Wah hebat betul bila mengucup keris. Seperti pahlawan terbilang Zaman Emas Empayar Melaka! Tetapi sayang, selepas dikucup, maaf pula diucap atas sebab ketidakselesaan sindiran dan sanggahan orang.
Kini diberi pula kementerian yang cukup mencabar. Malangnya diberi kepada empunya badan yang bermulut besar,bertindak kurang. Hasilnya huru hara negara sebab dapat pak menteri hanya tunggu report polis dan penasihat-penasihat tidak rasmi! Cakap pun kena tunggu pegawai - pegawai duduk keliling!
Ayat yang terkenal keluar daripada mulutnya adalah, 'Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan'! Jika ada PC beliau, saya tertunggu - tunggu part ucapan ini ibarat menunggu peribahasa oleh Karam Singh Walia! hehehe..
Selepas isu Tasyrif dihadapkan kemahkamah sebab buat lawak dalam facebook, nampak dah macam garang sikit tetapi bila si Aduka Taruna tu bikin bangsat, hehehe..no komen dari menteri ini. Cukup sekadar akan diambil tindakan dan memberi amaran yang ke.... entah berapa banyak dah kepada orang ramai, don't play-play with me aaa..!
Ni seorang firaun kecil daripada parti Cap Mato tuduh pemuda UMNO yang bakar gereja! Siap mengaku ada bukti! Apa menteri ini cakap? Kita tidak akan mengambil tindakan..hehehe...
Hello pak menteri, itu bukankah cubaan untuk menganggu siasatan. Takkan tidak ada undang-undang yang boleh menghukum cubaan menganggu siasat polis! Atau sebab memang perangai pak menteri ini kalau bab pembangkang tidak mengapa, dihalalkan untuk membuat fitnah!!
Jika Azmin ada bukti, sila ambil keterangan beliau bukan terus kecut telor, tak kisah adu domba si pengadai anak bini ini (bak kata Zul4Kulim)!
Dia ada bukti, bawa ke balai polis. Yang budak2 tu boleh dipendekkan reman dan hadap terus ke mahkamah, habis cerita!
Hishamuddin, berhentilah. Tukarlah ke kementerian lain. Letih kami nak membela kerajaan jika di dalam jemaah menteri pun tahi terpalit sepanjang masa! Pembangkang tak payah susah - susah cipta cerita kerana personaliti menteri senang di perkotak katikkan!
Rekod Pak Lah telah dipecah sudah sebagai....Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia....
3 ulasan:
Betullah cari le Orang yang ada misai untuk jadi menteri KDN nih!kalu tak orang x takut..
Dah le arahan KDN pon orang tak ikut dan takut..boleh cabar dimahkamah..lepas tu boleh saman kerajaan dan dapat duit ..
Jenis teragak-agak ni tak sesuai..
"Saya tak akan teragak-agak...Saya akan ambil tindakan jika....Itu beza makna ketegasan atau tak yakin diri...Sebab itu KDN org. tak hormat dah..Polis pun main tak teragak-agak juga..hai...
Salam bro,
saya sangat setuju kalau KDN dibagi kepada orang yang paling layak.
Bagi kepada Datuk Noh Omar. Saya rasa Noh Omar sesuai sangat di kementerian ini,,,dulu dia pernah jadi timbalan menteri ini..sanalah saya tahu dia memang berani bukan sekadar berkata saja.
atau bawa Datuk Ibrahim Ali dalam kerajaan, lantik saja Datuk Ibrahim Ali tu jadi menteri dalam negeri...percayalah..beliau mampu!
nak tambah sikit....typical mukadimah si Hisham...mesti kena sebut.."Dalam Konteks" lepas tu baru la saya tidak akan teragak-agak....
kena ubah stail sikit Hisham nii...kalau mcm ni tak leh pegi jauh laa...
Catat Ulasan