05 Januari 2010

Isu Kalimah Allah : 1Malaysia, Semua Sama!!




Sudah lama saya tidak mencoret luahan fikiran di dalam laman blog ini ekoran tuntutan kerja dan agak sibuk minggu - minggu kebelakangan ini.

Menarik untuk diungkap sejak dua menjak ini adalah skrip yang sama cuma olahan jalan cerita berbeza iaitu survival orang Melayu-Islam.

Bezanya kali ini adalah ia bukan sahaja menghina individu atau kelompok tertentu tetapi lebih berani dengan mempertikaikan agama Islam itu sendiri.

Maka keadaan ini menjadikan iklim sosio-politik Malaysia sering berada di dalam keadaan yang hangat.

Keadaan ini juga menjadi ujian daripada siri - siri ujian yang panjang kepada orang Melayu di Malaysia. Sejak kesediaan orang Melayu zaman pra-merdeka mengorbankan hak ekslusif mereka sebagai warga tunggal Tanah Melayu melalui kontrak sosial sehingga hari ini, umat Melayu asyik diuji dengan siri ujian yang panjang.

Ia menuntut kehebatan dan kebijaksanaan pemimpin Melayu dalam menangani masalah ini. Syukur, Alhamdulillah selepas 52 tahun, orang Melayu masih kekal (berkuasa) di Tanah Melayu. Tidak seperti di Temasik, Champa, Sulu.

Ironiknya, isu penggunaan kalimah Allah ini membawa kita kepada ujian sebenar bangsa Melayu di Malaysia mutakhir ini. Sama ada mereka benar - benar pejuang Melayu-Islam yang sebenar atau lebih mendambakan keuntungan politik semata - mata.

Di dalam blog, media cetak dan massa isu ini telah dikupas dan dibuak - buakkan tidak kira yang menyokong atau menentangnya. Tidak perlu saya ulas lagi kerana sudah memadai pandangan diluar sana.

Apa yang ingin saya bawakan adalah pemikiran yang lebih kritikal berkenaan isu ini iaitu tentang halatuju Gagasan 1Malaysia bawaan YAB Dato' Seri Perdana Menteri.

Sudah mula timbul sosek - sosek menyatakan kenapa tidak dibenarkan penggunaan nama Allah ataupun hak pembinaan rumah ibadat agama lain? Bukankah menjadi aspirasi PM untuk menjadikan bangsa- bangsa di Malaysia ini menjadi satu di dalam konsep 1Malaysia?

Maka halangan dan bangkangan tidak boleh diterima pakai memandangkan hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan hanya 1Malaysia. Maka hak kelompok-kelompok di dalam 1Malysia ini tidak boleh dinafikan!

Secara logiknya, hujah tersebut boleh diguna pakai. Maka precedent case untuk isu ini akan dijadikan hujah utuh di dalam siri-siri ujian orang Melayu yang akan datang.

Inilah yang saya khuatir berkenaan kalimah 1Malaysia ini! Ia boleh dimanipulasi dengan mudah!

Apa tindakan kerajaan dan parti pemerintah? Literasi dan penghebahan matlamat dan misi 1Malaysia yang sebenar masih kelam. Ia mudah di eksplotasi oleh orang - orang yang berkepentingan.

Di dalam suara - suara bantahan yang kedengaran hampir setiap hari, kita lupa melihat adakah tindakan kita selama ini betul atau tidak. Kita hanya marah apabila benda tersebut telah berlaku.

Contoh lain adalah kes kemalangan bas di Ipoh tempoh hari. Bising seketika kemudian senyap! Konsistensi kita di dalam sesuatu isu tidak bertahan lama.

Saya percaya dan yakin, walaupun isu ini dibawa ke Mahkamah Rayuan dan menang sekalipun, imej Islam dan Melayu di Malaysia telah tercalar kerana sistem yang kita bina sendiri!

Sistem perundangan kita telah hilang kredibilitinya kerana ia hanya dijadikan mainan dan alat propaganda oleh individu / badan tertentu. Lihat bagaiman kes liwat Anwar yang tertangguh dan Majlis 'tukang menyibuk' Peguam memanipulasi sistem perundangan kita.

Kerajaan dilihat agak takut untuk bertindak kerana takut dicop sebagai melanggar Perlembagaan dengan mencampuri urusan Badan Kehakiman. Momokkan ini telah menghantui kepimpinan negara kini. Tidak seperti Kerajaan Wawasan 2020 dahulu yang berani membuat sesuatu dan menanggung risiko demi kebaikan rakyat Malaysia bagi jangka panjang!

Terjadinya sesuatu isu pasti ada hikmah nya!

Siri ujian kali ini membawa kita untuk menilai sekuat dan seteguh mana akar perjuangan pembesar - pembesar Melayu tidak kira pemerintah atau penyanggah!

Sama ada lebih mementingkan kesucian agama yang mereka anuti ataupun mementingkan survival politik mereka!

Maka, dengan hasil ujian ini kelak akan memudahkan kita menjangkakan keputusan yang akan keluar atas siri-siri ujian untuk orang Melayu yang pasti dan pasti lebih getir di masa - masa akan datang.

Dan lebih mudah untuk menjangkakan jangka hayat politik orang Melayu adakah kekal atau dikambus untuk dikuburkan sedikit demi sedikit....


Tiada ulasan: