07 Januari 2010

Bantahan Isu Kalimah Allah : Kita Meniru Gaya Kaum India ?


Ini ulasan terakhir saya berkenaan isu Kalimah Allah ini. Isu ini sudah meleret - leret jadinya. Daripada isu maruah agama telah bertukar menjadi episod politik pra-matang parti - parti siasah tanahair.

Apa yang ingin saya luahkan adalah sikap kita sebagai memegang kalimah Laillahaillah sebagai maksud hidup.

Corak pemikiran dan tindakan kita sudah sampai di tahap cepat melatah dan tidak berfikir panjang. Saya bersetuju jika bantahan dikemukakann tetapi itu hanya penyelesaian jangka pendek, apa solusi kita sekiranya masalah dan isu seakan ini berbangkit di masa depan kelak?

Penyelesaian perlu tuntas dan bersifat jangka panjang. Bukan hanya menunjukkan emosi kita apabila isu masih hangat tetapi nanti terus diam bila sudah tidak dimainkan oleh media!

Lagipun saya melihat perangai kita sudah seakan menjadi kaum India apabila isu agama mereka dicabar.

Lihat apa yang mereka buat apabila kuil mereka hendak diroboh walaupun mereka tidak pernah tahu kewujudan kuil itu apatah lagi pergi menyembah berhala disitu?

Dengan lagak samseng dan otainya mereka menjadi jaguh menghalang proses meruntuhkan kuil sehingga sanggup mencabar secara fizikal dan mental pihak berkuasa. Sedangkan kalau ditanya perihal agama Hindu yang dianutinya pun mungkin tidaklah sehebat mana atau lebih teruk langsung 'jahil' tentang anutannya!

Kontroversi yang tercipta kini melihatkan 'penyakit' bangsa India ini sudah 'merebak' kepada orang Melayu. Saya malu melihat, kononnya pejuang agama Allah berhimpun kesana sini, memekik, memprovokasi dan menghantar memorandum bantahan tetapi adakah kita memelihara agama Allah ini di dalam hati kita?

Kita sibuk menghentam paderi-paderi dan penganut Kristian kerana niat mereka mengeksplotasi kalimah Allah tetapi adakah kita cukup sempurna amalan Islam dalam diri? Adakah sebelum sibuk berdemonstrasi awal pagi, kita menunaikan solat subuh?

Kita hanya berani menunjukkan kita lebih Islam daripada orang lain apabila dikhalayak ramai tetapi bila bersendirian, Islam diketepikan?

Saya ingin menanya diri saya dan kalian semua adakah kita bangun awal untuk solat subuh pada hari ahad sedangkan penganut Kristian sedang menuju ke gereja mereka? Mesti terdetik dalam hati kita, 'ah..ini hari ahad, biarlah aku tidur lama sikit selepas penat bekerja seminggu!'

Tetapi bila sahaja kalimah Allah ini disensasikan sedemikian rupa, kita bangkit menentang dan membantah! Sedangkan jiwa munafik sedang bergelegak di dalam hati kita! Nauzubillah!!

Seharusnya kita mengambil tindakan dengan melihat kembali apa yang telah kita buat untuk agama Allah dan negara kita. Bukan hanya 'berjuang bermusim'. Ketika ada isu, akulah jaguh! Bila tiada isu, solat pun tangguh-tangguh!

Maka kita tidak ada bezanya dengan gengster - gengster kaum India yang tidak tahupun amalan anutan Hindu mereka dan tak pernah pun pergi kuil tetapi bila ada isu kuil untuk dirobohkan walaupun sekecil kecil kuil haram pun, mereka bangkit menyanggah!

Inilah realiti yang harus kita terima bahawa bangsa Melayu kita ini hebat bila ada orang melihat mereka. Lebih suka dinilai luaran daripada dalaman.

Seharusnya kita perlu melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas dan dalam masa jangka panjang. Jangan nanti atas tindak tanduk kita, penganut ajaran lain semakin skeptikal dengan Islam.

Tunjukkanlah akhlak dan perilaku yang baik kerana akhlak itulah dakwah yang paling bijaksana!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, biarlah....... Melayu dan Islam sudah lama berpecah kerana ideologi yang berbeza sehingga ada yang mengambil kesempatan...... biarlah mereka bersatu untuk agama Islam....

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..AL JUBOR PEDULIK HAPE DGN NAMA ALLAH. DIA TAK KIRA APE AKAN JADI PD AKIDAH ANAK CUCU KITA. AL JUBOR SKANG SEMBAH BYK TUHAN, DEWA ATAU APE SAJE, ASALKAN KES LIWAT DIA TERLEPAS