14 Januari 2010

Menteri Pasola Era 1Malaysia!!



Watak Menteri Pasola sangat diingati sebagai watak antagonis bagi filem ilham Allahyarham Tan Sri (Dr) P.Ramlee. Pasola digambarkan sebagai seorang menteri yang berkaliber (pada pandangan Sultan Pasir Dua Butir).

Tetapi mengkhianati sultan dek kerana mabukkan kuasa (tetapi tidak lah sampai bawak kereta terbalik di kawaan had laju kurang 60km/j!).

Maka, bantuan daripada negeri yang dinaungi iaitu Negara Pasir Berdengung ditagih. Dihantar 3 laksamana yang hebat untuk menentang Menteri Pasola dan kuncu - kuncunya.

Akhir babak seperti yang dijangka, Menteri Pasola terbunuh dan Negara Pasir Dua Butir kembali aman tetapi landskap dan geo-politik telah berubah. Ekonomi dan sistem sosial perlu dibina semula. Ini natijah daripada pengkhianatan Menteri Pasola.

Hari ini dalam kerajaan 1Malaysia yang kaya dengan slogan, watak antagonis Menteri Pasola ini seakan muncul cuma bentuk watak itu terdapat sedikit perubahan...

Jika dahulu Menteri Pasola digambarkan sebagai menteri paling kanan dan orang yang paling dipercayai, maka kini Menteri Pasola 1Malaysia juga dianggap orang paling dipercayai di dalam menteri kabinet.

Tetapi Menteri Pasola era P.Ramlee lebih bermaruah kerana dia sanggup menyanggah dan menumbangkan kerajaan sedia ada secara terang - terangan. Tidak seperti Menteri Pasola era 1Malaysia, menentang dan menghancurkan negara dari dalam dan secara diam!

Hal ini tidak sukar untuk dianalisis dan dipercayai. Melihat suasana keadaan politik negara dan isu semasa yang sering kali tidak memihak kepada kerajaan menjadikan asas yang kuat bahawa segala kepincangan ini adalah dibantu dengan hadirnya Menteri Pasola versi alaf baru ini!

Anehnya, kehadiran menteri - menteri pasola ini di dalam kabinet Kerajaan 1Malaysia seakan - akan direstui oleh pucuk pimpinan negara. Tidak ada tindakan drastik mahupun langkah kontigensi di ambil untuk menangani persepsi daripada rakyat marhaen!

Di dalam UMNO misalnya, 'menteri - menteri pasola' ini berada ditempat yang atas seperti 2 daripada 3 kerusi naib presidennya. Ada juga menteri pasola yang tidak bertanding di dalam Pemilihan Agung UMNO tetapi menjadi menteri dan dilantik menjadi Ahli MT tanpa perlu berkempen secara 'sihat'!

Ada juga menteri pasola junior yang menang kerusi Ketua Pemudi walaupun disabitkan dengan kesalahan 'sumbangan peribadi' semasa kempen pemilihan.

Tetapi Perdana Menteri hanya mampu melihat dan senjata ampuhnya iaitu 'play safe' dipraktikalkan dengan sempurna!!

Maka lahirlah persepsi negatif di kalangan rakyat yang melihat Kerajaan 1Malaysia hanya hebat dengan slogan untuk diTransformasikan menjadi robot Transformer tetapi kudis di dalam tidak mahu diubati.

Jika dahulu Menteri Pasola berjaya menjadikan sultannya membina kerajaan di bawah pokok, tetapi kesan perbuatan Menteri Pasola era 1Malaysia ini akan lebih teruk.

Sekurang - kurangnya dahulu sultannya boleh juga mengurus kerajaan di bawah pokok. Ada jugalah kerajaannya...

Tetapi penangan Pasola 1Malaysia akan menyebabkan tumbangnya kerajaan dengan hinanya...

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..MENTERI PASOLA TU INGAT DIA ADE TIKAR TERBANG NAK PEGI PUTRAJAYA MUDAH MCM TU JEK?..LANGKAH MAYAT ORG M'SIA DLU LAAA KEHKEHKEH

det berkata...

Tuan dijemput menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com, dengan kadar segera untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan diberitahu melalui email. terima kasih