Dalam ketenangan wajah dan bait tutur katanya, Dato' Seri Najib Tun Razak ini tidak boleh menyembunyikan kerisauan dan kebimbangannya atas apa yang berlaku di dalam negara.
Tidak kira dalam konteks politik, ekonomi mahupun isu - isu semasa, Najib berdepan dengan 1001 cubaan dan dugaan.
Jika kita imbau kembali apa yang berlaku sebelum Mac 2009, karakter - karakter yang memainkan watak penting dalam menyuruh Pak Lah pencen kini menerima tempat yang istimewa di dalam radar kepimpinan beliau, kecuali seorang iaitu Tan Sri Rafidah Aziz. Yang lain semua diberi jawatan. Jika tidak dalam parti, dalam kerajaan.
Perwatakan Najib seperti kita tahu beliau 'mahu tapi malu'! Mahu jadi PM ganti Pak Lah, mahu kembalikan imej UMNO selepas dipudarkan oleh Pak Lah tapi malu dan segan untuk menyanggah.
Maka terbitnya keluhan dan signal merah oleh pemimpin-pemimpin tertentu menyebabkan Najib tersengih riang!
Najib tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sekiranya tidak dibantu oleh beberapa tokoh tertentu. Memang diluar ini, suara rakyat marhaen bergema kuat menuntut Pak Lah berundur tetapi siapalah rakyat ini. Pak Lah hanya dengar suara anak, menantu dan punasihatnya sahaja!
Lima tokoh yang paling dominan menyanggah dan menempelak Pak Lah secara terbuka adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Mukhriz Mahathir, Tan Sri Rafidah, Dato' Seri Menteri Amaran Negara dan Dato' Seri Rais 'pemaaf' Yatim!
Paling awal Mukhriz Mahathir dengan desakan dan berani menghantar surat kepada Pak Lah menuntut letak jawatan. Tetapi malangnya keberanian beliau tidak dapat membantu untuk naik menjadi Ketua Pemuda. Najib tidak lupa jasanya, lantas dilantik menjadi Timbalan Menteri kepada Tok Pa.
Tonggak kedua ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menegur dan 'menasihati' Pak Lah untuk berundur dengan secara konsisten. Selalunya gelaran Tan Sri ini diberikan kepada ahli politik yang nak bersara. Lihat macam Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Lee Lam Thye dan Rafidah Aziz. Dapat Tan Sri terus kena duduk diam-diam!
Lain pula dengan anak cikgu Yassin ini, terus istiqamah dalam perjuangan. Alhamdulillah berkat sabar dihentam dengan Pak Lah dan kuncu-kuncunya macam Nazri Aziz, Mad Taib, dapat juga menjadi Timbalan PM.
Ketiga adalah Rais Yatim yang ketika itu menjadi Menteri Luar. Sudah le kena membasuh taik dalam kes Pulau Batu Putih ditambah lagi dengan polisi pelik sang Perdana Menteri menyebabkan beliau memberontak (dalam konteks kepimpinan) untuk menukar regim pemerintahan sedia ada.
Walaupun kalah bertanding jawatan Naib Presiden, Najib terhutang budi dengan bekas Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini maka dilantik menjadi MT dan menjadi Menteri penuh.
Hishamuddin dalam kelembutannya menangani isu semasa kini terdapat juga secebis keberanian untuk membentak Pak Lah terutama di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ketika itu. Bergilir - gilir membantai Pak Lah bersama Rafidah, Azalina yang ada black belt taekwando pun menangis tengok Pak Lah terkulat-kulat dibantai!
Maka jasa Hishamuddin pun tidak boleh kita ketepikan. Rafidah Aziz pun perlu mendapat pengiktirafan sebagai tonggak utama Pak Lah turun daripada singgahsana Memanda Perdana Menteri!
Tetapi nasib Hishamuddin dan Rafidah berbeza. Dato' Hisham menang undi tertinggi kerusi Naib Presiden tetapi Rafidah kecundang ditangan Dato' Seri Kuch Kuch Hota Hai!
Maka, hari ini Najib terhutang budi dengan mereka berlima. Tanpa mereka berlima pasti peluang Najib untuk menjadi PM agak sukar ditambah lagi dengan sikap 'berbaik-baik' Pak Lah dengan rakan senegeri yang baru keluar dari penjara!
Kini Najib di dalam dilema, dalam 5 orang tersebut, ada dua yang bikin masalah kini. Hishamuddin dan Rais. Puncanya senang. Mereka tidak prihatin dengan isu terbabit.
Ini belum lagi termasuk beberapa orang Pasola yang selalu buat kacau dalam kabinet. Bila lagi mahu tunggu rombakan kabinet.
Hari itu dikhabarkan sudah ada list tetapi sebab ia menjadi polemik maka ia disenyapkan, maka kini kita menuntut rombakan perlu dibuat bagi memantapkan lagi perjalanan urus tadbir negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan