29 Januari 2010

Najib dan Kisah Lima Tonggak!

Dalam ketenangan wajah dan bait tutur katanya, Dato' Seri Najib Tun Razak ini tidak boleh menyembunyikan kerisauan dan kebimbangannya atas apa yang berlaku di dalam negara.

Tidak kira dalam konteks politik, ekonomi mahupun isu - isu semasa, Najib berdepan dengan 1001 cubaan dan dugaan.

Jika kita imbau kembali apa yang berlaku sebelum Mac 2009, karakter - karakter yang memainkan watak penting dalam menyuruh Pak Lah pencen kini menerima tempat yang istimewa di dalam radar kepimpinan beliau, kecuali seorang iaitu Tan Sri Rafidah Aziz. Yang lain semua diberi jawatan. Jika tidak dalam parti, dalam kerajaan.

Perwatakan Najib seperti kita tahu beliau 'mahu tapi malu'! Mahu jadi PM ganti Pak Lah, mahu kembalikan imej UMNO selepas dipudarkan oleh Pak Lah tapi malu dan segan untuk menyanggah.

Maka terbitnya keluhan dan signal merah oleh pemimpin-pemimpin tertentu menyebabkan Najib tersengih riang!

Najib tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sekiranya tidak dibantu oleh beberapa tokoh tertentu. Memang diluar ini, suara rakyat marhaen bergema kuat menuntut Pak Lah berundur tetapi siapalah rakyat ini. Pak Lah hanya dengar suara anak, menantu dan punasihatnya sahaja!

Lima tokoh yang paling dominan menyanggah dan menempelak Pak Lah secara terbuka adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Mukhriz Mahathir, Tan Sri Rafidah, Dato' Seri Menteri Amaran Negara dan Dato' Seri Rais 'pemaaf' Yatim!

Paling awal Mukhriz Mahathir dengan desakan dan berani menghantar surat kepada Pak Lah menuntut letak jawatan. Tetapi malangnya keberanian beliau tidak dapat membantu untuk naik menjadi Ketua Pemuda. Najib tidak lupa jasanya, lantas dilantik menjadi Timbalan Menteri kepada Tok Pa.

Tonggak kedua ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menegur dan 'menasihati' Pak Lah untuk berundur dengan secara konsisten. Selalunya gelaran Tan Sri ini diberikan kepada ahli politik yang nak bersara. Lihat macam Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Lee Lam Thye dan Rafidah Aziz. Dapat Tan Sri terus kena duduk diam-diam!

Lain pula dengan anak cikgu Yassin ini, terus istiqamah dalam perjuangan. Alhamdulillah berkat sabar dihentam dengan Pak Lah dan kuncu-kuncunya macam Nazri Aziz, Mad Taib, dapat juga menjadi Timbalan PM.

Ketiga adalah Rais Yatim yang ketika itu menjadi Menteri Luar. Sudah le kena membasuh taik dalam kes Pulau Batu Putih ditambah lagi dengan polisi pelik sang Perdana Menteri menyebabkan beliau memberontak (dalam konteks kepimpinan) untuk menukar regim pemerintahan sedia ada.

Walaupun kalah bertanding jawatan Naib Presiden, Najib terhutang budi dengan bekas Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini maka dilantik menjadi MT dan menjadi Menteri penuh.

Hishamuddin dalam kelembutannya menangani isu semasa kini terdapat juga secebis keberanian untuk membentak Pak Lah terutama di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ketika itu. Bergilir - gilir membantai Pak Lah bersama Rafidah, Azalina yang ada black belt taekwando pun menangis tengok Pak Lah terkulat-kulat dibantai!

Maka jasa Hishamuddin pun tidak boleh kita ketepikan. Rafidah Aziz pun perlu mendapat pengiktirafan sebagai tonggak utama Pak Lah turun daripada singgahsana Memanda Perdana Menteri!

Tetapi nasib Hishamuddin dan Rafidah berbeza. Dato' Hisham menang undi tertinggi kerusi Naib Presiden tetapi Rafidah kecundang ditangan Dato' Seri Kuch Kuch Hota Hai!

Maka, hari ini Najib terhutang budi dengan mereka berlima. Tanpa mereka berlima pasti peluang Najib untuk menjadi PM agak sukar ditambah lagi dengan sikap 'berbaik-baik' Pak Lah dengan rakan senegeri yang baru keluar dari penjara!

Kini Najib di dalam dilema, dalam 5 orang tersebut, ada dua yang bikin masalah kini. Hishamuddin dan Rais. Puncanya senang. Mereka tidak prihatin dengan isu terbabit.

Ini belum lagi termasuk beberapa orang Pasola yang selalu buat kacau dalam kabinet. Bila lagi mahu tunggu rombakan kabinet.

Hari itu dikhabarkan sudah ada list tetapi sebab ia menjadi polemik maka ia disenyapkan, maka kini kita menuntut rombakan perlu dibuat bagi memantapkan lagi perjalanan urus tadbir negara.


28 Januari 2010

Hishamuddin dan ayat, 'Saya Tidak Teragak-agak'..!


Wah hebat betul bila mengucup keris. Seperti pahlawan terbilang Zaman Emas Empayar Melaka! Tetapi sayang, selepas dikucup, maaf pula diucap atas sebab ketidakselesaan sindiran dan sanggahan orang.

Kini diberi pula kementerian yang cukup mencabar. Malangnya diberi kepada empunya badan yang bermulut besar,bertindak kurang. Hasilnya huru hara negara sebab dapat pak menteri hanya tunggu report polis dan penasihat-penasihat tidak rasmi! Cakap pun kena tunggu pegawai - pegawai duduk keliling!

Ayat yang terkenal keluar daripada mulutnya adalah, 'Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan'! Jika ada PC beliau, saya tertunggu - tunggu part ucapan ini ibarat menunggu peribahasa oleh Karam Singh Walia! hehehe..

Selepas isu Tasyrif dihadapkan kemahkamah sebab buat lawak dalam facebook, nampak dah macam garang sikit tetapi bila si Aduka Taruna tu bikin bangsat, hehehe..no komen dari menteri ini. Cukup sekadar akan diambil tindakan dan memberi amaran yang ke.... entah berapa banyak dah kepada orang ramai, don't play-play with me aaa..!

Ni seorang firaun kecil daripada parti Cap Mato tuduh pemuda UMNO yang bakar gereja! Siap mengaku ada bukti! Apa menteri ini cakap? Kita tidak akan mengambil tindakan..hehehe...

Hello pak menteri, itu bukankah cubaan untuk menganggu siasatan. Takkan tidak ada undang-undang yang boleh menghukum cubaan menganggu siasat polis! Atau sebab memang perangai pak menteri ini kalau bab pembangkang tidak mengapa, dihalalkan untuk membuat fitnah!!

Jika Azmin ada bukti, sila ambil keterangan beliau bukan terus kecut telor, tak kisah adu domba si pengadai anak bini ini (bak kata Zul4Kulim)!

Dia ada bukti, bawa ke balai polis. Yang budak2 tu boleh dipendekkan reman dan hadap terus ke mahkamah, habis cerita!

Hishamuddin, berhentilah. Tukarlah ke kementerian lain. Letih kami nak membela kerajaan jika di dalam jemaah menteri pun tahi terpalit sepanjang masa! Pembangkang tak payah susah - susah cipta cerita kerana personaliti menteri senang di perkotak katikkan!

Rekod Pak Lah telah dipecah sudah sebagai....Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia....

27 Januari 2010

Zulkifli Nordin : 'Little Pharoah (Firaun)' & 'Little Charmeleon'



Keputusan telah dibuat oleh anak-anak sesumpah di dalam parti 'Cap Mato'. Ahli Parlimen Kulim/Bndr Baharu, tutup mulut! Jangan bersuara, nak makan pun kena lalu ikut hidung! Buka sahaja mulut, nahas kamu!!

Begitulah lebih kurang amaran yang dilemparkan kepada YB Zulkifli Nordin oleh boss kesayangan beliau ekoran ke'lancangan' beliau melancarkan 'jihad' kepada Firaun - firaun kecil.

Di dalam blog beliau, ada menyatakan kekecewaan beliau kerana dipaksa menidakkan doktrin perjuangan beliau dan cubaan firaun - firaun ini memenggal kepala beliau.

Saya ingatkan istilah firaun ini hanya digunakan kepada YABhg Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu sahaja, tetapi kini angkatan yang memberi gelaran tersebut telah melemparkan semula kepada rakan - rakan politik sendiri!

Siapa firaun yang dimaksudkan oleh YB member kamcing Sivarasa Rasiah ini? Adakah hanya ditujukan kepada Khalid Samad sahaja atau pun ada individu - individu lain?

Yang pasti Zulkifli Nordin menyatakan di dalam laman blognya bahawa firaun yang dimaksudkan lebih daripada seorang kerana menyebut 'firaun - firaun kecil' bukannya firaun sahaja!

Individu kedua yang boleh dikategorikan sebagai firaun ini mungkin Timbalan Presiden PKR sendiri, yang memang diakui membawa fahaman sosialis yang sama regim dengan komunis. Jika firaun dahulu mengaku bahawa dialah Rab dan Tuhan maka firaun kecil ini memang wajar diberikan kepada empunya badan ini ekoran fahamannya yang menolak konsep ketuhanan (fahaman komunis!)

Individu ketiga adalah Setiausaha Agung PKR yang baru Sdra Saifuddin Nasution. Biasalah, baru naik pangkat mesti tunjuk macam bagus depan boss, baru boss 'teruja'. 'Teruja' yang macamana..haaaa itu kita tidak tahu!

AMK Selangor yang diketahui 'Geng 2 Khalid' (G2K) juga melalak (pinjam kata YB Zul sendiri!) sama minta beliau dipancung ditamatkan riwayat kesan degil tersebut! Apa yang menyibuk ni? Ini urusan orang tua - tua, budak kecil yang masih kencing dalam seluar lagi harus duduk diam-diam! Balik, pakai pampers dulu!!

Mungkin ada 2-3 atau 10 orang lagi yang dimaksudkan oleh YB Zul4Kulim ini sebgai firaun - firaun kecil di dalam parti berbilang kaum tersebut. Tetapi mungkin peranan mereka - mereka itu tidak sebesar mana hanya mencucuk-cucuk pemimpin atasan mereka supaya Zulkifli ini disingkirkan! Cucuk yang macamana...haaa itu kita tidak tahu!!!

Bagi saya mereka bukanlah firaun-firaun kecil tetapi lebih kepada ahli sihir dan tukang nujum firaun yang kuat membodek untuk mendapatkan sesuatu!

Ahli-ahli sihir ini yang mewarisi kehebatan 'Firaun Besar' boleh berubah-ubah seperti sesumpah juga! Kehebatan sesumpah-sesumpah kecil ini menjadikan urusan parti jadi tunggang langgang. Paling hebat menjadikan bahagian parti milik pengerusi sebuah negeri terbubar kerana majoriti letak jawatan! Pengerusi tersebut yang merupakan MB juga terus semput dan songkok yang dipakainya makin senget hingga nak terjatuh!

Di Pahang, baru menang satu kerusi Parlimen bikin kecoh macam menang satu negeri! Merajuk dengan Pengerusi negeri pergi minta nenen dengan Penasihat Umum..! Akhirnya tersengih sebab dah dapat nenen baru!

Ini semua tugas sesumpah -sesumpah kecil yang menyebabkan Bapak Sesumpah dan 'Firaun Besar' ini makin huru hara hidupnya! Minggu depan kena pergi Jalan Duta singgah minum teh, dan pekena roti canai! hehe.. jangan lari tak bayar lagi macam dulu-dulu sudahlah!!!

Entri blog terbaru YB Zulkifli Nordin menarik minat saya terutama 2 rangkap terakhir pada perenggan ketiganya berbunyi begini, 'Politik menghalalkan segala cara walaupun mengadai anak bini, politik itu tuhan walaupun ALLAH terpaksa dipijak'.

Siapa anak dan bini yang digadaikan, mesti ada kaitan dengan firaun - firaun kecil yang dimaksudkan. Adakah saya tertinggal seorang nama firaun kecil ini..? Ohya..Azmin Ali..mungkin!!

26 Januari 2010

Hina Almarhum Baginda Sultan : Bila Nak diHadapkan ke Mahkamah?



Selepas terdedahnya identiti manusia lahanat bernama Khairul Nizam @ Adukataruna dan penyerahan diri sibangsat tersebut, masih belum ada lagi berita mengenai penahanan reman mahupun pendakwaan.

Hati orang Melayu remuk dan hancur terutama di Johor Darul Takzim. Almarhum Baginda Sultan Iskandar dihina sedemikian rupa tetapi tindakan sangat perlahan.

Adakah sibangsat itu masih di Kelantan ataupun telah 'diekstradisi' ke Johor dimana hampir 31 laporan polis telah dibuat?

PDRM dan KDN mesti bertindak cepat kerana isu penghinaan ini dianggap enteng oleh sebilangan bangsat di bumi bertuah ini. Selepas kes si bangsat ini meletup di blogesfera, terdapat beberapa siri penghinaan yang cukup menghiris hati dan perasaan umat Melayu.

Janganlah Menteri Amaran ' Saya tetap teragak-agak' Negara masih pasif. Takut mengambil tindakan dan lemah menjalankan tugas. Jika begitulah jadinya, maka KPI si menteri ini perlu diturunkan lagi selepas isu provokasi agama yang lepas gagal ditangani dengan baik.

Kenapa isu si budak Aswara yang dituduh mebuat provokasi di dalam laman Facebook cepat dibawa kemuka pengadilan tetapi isu penghinaan kepada Almarhum baginda Sultan Iskandar seperti tidak berjalan langsung?

Si Taslif kena tahan selepas 1 aduan dibuat oleh Puteri MIC tetapi sudah 31 laporan dibuat kepada silahanat bernama Khairul Nizam ini, masih tidak ada kemajuan kes selepas penyerahan diri malaun ini di Tumpat petang semalam.

Pencetus - pencetus provokasi kepada isu kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar seperti yang didedahkan oleh beberapa blogger perlu segera di ambil tindakan.

Kelak kalau lambat KDN bertindak, mereka akan menggunakan isu ini sebagai precedent case untuk menghalalkan cara mereka menghina Raja-raja dan Institusi Raja Melayu.

Harap Perdana Menteri 1Malaysia tukar Menteri Dalam Negeri sedia ada kepada individu yang lebih layak sebelum dia menjadi liabiliti kepada kerajaan..!! 

20 Januari 2010

Pilihanraya Kampus : Antara Kesungguhan Pas, Kepekaan PKR dan Kelembapan UMNO!




Umum mengetahui bahawa setiap tahun akan di adakan piliharaya kampus di semua Universiti Awam di Malaysia untuk memilih barisan kepimpinan pelajar yang baru.

 Seringkali kita mengabaikan perjalanan demokrasi kampus ini kerana kita fikir ini politik budak-budak tetapi kita harus ingat, bahawa disinilah lubuk untuk kelahiran pemimpin generasi baru dan wajah baru pengundi di peringkat nasional kelak!

Bagi sesiapa yang pernah terlibat secara langsung dengan politik kampus ini akan menyatakan bahawa disinilah tempat untuk kita melatih diri untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Bukan sahaja menjadi pemimpin politik tetapi juga di alam kerjaya mahupun pemimpin setempat/masyarakat.

Dan disini jugalah tempat parti - parti politik mencari bakat baru untuk dikaderkan menjadi jentera kempen, agen, peraih undi dan tukang provokasi.

Sepanjang 4 tahun saya terlibat di dalam politik kampus di UKM, melihat potensi besar kepimpinan belia ini tidak digunakan sebaik mungkin oleh UMNO dan kerajaan amnya.

Acap kali bakat kepimpinan yang ideal terlebih dahulu 'dicuri' oleh Pas untuk direkrut menjadi proksi mereka di kampus.

Saya juga hampir terjebak ketika di tahun pertama tetapi mujurlah pendirian saya berkenaan parti politik telah disetkan terlebih dahulu sebelum memasuki gerbang ilmu di Bangi tersebut.

Mahasiswa perlu akur bahawa hadirnya mereka di menara gading adalah untuk menimba ilmu dan mengenggam segulung ijazah tetapi perlu diingatkan ijazah bukan tiket tunggal menjadi modal insan yang berjaya.

Pembinaan karakter dan mempunyai hubungan sosial yang baik juga perlu dibina di dalam diri. Maka keterlibatan di dalam politik kampus sedikit sebanyak membina nilai dalam diri.

Kenapa Pas (dan sekarang PKR juga) beria - ia sangat untuk turut serta di dalam politik kampus, tetapi tidak bagi UMNO?

Pas melihat bahawa campurtangan dan penglibatan mereka di dalam politik kampus akan menjadikan generasi baru pengundi ini sebagai fix deposit mereka pada pilihanraya umum akan datang!

Secara matematiknya setiap tahun akan lahir 50,000 orang graduan daripada IPT ini dan semestinya had umur mereka melepasi had umur minimum pengundi yang ditetapkan oleh SPR iaitu 21 tahun.

Mana yang kita lebih percaya, kempen seorang mat rempit yang memakai baju Putera UMNO dengan gaya selekah dan menghisap rokok dengan seorang budak lepasan universiti yang berkempen untuk pembangkang dengan lagak kemas? Sudah mesti cakap budak universiti tu lebih dipercayai walaupun isinya lebih banyak bahalul daripada betul!
Dek kerana itulah mereka sangat peka dan bersungguh di dalam politik kampus ini. Secara jelas kita dapat melihat hierarki kepimpinan mereka juga ada yang datangnya daripada pemimpin kampus dahulu.

Saya ambil contoh kepimpinan kampus di UKM, Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat adalah mantan YDP PMUKM Sesi 87/88. Dr' Lo' Lo' Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) merupakan bekas Naib YDP PMUKM. Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR merupakan YDP PMUKM Sesi 84/85. Abdullah Abdul Karim, Exco Pemuda Pas Pusat, mantan PMUKM Sesi 2001/2002.

Tidak dinafikan terdapat juga nama - nama besar tokoh pelajar yang menjadi pemimpin poltik UMNO seperti Dato' Razali Ibrahim (mantan YDP PMUKM 91/92, Dato' Fuad Hassan (mantan YDP PMUKM 76/77, Dato' Rahman Bakar, bekas Timb Menteri Sumber Manusia (mantan TYDP PMUKM 80/81) dan Dato' Rais Zainuddin, bekas exco Kerajaan N.Sembilan (mantan YDP PMUKM 80/81), tetapi kesinambungan kepimpinan itu tidak ada.

Yang hanya kekal ketika ini adalah Dato' Razali Ibrahim itupun hanya menempatkan diri di persada politik nasional selepas usia menjangkau 40 tahun. Yang lain entah ke mana!

Tidak seperti Pas dan PKR. Setiap tahun akan lahir kepimpinan muda yang keluar daripada universiti. Sistem perkaderan dan rekrut yang di amalkan oleh mereka juga nampak lebih tersusun dan sistematik sehinggakan sukar untuk dikesan.

Sistem perkaderan yang berselindung disebalik kegiatan usrah dan aktiviti ko-kurikulum sukar untuk diambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana modus operandinya sangat licik dan kelembapan bahagian HEP universiti bertindak.

Bagi UMNO pula lebih suka tidak mahu campurtangan secara langsung mungkin kerana khuatir disebarkan dan dihebahkan oleh media pembangkang. Berlainan pula dengan Pas, mereka langsung tidak menghiraukan dan gentar dengan pendedahan yang bakal mereka terima sekiranya kegiatan mereka telah bocor oleh media kerajaan.

Pemuda UMNO dengan lagak sombong dan elitnya dan Puteri dengan lagak cunnya masih sibuk dengan hal entah apa-apanya sedangkan Pemuda dan Muslimat Pas serta AMK PKR sedang aktif meracuni pemikiran pelajar kampus!

Secara psikologinya, UMNO kalah dengan Pas secara total!

Tahun ini pilihanraya kampus datang lagi. Berita tentang kemenangan calon pemimpin pelajar pro-pembangkang yang melabelkan diri sebagai Pro-Mahasiswa (Pro-M) di Universiti Malaysia Terengganu yang didedahkan oleh blog Anwaribrahim dan media alternatif milik pembangkang yang lain sangat merisaukan saya.

Sebelum ini budak - budak pro-pembangkang tidak ada kekuatan di IPTA - IPTA yang baru dan hanya gah di universiti klasik seperti UM,UKM,UPM,USM,UTM dan UIA sahaja. Berita ini menjadi isyarat jelas bahawa pengaruh Pas dan PKR (juga DAP melalui DEMMA) mula masuk di universiti awam yang baru!

Minggu hadapan akan berlangsungnya piliharaya kampus di 6 buah IPTA lain termasuk UM,UKM dan UPM.

Kerajaan perlu memandang serius tentang perkembangan dan pola pilihanraya kampus kali ini. Tetapi amat malang, Kementerian Pengajian Tinggi yang dipimpin oleh seorang menteri yang mencebik dan mencemuh usaha pelajar pro kerajaan (seperti artikel saya tahun lepas), dikuasai oleh mereka yang pro-PKR dan pro-Pas!

Maka kita akan tunggulah lahirnya lagi pegawai - pegawai PTD dan agensi kerajaan lain yang datang daripada kepimpinan pro-pembangkang di pejabat - pejabat kerajaan kelak. Nak tapis masa temuduga, SPA tidak ada sistem yang boleh semak sama ada dia tu ok ke atau alat Pas/PKR masa belajar dahulu.

Jadilah seperti sekarang, pejabat kerajaan melambak pegawai yang pro-pembangkang. Maka tidak hairanlah kalau rahsia kerajaan (seperti perbelanjaan & pengurusan) terlepas ke pihak di sebelah sana!

Jangan salahkan ibu mengandung tetapi salahkan PM 1Malaysia yang salah pilih menteri!

***************************
*PMUKM adalah singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan sejak tahun 1970 dan dipilih melalui pilihanraya kampus.

16 Januari 2010

Provokasi Agama : Budak Aswara di Tahan, Apa Kes Malaysiakini, Anthony Loke dan Teresa Kok?



Apa ni..??? Kenapa budak Aswara yang berumur 25 tahun ditahan dan dihadap kan ke mahkamah atas sebab menghantar 11 perkataan berbentuk gurauan di dalam laman Facebook?

Cepat betul polis kita bertindak dan pendakwaan di mahkamah. Tahniah la di ucapkan!

Tetapi bagaimana pula kes Malaysiakini yang mengandungi komen yang lebih berbaur hasutan dan subjudis kepada Islam dan Melayu? Dah banyak laporan polis dibuat, apa perkembangan kes..?

Si Anthony Loke Ketua Pemuda DAP Pusat pernah menulis di dalam blog untuk menghantar Sultan Perak ke Neraka ketika isu Kerajaan Negeri Perak dahulu. Apa polis buat? Ambil keterangan  di pejabatnya ala-ala membuat kunjungan rasmi gitu!!! Lepas tu senyap!

Teresa Kok dengan pendekatan anti-Melayunya juga tidak diambil tindakan. Sama juga macam kes perhimpunan haram anti-PPSMI, cakap je lebih, sampai hari ini seekor pun tak di dakwa!!

Nampaknya kerajaan dan Menteri Amaran 'saya tidak teragak-agak' Negara hanya berani bertindak sekiranya individu itu bukan daripada pembangkang.

Jika begitulah, lebih baik kita menyokong pembangkang kerana kerajaan tidak akan berani bertindak!

Budak yang hanya menghantar komen berbentuk gurauan terus diheret dimahkamah sedangkan individu lain yang mencetuskan kerisauan dan keresahan rakyat dibiarkan sahaja tanpa di ambil tindakan tegas kerana mereka adalah datang dari pembangkang!!

Tahniah lah kepada kerajaan 1Malaysia, Pembangkang diutamakan, 'silent majority' dilupakan!'

14 Januari 2010

Menteri Pasola Era 1Malaysia!!



Watak Menteri Pasola sangat diingati sebagai watak antagonis bagi filem ilham Allahyarham Tan Sri (Dr) P.Ramlee. Pasola digambarkan sebagai seorang menteri yang berkaliber (pada pandangan Sultan Pasir Dua Butir).

Tetapi mengkhianati sultan dek kerana mabukkan kuasa (tetapi tidak lah sampai bawak kereta terbalik di kawaan had laju kurang 60km/j!).

Maka, bantuan daripada negeri yang dinaungi iaitu Negara Pasir Berdengung ditagih. Dihantar 3 laksamana yang hebat untuk menentang Menteri Pasola dan kuncu - kuncunya.

Akhir babak seperti yang dijangka, Menteri Pasola terbunuh dan Negara Pasir Dua Butir kembali aman tetapi landskap dan geo-politik telah berubah. Ekonomi dan sistem sosial perlu dibina semula. Ini natijah daripada pengkhianatan Menteri Pasola.

Hari ini dalam kerajaan 1Malaysia yang kaya dengan slogan, watak antagonis Menteri Pasola ini seakan muncul cuma bentuk watak itu terdapat sedikit perubahan...

Jika dahulu Menteri Pasola digambarkan sebagai menteri paling kanan dan orang yang paling dipercayai, maka kini Menteri Pasola 1Malaysia juga dianggap orang paling dipercayai di dalam menteri kabinet.

Tetapi Menteri Pasola era P.Ramlee lebih bermaruah kerana dia sanggup menyanggah dan menumbangkan kerajaan sedia ada secara terang - terangan. Tidak seperti Menteri Pasola era 1Malaysia, menentang dan menghancurkan negara dari dalam dan secara diam!

Hal ini tidak sukar untuk dianalisis dan dipercayai. Melihat suasana keadaan politik negara dan isu semasa yang sering kali tidak memihak kepada kerajaan menjadikan asas yang kuat bahawa segala kepincangan ini adalah dibantu dengan hadirnya Menteri Pasola versi alaf baru ini!

Anehnya, kehadiran menteri - menteri pasola ini di dalam kabinet Kerajaan 1Malaysia seakan - akan direstui oleh pucuk pimpinan negara. Tidak ada tindakan drastik mahupun langkah kontigensi di ambil untuk menangani persepsi daripada rakyat marhaen!

Di dalam UMNO misalnya, 'menteri - menteri pasola' ini berada ditempat yang atas seperti 2 daripada 3 kerusi naib presidennya. Ada juga menteri pasola yang tidak bertanding di dalam Pemilihan Agung UMNO tetapi menjadi menteri dan dilantik menjadi Ahli MT tanpa perlu berkempen secara 'sihat'!

Ada juga menteri pasola junior yang menang kerusi Ketua Pemudi walaupun disabitkan dengan kesalahan 'sumbangan peribadi' semasa kempen pemilihan.

Tetapi Perdana Menteri hanya mampu melihat dan senjata ampuhnya iaitu 'play safe' dipraktikalkan dengan sempurna!!

Maka lahirlah persepsi negatif di kalangan rakyat yang melihat Kerajaan 1Malaysia hanya hebat dengan slogan untuk diTransformasikan menjadi robot Transformer tetapi kudis di dalam tidak mahu diubati.

Jika dahulu Menteri Pasola berjaya menjadikan sultannya membina kerajaan di bawah pokok, tetapi kesan perbuatan Menteri Pasola era 1Malaysia ini akan lebih teruk.

Sekurang - kurangnya dahulu sultannya boleh juga mengurus kerajaan di bawah pokok. Ada jugalah kerajaannya...

Tetapi penangan Pasola 1Malaysia akan menyebabkan tumbangnya kerajaan dengan hinanya...

12 Januari 2010

Beza Pemimpin Politik dan Pemimpin Kerajaan


Mungkin kebanyakan orang berpendapat pemimpin politik adalah sama dengan pemimpin kerajaan sekiranya parti yang ditandinginya membentuk kerajaan tida kira kerajaan persekutuan atau negeri.

Namun hakikatnya terdapat jurang pemisah antara pemimpin politik dan pemimpin kerajaan. Mungkin terdapat pemimpin politik yang berjaya tetapi gagal menjadi pemimpin kerajaan. Ada juga yang menjadi menteri ataupun exco kerajaan negeri yang berkarisma tetapi di dalam arena politik, gagal!

Walaubagaimanpun terdapat segelintir individu yang mempunyai kriteria yang mencukupi untuk menjadi pemimpin politik yang disegani dan pemimpin kerajaan yang dihormati tetapi jumlahnya amatlah sedikit!

