16 Januari 2010

Provokasi Agama : Budak Aswara di Tahan, Apa Kes Malaysiakini, Anthony Loke dan Teresa Kok?



Apa ni..??? Kenapa budak Aswara yang berumur 25 tahun ditahan dan dihadap kan ke mahkamah atas sebab menghantar 11 perkataan berbentuk gurauan di dalam laman Facebook?

Cepat betul polis kita bertindak dan pendakwaan di mahkamah. Tahniah la di ucapkan!

Tetapi bagaimana pula kes Malaysiakini yang mengandungi komen yang lebih berbaur hasutan dan subjudis kepada Islam dan Melayu? Dah banyak laporan polis dibuat, apa perkembangan kes..?

Si Anthony Loke Ketua Pemuda DAP Pusat pernah menulis di dalam blog untuk menghantar Sultan Perak ke Neraka ketika isu Kerajaan Negeri Perak dahulu. Apa polis buat? Ambil keterangan  di pejabatnya ala-ala membuat kunjungan rasmi gitu!!! Lepas tu senyap!

Teresa Kok dengan pendekatan anti-Melayunya juga tidak diambil tindakan. Sama juga macam kes perhimpunan haram anti-PPSMI, cakap je lebih, sampai hari ini seekor pun tak di dakwa!!

Nampaknya kerajaan dan Menteri Amaran 'saya tidak teragak-agak' Negara hanya berani bertindak sekiranya individu itu bukan daripada pembangkang.

Jika begitulah, lebih baik kita menyokong pembangkang kerana kerajaan tidak akan berani bertindak!

Budak yang hanya menghantar komen berbentuk gurauan terus diheret dimahkamah sedangkan individu lain yang mencetuskan kerisauan dan keresahan rakyat dibiarkan sahaja tanpa di ambil tindakan tegas kerana mereka adalah datang dari pembangkang!!

Tahniah lah kepada kerajaan 1Malaysia, Pembangkang diutamakan, 'silent majority' dilupakan!'

1 ulasan:

hilbert berkata...

Salam bro,

saya setuju dengan bro...

inilah akibat apabila KDN mendapat menteri yang sering "tidak teragak-agak" untuk tidak berani mengambil tindakan susulan terhadap mereka yang sepatutnya diambil tindakan dan ini telah menyebabkan semakin banyak orang akan berani untuk "tidak teragak-agak" bagi menyuarakan perasaan walaupun sedar akan risikonya...