARANG Ahli Exco terlibat dalam perniagaan - Tan Sri Menteri Besar, siapa yang tak terlibat yer? Boleh saya tahu?

SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT :
1) Tabung permulaan RM100 anak kelahiran Selangor - saya pernah minta sebab anak saya lahir di Hospital Serdang bulan Mei lepas tetapi tidak ada jawapan dari Kerajaan Selangor pun! Tipu ka..?
2) Bantuan RM 75 sebulan anak yang dihantar ke nurseri - di mana perlu dapatkan borang?
4) Bantuan RM 1000 kepada anak Selangor masuk IPT - Anak - anak Selangor yang masuk IPT sesi 2009/2010 layak memohon ni. Kalau ada 5,000 orang, RM 5 juta Negeri Selangor kena keluar..kayap nanti ni! hehe
7) Membuka pusat sukan mini dan kelab rekreasi - kena ubah ni :- membuka pusat rumah urut dan kelab malam..! hehe
9) Elaun kepada ibu tunggal yang layak - Ibu tunggal di Kota Damansara dihalau sebab tak bayar duit sewa rumah. hehe. Berkebajikan sungguh!
12) Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam - ha.. yang ni memang dikotakan. Teresa Kok dan Xavier memainkan peranan penting nak wujudkan IRC dibantu kawan sebantal Zulkifli Nordin, Sivarasa Rasiah!

KESIHATAN RAKYAT :
1) Cuti bersalin 90 hari - masih kekal 60 hari dikalangan penjawat awam negeri dan swasta. tidak pernah dibentangkan Dewan Undangan dan mesyuarat exco.
2) Cuti 14 hari kepada suami - masih kekal 7 hari (termasuk sabtu,ahad dan kelepasan am)
3) 1 bulan cuti wanita kematian suami - ???, ada ker?
4) Perubatan percuma warga emas 65 tahun - tipu lah, nak buat pembedahan tetap dikenakan bayaran.

EKONOMI RAKYAT :
1) Menyediakan premis perniagaan yang mencukupi - ini terpakai khas kepada non-bumi. Peniaga melayu seperti di Downtown Kota Damansara dipersilakan berambus sebab ada restoran Cina tak masyukkk sebab peniaga Melayu kacau daun!
5) Air percuma 20 meter padu - yang ini di akui dibuat, terima kasih! Tetapi nasib bagi pengguna meter pukal macam di flat dan apartment bagaimana? Ingat lagi kes bekalan air dipotong di Putra Perdana, Puchong sebab pemaju (Talam) tak bayar air sedangkan penduduk setiap bulan bayar! hehe..!!

KESELAMATAN RAKYAT :
1) Kuatkuasa perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan banjir dan tanah runtuh. Kes baru - baru ini di Rawang membuktikan bahawa penguatkuasaan pembinaan di lereng bukit dan tanah tinggi hanya omongan kosong kerajaan Tan Sri Khalid.
2) Ganti Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan - mana dia? cakap je berdegar - degar tapi habuk pun tarak!!

Saya hanya mengulas beberapa intipati daripada keseluruhan manifesto retorik pakatan pembangkang ini. Bakinya, bolehlah kita menafsirkannya mengikut perspektif dan pandangan daripada kaca mata kasar kita.

2 perkara yang boleh disimpulkan disini ialah pertama, memang mudah untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat bila mana kita tidak berada di kerusi kerajaan dan kedua, kepercayaan rakyat kepada mereka yang diharap menjadi alternatif yang lebik baik daripada BN tidak kesampaian. Malahan episod pemerintahan yang lebih buruk dan dangkal telah disajikan oleh mereka dengan pembalasan dendam kepada BN dan pembolotan ekonomi dan perniagaan.

Rakyat marhaen mungkin telah sedar tetapi pemimpin BN dan UMNO di sini masih nyenyak dibuai mimpi!

20 November 2009

Rombakan Kabinet : KPI Koh Tsu Koon Boleh Di Pakai ?