Contoh pemimpin politik yang berjaya tetapi pemimpin kerajaan yang lemah banyak terdapat di dalam kelompok pemimpin parti pembangkang. Murshidul Am Pas yang berperanan sebagai penasihat menjadi lebih dominan daripada Presiden Pas sendiri.

Kenyataan - kenyataan Murshidul Am ini akan dilihat seperti kenyataan rasmi Pas walaupun ianya keluar bukan secara konsesus ahli majlis tertinggi parti. Kenyataan peribadi menjadi hujah tunggal! Ini menunjukkan bahawa Murshidul Am ini mempunyai pengaruh yang besar di dalam parti. Beliau boleh digelar sebagai seorang yang berjaya menjadi pemimpin politik.

Walaubagaimanapun, untuk menjadi pemimpin kerajaan yang efisien, kejayaan menjadi pemimpin politik tidak boleh dijadikan asas. Beliau boleh lah dianggap sebagai pemimpin kerajaan yang lemah dek kerana kepincangan pemerintahan Isle di Kelantan menjadikan negeri yang kaya dengan 'human capital' itu ketinggalan daripada negeri - negeri yang lain. Lebih ketara apabila beliau menuduh segala kepincangan dan kebobrokan yang berlaku dalam negeri pentadbiran beliau adalah disebabkan UMNO dan BN!

Seboleh - bolehnya setiap benda buruk yang berlaku pasti menuding jari ke arah UMNO dan BN. Ini bukan ciri pemimpin yang idealistik, ini pemimpin yang retorik!

Contoh lain adalah pemimpin - pemimpin pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor. Berjaya mendaki puncak parti dan bergelar Majlis Tertinggi Pusat dan Negeri tetapi gagal apabila menjadi Ketua Menteri/ Menteri Besar dan exco negeri.

Amalan Pas sejak berkurun lama iaitu 'tai chi method' (menuding jari kepada orang lain) dipraktikkan dengan jayanya sekiranya gagal menangani sesuatu isu dengan berkesan. Mangsanya sudah semestinya BN! Begitu mudah menjadi pemimpin kerajaan apabila berkuasa. Semua yang tidak kena adalah salah BN. Anak dia terberak dalam seluar di sekolah pun pasti menyalahkan BN!

Berlainan pula di blok kerajaan kerana ramai tokoh yang dilihat berjaya menjadi pemimpin kerajaan tetapi gagal menjadi pemimpin politik.

Lihat bagaimana Samy Vellu, Rafidah Aziz, Abd Kadir Sheikh Fazir dan Syed Hamid Albar.

Walaupun mereka juga diselubungi beberapa insiden dan skandal yang mengejutkan negara misalnya MRR2 (Samy Vellu), AP (Rafidah Aziz) dan Pulau Batu Puteh (Hamid Albar) tetapi prestasi mereka secara keseluruhan boleh dibanggakan.

Kejayaan Samy Vellu menyelesaikan masalah dan aduan orang ramai berkenaan tugasan Kementerian Kerja Raya amat membanggakan. Sehingga kini prestasi dan kaedah kerja Samy Vellu di kementerian ini sering disebut dan dibandingkan dengan menteri sedia ada. Ini adalah pengalaman saya sendiri.

Walaupun ada beberapa insiden yang menyebabkan saya marah kepada beliau seperti kes kalongan selipar kepada Tun Dr. Mahathir, tetapi sumbangan beliau tidak boleh kita nafikan begitu sahaja. Tetapi diluar sana, beliau dianggap liabiliti kepada BN dan menyebabkan undi kaum India jauh merosot.

MIC mungkin tidak ditadbir dengan baik oleh beliau, tetapi kepimpinan beliau di dalam kementerian ini wajar diberi kredit.

Abd Kadir Sheikh Fadzir adalah Menteri Perlancongan yang berjaya. Dengan imej bow beliau berjaya menjadikan Malaysia destinasi perlancongan terkemuka di dunia. Idea untuk menarik kedatangan pelancong daripada Timur Tengah adalah hasil cetusan beliau walaupun ketika beliau menjadi Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, rakyat Timur Tengah tidaklah 'kuat berjalan' seperti sekarang.

Imej RTM pun diberikan nafas baru dengan sentuhan beliau. Boleh disimpulkan bahawa beliau mempunyai kredibiliti membawa perubahan di dalam kementerian yang diterajui. Tetapi beliau gagal dalam percaturan politik di dalam UMNO.

Begitu juga dengan Syed Hamid Albar, dicabar dan tercabar di dalam UMNO Bahagian Kota Tinggi yang diterajuinya tetapi menjalankan kerja dengan baik semasa menjadi Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri.

Semasa beliau menjadi Menteri Luar, kebanyakan kenyataan rasmi negara adalah tegas dan cenderung menyokong negara - negara berkecuali. Tidak seperti sekarang, suara kita mirip suara Singapura. Apa yang dikatakan Amerika Syarikat, semuanya benar belaka. Duta yang menentang polisi zalim dipanggil pulang!

Anifah Aman seorang yang merajuk sebab tidak dilantik menjadi menteri penuh dalam era Pak Lah tetapi tidak ada karisma memimpin Wisma Putra!

Ketika era Syed Hamid Albar menjadi Menteri Dalam Negeri lah isu kalimah Allah ini ditimbulkan. Keengganan beliau untuk menarik balik larangan akhbar Herald Tribune telah mengundang amarah Pak Lah. Ketegasan beliau menahan Teresa Kok dan seorang wartawan akhbar cauvinis Cina dengan ISA menyebabkan Pak Lah memarahi beliau.

Beliau cuba menjalankan tugas sebagai seorang Islam dan Melayu apabila melihat kesucian Islam mula dinodai, tetapi kerana beliau terikat dengan ketua yang lemah, maka beliaulah yang dijadikan bahan cercaan.

Tidak seperti Menteri Dalam Negeri kini, hanya mengugut dan memberi amaran tetapi tidak berani bertindak!

Justeru itu layaklah Syed Hamid Albar tergolong di kalangan pemimpin kerajaan yang disegani tetapi gagal di dalam kancah politik, tersingkir dalam hierarki terbaru kabinet Malaysia..

Mencari pemimpin yang berjaya di dalam kerajaan dan politik bukan satu tugas yang mudah. Ada pemimpin yang mempunyai pengaruh yang besar di dalam politik tetapi menjadi tidak popular apabila membuat keputusan kerajaan dan ada pula pemimpin yang cekap di dalam urus tadbir kerajaan tetapi tenggelam dek henyakan bahana parti siasah mereka sendiri...

Tuntasnya kebijaksanaan pemimpin di atas pentas politik tidak boleh dijadikan kayu ukur atau tiket automatik untuk menilai kebijaksanaan beliau di dalam pentadbiran kerajaan. Ada pemimpin yang tidak pandai berpolitik tetapi bagus di dalam tugas urus tadbir kerajaan.

Terpulang kepada kita untuk memilih pemimpin mana idaman kalbu kerana pemimpin yang hebat di dalam kedua - dua ini sangat sukar dicari selepas bersaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad.......

Pemimpin politik - untuk survival agama dan bangsa
Pemimpin kerajaan - untuk survival generasi akan datang

08 Januari 2010

KAA BAAA BOOOOM! Mengapa Mesti Melatah Pas ?


Sudah dijangka api yang sedang marak pasti akan disimbah lagi dengan minyak oleh petualang. Isu mahkamah telah bertukar menjadi sentimen agama!

Semalam saya berjanji untuk tidak mahu lagi komen berkenaan isu Kalimah Allah ini tetapi hari ini isu ini telah mengheret kita kepada konflik yang lebih buruk padahnya jika tidak dibendung daripada awal lagi. Konflik agama!

Malam tadi dikejutkan oleh berita perlakuan sabotaj kepada gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati. Dikhabarkan juga terdapat beberapa gereja lain yang terlibat walaupun belum ada lagi bukti sahih!

Keadaan ini telah dijangka melihatkan senario kini yang gagal ditangani secara berkesan oleh pemimpin tidak kira pemerintah, pembangkang ataupun NGO.

Ini juga membuktikan kelemahan Menteri Dalam Negeri dalam mengawal gelora isu ini daripada dieksplotasi oleh pihak tertentu untuk menggugat kestabilan negara.

Kerisauan dan kegusaran saya melihatkan sentimen kebencian yang sering ditiup dan disemarak saban hari melalui media alternatif dan media konvesional akan berlakunya perkara lebih buruk telah terjadi malam tadi!

Ini di tambah lagi dengan siri bantahan dan demonstrasi yang akan di adakan selepas Solat Jumaat nanti. Pasti keadaan akan menjadi lebih kritikal jika tidak dibendung dengan baik!

Tetapi kenapa perlu agensi berita asing iaitu Associated Press yang melaporkan dahulu, tidak dimedia tempatan? Portal berita pertama yang melaporkan adalah agen propaganda pembangkang Malaysiakini.

Apa yang menarik disini adalah kenyataan Naib Presiden Pas iaitu Salahuddin Ayub di dalam media penyebar fitnah Haprakah Daily.

Beliau seperti dipetik menyatakan tindakan sedemikan tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan beragama. Saya ambil bulat-bulat perkataan daripada kenyataan beliau dalam Haprakah Daily tersebut.

Ada dua kesimpulan yang boleh dilihat daripada kenyataan Salahuddin ini. Pertama, beliau seorang yang cepat melatah dan terus menuduh orang Islam sebagai pelaku sedangkan kita belum tahu lagi adakah pelakunya seorang Islam atau agen tertentu untuk menggugat kestabilan negara kita!

Kedua, kenyataannya akan meletakkan masyarakat Melayu-Islam di dalam kandang orang bersalah walaupun siasat masih diperingkat awal! Kenyataan yang BODOH dan DAYUS!!!

Saya pasti, isu ini akan menyebabkan kita (orang Melayu) akan melompat lagi! Sikap cepat melatah dan terburu - buru akan memakan diri lagi!

Semestinya kesalahan pasti dituding kepada orang Melayu yang menjadikan isu Kalimah Allah itu sensasi dan kegagalan kerajaan mengawal isu ini daripada meleret - leret!

Sedangkan perlakuan sabotaj tersebut boleh juga ditujukan kepada orang Kristian untuk membuat 'reverse-psychology' seperti yang berlaku di Perang Balkan 1990-1992 ataupun dicipta oleh agen luar seperti di Negara Seberang Tambak Johor yang memang tidak mahu melihat kita hidup aman damai! Ini bukan tuduhan tapi andaian.

Maka untuk membuktikan siapa pelakunya perlu disiasat dengan rapi!

Jangan peristiwa ketuk ketampi olahan skrip Teresa Kok yang telah memalukan kerajaan Malaysia pada era Kerajaan Islam Hadhari dahulu berulang!.

Dihantarnya menteri dan timbalan untuk meminta maaf pada Negara China kononnya mangsa rakyat China tetapi akhirnya orang tersebut merupakan rakyat tempatan berbangsa Melayu! Teresa terus diamlah sebab yang kena tu bangsa Melayu bukan bangsa dia!

Sikap Salahuddin Ayub ini mencerminkan perwatakan seorang yang bodoh dan tidak layak menjadi pemimpin apabila berhadapan dengan masalah kotegensi yang datang secara mengejut! Pemimpin perlu tenang berfikir serta bercakap dan bertindak atas pemikiran yang rasional bukan terburu-buru!

Jika inilah sifat yang ada dikalangan pemimpin Pas, maka akan lebih haru biru keadaan negara apabila diperintah oleh mereka. Mudah sangat membuat kesimpulan tanpa berfikir panjang!

Dato' Hisham selaku Menteri Dalam Negeri gagal bertindak secara efektif menangani masalah ini. Sikap hanya bercakap dan memberi amaran telah menjadikan isu ini semakin membarah!

Saya sejak mula - mula perlantikan beliau memegang jawatan ini sudah melihat bahawa beliau tidak cukup kredibilti memimpin kementerian yang penting ini. Sehingga di gelar sebagai Menteri Amaran Negeri sebab asyik memberi arahan dan amaran sahaja, tindakan kosong!!

KPI beliau patut ditanda dengan pen merah sebab sangat teruk memimpin! Najib perlu bertindak segera sebelum keadaan lebih parah!!

07 Januari 2010

Bantahan Isu Kalimah Allah : Kita Meniru Gaya Kaum India ?


Ini ulasan terakhir saya berkenaan isu Kalimah Allah ini. Isu ini sudah meleret - leret jadinya. Daripada isu maruah agama telah bertukar menjadi episod politik pra-matang parti - parti siasah tanahair.

Apa yang ingin saya luahkan adalah sikap kita sebagai memegang kalimah Laillahaillah sebagai maksud hidup.

Corak pemikiran dan tindakan kita sudah sampai di tahap cepat melatah dan tidak berfikir panjang. Saya bersetuju jika bantahan dikemukakann tetapi itu hanya penyelesaian jangka pendek, apa solusi kita sekiranya masalah dan isu seakan ini berbangkit di masa depan kelak?

Penyelesaian perlu tuntas dan bersifat jangka panjang. Bukan hanya menunjukkan emosi kita apabila isu masih hangat tetapi nanti terus diam bila sudah tidak dimainkan oleh media!

Lagipun saya melihat perangai kita sudah seakan menjadi kaum India apabila isu agama mereka dicabar.

Lihat apa yang mereka buat apabila kuil mereka hendak diroboh walaupun mereka tidak pernah tahu kewujudan kuil itu apatah lagi pergi menyembah berhala disitu?

Dengan lagak samseng dan otainya mereka menjadi jaguh menghalang proses meruntuhkan kuil sehingga sanggup mencabar secara fizikal dan mental pihak berkuasa. Sedangkan kalau ditanya perihal agama Hindu yang dianutinya pun mungkin tidaklah sehebat mana atau lebih teruk langsung 'jahil' tentang anutannya!

Kontroversi yang tercipta kini melihatkan 'penyakit' bangsa India ini sudah 'merebak' kepada orang Melayu. Saya malu melihat, kononnya pejuang agama Allah berhimpun kesana sini, memekik, memprovokasi dan menghantar memorandum bantahan tetapi adakah kita memelihara agama Allah ini di dalam hati kita?

