31 Mac 2010

Kisah Melayu dan Tanah Melayu . . .

Kaum Melayu ni memang cukup pantang dan sensitif bila dengar pasal isu tanah ni. Kalau kita lihat drama typical dalam tv, kalau cerita bab orang kampung, tak ada konflik pasal berebut tanah memang tak sah !

Dah menjadi tabiat karayawan kita, bila buat cerita pasal kampung mesti pasal berebut tanah. Banyak sangat ke tanah orang Melayu di kampung - kampung sekarang ni?

Setahu saya, orang Melayu yang banyak tanah cuma peneroka Felda, Felcra dan tanah rancangan lain. Itu pun sebab diberi oleh kerajaan tapi ada gak kelompok manusia yang tak bersyukur dalam Felda, felcra ni! Bab ni saya tak mahu komen, lain kali boleh cerita..

Yang menjadi akar artikel saya kali ini berkisarkan gelagat orang Melayu bila bercerita pasal tanah...tanah untuk kediaman atau perniagaan. Tajuk ini bersempena dengan pengumuman Dato' Seri Perdana Menteri semalam yang mengumumkan Sungai Buloh sebagai hub baru bagi Lembah Klang. klik sini.

Perancangan untuk membangunkan kawasan seluar 1,200 hektar tanah di Sungai Buloh sangat bagus dan wajar dipuji. Ini akan menyebabkan harga tanah di situ mulai naik sejak hari ini! hehehe..

Semua sedia maklum, Sungai Buloh ini dahulu tempat jin bertendang. Kalau dulu semasa tahun 80-an dan 90-an ia dikenali dengan Hospital Kusta, ladang getah milik LGM (Lembaga Getah Malaysia) dan kawasan hutan berpaya. Dsini juga tempat saya membesar18 tahun dahulu.

Kini ia bakal berubah wajah. Suntikan daripada KWSP pasti akan menyebabkan pertumbuhan disini akan bertambah dengan cepat. Penduduk - penduduk Kg. Baru Sg. Buloh akan tersengih - sengih riang kerana sokongan penuh mereka kepada DAP berbaloi - baloi! hehehe... Walaupun disitu diwakili oleh Dr. Nasir Hashim daripada Parti Sosialis Malaysia!

Sg. Buloh adalah dibawah Parlimen Subang (Sivarasa rasiah-PKR) dan 3 DUNnya adalah Lanjan (Elizabeth Wong - PKR), Kota Damansara (Dr Nasir - PSM) dan Paya Jaras (Dato' Bushro - BN).

Pecahan Komposisi kaum adalah Melayu - 50%, Cina - 35.9% dan India - 13.5% (mengikut data pengundi tahun 2008).

Adakah Sungai Buloh ini bakal menjadi Puchong ke-2? Semakin lama semakin ramai populasi orang Cina, orang Melayu akan 'dihalau' secara halus. Sudahlah Sungai Buloh ini di pinggir Lembah Klang, kemana Melayu akan di pinggirkan pula kali ini.

Percayalah pada PRU-14 atau 15, komposisi kaum ini pasti akan berubah! Melayu akan jadi minoriti!

Tetapi ini juga merupakan masalah atas sikap orang Melayu. Terlampau percaya benda mengarut dan terlalu lurus bendul..!

Dahulu semasa Puchong hanya dikenali sebagai kawasan lombong, orang Melayu dimomokkan dengan berita kemunculan buaya di lombong Puchong yang menyebabkan minat untuk membeli hartanah disitu kurang. Belum lagi ditambah dengan isu tanah lombong, cepat mendap. Sekarang ini, IOI Mall tu tak pernah mendap pun saya tengok!

Bermati - matian percaya, bahawa disitu ada buaya padahal tak pernah pun tengok, cuma dengar cerita sahaja. Tetapi hari ini, kita lihat Puchong menjadi bandar satelit kepada Petaling Jaya.

Harga hartanah melambung tinggi, kawasan perindustrian, pusat hiburan dan rumah urut berkembang bagai cendawan lepas hujan! Tetapi hanya dimonopoli oleh kaum Tionghua sahaja!

Melayu telah ditipu oleh 'buaya'!!

Ini di Sg. Buloh, cerita 'buaya' datang kembali tetapi dalam versi yang berlainan. Kali ini Melayu dimomokkan dengan cerita pasal kualiti tanah yang tidak begitu baik. Banyak kawasan berpaya dan tidak sesuai untuk komersial. Itu belum lagi cerita konon - konon risiko tanah runtuh yang boleh berlaku disitu.

Orang Melayu ni kalau dengar bab tanah lombong, berpaya, tanah tambak mulalah takut nak beli rumah sebab takut nanti tengah tidur, rumah mendap masuk dalam tanah! hehehe..

Kalau begitu tidak payahlah teknologi kejuruteraan yang ada sekarang ini pakai sebab orang takut nak percaya kukuh ke atau kuat ke rumah tu. Mereka lebih percaya cakap mitos. Mental dah kena block!

Akhirnya, orang Melayu menganga lagi! Orang lain beli dengan harga murah sekarang, 20 tahun lagi dah boleh jual 3-4 kali ganda! Kita disitulah juga, asyik mintak tanah TOL saja..!

Nasib Melayu..sumpahan nama Tanah Melayu memang tidak akan berakhir selagi mana perangai orang Melayu masih tidak berubah... selepas ini dimana pula orang Melayu akan di'buaya'kan...?


Nama 5 Calon Yang Dicadangkan Samy Vellu Adalah . . .

Tiba - tiba nama Samy Vellu muncul kembali setelah lama menghilang. Ibarat cerita Tamil, hero muncul tepat pada masanya! hehe.. tetapi kali ini muncul tidak kena pada masanya!

Kita sebagai orang Melayu agak marah sebab belum pun lagi Jenazah Allahyarham Dr Zainal dikebumikan, mulalah cakap - cakap pilihanraya nak dibuat. Walaupun beliau merupakan Yang Berhormat daripada kem pembangkang, ini tidak bermakna kita perlu meraikan kematiannya.

Perlu ada rasa hormat dan sensitif kepada perasaan kaum keluarga Allahyarham!

Orang yang mula - mula teruja untuk diadakan pilihanraya ini tidak lain dan tidak bukan adalah, Samy Vellu. Lebih - lebih lagi kawasan itu merupakan tempat yang ditandingi oleh anak didiknya, Timbalan Presiden MIC yang digambarkan untuk menggantikan tempatnya suatu hari nanti.

Tetapi ada desakan bertubi - tubi agar kerusi itu dikembalikan kepada UMNO. Atas sebab itu, petang semalam di Parlimen cepat - cepat Samy Vellu serah nama calon MIC kepada Najib.

Kalau sebelum ini orang bercakap MIC hanya nak mencalonkan Palanivel tetapi ia ditepis oleh Samy Vellu dengan menyatakan dia menghantar 5 cadangan nama untuk di tampilkan menjadi calon BN di Hulu Selangor.

Atas maklumat dan risikan ala - ala James Bond, saya telah mendapat senarai nama 5 orang tersebut dan ia telah mematikan spekulasi bahawa Samy Vellu hanya mencadangkan nama tunggal sahaja bagi kerusi tersebut!

Nama - nama calon MIC tersebut adalah seperti berikut :
(1) G.Palanivel
(2) Palanivel Govindasamy
(3) Govindasamy P.
(4) Suami kepada Kanagam Palanivel
(5) Bapa kepada anak - anak Kanagam

Nampaknya derap langkah Samy Vellu lebih tangkas daripada Rajnikanth dalam filem 'Sivaji the Boss''! Belum pun lagi penumbuk sampai di muka lawan, bunyi mengalahkan petir! hehehe...

Kasihan Samy Vellu, dulu ada perwakilan partinya nak mengalungkan selipar di leher YABhg. Tun Dr. Mahathir, sekarang terpaksa merintih meminta belas ihsan UMNO untuk bertanding! UMNO pulak berdegil nak balik kerusi itu. Itulah, orang dah cakap, jangan buat dajjal dengan orang, kelak akan memakan diri!!!


30 Mac 2010

RMK 10 : Mana Mau Cekau Duit . . Selepas Diratah 6 Tahun Oleh ehem..ehem..!

Jangan nak tipulah jika tidak diakui, kantung kerajaan semakin kempis!

Jangan nak temberang bila cakap duit kerajaan banyak lagi untuk dibelanjakan!

Jangan nak menafikan, dana dalam perbendaharaan negara semakin kosong!

Hakikat yang perlu kita terima sekarang, duit kerajaan semakin sedikit, perbelanjaan semakin terhad, kewangan semakin mendesak!

Buktinya mudah, tidak pernah berlaku dalam sejarah pendidikan tanah air, pelajar - pelajar yang duduk asrama diarahkan untuk balik ke rumah setiap 2 minggu sekali (ada kes setiap hujung minggu) kerana dewan makan tidak menyediakan makanan sebab peruntukan terhad!

Benda ini mungkin tidak berlaku di SBP atau di MRSM tetapi di sekolah yang ada penempatan asrama misalnya Sekolah Menengah Agama atau sekolah lain!

Guru - guru juga terpaksa menanggung kos sendiri jika ada urusan mesyuarat atau urusan rasmi lain di luar stesen tanpa boleh dituntut kembali ! Ada kes berlaku di sekolah, guru besar belanja nasi bungkus kepada ahli mesyuarat beliau sebab tidak ada peruntukan untuk itu!

Itu di sekolah, bagaimana pula di jabatan dan kementrian lain? Sekarang ini heboh kempen penjimatan tenaga untuk kurangkan kos letrik, kursus yang diterhadkan dan hanya dibuat di dalam pejabat, syarat yang lebih ketat untuk melakukan perjalanan di luar pejabat dan berbagai lagi langkah yang dicerminkan sebagai 'langkah penjimatan' tetapi sebenarnya kantung untuk belanja mengurus semakin sedikit!

Adakah kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melancarkan RMK 10 tahun hadapan? Jika ada, kenapa perlu Dato' Seri Najib ke hulu ke hilir menjaja dan meminta untuk pelabur asing datang ke Malaysia?

Sehingga sanggup meliberalisasi 27 sub sektor perkhidmatan, mengurangkan pegangan KWSP dan Khazanah dalam GLC (langkah yang kurang bijak) dan memperkenalkan MEB?

Bagi sebilangan yang bekerja di dalam perkhidmatan awam terutama di Kementerian Kewangan, EPU mahupun Kementerian dan Jabatan lain yang melaksanakan program (seperti saya di JKR ini) tahu bahawa kantung kerajaan sebenarnya dalam keadaan bahaya! Kebanyakan duit hanya tercatit di dalam kertas sahaja...

Sebenarnya langkah Najib untuk berada di kerusi Perdana Menteri perlu dibayar oleh beliau dengan harga yang tinggi, cukup tinggi!

Selain berperanan untuk mengembalikan sinar dan kegemilangan Malaysia di persada antarabangsa yang pernah di kecap 7 tahun yang lalu, beliau juga berperanan untuk menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus di dalam krisis ekonomi yang teruk!

Cuba lihat di dada - dada akhbar sekarang ini, sepatutnya setiap hari Khamis dan Isnin pasti akan ada tender baru JKR yang diiklan tetapi jumlahnya semakin mengecil kerana faktor kekangan kewangan.

Banyak projek yang terpaksa di KIV untuk menunggu kelulusan harga siling sebelum ditender. Orang yang menentukannya adalah EPU yang diketuai oleh Menteri yang ada RM2 juta cash dalam tangan tapi di taichi kepada orang suruhannya!

Itu belum lagi dikira, bayaran kepada kontraktor dan perunding yang tertangguh lama kerana kerana belum mendapat lampu hijau dari EPU untuk membayar.

Kemana perginya duit - duit yang dijaja semasa pembentangan Bajet tahun lepas? Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) juga masih belum menampakkan hasilnya. Yang aktif hanya di KKLW. Itu pun banyak projek di Sabah dan Sarawak. Tapi bagus juga tu, berjasa kepada orang yang telah berjasa...hehehe

Mulai tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan projek berdasarkan kepada pratik PFI iaitu Private Finance Initiative untuk membantu merancakkan ekonomi Malaysia dan mengurangkan projek secara konvensional (tender terbuka) dan design & build!

PFI ini adalah skim yang menggunakan dana swasta untuk menampung kos dalam pembinaan infrastruktur dan pembangunan lain. klik sini

Ia mula diperkenalkan oleh Australia pada tahun 1980-an dan di Britain ia di perkenalkan oleh Sir John Major, orang yang memuji Najib baru - baru ini di Hong Kong!

Ada baik dan buruknya PFI ini. Baiknya, ia akan menjimatkan dana awam dan ia dapat disalurkan kepada perkara yang lebih manfaat. Buruknya, kita akan melalui jalan - jalan atau mendiami bangunan yang dikenakan tol seperti konsep konsesi tol sekarang ini! Rakyat perlu membayar untuk ini!

Dato' Seri Najib perlu berhati - hati dalam mengambil langkah ini kerana memang telah dijangka seperti artikel saya sebelum ini, John Major pasti ada niat 'udang di sebalik batu' dalam melemparkan pujian kepada Najib!

Sekarang Najib terpaksa berkelana ke luar negara untuk mencari pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Langkah ini tidak ubah seperti langkah mantan PM iaitu Tun Dr. Mahathir yang berkelana menjual nama Malaysia di luar semasa era pemerintahan beliau.

Sekarang ada juga seorang yang suka kel uar negara menjaja nama negara tetapi bukan untuk menarik pelabur tapi mencari rakan untuk memusuhi negara sendiri! Siapa lagi kalau bukan Abang Bucuk Saifuddin Nasution - Anwar Ibrahim!

Semoga Najib dikurniakan kekuatan untuk memacu ekonomi negara dan berjaya menempuh dugaan yang perit ini...

Kemenangan CSL Bukti Kaum Cina Tidak Pentingkan Moraliti !!

Bagi masyarakat Melayu, kemenangan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek suatu yang mengejutkan kerana hampir 2/3 daripada korespondan kaum Melayu yang dibanci oleh Merdeka Center memilih Tan Sri Ong Ka Ting sebagai calon pilihan jawatan Presiden parti.

Tetapi majoriti masyarakat Cina optimis Chua Soi Lek adalah calon yang paling layak menyandang kerusi Presiden tersebut.

Dan akhirnya, CSL menang dengan kelebihan 68 undi daripada pencabar terdekat iaitu mantan Presiden.

Selalu benar, jangkaan dan harapan masyarakat di luar ini tidak diterjemahkan melalui kertas undi oleh perwakilan parti.

Lihat sahaja semasa pemilihan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia tahun lepas, walaupun Dato' Mukhriz disebut sebagai calon 'favourite' dan mendapat pencalonan tertinggi di peringkat bahagian tetapi tersungkur di tangan Khairy Jamaluddin yang mendapat pencalonan tercorot.

Di MIC pula semasa pertembungan jawatan Timbalan Presiden antara Dato' G. Palanivel dan Dato' S.Subramaniam, undian yang dibuat oleh Berita Edisi 7 terbitan NTV7 menunjukkan lebih 83% memilih Dato' Subra sebagai calon paling layak tetapi pemilihan parti pada 12 September 2009 yang lepas menyaksikan G.Palanivel menang dengan 629 undi mengalahkan Dato' Subra (547) dan Sothinathan (280).

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah para perwakilan sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga mendengar suara rakyat yang berada di luar lingkungan parti mereka?

Jika begitu, usahlah diungkap kata - kata untuk membela rakyat sedangkan suara dan kehendak rakyat tidak didengari!

Ada cakap - cakap semasa Perhimpunan Agung UMNO (semasa pemilihan), jika Ali Rustam bertanding mahu tersungkur Muhyiddin Yassin! Ini sebab perwakilan yang berkuasa mengundi adalah orang yang tidak nampak apa itu kehendak rakyat, yang nampak wang dan keselesaan!

Berbalik kepada isu kemenangan Chua Soi Lek, saya kasihan kepada Dato' Seri Najib yang terpaksa mengadakan sidang akhbar khas di Parlimen semalam berkenaan isu kemenangan CSL dan isu moralnya.

Seharusnya Najib tak perlu pening kepala untuk menjawab isu ini, biarkan sahaja Presiden MCA dan 901 perwakilan yang memilihnya menjawab!

Itu belum lagi dicampur dengan isu parti Gerakan yang memang menjadi duri dalam daging Barisan Nasional! Dengan sikap biadap dan kurang ajarnya menunjukkan inilah budaya masyarak Cina di Malaysia, kurang sopan dan rendahnya moraliti!

Dengan isu tunang Teoh Beng Hock melahirkan anak luar nikah dan dipersetujui pula oleh KDN dengan menamakan anak itu dengan nama Teoh, isu pemilihan Presiden MCA dan isu kurang ajar Teng Hock Nam (Pengerusi Gerakan P.Pinang) menunjukkan terkikisnya budaya ketimuran dalam hati sanubari masyarakat Cina di Malaysia sekarang!

Ia menggambarkan bahawa masyarakat Cina tidak melihat isu moral dan perilaku sebagai suatu yang wajib di pertahankan. Lihatlah jika di jalan - jalanraya sekalipun, masyarakat inilah yang paling kurang ajar. Pergi di P.Pinang, kita tahulah perangai mereka membawa kereta!

Saya bukannya rasis, saya juga mempunyai ramai rakan dalam masyarakat Tionghua ini tetapi ini hakikat yang perlu kita terima. Mereka telah hilang identiti ketimuran mereka dek kerana sifat individulisma yang semakin menebal.

Masalah ini turut mengheret kaum lain di Malaysia ini. Lihat sahaja di bandar - bandar besar, mereka tidak mahu bergaul dengan orang lain melainkan kawan dan keluarga terdekat sahaja.

Saya percaya dan yakin, menjelang 2020, rumah untuk orang - orang tua di Malaysia ini akan lebih banyak daripada rumah anak - anak yatim sebab anak sudah tidak mahu menjaga orang tua. Bukan salah anak tapi salah ibubapa yang mendidik..mendidik untuk menjadikan individulisme sebagai teras hidup!!


25 Mac 2010

Sahih ! Memang Si Saifuddin Nasution Tuduh Ibrahim Ali (Bukti Hansard 23 Mac 2010)!! Apa lagi Tok Him, Saman Lah Lapan Belas Ratus Juta!!!

Haa...buat apa tu! Tengah punggah duit ke? Mentang - mentang le Abang Bucuk dia baru balik dari oversea, mesti bawak balik duit billion - billion. Hehehe. Jangan lupa tugas utama ko sebagai anjing salakan Anwar. Ganggu Ahli Dewan Rakyat berucap! He..he..he..

Si Saifuddin Nasution ni wajar digelar jaguh pengampu nombor satu! Semenjak dilantik menjadi Setiausaha Agung PKR, sikap membodeknya memang tidak dapat dibendung lagi! Hari - hari kena bodek boss..!

Hari Selasa lepas (23 Mac 2010) dalam Dewan Rakyat tuduh Ibrahim Ali ada share dalam kompeni judi Vincent Tan.

Bilamana Ibrahim Ali nak saman dia, tiba - tiba kecut macam boss dia. Mintak Ibrahim Ali tengok baik - baik hansard Parlimen, apa yang dia kata!

Hah! Sekarang memang jelas! Dalam muka surat 98 (dalam bentuk pdf muka surat 99), memang ada dinyatakan tuduhan itu!

Ayat yang keluar dari mulut busuk lagi hancing Si Saifuddin 'Katak Puru' Nasution tu berbunyi begini . . .
...' Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk kerajaan memberikan penjelasan yang jelas terhadap satu perkara yang berhubung dengan kelulusan lesen judi kepada 'Escort Sports' yang dikuasai oleh Vincent Tan yang kita kenal sebagai tycoon yang mempunyai empayar perniagaan yang luas dalam banyak - banyak syarikat perniagaan iaitu YB Pasir Mas pejuang Melayu tulen pun ada sahamnya juga.'

Si Saifuddin ni cakap lesen judi tu dah diberi selama 20 tahun dengan bayaran RM20 juta dengan dana sebanyak RM 1 billion diluluskan oleh PM dan Menteri Kewangan terdahulu. Zaman Pak Lah baru ia diberhentikan..

Jika Pak Lah membatalkan lesen ini pada tahun 2003, 20 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1983, Menteri Kewangan ketika itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah! Kalau nak salahkan PM ketika itu tidak adil kerana kuasa pemutus tetap di Perbendaharaan yang dipegang Ku Li sejak tahun 1976 lagi! Kau tanya le Ahli Parlimen Gua Musang tu!

Lesen judi ini harus diperbaharui dalam tempoh - tempoh tertentu. Mesti si Saifuddin ni dah banyak sangat makan semut sampai terlupa Abang Bucuknya pernah jadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 - 1998. Takkan le pada zaman tu, satu lesen judi pun tak dipebaharui atau dibuat baru. Nak kena tanya Nallakaruppan dulu ke? hehe.. jangan lupa Magnum tau!!

Ibrahim Ali dah bersumpah dengan nama Allah. Kau pun patut bersumpah juga Saifuddin dengan nama Allah. Jangan jadi macam Abang Bucuk ko, suruh sumpah tak nak lepas tu suruh budak - budak jendul macam kau edar vcd haram!

Nanti bila Ibrahim Ali dah saman kau jangan pulak ko berdaih - dalih. Kalau nak ambil peguam tunda berkerusi roda tu pun tak pe, semakin di tunda semakin tinggi kos yang ko kena bayar kat dia..masyukkk!!!

Si Anthony Loke (Rasah), Ketua Pemuda DAP ni konon nak tunjuk handal, dia pun menentang perjudian dengan mempertikaikan kenapa kerajaan meluluskan banyak special draw untuk NFO (number forecast operator) kepada 6 syarikat judi macam Magnum (milik bekas kawan baik Anwar) dan lain-lain. Ia menyebabkan masyarakat Tionghua terjebak!

Si Saifuddin tu pun sebab suka sangat bau colok, terus angkat dan julang si DAP Rasah ni cakap mereka pun menentang judi! Hello brader, kau pergi tengok kat Lobak, kawasan DUN si Anthony Loke ni kat Seremban.

Kedai - kedai judi berderet - deret, siap ada nama yang tak pernah dengar pun ada. Ntah - ntah, belakang Sungai Lobak tu pun ada orang main kuda longkang! Kemaruk berjudi! Nak angkat orang tu berpada - padalah, jangan nampak bodoh sangat!

Kadang - kadang bila baca statistik ahli YB terutama pembangkang nampak sangat ia tidak betul sebab tak dinyatakan sumber, hanya bermain dengan angka dan digit. YB di belah kerajaan pun satu, dah le kurang mencelah, kalau ada muka yang sama, isi tak ada, cubalah pertikaikan data merapu mereka, mintak sumber mereka! Ini angka dan digit dimanipulasi, rakyat yang telan bulat -bulat, dengar menganga je lah! BN-BBC pun tutur menganga..!!


Khalid Samad : Saya sudah masuk lima GEREJA! - Hansard Dewan Rakyat 23 Mac 2010

Sedang saya membaca Hansard  atau Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi 23 Mac 2010, saya terhenti pada halaman 49. Dua tiga kali saya membacanya kembali. Seakan tidak percaya atas apa yang tercatit di dalam hansard tersebut.

Pada mulanya saya nak mencari kenyataan daripada Saifuddin 'katak puru' Nasution berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepada Ibrahim Ali berkenaan isu perniagaan judi tetapi saya lebih tertarik untuk menilai kata - kata seorang pejuang Liberal dalam parti pendukung Islamisme.

Semasa Dato' Tajuddin Ramli ( Pasir Salak) sedang membahaskan usul menjunjung titah Yang Di pertuan Agung, adalah seorang ahli parlimen cuma sepenggal daripada Shah Alam ini yang mencelah.

Apa yang dipetik daripada hansard tersebut cukup mengejutkan. Khalid Samad dengan bangga dan bongkaknya menyatakan 'Saya sudah masuk lima gereja'! What da ****!!! Apa yang perlu dibanggakan masuk gereja tu? Sial punya Ahli Parlimen Shah Alam!

Saya rasa dia perlu jumpa si pemberi fatwa mereka yang agung Datuk Nik Aziz tu tanya berkenaan hukum masuk gereja. Jika rakan - rakan seguru Nik Aziz semasa belajar di India dulu dengar, mesti si Khalid ni kena tempeleng!

Maklumlah, di India yang majoriti adalah daripada mazhad Hanafi memang menghukumkan makruh masuk ke dalam rumah ibadat kafir sebab disitu tempat syaitan berkumpul.

Walaupun mazhab yang kita anuti iaitu Shafie dan dua mazhad ahli sunnah wal-jamaah lain tidak menghalang masuk gereja tapi ia bergantung kepada niat dan izin tuan empunya tempat. Hukumnya tetap HARAM jika ada ketika itu majlis keagamaan! - Bukan gereja sahaja tau, kuil Hindu pun tergolong sekali ni !. Najib, usah - usahlah pergi Batu Caves lagi masa Thaipusam@Deepavali, biarlah Samy Vellu je handle!

Apa tujuan Si Khalid tu masuk gereja sampai 5 kali. Bagi ceramah agama ke, atau buat lawatan sosial ataupun demi undi ?

Woi Khalid, berapa kali kau dah masuk rumah anak - anak yatim? Berapa kali kau dah jenguk rumah orang - orang tua? Apa faedah yang kau dapat masuk gereja?

Entah - entah semasa kau masuk gereja, ada orang snap gambar kau lepas tu buat risalah, bagi kepada anak muda Melayu, 'Tengok! Pas pun sokong Kristian, jomlah join kami, Kristian for all maaa..!' Cubalah kita tengok nama YB - YB pembangkang, ramai pangkal nama mesti ada nama Kristian  - Teresa Kok, Ronnie Liu, Jenice Lee, Anthony Loke, Johnson Chong, Elizabeth Wong . . .

24 Mac 2010

Pujian John Major, Apa Yang Nak Dibanggakan ?

Sudah menjadi perangai orang Melayu ini bila mana di puji oleh orang kulit putih, pasti melompat keriangan!

Sejak zaman dijajah lebih 400 tahun dahulu hinggalah hari ini kita melihat bangsa kulit putih, daripada Barat ini satu ikon contoh.

Apa yang dihamburkan daripada mulut mereka kita jaja laksana perintah raja - raja berdaulat!

Terbaru adalah pujian bekas Perdana Menteri United Kingdom Sir John Major kepada Dato' Seri Perdana Menteri kita berkenaan kaedah mentadbir ekonomi Malaysia ini terutama dalam pengurusan dana asing dan pelaburan dana asing (FDI). klik sini

Maka bergemuruhlah blog - blog UMNO (tidak termasuk blog jalanan pro kerajaan) menjaja tentang perihal benda ini yang saya lihat tidak memberi apa - apa kesan kepada perjalanan ekonomi negara kita.

Pujian bekas PM Britain itu tidak menjanjikan pelaburan yang lumayan, ia cuma metafora yang diucap untuk menjadikan kita terkesima dan menganggap bahawa pembaharuan ekonomi yang sedang dan bakal berlaku kelak akan menguntungkan rakyat dan negara ini.

30 Mac 2010 akan menjadi titik permulaan untuk merencanakan methodologi ekonomi baru ini atas nama Modal Ekonomi Baru (MEB) penggantian kepada Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN - 1991 - 2010)

Bukan niat saya untuk terlalu prejudis kepada langkah - langkah yang sedang dan bakal di ambil oleh Kerajaan 1Malaysia dalam konteks ekonomi ini, tetapi lebih melihat daripada segi konsep 'penjajahan bentuk baru'.

Semasa menyertai pasukan debat universiti di kampus dahulu, tajuk yang paling acap kali di bahaskan adalah 'Globalisasi Satu Bentuk Penjajahan Baru'. Ekonomi adalah satu mekanisme paling utama dalam globalisasi ini.

Kenapa John Major menghamburkan pujian tersebut kepada Najib? Adakah beliau benar - benar memuji atas fakta melihatkan statistik yang begitu memberangsangkan berkenaan ekonomi Malaysia mutakhir ini atau ada 'agenda jangka masa panjang yang tersembunyi'?

Saya pasti jawapan yang kedua itu adalah pilihan utama kerana jika kita melihat statistik berkenaan ekonomi semasa negara seperti di laman web epu, tidak banyak perubahan daripada tahun 2008,2009 ataupun anggaran 2010. Kadar pengangguran tetap berada di dalam linkungan 3% di atas, KDNK tetap berada di paras 4.5.

Saya pasti John Major masih terasa sakit atas kesan luka yang telah diterimanya semasa menjadi Perdana Menteri UK pada tahun - tahun 1990 hingga 1997 dan menjadi orang kuat Parti Konservatif semasa Margaret Thatcher menjadi PM UK pada 1979 - 1990.

Beliau mesti tidak boleh melupakan peristiwa di mana Britain yang pernah mencacaikan orang - orang Melayu di aibkan di tanahair sendiri dengan pembelian saham Gutherie oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir dalam peristiwa yang dikenali sebagai Serangan Waktu Subuh?

Pengambilalihan semula Carcosa Seri Negara pada tahun 1984 dan kempen 'Buy British Last' oleh kerajaan Dr Mahathir. Mereka diaibkan begitu sekali oleh bangsa yang pernah mereka jajah dan arahkan!!

Itu belum lagi dikira kritikan pedas yang konsisten daripada Mahathir atas apa jua dasar luar Britain yang hanya menguntungkan mereka sahaja tanpa mempedulikan sensitiviti negara lain terutama negara dunia ke-3.

Kini 'kitab dendam kesumat' akan dibuka semula. Pembalasan atas penghinaan 20 tahun lepas perlu di balas. Ekonomi Malaysia perlu di genggam kembali seperti sebelum tahun 1980 kerana melihat potensi yang ada di Malaysia yang menjadi laluan penting Barat - Timur.

Mereka menggunakan apa yang orang kita ada. Kelebihan orang kita, kembang hidung apabila dipuji. Jangan nak tipulah, kalau dia orang Melayu pasti suka dipuji! Ini fitrah orang Melayu!

Bila dan syok kena puji, apa yang orang tu suruh, dia pun buat sahaja lah dan anggap semua nasihat daripada orang tu semua benar belaka. Sehinggakan lantik orang luar macam APCO nak bagi khidmat nasihat. Sedangkan kita ada permata yang sentiasa ditagih cahayanya oleh negara luar untuk memberi nasihat, kita lupa dan abaikan beliau. . .

Inilah perangai orang Melayu, ingin menjadi Inggeris lebih daripada orang Inggeris!!


19 Mac 2010

Cikgu Robot 'SAYA' di Jepun Ajar Sains Dalam Bahasa Inggeris!

Siapa yang tidak kenal dengan negara Jepun. Negara kuasa ekonomi dunia selepas Amerika Syarikat dan China. Mempunyai populasi seramai 127 juta dan pusat teknologi semasa!

Jepun dan bangsanya sering dikaitkan dengan semangat kebangsaan dan nasionalis yang begitu tinggi. Dek kerana semangat nasionalis inilah Jepun bangkit dalam tempoh yang singkat selepas gerhana ekonomi pasca Perang Dunia ke-2.

Kita sering diberitakan, Jepun sangat anti dengan bahasa lain. Apa - apa urusan di Jepun perlu  menggunakan bahasa Jepun. Teknologi dan ilmu mereka juga dimanifestasi dalam bahasa ibunda mereka!

Tetapi perkembangan baru - baru ini menarik perhatian saya terutama dalam aspek penggunaan bahasa asing atau lebih tepat lagi Bahasa Inggeris di dalam sistem pendidikan mereka.

'SAYA', robot humanoid pertama yang bergelar cikgu. SAYA diilhamkan daripada siri penciptaan humanoid seorang setiausaha yang telah diprogramkan untuk mengajar. Ia adalah hasil penyelidikan selama 15 tahun daripada seorang profesor Universiti Tokyo iaitu Hiroshi Kobayashi. 

Menariknya SAYA mengajar subjek sains & teknologi (matematik adalah ibu bagi ilmu sains). Ia telah dibuat pra-pengajaran di 'Kudan Elementary School di Tokyo yang mengajar murid berumur 10 tahun! klik sini

Walaupun SAYA diprogramkan dengan banyak bahasa tetapi ia telah disetkan untuk mengajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris bukannya bahasa ibunda mereka!


Di Korea juga, inovasi penciptaan humanoid yang boleh mengajar ini sedang giat di jalankan. Mereka menyasarkan pada tahun 2012, guru - guru pelajar adalah daripada robot humanoid ini! klik sini

Saya juga telah terjumpa satu artikel di dalam blog yang bertajuk 'Soon For Many Korean Kids, Their English Teacher Will Either Come From LG or Samsung'. Mereka juga telah mengorak langkah untuk menjadikan guru daripada robot humanoid ini satu realiti. Kita di Malaysia ini pula sibuk dengan artis rancangan realiti sahaja!!!

Tetapi di Malaysia berlainan pula. Sudah ada dasar yang bagus untuk anak - anak mendepani cabaran masa depan tetapi dimansuhkan pula.

Dek kerana dibantah oleh beberapa kerat sasterawan dan kelompok dungu yang berfikiran sempit, kerajaan mengambil pendekatan yang silap dengan memansuhkan PPSMI !

2010, bangsa Jepun dan bangsa Korea baru 'tersedar' betapa pentingnya untuk menguasai bahasa lain terutama Inggeris untuk penguasaan sains & matematik.

Tetapi di Malaysia, seorang negarawan telah berfikir 7 tahun lebih awal daripada bangsa yang pernah di'kiblatkan' beliau dalam Dasar Pandang Ke Timur! Kiblat dalam konteks ekonomi dan tabiat.

Penciptaan robot itu untuk mengajar bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk mendatangkan minat golongan anak kecil mereka kepada bahasa tersebut. Kemahiran dan penguasaan sesuatu ilmu itu tidak akan lahir tanpa minat.

Apa usaha kita untuk mendatangkan minat dalam mempelajari bahasa Inggeris kepada anak - anak kita? Takkan lah nak suruh mereka baca buku 'SHIT' buah tangan seorang yang bergelar sasterawan negara!

Jika ada orang mendakwa tidak patriotik dalam mempertahankan bahasa ibunda, bangsa Jepun lebih tinggi semangat patriotiknya. Sanggup mati kamikaze dan harakiri untuk menunjukkan betapa tebalnya sifat kasih sayangnya kepada bangsa dan negara mereka! Orang Melayu, kalau nak tunjuk demo memang dialah hero, baru kena sembur dengan 'water cannon' skit, mencicit lari!

Tetapi dalam konteks ilmu dan nasib generasi pewaris negara akan datang, mereka tidak melihat isu mengajar bahasa inggeris ini mengikis sifat nasionalis mereka! Tetapi orang kita..? Bantah dan bantai bagai nak rak...bila minta idea alternatif.. hampeh!

Inilah yang membezakan mentaliti dunia kelas pertama dan kelas ketiga! Memang benarlah kenyataan Tun Dr. Mahathir, beliau gagal dalam mengubah mentaliti rakyat negara ini! Sebab beliau jenis orang yang berfikir jauh kehadapan, tetapi rakyat negara ini suka pandang kebelakang dan asyik nak bangkang sahaja!!

18 Mac 2010

1Malaysia = One Israel @ Pas For All = Israel For All ?



Kini kecoh perang slogan antara pro kerajaan dan pro pembangkang. Masing - masing menuduh pihak lawan untuk dikaitkan dengan Israel. Memang menjadi budaya Melayu, jika nak burukkan  orang mesti dirujuk kepada entiti atau kelompok orang lain yang berwatak antagonis.

Jika zaman Perang Balkan awal 90-an dahulu, gelaran 'jahat macam orang Serb' sangat sinonim untuk digambarkan kepada musuh atau lawan. Walhal bukan semua orang berbangsa Serb itu jahat macam Radovan Karadzic. Tetapi itulah perangai Melayu yang suka menjadikan seseorang itu sebagai rujukan untuk menggambarkan perihal orang lain!

Bangsa Melayu sangat alergi dengan bangsa Yahudi dan negara haram Israel. Sejak penubuhannya pada tahun 1948 hingga kini, Israel memang ditolak mentah - mentah oleh bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Ia dimanifestasi dengan sokongan tidak berbelah bagi Malaysia dalam menyokong pembentukan negara bangsa Palestin yang berdaulat. Sehinggakan Israel diharamkan untuk membuka kedutaan mahupun pejabat konsulat di Malaysia!

Oleh itu Israel dan bangsa Yahudi ini akan sentiasa dicop sebagai orang yang tidak boleh dipercayai dan berbahaya! Apa - apa yang dikaitkan dengan Israel akan dicop sebagai penderhakaan kepada umat Islam di Palestin!

Anehnya, orang Melayu kita ini terlampau mengikut perasaan dan emosi sehinggakan persamaan motto pun dijadikan bahan untuk ber ' perang politik'!

Ia dimulakan dengan lagak pembangkang yang menyatakan konsep perpaduan dan pembinaan negara-bangsa 1Malaysia di samakan dengan One Israel ! Sedangkan kedua - dua perkara tersebut berbeza daripada segi dasar dan kaedah perlaksanaan (method of implementation)!

1Malaysia ialah secara dasarnya adalah konsep untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan menyaksamakan (bukan menyamaratakan) hak rakyat dalam negara manakala One Israel hanyalah perkongsian kuasa oleh tiga parti di Israel (Parti Buruh, Gesher dan Meimad) untuk berhadapan dengan Parti Likud yang sedang memerintah Israel pada tahun 1999.

One Israel lebih tepat disamakan dengan  konsep perkongsian kuasa oleh Pakatan Rakyat (PR) di Malaysia ini kerana konsesus politik hanya dijana ketika berlakunya pilihanraya bukannya sepanjang masa seperti Barisan Nasional (BN)!

1Malaysia menyasarkan untuk mencapai matlamatnya dalam jangka masa panjang dan ia bukannya bermusim. Ia juga dijayakan dengan mekanisme yang menyeluruh. Manakala One Israel lebih kepada konsep untuk menjadi alternatif untuk rakyat Israel kepada parti pemerintah sedia ada (juga ciri yang sama dengan Pakatan Rakyat)!

Jelas disini tiada langsung persamaan antara 1Malaysia dengan One Israel ! Jauh panggang dari api!

Manakala slogan Pas yang baru iaitu Pas For All yang telah melenyapkan slogan asal mereka iaitu 'Membangun Bersama Islam' turut disamakan dengan entiti Israel iaitu Israel4all.

Slogan Pas For All yang dilancarkan 11 September 2007 adalah bertujuan untuk menarik sokongan semua pihak termasuk non-muslim dalam menyokong perjuangan mereka. Ia diterjemahkan dengan penubuhan Kelab Penyokong Pas (KPP) yang dikhususkan untuk ahli bukan Islam.

Manakala Israel 4 all ini adalah satu syarikat perlancongan terutama kepada OKU seperti Karpal Singh untuk melawat Israel. Ia bukanlah agenda politik tetapi lebih kepada perkhidmatan perlancongan. Tidak ada kena mengena dengan agenda mengISRAELkan orang sepertimana yang dibuat untuk mengePASkan orang!

Jadi kedua - dua slogan sama ada 1Malaysia ataupun Pas For All tidak ada kena mengena dengan Israel dan tidak harus dipolemikkan sedemikan rupa. Kasihan saya melihat rentas fikiran yang dangkal dan paras pemikiran yang cetek orang - orang kita ini. Semuanya yang ada persamaan walaupun tidak serupa denga Israel pasti dijadikan bahan untuk berpolemik! Huh!!

Biarlah masing - masing dengan propaganda mereka. Usah dipertikai atau diperlecehkan. Masing - masing ada sebab konkrit untuk mengetengahkan idea dan propaganda mereka tersebut. Yang penting, implementasi dan implikasi idea tersebut kepada rakyat.

Kita tidak perlu slogan yang hebat laksana kayangan seperti 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ataupun Middle Malaysia tetapi kaedah perlaksanaan dan kesannya masih samar - samar!

Ibarat melihat baju yang sangat cantik di dalam kotak kaca pameran tetapi tidak mampu dipakai kerana ia hanya ilustrasi untuk tujuan komersial. Biarlah baju itu dilonggok - longgok asalkan boleh dicapai dan dipakai, itu lebih baik dan berbaloi kerana majoriti rakyat bukan berasal daripada golongan bangsawan tetapi bawahan!!

11 Mac 2010

Apabila Mentaliti Kontraktor Sangat Sebati Dengan UMNO!!

'Pocket First, Profit Now'! Begitulah lebih kurang slogan para kontraktor di Malaysia terutama yang mengambil tender kerajaan secara direct nego (rundingan terus)!! Bila nak hapuskan sistem ini pun saya tidak tahu! Inilah ibu kepada korupsi dalam tender kerajaan!

Untuk menjadi seorang kontraktor yang sejati, perkara asas yang dijadikan pedoman adalah kepentingan profit melebihi segala - galanya.

Keuntungan dalam mengendalikan sesuatu projek akan dijadikan sasaran dan perkara pokok dan sudah semestinya ia akan dimaksimakan setinggi mungkin.

Selain memikirkan mengenai keuntungan, kontraktor juga mempunyai mentaliti menggunakan seminimum mungkin material dan equipment dalam sesuatu projek.

Selagi boleh save, selagi itulah mereka akan berjimat (kedekut)! Kerana itu akan menjamin keuntungan dengan pengurangan 'overhead cost'!

Bagaimana pula layanan kontraktor kepada subcon dibawahnya? Mereka (subcon) akan ditekan sehabis-habisnya daripada segi kerja ataupun kos belanja. Selagi boleh potong, kontraktor utama akan memotong! Tapi bila nak bayar, hehe..1001 alasan diberi, banyak dalih dicari!

Jika ada aduan daripada pelanggan, kontraktor ini akan menabur dan meyakinkan dengan air liur mereka dalam bentuk janji tetapi seringkali janji ini dimungkiri!

Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan kontraktor di JKR ini daripada 10 janji mereka, nak dapat 2 pun susah! Ini mentaliti 'WORLD' kontraktor Malaysia!

UMNO juga telah dijangkiti dengan mentaliti dan lagak kontraktor sejati ini! Sudahlah rata - rata kepimpinan UMNO sama ada di pucuk, di bahagian mahupun di cawangan adalah kontraktor, perangai buruk kontraktor pun dibawanya sekali dalam UMNO!

Persepsi umum jelas menyatakan, siapa yang nak jadi kaya jadilah pemimpin UMNO, buka syarikat kontraktor cap ayam sekalipun pasti akan dapat projek! Kalau dibuat bersungguh tak pa lah jugak, tetapi kebanyakan di ali babakan!

UMNO sangat sinonim dengan istilah tender / projek. Nak projek, aktif UMNO! Maka dalam dunia materialistik kini, wang adalah segala - galanya walaupun terpaksa mengadaikan prinsip dan jatidiri!

Lebih parah lagi UMNO sekarang di tadbir sebagai sebuah syarikat kontraktor yang mementingkan keuntungan daripada segala - galanya. Sanggup mengadaikan prinsip demi profit!

UMNO bukan sahaja ditadbir untuk mendapat keuntungan wang ringgit sahaja tetapi keuntungan politik dengan mengenepikan asas perjuangan sebenar iaitu membela rakyat.

UMNO hanya membela orang - oranng yang berkepentingan sahaja terutama orang - orang yang bermata sepet yang berada di luar sana! Orang - orang sendiri di anak tirikan.

Tidak susah untuk kita mencari dalil dan bukti tentang pernyataan di atas. Lihat bagaimana layanan dan kompromi KDN yang dipimpin oleh sepupu PM kepada kes yang melibatkan orang Melayu dan bangsa lain.

Sehinggakan sanggup menghalalkan anak diluar nikah semata - mata mengejar keuntungan politik tanpa menghiraukan prinsip. Boleh pula di daftarkan dengan nama si mati walaupun semasa hidup tidak berkahwin dengan ibu bayi berkenaan! Tetapi bagaimana pula dengan kad pengenalan rakyat Malaysia di Sabah, Sarawak? Berpuluh tahun tunggu tak dapat - dapat juga!

Bagaimana pula janji UMNO ini kepada pelanggan mereka iaitu rakyat? Janji yang bermacam - macam tetapi yang ditunaikan lebih terarah kepada orang selain Melayu bumiputera! Orang Melayu melopong jelah dengan cerita berdegar- degar daripada pemimpin UMNO!! Dapat salam dan dapat makan percuma sudah memadai!!

UMNO sekarang ini tidak lebih daripada sebuah syarikat kontraktor yang sangat terdesak (desperate) untuk mendapatkan kembali keuntungan selepas rugi besar dalam projek yang lepas (PRU-12). Ia akan menggunakan bermacam - macam mekanisme untuk mendapatkan kembali keuntungan itu, prinsip tolak tepi dulu!

UMNO gagal pada PRU yang lepas kerana hilangnya sokongan daripada penggundi bukan Melayu dan Bumiputera itu yang menyebabkan mereka buat bagai nak gila nak tarik sokongan penggundi ini sedangkan pengundi Melayu yang tetap setia menyokong dipinggirkan...inilah nasib kita bila UMNO sudah menjadi kontraktor sejati!

09 Mac 2010

7 NGO Cauvinis Cina Tidak Tahu 'Matematik Politik'!!

Walaupun saya tidak tahu apa yang dicarutkan dalam keratan akhbar di atas tetapi difahamkan ia berkaitan dengan sindiran kepada NGO Melayu yang bernaung di bawah Payung MPM. klik sini

Di dalam laman web darahtuah.wordpress.com, ada menceritakan tentang desakan 7NGO Cina untuk kerajaan mengiktiraf Sijil Gabungan Sekolah Cina (UEC). Sekiranya kerajaan enggan, maka mereka berhasrat untuk tumbangkan kerajaan! klik sini

Saya pasti dan amat yakin kerajaan 1Malaysia kita ini sangat prihatin dan mengambil berat tentang masalah kelompok minoriti yang tidak pun menguasai 30% daripada populasi kerusi dalam parlimen!

Biasalah kerajaan kita ni. Bila ada masalah orang bukan Melayu dan Islam memang cepat, berdesup tolong. Kalau masalah Melayu, janji air liur je lah...

Saya tidak mahu komen pasal tuntutan ini dan kaedah layanan oleh kerajaan atas isu ini tetapi lebih menjurus kepada 'ancaman' mereka untuk menumbangkan kerajaan!

Daripada satu perspektif, 'ancaman' ini seperti sangat bahaya kepada kelansungan pemerintahan kerajaan BN tetapi daripada satu aspek lain, ia menampakkan kebengapan dan kebodohan mereka dalam melihat 'Matematik Politik' dalam penentuan dasar dan kemenangan parti yang bertanding!

Politik demokrasi ini bergantung kepada 3 faktor yang saya sebut sebagai 3M iaitu Manipulasi, Majoriti dan Matematik. Dalam isu ini saya hanya mengetengahkan teori berkenaan 'Matematik Politik' ini.

Untuk membentuk kerajaan, sesebuah parti hanya memerlukan 112 kerusi daripada 222 kerusi untuk membentuk majoriti mudah.

Jika kita melihat komposisi parti yang menguasai parlimen sekarang ini adalah seperti berikut :

BN - 137 ( UMNO : 78, MCA : 15, MIC : 3, GERAKAN : 2, LDP : 1, PBB : 14, PBRS : 1, PBS : 3, PRS : 6, SPDP : 4, SUPP : 6, UPKO : 4)

Pembangkang - 79 (DAP : 28, PKR : 27, Pas : 23, PSM : 1)

Bebas -  6 ( SAPP : 2, Bebas : 4 )

Jika kita tolak kerusi yang dimenangi oleh MCA,MIC,GERAKAN dan SUPP, BN masih ada 111 kerusi lagi. Ia hanya memerlukan 1 kerusi untuk membentuk kerajaan TANPA wakil CINA dan INDIA di dalam kabinet!!!

Jika Ahli Parlimen Pasir Mas menyokong BN, maka kerajaan Bumiputera Sejati boleh direalisasikan di bumi Malaysia ini! Ia tidak mustahil!

Tetapi atas dasar kebertanggungjawaban dan tidak mahu meminggirkan bangsa lain, maka mereka juga dijemput untuk bersama kerajaan pemerintah, tetapi masih tidak bersyukur!

Adakah 7 NGO Cina ini tidak melihat dan mengkaji 'Sempoa Matematik Politik' ini?

Selepas membuat sedikit projektor dan analisis berkenaan kedudukan kerusi pada PRU akan datang, sekurang - kurangnya UMNO boleh menang kembali 16 kerusi (7 Pas ; 9 PKR) di kawasan majoriti Melayu terutama di Selangor, Perak, Pahang dan Kedah).

Jika nilai ini dicampur dan ditolak maka pecahan kerusi boleh dianggarkan UMNO = 94, Bumiputera Sabah/Sarawak (tidak termasuk parti kaum Cina seperti SUPP) = 34 maka jumlahnya adalah 128. Jumlah yang memadai untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah!

Adakah 7 NGO ini tidak mengambil kira 'matematik' ini sebelum membuat ancaman kepada kerajaan!

Kini terpulang kebijaksanaan pemimpin kerajaan dalam mengendalikan perangai jelik kaum yang tidak pernah bersyukur ni. Jika tolong mereka pun belum tentu lagi mereka sokong!

Jika pertubuhan besar semacam Suqiu yang membuat tuntutan maha dasyat, Tun Dr. Mahathir bijak menanganinya kita tunggu pula cara Datuk Seri Najib, jangan asyik main 'playsafe' je nanti terjerat diri sendiri..!

08 Mac 2010

Zulkifli Nordin : Ada Hati Nak Masuk Pas. Tapi Pokok Sena Dah Tebas!!! Hehe..

Ahli Parlimen paling popular mutakhir ini siapa lagi kalau bukan YB Hj. Zulkifli Nordin tersengih - sengih keriangan pagi Isnin ini bila mana kenyataan peribadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man orang kuat Presiden Pas menyatakan kesediaan Pas menerima Zulkifli Nordin di dalam akhbar maya MStar. klik sini.

Di dalam entri terbaru yang bertajuk Jazakallah, beliau melahirkan rasa berterima kasih dan terujanya atas pelawaan tersebut dan akan berfikir semasak - masaknya dan bercadang untuk berjumpa dengan Tok Guru (pemenang Anugerah Emas Jasamu Dikenang).

Bagi saya kenyataan 'mee segera' beliau ini tidak lebih daripada keterdesakan (desperate) seorang janda untuk mendapat suami baru! Di dalam entri beliau tersebut juga beliau mengakui diri sebagai janda..dan pastinya talak 3 telah dijatuhkan kepada beliau!

Adakah Pas sanggup mengambil seorang 'janda' yang diceraikan talak 3 sebab selalu lawan 'suami'?

Di dalam isu yang sama, Naib Presiden Pas orang kuat Geng Erdogan iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Datuk Hj. Mahfuz Bin Hj. Omar menempelak kenyataan Uztaz Tuan Ibrahim di dalam entri Haprakah daily bertajuk 'Pas Tidak Perlu Zulkifli - Mahfuz'.

