06 November 2009

Xavier Dalam Masjid : Pas Terkunci Mulut! Hassan Ali Makin Tercabar!

Sekalung tahniah dan syabas kepada rakan blogger GAP dan Darulehsan Today kerana pendedahan Isu Sri Andalas telah menyebabkan Pas semakin diragui landasan perjuangannya.

Saya masih tertunggu - tunggu apa fatwa politik Tok Guru MB Kelantan dan ulama' politik serta umara' erdogan dalam isu Xavier masuk dalam dewan masjid! Di dalam harakah daily, pusat utama mengadu domba di alam maya juga tidak mengulas isu ini. Jika dia masuk untuk mengucap kalimah Syahadah, tak pa lah juga tetapi atas alasan untuk bagi 'kata - kata nasihat'. Hehehe. Kat luar masjid pun boleh Dr. Yang kau pergi masuk dalam tu kenapa? Tapi yang bodoh dan diperbodohkan adalah Ahli J/kuasa masjid dan ahli kariah yang mendengar 'majlis ilmu' Dr. Xavier (salah seorang penggerak utama IFC - menuntut kesamarataan agama di Malaysia!)

Pas semakin terjerat dengan permainan politiknya sendiri. Inilah akibatnya sanggup berkawan dengan syaitan untuk menentang UMNO yang membina Islam di Malaysia! Orang yang dituding semestinya Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali. Kesian, belum reda isu Asri, datang pula isu Xavier.

Nasihat saya kepada Dato' Hassan, mufarakah daripada Pas. Jadi bebas lagi bermaruah daripada bersekongkol dengan malaun dan 'dajjal' Anwar! Islam liberal semakin meresapi Pas. Pas berhadapan pertarungan idealogi terhebat sejak sejarah penubuhannya! Jika takut isu terjatuhnya cerai taklik talak 3 atas baiah sesat Pas sekiranya lompat keluar daripada Pas, rujuklah ulama' yang lebih rasional. Tan Sri Mufti Perak sedia membantu.

Kunci utama pergolakan utama ini berada di tangan Hassan Ali. Keluarkannya daripada tombol pintu kejahatan angkara DAP dan 2-Khalid. Lakukan bersama jemaah Islam yang sama pegangan dan perjuangan iaitu UMNO. Untuk bersama membuka kembali pintu Kota Darul Ehsan yang lebih sejahtera dan terpelihara daripada dasar Islam Liberal garapan Anwar!

05 November 2009

Husam dan Ehsan Kerajaan Pusat



Dalam isu tuntutan tidak munasabah Kerajaan Kelantan kepada royalti petroleum, saya sudah menjangkakan bahawa Perdana Menteri 1Malaysia akan mengambil tindakan popular (pada firasatnya) tetapi dalam pada masa yang sama memberikan peluru hidup kepada pembangkang terutama parti seteru utama UMNO iaitu Pas.

Sedang rakyat sudah mengabaikan isu tuntutan minyak ini, atas sikap 'prihatin' gagasan 1Malaysia, maka cerita ini diungkit kembali. Sepatutnya kerajaan tidak perlu melayan kehendak Pas Kelantan yang sudah maklum menuntut royalti ini untuk mengisi kantung kerajaan negeri yang semakin susut setelah pendapatan utama daripada segi balak dan perlancongan semakin kurang.

Adakah Najib lupa, isu royalti minyak ini pernah diketengahkan semasa pilihanraya kecil Manik Urai? Pengundi tidak ambil peduli dan BN hampir - hampir sahaja menang di kubu kuat Pas tersebut. Rakyat Kelantan menganggap isu ini ibarat hikayat 1001 Malam dan panglipurlara pembesar Pas.

Bukan maksud saya menyuruh Kerajaan Pusat menyembunyikan isu ini daripada rakyat Kelantan tetapi disebabkan faktor ketidak tentuan lokaliti kawasan ini yang masih meragukan.

Dato' Seri Najib pun menyatakan bahawa kawasan ini di dalam pertindihan maka apakah rasionalnya beliau umumkan pemberian wang ehsan tersebut? Sekiranya kawasan yang dipertikaikan ini sebenarnya milik Negeri Terengganu, adakah Kerajaan Pusat perlu ambil semula wang ehsan tersebut dan memberi kepada Terengganu. Saya pasti keadaan akan lebih rumit dan kompleks!

Seharusnya kerajaan 1Malaysia perlu meneliti dari segenap aspek dan hanya mengumumkan setelah data emperikal diperolehi dan disahkan tanpa tercetusnya polemik seperti yang berlaku sekarang.