Kita sibuk menghentam paderi-paderi dan penganut Kristian kerana niat mereka mengeksplotasi kalimah Allah tetapi adakah kita cukup sempurna amalan Islam dalam diri? Adakah sebelum sibuk berdemonstrasi awal pagi, kita menunaikan solat subuh?

Kita hanya berani menunjukkan kita lebih Islam daripada orang lain apabila dikhalayak ramai tetapi bila bersendirian, Islam diketepikan?

Saya ingin menanya diri saya dan kalian semua adakah kita bangun awal untuk solat subuh pada hari ahad sedangkan penganut Kristian sedang menuju ke gereja mereka? Mesti terdetik dalam hati kita, 'ah..ini hari ahad, biarlah aku tidur lama sikit selepas penat bekerja seminggu!'

Tetapi bila sahaja kalimah Allah ini disensasikan sedemikian rupa, kita bangkit menentang dan membantah! Sedangkan jiwa munafik sedang bergelegak di dalam hati kita! Nauzubillah!!

Seharusnya kita mengambil tindakan dengan melihat kembali apa yang telah kita buat untuk agama Allah dan negara kita. Bukan hanya 'berjuang bermusim'. Ketika ada isu, akulah jaguh! Bila tiada isu, solat pun tangguh-tangguh!

Maka kita tidak ada bezanya dengan gengster - gengster kaum India yang tidak tahupun amalan anutan Hindu mereka dan tak pernah pun pergi kuil tetapi bila ada isu kuil untuk dirobohkan walaupun sekecil kecil kuil haram pun, mereka bangkit menyanggah!

Inilah realiti yang harus kita terima bahawa bangsa Melayu kita ini hebat bila ada orang melihat mereka. Lebih suka dinilai luaran daripada dalaman.

Seharusnya kita perlu melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas dan dalam masa jangka panjang. Jangan nanti atas tindak tanduk kita, penganut ajaran lain semakin skeptikal dengan Islam.

Tunjukkanlah akhlak dan perilaku yang baik kerana akhlak itulah dakwah yang paling bijaksana!

06 Januari 2010

Antara Rakan UMNO di BN dan Sahabat Pas di Geng Pakat Belum Daftar !!



Secara jelas melalui komposisi kaum dan etnik di Malaysia ini, kaum Melayu menguasai hampir 60% daripada populasi 27 juta rakyat Malaysia.

Maka secara matematik boleh dikatakan kaum Melayulah yang paling layak menerajui negara sebagai teraju pemerintahan sekiranya indikasi kepimpinan melalui kaedah demokrasi  yang mementingkan undi majoriti diguna pakai.

Ia berbeza dengan amalan ekonomi yang dipraktikkan oleh negara kita dengan berpandukan kepada sistem kapitalis.

Di mana sistem ini tidak meletakkan majoriti sebagai penentu tetapi kepada kaedah yang digubah dan diamalkan sejak zaman kolonial ini lagi. Memang pemerintah ada hak dalam mengatur perjalanan sosio-ekonomi negara tetapi sistem ini lebih bersifat 'autonomi' yang memberi kelebihan kepada kelompok yang berusaha keras dan opurtunis.

Akur dengan peninggalan penjajah ini, maka keadaan ekonomi Malaysia telah dicorak hampir 3/4 oleh bangsa selain Melayu.

Walaubagaimanpun, ekonomi banyak bergantung kepada kestabilan politik sesuatu negara-bangsa. Justeru itu penguasaan di dalam politik menjadi sasaran utama parti - parti siasah.

Untuk memerintah hanya diwakili oleh satu parti tunggal di Malaysia ini tidak mustahil jika dilihat rekod PRU-11 pada tahun 2004 dimana UMNO memenangai 109 daripada 210 kerusi Parlimen iaitu sebanyak 51%.

UMNO boleh membentuk kerajaan 'simple majority' kerana kerusi minima untuk membentuk kerajaan adalah 106 kerusi.

Tetapi UMNO tidak tamak. Ia kuat dengan disokong oleh parti - parti kompenan yang lain. Konsesus dan perjanjian yang dimeterai sejak tahun 1955 digenggam erat. Maka pembentukan kerajaan pusat dengan penyokong kerajaan menguasai 198 daripada 210 kerusi direalisasikan.

Secara jelas ketika itu, kuasa mutlak masih berada di tangan orang Melayu. Sebarang pindaan perlembagaan boleh dibuat dengan mudah dan undi berbelah bagi pasti akan menang jika ingin kelulusan sesuatu akta / usul. (tetapi tidak jika berlaku seperti Tragedi 14 Disember)

Ketika itu tiada langsung kedengaran isu yang mengugat sensitiviti kaum Melayu. Sama ada ia melibatkan perihal kepercayaan atau budaya Melayu, sangat sukar untuk melihat keadaan seperti yang melanda negara kini.

Rakan - rakan di dalam kompenan BN sangat taat kepada permuafakatan dan mengakui bahawa UMNO sebagai tunjang utama. Tidak ada sifat membuli tetapi lebih kepada 'mengukur baju dibadan sendiri'. Parti - parti ini tahu kekuatan dan kelemahan, maka penyertaan mereka di dalam parti dan kerajaan bergantung kepada prestasi mereka tersebut. Ia diteruskan sehinggalah hari ini.

Tetapi ia agak berbeza di kalangan parti pembangkang di Malaysia. Masing - masing ada doktrin dan matlamat perjuangan tersendiri. Masing - masing ingin menunjukkan siapa yang lebih hebat daripada yang lain. Selepas hampir 2 tahun PRU-12, mereka masih buntu untuk bersepakat menjadi 1 kompenan alternatif kepada BN. Lambang dan pendaftaran pun masih tidak nampak bayang!

 Agenda perjuangan parti - parti kompenan BN pun seakan sama dan mereka menghormati antara satu sama lain. Pergeseran itu lumrah dalam arena politik tetapi kesepakatan mereka tetap utuh.

Manakala agenda parti - parti pembangkang lebih banyak kerahsiaan di antara mereka. Ada agenda tersirat. Ini kita tidak dapat nafikan.

Beza antara rakan UMNO dan geng Pas dalam aspek menghormati agama rasmi persekutuan juga membawa kita untuk menilai keberkesanan konsep 'perkongsian kuasa' mereka.

Rakan - rakan UMNO terutama yang diangkat menjadi pemimpin, ADUN mahupun Ahli Parlimen dipastikan mereka tidak taksub kepada sesuatu misalnya kepercayaan atau budaya. Pemimpin - pemimpin yang bersifat radikal tidak akan diterima menerajui kepimpinan.

Berlainan pula di rakan Pas terutama DAP, pemimpin yang diangkat adalah tergolong di dalam kelompok cauvinis dan sangat skeptikal kepada orang Melayu! Tetapi yang lebih bahaya adalah kini keberanian mereka mengugat agama Islam dan raja - raja Melayu!

Kerana mereka tahu, jika Islam dan raja Melayu di aibkan maka mudahlah bagi mereka untuk memutuskan talian hayat Melayu di bumi Malaysia untuk membentuk Republik Malaysia!