Mahfuz beranggapan kenyataan Tuan Ibrahim tidak lebih daripada pandangan peribadi semata - mata. Apa jua keputusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pusat. (Sebenarnya bukan J/kuasa Pusat tetapi 'fatwa' tunggal Murshidul Am!!).

Itu belum lagi dikira seteru utamanya iaitu Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam yang pasti akan berjuang bermati - matian untuk menghalang Zulkifli masuk Pas seperti mana beliau berjuang untuk Kristian dan Gereja!

Nampaknya Zulkifli Nordin terpaksalah 'menjanda' lagi kerana 'bekas suami pertamanya' iaitu Pas (kerana pernah bertanding dengan logo Pas pada tahun 2004 di Kuala Langat) tidak mahu menerimanya.

Setiausaha Pas, Datuk Mustafa Ali turut membayangkan bahawa peluang Zulkifli untuk kembali ke Pas sangat tipis. Arkib entri dalam Malaysia kini bertarikh 18 Feb 2010 di dalam tajuk 'Tiada peluang Zulkifli kembali pada Pas' menjelaskan kenyataan tersebut.

Akhirnya Zulkifli akan terus terkontang kanting. Walaupun ada pelawaan daripada UMNO Kulim Bandar Baharu, saya amat yakin bahawa beliau tidak akan menerima atas dendam mendalam beliau kepada UMNO dan BN!

Tidak mengapa, sekurang - kurangnya beliau telah menjadi Ahli Parlimen sepenggal dan dapat pencen RM3,000 - RM4,000 selepas tamat penggal ke-12 ini. Itulah lain kali jangan gelar DYMM Paduka Seri Sultan Perak dengan panggilan 'Setan Perak" (satu ceramah di Gombak pada tahun lepas). Sekarang awak yang dipersetan dan diberak - berakkan oleh rakan sendiri..! Natijah orang yang tak hormat orang lain!!

05 Mac 2010

Calon Tunggal Untuk Anugerah OSKAR (Orang Suka Kasi putAR) !!!

PELAKON AIR MATA - Kak Jijah kita adalah calon tunggal untuk kategori ini berdasarkan pencapaian terbaiknya dalam membela suaminya dengan kenyataan - kenyataan yang mengelirukan. Diiringi dengan lelehan air mata dan sesekali dengan hingusnya, beliau cuma meyakinkan orang ramai, suaminya seorang yang sangat setia pada dia (kepada sesama jenis terkecuali.)

PELAKON LAGAK NGERI - Aksi stunt dan berani mati beliau dihadapan Bangunan UMNO Perak menjadi kredit utama untuk beliau dinobatkan selaku calon tunggal kategori ini. Aksinya yang suka melambai - lambai audien apabila dikhalayak ramai menjadikan beliau sangat terkenal untuk dijadikan topik perbualan di kedai - kedai kopitiam yang tidak halal seperti Old Town Kopitiam milik murshitdool Perak Nga Kor Ming!

PELAKON KAKI KEBAS - Kategori yang julung kalinya diadakan bagi menghargai 'jasa' beliau mengebas harta anak yatim dan orang - orang yang tak sekufu dengan beliau. Ini bukan klon Allahyarham S.Jibeng tetapi Si Cinabeng!!!

PELAKON WATAK PAWANG TERHEBAT!! - Kategori ini juga baru diwujudkan bagi mengiktiraf kehebatan beliau menjadi Pawang untuk mengancam sesiapa yang tidak mahu menyokong perjuangan DAP (Pas hanya proksi). Bakal mencatatkan rekod baru dalam Malaysia Book of Records untuk solat hajat secara marathon selama 7 hari 7 malam.

PELAKON KONTROVERSI - Beliau telah diiktiraf sebagai satu - satunya calon dalam kategori ini disebabkan reputasi tidak konsistennya dalam akar perjuangan beliau. Sekejap kata perjuangkan Islam tapi duduk dibawah ketiak pejuang liberalisme. Cakap untuk membela Islam tetapi terang -terang partinya menghalalkan manipulasi kalimah Allah! Akan terus memainkan isu untuk dianggap Ahli Parlimen paling banyak keluar akhbar, internet dan tv tahun ini!!

PELAKON PENUNDA TERBAIK - Jika dalam lain - lain anugerah ada kategori Pelakon Pembantu Terbaik tetapi OSKAR tahun ini memilih beliau sebagai Pelakon Penunda Terbaik kerana hasil kejayaan beliau menunda kes yang diwakilinya di Mahkamah Tinggi untuk sekalian kalinya. Tahniah diucapkan!!

ANUGERAH EMAS JASAMU DIKENANG - Sebagai menghargai jasa beliau dalam memutarkan banyak isu yang melingkari masyarakat, pihak OSKAR berbesar hati untuk menganugerahkan beliau dengan anugerah ini memandangkan kesihatan beliau pun tidaklah berapa baik sejak kebelakangan ini. Moga - moga dengan pemberian anugerah ini, beliau akan bersara dalam arena 'lakonan' untuk memberi peluang kepada 'pelakon - pelakon' muda!!

PELAKON TERBAIK OSKAR - Tidak dapat dinafikan lagi bahawa reputasi beliau sebagai kaki putar dan kaki ngelat menjadikan beliau calon tunggul..eh..calon tunggal dalam kategori paling dinanti - nantikan ini. Gambar di atas menggambarkan kegembiraan beliau kerana telah memenangi anugerah ini untuk tiga tahun berturut - turut. Azam beliau adalah untuk terus maju di dalam industri 'lakonan' ini dan berharap mutu 'lakonannya' ini diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti di Hollywood, Australia dan Turkey!!

04 Mac 2010

Ahmad sAwang Sudah Menjadi pAwang !

Soalan Cepumas : Yang mana seorang ULAMA' dan yang mana sekor 'ULAR dlm SEMAK'..? Nak beza senang je.. Ulama' dia tegur tak pilih bulu, tapi Ular dlm Semak tengok bulu dulu sebelum tegur!!

Wah..begitu keras amaran daripada seorang yang menjadi Pesuruh-jaya (Jayakrisnan atau Jayaratnam) Pas Negeri..! 'Kalau mu (Mohsin) tak letak jawatan dalam 7 hari ko terimalah akibatnya!' Itulah agaknya kata-kata yang diucapkan oleh Pesuruh 'untuk' Jaya 'kan' agenda DAP ini.

Walaupun sumber yang dipetik ini selalu putar alam. Tetapi saya masih suka merujuknya jika 'statment' itu keluar daripada pemimpin pembangkang. Kalau ambil sumber Utusan atau Berita Harian, kelak akan dipertikaikan!!! hehe...

Beliau akan menganjurkan solat hajat secara marathon selama 7 hari 7 malam tanpa henti untuk jatuhkan bala kepada YB Tn Hj Mohsin Fadzli jika Ahli Parlimen Bagan Serai itu tidak mahu letak jawatan.

Venue masih belum ditetapkan lagi. Kemungkinan besar dihadapan Istana Kehakiman, Putrajaya kerana asbab 'berkat' solat hajat yang pernah dianjurkan ketika isu MB Perak yang sah, mereka 'berjaya' menang 4-1..eh bukan 5-0! hehehe...

Manakala PKR juga boleh turut serta dengan menjadi pengiring untuk membaca Surah Yassin sambil di apit oleh apek-apek DAP yang boleh membaca Sulah Aula..!!

Ahmad Awang yang telah menjadi sawang selepas 2 kali PRU tergolek, kini tiba- tiba ingin menjadi pawang dengan menjadikan YB Mohsin bahan beliau. Ada hati nak bertanding lah tu! Boleh dapat permit AP dan tender balak lagi! hehe..

Apalah sangat nilai solat hajat orang Pas ni. Ia tidak lebih daripada menunjuk-nunjuk dan menakut-nakutkan orang tetapi keberkatannya itu tiada langsung!

Adakah Pas sudah lupa bahana solat hajat yang dihadiri puluhan ribu penganut mereka pada tahun 1999 yang mendoakan kecelakaan kepada Dr. Mahathir ketika itu..? Tetapi apa yang terjadi? Presiden parti mereka terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi. Itupun Dr. Mahathir datang ziarah!!

Kalau Ahmad bAwang ni buat solat 1000 tahun sekalipun, Allah tak akan perkenan kalau niat di hati tu busuk macam bangkai!! Saya tak pernah jumpa dalam sirah Nabawi, Rasulullah anjurkan solat untuk turunkan bala kepada ummatnya sendiri.

