Terima kasih Najib sebab bagi aku kekal di DUN Pasir Panjang..hehe. Konsep perkongsian kuasa BN sangat berbaloi - baloi! Hehe..
Kalau bercerita mengenai orang (bukan tokoh) politik paling bangsat sejak kebelakangan ini, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah En. Nizar Jamaluddin (status Profesional Engineer (PE) diragui)! Dia lebih bangsat daripada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan yang sekufu dengan mereka!
Apa yang melayakkan dia bergelar si bangsat itu tidak perlu saya huraikan kerana saudara rbf telah pun menceritakan dalam kes yang berlaku di Jalan Kebun, Klang 2 hari lepas. Itulah natijahnya bila menjadi tukang cakap parti dajjal - DAP!
Di dalam suasana Pilihanraya Kecil P94 - Hulu Selangor, proses pemilihan calon adalah yang paling rumit dan kritikal sama ada di pihak BN mahupun pembangkang.
Tidak payah bercerita pasal calon pembangkang kerana sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu daripada PKR untuk menentang calon BN yang besar kemungkinan adalah daripada MIC.
Isu pemilihan MIC sebagai ayam sabung BN di Hulu Selangor dibuat atas prinsip setiakawan dan konsesus perkongsian kuasa. Dalilnya, semasa 2008 kerusi ini diperuntukkan untuk MIC maka biarlah MIC yang bertanding..
Najib dan Muhyiddin dan cakap jangan pertikaikan calon BN, yang penting harus bekerja. Najib melihat formula perkongsian kuasa lebih diutamakan daripada suara hati orang lain, terutama pengundi majoriti disitu.
Orang yang paling gembira mendengar cakap Najib ini bukanlah Samy Vellu ataupun G.Palanivel tetapi pemimpin - pemimpin politik pembangkang! Kerana pada PRU akan datang, mereka sudah pasti akan memenangi beberapa kerusi parlimen dan DUN yang melibatkan pertembungan formula BN vs. kuasa majoriti pengundi!
Formula BN vs. Kuasa Majoriti Pengundi
Apabila berita mengenai amaran Najib untuk jangan pertikaikan calon BN yang memberi signal jelas bahawa MIClah yang bertanding, En. Nizar Jamaluddin sudah keriangan terloncat - loncat sambil menepuk tangan di atas kepala mirip 'Ella' - Orang Utan di Zoo Negara!
Ini kerana kerusi DUN N51 - Pasir Panjang di Perak akan terus berada di dalam tangannya selepas PRU-13. Maka dia sudah memikirkan untuk membuat perancangan sehinggalah PRU-14 bagaimana mahu bikin kecoh dalam dewan persidangan dan di jalanraya! hehehe..
Tahun 2008, En. Nizar Gigi ini telah mengalahkan calon MIC Dr. S.Vasan dengan majoriti 4,474. Perincian adalah seperti berikut :
MIC - Dr. S.Vasan = 7,520
PAS - En Nizar Gigi = 11,994 (Majoriti 4,474)
Melayu - 65.7%, Cina - 15.0 %, India - 19.1 %
Di DUN N59 - Behrang juga di Perak, formula BN ini telah menampakkan 'kejayaannya' dengan tersungkurnya lagi calon MIC kepada calon PKR bekas posmen yang sekarang ini dah jadi bebas Jamaluddin Md Radzi :
MIC - Datuk M. Ramasamy = 5,744
PKR - Jamaluddin Mohd. Radzi = 6,771 (Majoriti 1,027)
Melayu - 57%, Cina - 24%, India - 14%
Macamana seorang bekas posto boleh kalahkan seorang Datuk sedangkan apa track record En. Posto itu?
Di P132 - Teluk Kemang, N.Sembilan, seorang lagi hero tamil MIC tergolek angkara keberhasilan Formula BN. S.Sothinathan yang ketika itu Setiausaha Agung MIC tewas kepada Dato' Kamarul Baharin daripada PKR dengan majoriti 2,804.
MIC - S.Sothinathan = 20,544
PKR - Kamarul Baharin = 23,348
Melayu - 51%, Cina - 36.1%, India - 22.2%.