Menyentuh mengenai calon dan wakil rakyat parti bukan Melayu, dilihat parti DAP lebih dikuasai oleh orang - orang beragama Kristian jika dibandingkan dengan MCA, MIC mahupun Gerakan.

Misalnya 15 Ahli Parlimen MCA kini tidak ada seorang yang beragama Kristian. Mudah dikenali melalui nama.

Tidak seperti nama - nama besar di dalam DAP seperti :
Anthony Loke Siew Fook - MP Rasah dan ADUN Lobak
Hannah Yeoh - MP Subang Jaya
Teresa Kok Suh Sim - MP Seputeh dan ADUN Kinrara
Ronnie Liu Lian Kiew - ADUN Pandamaran
Tony Pua Kiam Wee - MP Petaling Jaya Utara
Thomas Su Keong Siong - ADUN Pasir Pinji, Perak - Penolong S/Usaha Kerja DAP Pusat

Nama menunjukkan apa anutan mereka. Adakah mereka terlibat sama dalamkes Kalimah Allah ini sebagai 'tangan - tangan ghaib'?

Di PKR juga terdapat juga pemimpin berjiwa mubaligh seperti :
Dr Xavier Jayakumar - ADUN Seri Andalas
Dr Irene Fernandez - Ahli Majlis Pimpinan Pusat
William Leong Jee Keen - MP Selayang merangkap Bendahari Agung PKR
Johnson Chong - Pengarah Komunikasi PKR Pusat
Elizabeth Wong - ADUN Bukit TERLanjanG.

Secara jelas disini boleh disimpulkan berkongsi kuasa 'politik' dengan agama lain adalah lebih baik daripada pemimpin agama Kristian!

Benarlah firman Allah :
'Sekali - kali tidak akan redha orang -orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) sehinggalah kamu mengikuti jalan  - jalan hidup mereka'.
~ Al-Baqarah : 120

'Wahai orang - orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) menjadi teman setiamu, mereka satu sama lain sering melindungi. Barangsiapa diantara kamu menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang - orang yang zalim'.
~ Al-Maidah : 51



05 Januari 2010

Isu Kalimah Allah : 1Malaysia, Semua Sama!!




Sudah lama saya tidak mencoret luahan fikiran di dalam laman blog ini ekoran tuntutan kerja dan agak sibuk minggu - minggu kebelakangan ini.

Menarik untuk diungkap sejak dua menjak ini adalah skrip yang sama cuma olahan jalan cerita berbeza iaitu survival orang Melayu-Islam.

Bezanya kali ini adalah ia bukan sahaja menghina individu atau kelompok tertentu tetapi lebih berani dengan mempertikaikan agama Islam itu sendiri.

Maka keadaan ini menjadikan iklim sosio-politik Malaysia sering berada di dalam keadaan yang hangat.

Keadaan ini juga menjadi ujian daripada siri - siri ujian yang panjang kepada orang Melayu di Malaysia. Sejak kesediaan orang Melayu zaman pra-merdeka mengorbankan hak ekslusif mereka sebagai warga tunggal Tanah Melayu melalui kontrak sosial sehingga hari ini, umat Melayu asyik diuji dengan siri ujian yang panjang.

Ia menuntut kehebatan dan kebijaksanaan pemimpin Melayu dalam menangani masalah ini. Syukur, Alhamdulillah selepas 52 tahun, orang Melayu masih kekal (berkuasa) di Tanah Melayu. Tidak seperti di Temasik, Champa, Sulu.

Ironiknya, isu penggunaan kalimah Allah ini membawa kita kepada ujian sebenar bangsa Melayu di Malaysia mutakhir ini. Sama ada mereka benar - benar pejuang Melayu-Islam yang sebenar atau lebih mendambakan keuntungan politik semata - mata.

Di dalam blog, media cetak dan massa isu ini telah dikupas dan dibuak - buakkan tidak kira yang menyokong atau menentangnya. Tidak perlu saya ulas lagi kerana sudah memadai pandangan diluar sana.

Apa yang ingin saya bawakan adalah pemikiran yang lebih kritikal berkenaan isu ini iaitu tentang halatuju Gagasan 1Malaysia bawaan YAB Dato' Seri Perdana Menteri.

Sudah mula timbul sosek - sosek menyatakan kenapa tidak dibenarkan penggunaan nama Allah ataupun hak pembinaan rumah ibadat agama lain? Bukankah menjadi aspirasi PM untuk menjadikan bangsa- bangsa di Malaysia ini menjadi satu di dalam konsep 1Malaysia?

Maka halangan dan bangkangan tidak boleh diterima pakai memandangkan hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan hanya 1Malaysia. Maka hak kelompok-kelompok di dalam 1Malysia ini tidak boleh dinafikan!

Secara logiknya, hujah tersebut boleh diguna pakai. Maka precedent case untuk isu ini akan dijadikan hujah utuh di dalam siri-siri ujian orang Melayu yang akan datang.

Inilah yang saya khuatir berkenaan kalimah 1Malaysia ini! Ia boleh dimanipulasi dengan mudah!

Apa tindakan kerajaan dan parti pemerintah? Literasi dan penghebahan matlamat dan misi 1Malaysia yang sebenar masih kelam. Ia mudah di eksplotasi oleh orang - orang yang berkepentingan.

Di dalam suara - suara bantahan yang kedengaran hampir setiap hari, kita lupa melihat adakah tindakan kita selama ini betul atau tidak. Kita hanya marah apabila benda tersebut telah berlaku.

Contoh lain adalah kes kemalangan bas di Ipoh tempoh hari. Bising seketika kemudian senyap! Konsistensi kita di dalam sesuatu isu tidak bertahan lama.

Saya percaya dan yakin, walaupun isu ini dibawa ke Mahkamah Rayuan dan menang sekalipun, imej Islam dan Melayu di Malaysia telah tercalar kerana sistem yang kita bina sendiri!

Sistem perundangan kita telah hilang kredibilitinya kerana ia hanya dijadikan mainan dan alat propaganda oleh individu / badan tertentu. Lihat bagaiman kes liwat Anwar yang tertangguh dan Majlis 'tukang menyibuk' Peguam memanipulasi sistem perundangan kita.

Kerajaan dilihat agak takut untuk bertindak kerana takut dicop sebagai melanggar Perlembagaan dengan mencampuri urusan Badan Kehakiman. Momokkan ini telah menghantui kepimpinan negara kini. Tidak seperti Kerajaan Wawasan 2020 dahulu yang berani membuat sesuatu dan menanggung risiko demi kebaikan rakyat Malaysia bagi jangka panjang!

Terjadinya sesuatu isu pasti ada hikmah nya!

Siri ujian kali ini membawa kita untuk menilai sekuat dan seteguh mana akar perjuangan pembesar - pembesar Melayu tidak kira pemerintah atau penyanggah!

Sama ada lebih mementingkan kesucian agama yang mereka anuti ataupun mementingkan survival politik mereka!

Maka, dengan hasil ujian ini kelak akan memudahkan kita menjangkakan keputusan yang akan keluar atas siri-siri ujian untuk orang Melayu yang pasti dan pasti lebih getir di masa - masa akan datang.

Dan lebih mudah untuk menjangkakan jangka hayat politik orang Melayu adakah kekal atau dikambus untuk dikuburkan sedikit demi sedikit....