Selepas lebih 6 bulan terbentuknya Kerajaan 1Malaysia, kini tiba masanya Dato' Seri Hj Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak menunaikan janji pertamanya dahulu, ' Prestasi Menteri Akan Dinilai Selepas 6 Bulan'.

Maka pada 27 Julai 2009, Najib umumkan kaedah penilaian melalui Indeks Prestasi Utama (Key Performance Indicator) dan 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area - NKRA).

Setiap menteri dan timbalan menteri dinilai melalui 'buku rekod'. Jika ada yang dapat 'merah' atau 'cukup - cukup makan' sahaja, dia akan disingkirkan. Ini janji Perdana Menteri 1Malaysia. Semua pihak akur dan melihat ini petanda positif untuk menunjukkan kemampuan pimpinan baru negara melaksanakan tugas dan amanah.

Isunya disini ialah, individu yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian ini adalah orang yang kalah pada pilihanraya umum ke-12, seorang bekas Ketua Menteri yang penuh kontroversi dan mewakili parti kompenan BN yang sering mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan rakan kompenan terutama parti pimpinan Perdana Menteri sendiri!

Kredibiliti Tan Sri Koh Tsu Koon pernah dipertikaikan di dalam dewan rakyat oleh Dato Aziz Mohamad, MP Sri Gading. Ada juga suara - suara menyatakan modul KPI garapan Koh Tsu Koon ini bias dan tidak tepat dalam menilai Menteri dan Kementerian.

Seharusnya penilaian yang ingin dibuat dibentangkan kepada umum untuk dibincang dan dibuat penambahbaikan. Perlunya ada percambahan idea terutama daripada tokoh - tokoh akademik dan mantan pemimpin untuk menjadikan penilaian KPI ini sangat efiisien dan berkesan.

Mungkin ada kegusaran dihati beberapa menteri akan keputusan yang bakal keluar daripada KPI ini tidak mencerminkan situasi sebenar. Maka mekanisma implementasinya sangat diragui, terutama kepada pak - pak menteri yang tidak rapat dengan Menteri di JPM ini.

Mesti ada suara yang mempertikaikan relevansinya KPI ini sedangkan menteri pengubal dan perlaksananya pun mempunyai penilaian prestasi yang tidak seberapa. Pasti isu ini akan dibangkitkan kelak !

Maka tidak hairanlah, keputusan KPI ini akan menjadi kontroversi. Kita tunggu sedikit masa lagi.

KPI Menteri Atas Penilaian Rakyat

Bagi saya, orang yang paling layak menilai prestasi menteri dan kementerian adalah rakyat marhaen. Ini kerana rakyatlah yang menjadi 'stakeholder' terbesar negara dan suara inilah yang perlu dijadikan 'bench mark' dan kayu ukur menilai prestasi menteri.

Saya pasti jika rakyat yang menilai ramai menteri - menteri ini terpaksa 'mengemas meja' dipejabat masing - masing.

Jika kita buat output daripada 6 bidang NKRA tersebut, bagi saya cuma satu sahaja yang boleh diterima ! Hanya Bidang Pertama iaitu Meluaskan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan yang diketuai oleh Tan Sri Timbalan Perdana Menteri mencapai sasaran.

Bagi Bidang Kedua iaitu Mengurangkan Kadar Jenayah (dipimpim oleh Dato' Hishamuddin) dan Bidang Ketiga iaitu Memerangi Rasuah (Nazri Aziz). Sesuatu perlu dilakukan segera terutama memulihkan reputasi PDRM dan SPRM. Persetankan tohmahan pembangkang yang memang menjadi cita -cita mereka untuk menjadikan 2 badan ini jijik di mata masyarakat. Mereka hanya pandai membela penjenayah dan perasuah !

Bidang Ke-4 dan Ke-5 iaitu Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah ( Dato' Shahrizat) dan Memperkasa Prasarana Luar Bandar & Pedalaman (Shafie Apdal) perlu mendapat perhatian dan tindakan drastik memandangkan kelompok sasaran inilah menjadi faktor utama kekalnya BN berkuasa.

Bidang ke-6 iaitu Menambahbaik Pengangkutan Awam merupakan bidang NKRA yang paling teruk 'buku rekodnya'. Lihatlah ketuanya sendiri iaitu Dato Ong Tee Keat yang tak sedar diri. Disebabkan mabuk kuasanya, kementeriannya tunggang langgang (rujuk artikel saya terdahulu mengenai MOT). Hanya hebat di kertas sahaja tetapi implementasi masih tidak ada. Menteri ini dicadangkan untuk digugurkan.

Tuntasnya, Najib perlu menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menilai setiap KPI Menteri dan Timbalan Menteri bukan hanya kepada catatan oleh Koh Tsu Koon tetapi juga kepada respon masyarakat umum.

Rombakan Kabinet : Khairy Timbalan, Mukhriz Menteri Penuh ?


Petang semalam, ada 'angin' yang bertiup dari Putrajaya hinggap di telinga saya bahawasanya akan ada rombakan kabinet dalam sedikit masa lagi.

Pada mulanya saya agak sukar untuk mempercayai khabar - khabar angin ini tetapi jika kita menyorot kembali janji Perdana Menteri 1Malaysia pada bulan April 2009 untuk menilai kembali prestasi Kabinet pada bulan November, andaian rombakan ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Rujuk sisipan The Star pada 16 April 2009, 'KPI test November for Ministers'.

Saya cuba menyiasat kesahihan berita ini dengan beberapa rakan PTD saya di JPM dan memang benar, Najib sedang meneliti laporan KPI yang telah pun disiapkan secara berperingkat oleh Dr Koh Tsu Koon yang dibantu oleh Idris Jala.

Laporan Audit 2008 dan SSR (Systems Star Rating) untuk Kementerian dan Jabatan dibawah Kerajaan Persekutuan juga telah menjadi kayu ukur untuk penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI) menteri dan timbalan menteri.

Walaubagaimanapun, tarikh sebenar untuk rombakan ini masih belum diputuskan. Ada kemungkinan, Najib ingin menyelesaikan masalah MCA dahulu dan 'sedikit perbincangan' dengan Samy Vellu sebelum barisan kabinet baru 2010  diumumkan.

Ada Menteri Yang Gugur?

Sumber tersebut menyatakan bahawa beberapa nama di dalam senarai Kabinet Pertama 1Malaysia ini akan digugurkan. Antaranya ialah Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Abu Mansor dan Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. T Murigiah, Timbalan di Pejabat PM juga akan dalam senarai tersebut.

Dato' Seri Perdana Menteri agak kurang berkenan dengan pencapaian Dato' Shaziman manakala gugurnya jawatan Dato' Noh adalah untuk mempersiapkan beliau untuk memimpin kebangkitan semula UMNO dan BN Selangor dalam misi merampas Selangor dalam PRU akan datang.

Murugiah seperti sedia maklum, perlantikan beliau adalah atas kapasiti parti PPP. Maka dengan pembatalan ahli PPP menjadikan beliau satu - satunya dalam barisan kabinet Malaysia yang tidak berparti.

Dato' Seri Shafie Apdal juga ada desas - desus akan disingkirkan ekoran prestasi tidak memuaskan memimpin Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan isu kepimpinan UMNO Kedah. Cerita ini dikuatkan lagi dengan isu penyebaran risalah memburukkan Dato Shafie pada PAU lepas dan sisipan akhbar Utusan hari ini bertajuk, ' UMNO Kedah Nafi Berpuak - Puak'.

Yang menjadi agak sensasi rombakan kali ini ialah, kehadiran YB Ahli Parlimen kawasan saya iaitu YB Khairy Jamaludin sebagai Timbalan Menteri atas tiket Pemuda UMNO dan kenaikan 'pangkat' Dato' Mukhriz Mahathir sebagai menteri penuh atas pencapaian KPI beliau yang amat memuaskan hati Dato' Seri Najib.