Walhal kalau dikira undi yang menyokong calon BN di DUN dalam kawasan parlimen ini menunjukkan pengurangan sebanyak 1,380 undi. Manakala di pihak PKR naik 846 undi. 746 pemilih yang memilih BN di kerusi DUN merosakkan undi mereka!
Di P83 - Kuantan, Pahang, perkara yang sama berlaku di Hulu Selangor pada 2008, juga terjadi di kawasan ini. Parlimennya kalah tetapi kesemua DUNnya menang!
Parlimen Kuantan - P83
BN/MCA - Dato' Fu Ah Kiow = 16,572
PKR - Fuziah Salleh = 18,398 (Majoriti 1,826)
Melayu - 60%, Cina - 35.9%, India - 3.9%
N14 - Teruntum
BN/MCA - 8,015 (Majoriti 293)
PKR (Cina) - 7,722
N15 - Tanjung Lumpur
BN/UMNO - 6,478 (Majoriti 496)
PAS - 5,982
N16 - Inderapura
BN/UMNO - 3,791 (Majoriti 853)
PAS - 2,918
Jumlah Ketiga - tiga DUN
BN - 18,284 (beza 1,712 daripada parlimen)
PKR&PAS - 16,622 (kurang 1,776 daripada parlimen)
Bagaimana calon BN boleh kalah. Bukan calang - calang Fu Ah Kiow tu, Timbalan Menteri Dalam Negeri masa tu! Orang ramai terutama pembesar UMNO memandang sinis perlantikan Fuziah Salleh ini sebagai Ketua Strategik Pilihnaraya PKR. Jangan disangka tangan yang menghayun buaian ini tidak bisa memalukan BN lagi di Hulu Selangor!!
Persamaan daripada kesemua contoh ini menjelaskan bahawa pengundi majoriti iaitu Melayu lebih mementingkan sentimen bangsa/agama dalam memilih calon waima calon itu bukan daripada parti pemerintah!
Nampaknya pertarungan Formula BN vs. Kuasa Majoriti Pengundi (Melayu) memenangkan calon Melayu. Najib seperti dijangka akan terus mengekalkan status quo kerusi sehinggalah penstrukturan semula dibuat menjelang PRU-13.
Hulu Selangor akan hanya dijadikan bahan ujikaji untuk melihat kemampuan sebenar parti - parti kompenan. Terpulanglah..sebab Najib lebih mendengar cakap MIC daripada majoriti pengundi.
p/s - nanti tolong letak calon BN bukan Melayu di kawasan saya ye, senang nak pangkah atas kertas nanti. Di Parlimen Rembau dan DUN Paroi ye, Najib!
2 ulasan:
Aku harap ada calon bebas melayu bertanding. Dari Perkasa ke. Baru Najib get the 'message'.
Wak Dol
UMNO,MCA,MIC....party gabungan terbesar dlm kerajaan BN...kalau kita faham matlamat serta hala tuju kerajaan tiada sebab kita mempertikaikan dari kompenan manakah sama ada umno,mca atau mic sebab ketiga tiga party kompenan ini adalah dibawah kerajaan BN yg mempunyai arah hala tuju yg sama....rakyat semua kena faham dgn dasar kerajaan yg ingin diperjuangkan....utk merialisasikan gagasan 1Malaysia jgn ada sedikit pun diantara kita berasa sangsi,yg paling penting kita semua rakyat berbilang kaum ia itu melayu,cina dan juga india mengekalkan peraduan menyokon kerajaan Barisan National dan bukan menyokong mana2 party!!! jika di takdirkan umno menjadi wakil, kaum cina dan india mesti sokong sebaba umno wakil kerajaan saja bukan nya kerajaan,begitu juga kalau MCA atau MIC yg dicalunkan org melayu umno tetap akan sokong kerana matlamatnya adalah mengembalikan semula Ulu Selangor kp BN(kerajaan)demi kesejahteraan serta kemajuan rakyat ulu selangor itu sendiri....buka lah mindar...matangkan fikiran!!!!!
Catat Ulasan