Adakah orang - orang yang mendabik dada sebagai Ulama' dalam Pas ini tidak mengetahui kisah bagaimana akhlak Rasulullah? Kisah orang tua yang sering mencaci baginda tetapi tetap ditolongnya. Kisah doa munajat Rasulullah kepada Abu Jahal dan Umar Al-Khattab?

Bagaimana Allah ingin menurunkan nusrah (bantuan) sekiranya hati penuh zulmat dan membenci saudaranya lebih daripada membenci orang yang cakap 'langkah mayat aku dulu sebelum laksanakan hudud'!!!

Pas sudah sesat lagi menyesatkan!!!

Ahli Parlimen PKR Keluar Parti : Amboi. . . Sukanya Dia (UMNO)!!!

Bila ada sahaja Ahli Parlimen mahupun bekas pemimpin parti lawan keluar parti maka gegak gempita suara keriangan daripada kem kerajaan terutama UMNO.

Semua media perdana dan blog memaparkan perihal keluarnya pemimpin parti tersebut. Daripada intonasi dan susunan bait ayat, dapat digambarkan terserlah kegirangan yang melampau akibat daripada masalah yang melanda parti lawan tersebut.

Mereka ( parti pemerintah ) beranggapan bahawa apabila tercetusnya krisis di pihak lawan maka mereka boleh memenangi semula hati para pengundi pada pilihanraya akan datang.

Itu satu telahan yang silap! Dan jika mereka menjadikan isu ini sebagai modal utama kempen, maka mereka akan dihukum sepertimana yang terjadi pada PRU ke-12 lepas!

Pemimpin parti pembangkang yang keluar parti itu adalah masalah dalaman parti tersebut. Itu merupakan krisis keyakinan jiwa tunggal pemimpin tersebut dengan parti. Tetapi bagaimana pula menghadapi krisis keyakinan pada jiwa - jiwa pengundi?

Dalam konteks semasa, masalah dalaman parti bukan menjadi faktor utama penerimaan ataupun penolakan rakyat kepada mereka.

Lihat bagaimana yang berlaku di India. Krisis dan perebutan jawatan dalam Parti Kongress pimpinan Sonia Gandhi tidak menghalang mereka memerintah India. Walaupun ada kecaman dan usaha keras menolak kepimpinan Sonia Gandhi yang kelahiran Italy, tidak menjadikan Parti Kongress ditolak oleh pengundi.

Parti pemerintah terdahulu iaitu Bharatiya Janata Party (BJP) gagal memenuhi aspirasi rakyat, maka pengundi telah menolak mereka dan sanggup memperjudikan nasib ditangan Parti Kongres.

Apa aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia sekarang? Tidak lain dan tidak bukan adalah menjamin kelansungan hidup berpaksikan kepada 2 perkara asas iaitu ekonomi dan sosial!

Seharusnya UMNO dan kerajaan pemerintah tidak harus menjadikan masalah parti lawan mereka sebagai kredit untuk ditawarkan kepada rakyat agar memilih mereka.

Tetapi harus memfokuskan kepada usaha utama iaitu menjamin kesejahteraan rakyat dan meletakkan kehidupan rakyat dilandasan yang betul.

Sekarang ini heboh dikatakan dengan isu kenaikan tarif elektrik dan tol. Belum lagi isu kenaikan harga bahan makanan, bahan pembinaan dan pembuatan yang sedikit sebanyak menganggu emosi rakyat.

Majoriti rakyat tak heran pun isu Ahli Parlimen yang keluar main lompat - lompat ini. Mereka lebih risaukan kehidupan mereka dan anak cucu mereka. Bagi mereka, orang politik ni, '10 cakap, 11 tak boleh percaya'!

UMNO tidak harus terkesima dengan isu yang meledak di seberang sana. Cukup lah sekadar renungan dan iktibar tetapi matlamat asal untuk membela rakyat diberikan fokus seoptimum mungkin!

Saya masih ingat, motto Barisan Nasional pada satu PRU-10, 'Tradisi Membela Rakyat'.. jangan tradisi ini menjadi basi dan dipandang jelek oleh rakyat!!!

02 Mac 2010

PKR : Adunan Fahaman Yang Gagal !

Untuk membuat sebuah kek, ia memerlukan banyak ramuan dan bahan untuk menjadikannya satu kek yang sedap dan hebat. Tetapi untuk mendapatkan sebuah kek yang menepati citarasa, ia memerlukan kuantiti bahan yang terkawal dan di adun secara rapi. Jika salah kiraan kuantiti bahan ataupun ketidakawalan adunan berlaku, maka kemungkinan besar kek itu akan tidak menjadi.

Kek ini di analogikan sebagai sebuah parti politik. Ramuan dan bahan nya digambarkan sebagai pemimpin dan pendukung parti politik. Manakala bentuk rupa paras kek itu dilambangkan sebagai struktur organisasi parti politik.

Rasa yang sedap dan menepati citarasa dijustifikasikan sebagai penerimaan orang ramai untuk menyokong parti tersebut.

Maka untuk menepati citarasa orang ramai, pertama sekali yang akan dinilai adalah rupa paras kek tersebut. Cantik hiasan dan keadaannya maka berebut - rebut orang akan memakannya.

Tetapi jika rupa sahaja cantik tetapi rasa tidak sedap tidak kena juga. Sekali gigit, terus kek itu dibuang. Orang tersebut mesti sudah 'tobat' dan tidak mahu tertipu dengan rupa wajah kosmetik kek tersebut.

Maka disini yang penting adalah rasa kek tersebut. Sedap atau tidak adalah lahir daripada adunan dan material untuk membuat kek tersebut. Jika materialnya bagus dan adunannya adalah sebati maka rasa kek yang dingini pasti diperolehi.

Tetapi jika material dan bahan untuk membuatnya tidak sesuai dan adunannya tidak sebati maka kek yang akan terhasil pasti teruk!

Begitulah keadaan yang telah dan sedang berlaku di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini.

Ramuan dan bahan utama untuk membina 'kek' (parti politik) adalah fahaman penggerak dan pemimpinnya. PKR yang lahir kini adalah sebuah parti politik yang masih kelam idealogi dan fahaman bawaan mereka kerana pemimpin di dalamnya mempunyai pelbagai latar belakang fahaman!

Ada sosialis, ada nasionalis, ada liberal, dan ada juga biseksual! (eh..ini fahaman jugak ker? hehehe)

Mereka mendabik dada kononnya merekalah parti politik Malaysia paling majmuk kini. Jika parti - parti lain hanya ada 3 hingga 5 orang Naib Presiden tetapi mereka ada 7 orang Naib Presiden yang mewakili kepentingan setiap kelompok di dalam parti tersebut! Nasib baik tidak ada ketuai rumah Orang Asli yang jadi pemimpin mereka, pasti akan di tambah 1 lagi kerusi Naib Presiden!

Sejarah membuktikan bahawa parti - parti yang berteraskan poli-fahaman ini tidak bertahan lama di Malaysia.

Parti Negara yang diasaskan oleh Dato' Onn Bin Jaafar terus berkubur selepas kematian beliau pada tahun 1962. Ia merupakan parti majmuk pertama di tubuhkan di Malaysia selepas Dato' Onn meninggalkan UMNO selepas ideanya untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu ditolak.

Walaupun selepas itu wujud parti - parti yang berorentasikan pelbagai kaum tetapi 'trademark' atau ciri pengenalan penting parti tersebut masih mengekalkan kaum dan ras.

Misalnya PPP dan Gerakan. Dipimpin oleh orang India dan Cina. DAP juga dikenali sebagai pejuang chauvinis Cina. Walaupun pasa dasarnya mereka mendakwa parti pimpinan mereka mewakili kepentingan semua kaum tetapi hierarki kepimpinan dan perlaksanaan dasar tetap menjadikan ras dan kaum sebagai agenda utama.

PKR cuba menjadi parti pelbagai kaum yang betul - betul tulen. Percubaan mereka selama 10 tahun masih belum menampakkan hasil.

PKR yang dicipta hasil gabungan beberapa fahaman seperti nasionalis ; Islam - moderate (bekas UMNO), fahaman sosialis (bekas Parti Rakyat Malaysia) dan liberalisme (bekas pertubuhan bukan kerajaan / mubaligh Kristian), tidak dapat mencari titik persamaan antara mereka.

Kini trend keluar parti semakin menjadi - jadi. Bekas ahli UMNO di dalam PKR semakin hari semakin mengecil. Semangat nasionalis mereka menampakkan wajah yang sebenar.

PKR akan menerima nasib yang sama seperti Parti Negara. Di pimpin oleh orang yang hebat sekalipun parti tersebut pasti akan berkubur kerana gaya politik pelbagai kaum masih jauh untuk direalisasikan di Malaysia...