Bagi pendapat peribadi saya, peluang harus diberi kepada Khairy untuk membuktikan bahawa beliau ada kredibiliti memimpin. Beliau ada potensi menjadi pemimpin masa hadapan tetapi mungkin disebabkan terlalu mengikut darah muda dan agak gelojoh, maka perjalanan politiknya makin berliku. Di Rembau (2 minggu lepas) kesediaannya hadir di kawasan kubu kuat PAS di Paroi membuktikan bahawa beliau berani datang dan menjawab segala soalan yang diajukan.

Perlantikan Mukhriz adalah bagi mempersiapkan beliau menjadi Menteri Kedah bayangan kerajaan BN kelak. Perlantikan ke jawatan Menteri penuh adalah untuk memberi wajah dan mencipta imej selaku bakal pemimpin No. 1 Negeri Jelapang Padi.

YB Dato' Rosnah Rashid Shirlin juga akan naik menjadi Menteri penuh mewakili Puteri UMNO. Ada dua - tiga nama pemimpin parti kompenan yang terlibat di dalam re-engineering kabinet kali ini. Tetapi ia akan diputuskan selepas PM mengadakan perjumpaan dengan parti - parti kompenan ini.

Isa Menjadi Menteri Kembali ?

Ada desiran 'angin' menyatakan bahawa Tan Sri Isa akan di lantik menjadi senator mewakili kerajaan Negeri Sembilan dan di angkat menjadi Menteri penuh untuk menggantikan tempat Shafie Apdal. Tetapi kekuatan cerita ini masih agak longgar tetapi tidak boleh dikesampingkan.

Apa - apa pun akan ada dua orang menteri baru mewakili Negeri Sembilan dan Selangor dalam kabinet baru Najib kelak.

Walau apa pun kemungkinan dan kebarangkalian yang akan tercipta dek penstrukturan semula kabinet Malaysia ini, kita perlu mengambil pendekatan positif dan menerima dengan hati terbuka.

Gossip politik ini walaupun belum sahih tetapi ia tetap menjadi polemik massa kerana rombakan ini dilihat akan menjadi faktor dominan dalam membawa halatuju kerajaan 1Malaysia dalam 1-2 tahun sebelum dinilai semula oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13. Ketika itulah KPI yang sebenarnya ditauliahkan oleh rakyat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada bayangan kerajaan alternatif pimpinan Anwar dan rakan - rakan.

19 November 2009

Krisis MCA : Dimana Kelibat Pengerusi BN? MCA Dah Makin Parah!


Semalam (18 November 2009) menyaksikan tersingkirnya 9 anggota CCC MCA oleh 'Sang Gila Kuasa' dan disokong oleh 'Sang Gila Perempuan'! Tinggal Liow Tiong Lai sahaja dalam jawatankuasa pusat MCA tersebut.

Kemelut ini semakin teruk. Luka dalaman yang disangka akan pulih segera telah menjadi barah yang boleh membunuh! Bukan kepada MCA sahaja tetapi kepada BN juga!

Baru semalam, Muhyiddin berani untuk bersuara. Mempertikaikan Pelan Perpaduan yang dibuat oleh gang Ong-Chua. 4 orang timbalan menteri disingkirkan dalam CCC MCA. Selain Wee Ka Siong (Timb. Menteri Pelajaran) dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb. Menteri Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita), 2 lagi timbalan yang disingkirkan adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.

Ong Tee Keat telah menjalankan tugas sebagai Presiden MCA paling korup dan dayus dalam sejarah 60 tahun MCA. Beliau telah membentuk satu rejim yang menjamin kedudukannya sebagai Presiden walaupun telah ditolak semasa EGM tempohari.

Nampaknya Pelan Perpaduan yang kononnya disokong oleh Najib adalah gagal. Ia disokong oleh kenyataan Muhyiddin bahawa perlunya ada orang ketiga dalam mencari titik noktah pergeseran ini. Seperti yang telah saya bangkitkan di dalam 3 catatan blog saya ini bahawa perlunya Najib selaku Pengerusi BN campurtangan.

Tetapi sehingga kini Najib tetap membisu. Beliau sanggup terbang ke Makasaar dan di tanah air, Ong telah memecat 4 orang timbalan menteri lantikan beliau sendiri. Jika dahulu, Datuk Aziz Mohamad membangkitkan isu perletakan jawatan Tan Sri Dr. Koh dan Ong Tee Keat sebagai tidak menghormati hak beliau sebagai PM, maka kali ini kes ini juga terpakai! Ong tidak menghormati hak Najib melantik 4 orang timbalan menteri tersebut! Apa tindakan Najib? Kita sama - sama tunggu..

Tidak pernah dalam sejarah parti politik negara, ada anggota CCC yang menang dalam pemilihan parti dipecat atas faktor - faktor tidak menyokong Presiden. Bukan seorang tetapi semua yang membantah. Makanya, MCA ingin menjadi parti yang kembali mengamalkan sistem dinasti ataupun feudal. Hanya autoritian dan yang loyal sahaja di angkat menjadi pemimpin.

MCA telah lari daripada teras perjuangan asal. Parti dominan orang Cina ini semakin hanyut dek kerakusan Ong Tee Keat yang kaya dengan skandal di Kementerian Pengangkutan!

Najib harus ambil tindakan segera sebelum keadaan lebih mudharat..

18 November 2009

Bila Menteri Pengangkutan Sibuk Berpolitik, Wang Rakyat Dicuri !


27 Julai 2009, Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan penilaian penunjuk prestasi (KPI) dan 6 subsektor Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area - NKRA)

Saya ingin menyentuh NKRA ke-6 iaitu Menambahbaik Sistem Pengangkutan Awam yang di ketuai oleh Dato' Seri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA (suara minoriti).

Selepas hampir 4 bulan, masih belum ditunjukkan sebarang petanda NKRA ini dapat dicapai. Cuma pada 15 Oktober 2009 Menteri Pengangkutan ada menggariskan beberapa langkah untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam ini.

Antaranya ialah pembelian 10 set Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM 200 juta untuk menampung kapasiti pengguna komuter di Lembah Klang, cadangan untuk penambahan 10 unit baru LRT untuk laluan Kelana Jaya (kawasan Parlimen beliau) dan 4 unit Electric Trains Seats (ETS) akan dibeli untuk kegunaan komuter Ipoh - Rawang yang akan dibuka kelak.

Ada juga perancangan jangka panjang iaitu pada tahun 2012, laluan LRT Kelana Jaya akan siap disambung sehingga Putra Heights melalui Subang Jaya dan laluan LRT Sri Petaling akan juga disambung ke Putra Heights melalui Puchong. Secara lateralnya, ia nampak cukup molek dan mampu mengatasi masalah pengguna dan mencapai sasaran pengguna perkhidmatan awam 25% menjelang 2012.

Daripada satu segi lagi, perancangan dan penilaian yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan ini memerlukan sejumlah dana yang cukup besar.

Bayangkan sahaja untuk membeli 1 set EMU berharga RM 20 juta. Ini tidak termasuk alat ganti dan penyenggaraan selepas pembelian. Untuk 1 set DMU terpakai berusia 20 tahun pun harganya RM 7 juta. Penyenggaraan pasti lebih kerap maklumlah beli barangan terpakai!

Jika ingin membuat laluan baru LRT yang semestinya melibatkan pembinaan superstructure seperti flyover dan jambatan, perlu memakan belanja berbillion - billion ringgit!

PLEB - Antara Kepentingan Awam dan Periuk Nasi Pemimpin Politik!
Projek Landasan Elektrik Berkembar (PLEB) antara Ipoh dan Padang Besar sejauh 329km pula memakan belanja RM 12.5 Billion! Sedangkan harga asal semasa rundingan pertama dahulu (Kerajaan Wawasan) hanya RM 8 Billion sahaja. Ia mungkin tindakan flip-flop paling tidak cerdik (bahasa mudah - bodoh) yang diambil oleh Kerajaan Islam Hadhari dahulu. Tambahan RM 4.5 billion lagi dana awam perlu digunakan selepas rundingan harga ke-2.

Harus diingat, RM 12.5 billion ini hanya harga kontrak tidak termasuk bayaran pampasan tanah kepada pemilik yang terlibat dan bayaran ex-gratia kepada setinggan dan kilang (termasuk kilang haram!).

Seorang sahabat saya yang merupakan bekas kakitangan Syarikat MMC - Gamuda JV ini memaklumkan kepada saya bahawa kos bersih termasuk raw material, workmanship dan overhead cost projek ini tidak lebih daripada RM7 billion (ini pengiraan pada harga kontrak RM12.5 Billion)!

Ada asas juga dakwaan ini memandangkan semasa rundingan harga ke-2 iaitu tahun 2008, harga bahan mentah seperti besi, crusher-run (batu granit), konkrit (untuk pembinaan jambatan) dan bahan api (disel dan petrol) ditawarkan pada harga yang tinggi. Misalnya besi pada ketika itu mencecah sehingga RM 4,500.00 per tan.

Tetapi pada tahun ini, kebanyakan harga bahan mentah itu telah turun contohnya besi kini boleh dibeli pada harga RM2,500 - 2,800.00 per tan.  Adakah harga kontrak projek ini disemak semula dan variation of price (VoP) dikenakan kepada kontraktor? Hal ini perlu mendapat jawapan yang telus daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan dana awam yang besar!

Mengikut perjanjian kontrak yang biasa (typical), kontraktor hanya layak dibayar 4 kali bayaran interim (kemajuan bulanan) sekiranya dokumen kontrak belum ditandatangani dan dijilid. Selepas itu, bayaran interim tidak boleh dibuat. Walaubagaimanapun, dalam keadaan itu pihak kontraktor boleh menuntut bayaran faedah daripada kerajaan atas sebab terpaksa menanggung pinjaman bank yang mempunyai kadar faedah tertentu.

Untuk projek ini saya agak kecewa kerana atas kelemahan pihak kerajaan (Kementerian Pengangkutan), pihak kerajaan telah membayar bunga selama 2 bulan kepada Gamuda-MMC ini. Kerja di tapak bermula pada 8 Januari 2009 dan dokumen hanya siap pada 25 Julai 2009. Maka untuk interim bulan Jun dan Julai, surcaj telah dikenakan kepada kerajaan. Bayangkan jika surcaj yang dikenakan itu lebih RM30 juta setiap bulan. 2 bulan hampir RM 60 juta diberi secara percuma kepada kontraktor atas kelalaian pihak kementerian.

Sudahlah pada pembatalan pertama, pampasan khas dibayar kepada pihak kontraktor yang sama  dan selepas itu harga kontrak dinaikkan lebih RM 4.5 billion. Diberi pula RM 60 juta secara percuma, projek ini sangat - sangat membazirkan duit rakyat! Kononnya pembinaannya akan membawa ekonomi hiliran sebanyak RM 15 billion (Berita Harian 13/3/2009), tetapi isunya disini sejauh mana kesahihan dakwaan ini masih belum terbukti. Apa yang terbukti sekarang dana awam dibazirkan sebegitu sahaja!

Sudahlah dimomokkan dengan skandal PKFZ, ini ditambah pula dengan isu pembelian DMU, isu pembinaan PLEB dan mungkin selepas ini isu pembinaan LRT pula, Kementerian ini tidak pernah sunyi daripada isu kontroversi.

Apa yang perlu dibuat sekarang adalah dengan memperkasakan sistem pengurusan perkhidmatan awam ini. Saya sering menggunakan perkhidmatan awam komuter antara pejabat dan rumah, mutu perkhidmatan masih lemah. Selalu sahaja jadual tren komuter tidak tepat kerana pembatalan demi pembatalan tren. Jadi kapasiti pengguna bertambah mengikut jam tetapi tren yang sampai tidak dapat menampung, hasilnya banyaklah maki hamun dan ketegangan timbul di antara pengguna tren ini ekoran masalah lapuk yang tidak pernah selesai!

Moga dengan terlantiknya bekas boss saya iaitu Dato' Seri Ir. Md Zin Mohamad sebagai boss KTMB yang baru membawa wajah yang lebih segar dan dinamik kepada perkhidmatan keretapi ini. Tidak perlu ada instrument dan fasiliti yang canggih tetapi bila ada modal insan yang berkualiti, walaupun hanya dibekalkan 2 buah tren sahaja, masalah akan dapat diselesaikan. Jangan bergantung kepada material yang kita perolehi tetapi kepada minda yang dianugerahi!

17 November 2009

Mulut Mahathir, Tuan Penasihat dan 1Ringgit !


Selangor menjadi negeri pertama di dalam sejarah Malaysia mempunyai tuan penasihat ekonomi negeri! Terlantiknya mantan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencetuskan polemik yang sempat 'dicuit' sedikit oleh bekas bossnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun dalam reaksi balas berkenaan isu tersebut berharap lantikan Anwar tersebut dapat memberikan 'sumbangan' yang berguna kepada kesejahteraan Negeri Selangor. Sumbang mempunyai dua maksud yang berbeza!

Tun juga menyindir perlantikan mantan Timbalannya itu mempunyai 'rekod cemerlang' dalam menghadapi krisis matawang dan ekonomi 1997/98. Atas penerimaan nasihat yang melulu daripada IMF dan Bank Dunia menyebabkan masalah ekonomi Malaysia semakin parah sehingga  Tun terpaksa memendekkan cuti 2 bulannya diluar negara. Ketika itu Anwar adalah Pemangku Perdana Menteri!

Ada orang secara sinis menyatakan termasuk di dalam blog Tun bahawa Anwar adalah menteri lantikan beliau sendiri. Sekiranya Anwar tidak pandai mengurus ekonomi, kenapa dilantik? Bagi saya soalan ini sangat mudah dijawab.

Anwar mewarisi Kementrian Kewangan ketika ianya stabil dan telah pulih daripada krisis ekonomi 1987. Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991. Ketika itu ekonomi Malaysia sedang meningkat maju dan KDNK negara mencapai tahap 8 - 9% setahun. Dengan kata lain, Anwar hanya mewarisi kepimpinan yang telah stabil tetapi belum teruji.

Kementerian Kewangan menjadi sangat progresif semasa dipegang oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1976 hingga 1984. Ia diteruskan lagi oleh pemikir ekonomi hebat Tun Daim Zainuddin  (1984 - 1991) sebelum diserahkan kepada Anwar.

Ketika Anwar menjawat sebagai Menteri Kewangan, kedudukan ekonomi negara sangat stabil. Ketika dasar penswastaan dan perindustrian negara digagaskan oleh Dr. Mahathir, struktur pola ekonomi negara telah berubah daripada p-economy (product economy - ekonomi berasaskan pengeluaran dan raw material) kepada k-economy (knowledge economy - ekonomi berorentasikan pengetahuan dan pencapaian teknologi). Idea ini digarap oleh Perdana Menteri ketika itu, bukannya Timbalan yang merangkap Menteri Kewangan!

Krisis Matawang 1997/98 menjadi ujian terakhir Dr. Mahathir kepada Anwar untuk tiket menduduki kerusi nombor 1 negara. Tun Dr. Mahathir memberi peluang Anwar mengurus negara selama 2 bulan dan ketika itu Anwar menjadi Pemangku Perdana Menteri! Malangnya, Anwar gagal.

Rahsia Anwar terbongkar. Persahabatan beliau dengan beberapa pemimpin barat sangat meragukan. Anwar menjadi proksi pemimpin tertentu. Tidak payah diulas kerana perkara ini fakta yang jelas dan sukar untuk ditolak.

Anwar menerima bulat -bulat idea IMF. Krisis kewangan semakin buruk dan runcing. Antara yang saya ingat idea gila IMF yang dipakai oleh Anwar adalah :
(1) - Menaikkan kadar faedah pinjaman bank - kepada peniaga, IKS dan sektor perkhidmatan.
(2) - Tutup bank dan kurangkan memberi pinjaman
(3) - Kurangkan perbelanjaan dalam urus tadbir negara.

Idea gila IMF tersebut sangat dibantah oleh Dr. Mahathir. Anwar pertahankan idea IMF tersebut. Untuk menyelamatkan keadaan perlu ada korban sama ada Anwar mahupun negara. Dr. Mahathir memilih untuk korbankan Anwar demi rakyat Malaysia!

Anwar disingkir, Dr. Mahathir menjadi Menteri Kewangan. Tun Daim dipanggil kembali. MTEN ditubuhkan dan dipimpin oleh Tok Pa. Langkah menongkah arus diambil :
(1) - Kurangkan kadar faedah pinjaman bank - galakkan aktiviti perniagaan
(2) - Jangan tutup bank tetapi gabungkan bank-bank kecil - Contoh gabungan CIMB dan AM Bank
(3) - Cairkan aset dan banyakkan aktiviti belanja dalam negara. - kempen Beli Barangan Buatan M'sia.

Langkah ini berjaya dan kebergantungan kita kepada IMF dan Bank Dunia dapat diminimakan. Saya masih mengingati wajah pemimpin - pemimpin Indonesia dan Filipina ketika menandatangani perjanjian pinjaman IMF. Michel Camdessus berdiri dibelakang dengan pandangan angkuh dan agenda tersirat.

Tidak lama selepas itu, kedua- dua kerajaan ini tumbang. Suharto di Indonesia, Presiden Fidel Ramos di Filipina. Diganti dengan BJ Habibie dan Gus Dur (rakan Anwar - juga proksi US) di Indonesia dan Joseph Estrada (rakan Anwar - juga proksi US) di Filipina mewarisi hutang yang tinggi faedahnya yang dikenakan oleh IMF. Keadaan masih tidak pulih. Malaysia yang ego tidak mengambil pendekatan IMF berjaya keluar dari kemelut ekonomi tersebut.

1997 menjadi bukti bahawa Anwar adalah pemimpin yang meneruskan dasar sahaja tetapi jika ada masalah, ideanya tidak praktikal dan bakal mengundang malapetaka yang lebih dashyat!

Kedai 1Ringgit di Selangor

Kini, Kerajaan Negeri Selangor melantik Anwar menjadi penasihat ekonomi bernilai seringgit atas faktor yang tidak diketahui.

Nilai 'politik' RM 1 adalah sebagai mengelabui mata rakyat Selangor. Sekiranya Anwar dilantik menjadi Penasihat Ekonomi adakah ia tertakluk di dalam Undang Tubuh Kerajaan Selangor? Apa tugas Setiausaha Kewangan negeri? Adakah ia mendapat perkenan Sultan atau ianya terkecuali mendapat restu Sultan?

Sekiranya hanya berpandukan jawatan yang tercatat di dalam resume sebagai Menteri Kewangan Malaysia 1991 - 1998, maka itu adalah penilaian yang silap. Kerana Anwar hanya bijak  meneruskan dasar sedia ada. Tetapi sekiranya Selangor terjerumus dalam masalah ekonomi, nescaya idea gila Anwar pasti mengundang bahana (dengan merujuk kes krisis matawang 97/98). Ini tidak tercatat di dalam resume beliau!