Di pihak Kerajaan Negeri Kelantan terutama Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Paduka Hj. Husam Bin Musa dengan nada begitu ego menolak terus pakej wang ehsan Kerajaan Pusat ini.

Sebabnya dia nak royalti yang dibayar terus kepada kerajaan negeri bukannya wang ehsan yang dikawal kerajaan pusat. Senanglah dia dan Pas negeri gunakan duit itu untuk besarkan PUTIK (Pusat Tarbiyah Islam Kelantan) Pas, beli speaker - speaker canggih untuk siri kempen ceramah tak sudah mereka dan dana untuk menambahkan koleksi isteri (hehehe)!

Maka wang ehsan ini dianggap menghalang hasrat mereka untuk menggunakan duit itu untuk membesarkan fasiliti dan pengaruh Pas (bukan untuk rakyat Kelantan)!

Ironinya, jumlah tuntutan oleh Husam sangat tidak realistik. Royalti minyak Kelantan - RM 1 billion! Wow lebih besar daripada bayaran pusat kepada Sabah tahun lepas iaitu sebanyak (RM 900 juta) [Laporan Tahunan 2008 Petronas ; Edisi 25 Jun 2009].

Walhal Najib cakap hanya ada satu dermaga untuk proses carigali di kawasan pertikaian ini! Sedangkan di Sabah, kawasannya lebih luas dan diketahu paling sikit 3 dermaga yang aktif sekarang ini.

Bagaimana Husam ini membuat kira-kira? Adakah dia lihat Terengganu yang perolehi RM 3 billion dan Sarawak RM 2.3 billion sebagai kayu ukur untuk tuntut RM 1 billion? Ini kah calon Menteri Kewangan kabinet bayangan Anwar?

Kelantan 1 tempat, Sabah 3 tempat. Isipadu minyak yang diperolehi mestilah berbeza. Seharusnya Husam menuntut jumlah yang lebih realistik. Jangan nak tunjuk pandai tuntut yang bukan - bukan.

Mengikut pengiraan kasar saya, jumlah yang layak dibayar kepada Kelantan hanya RM 350 juta sahaja (bajet yang cukup untuk membuat 1 hospital sederhana (RM150 juta) dan 10 buah sekolah (RM 20 juta).

Tetapi kita tunggu budi bicara PM 1Malaysia kita untuk umumkan amaun sebenar dan selayaknya untuk kemaslahatan rakyat Kelantan dalam pemberian wang ehsan ini...

04 November 2009

Topik Khas : Dilema Pembangunan di Sg. Buloh..


Gambar di atas adalah kejadian kemalangan di Persimpangan Subang Perdana - Lapangan Terbang Subang yang terletak di dalam projek seliaan saya.

Bukan kerana sikap pemandu yang saya bimbangkan atas terjadinya kemalangan tersebut, tetapi sikap 'panjang tangan' segelintir orang yang menyebabkan nyawa jadi taruhan! Saya sebagai penjawat awam dan bertanggungjawab dalam pengendalian bagi Projek Naiktaraf Jalan Sg. Buloh - Subang sangat kecewa dengan masalah kecurian yang berlaku kepada harta milik awam disini.

Kemalangan di atas berlaku disebabkan kegagalan lampu isyarat berfungsi. Hal ini bukan disebabkan kegagalan kontraktor atau pihak JKR memantau tetapi disebabkan kecurian sistem kawalan (controller) pada kotak feeder pillar sistem lampu isyarat tersebut!

Sehingga Khamis lepas (29 Oktober 2009) telah empat kali kotak feeder pillar di sepanjang jajaran jalan baru ini dipecah dan controller bernilai puluhan ribu ringgit setiap satu dilarikan.

Laporan polis telah dibuat tetapi sehingga kini suspek masih tidak dapat dikenalpasti. Pada hemat saya pencurinya mesti tergolong daripada kontraktor yang mahir dalam sistem lampu isyarat ini. Saya percaya kes ini bukan sahaja di sini tetapi di seluruh Malaysia.

Biasalah..setiap kali kehilangan, saya akan mula khuatir akan ada nyawa yang terancam dek kerana sikap mencari keuntungan cara dajjal segelintir rakyat kita ini. Aduan orang awam melambak -lambak. Sebagai penjawat awam, kita kena akur untuk melayan setiap aduan. Kontraktor juga diarah untuk menyegerakan pembaikan lampu tersebut. Walaupun tak dapat claim, kontraktor dengan muncung kena buat jugalah.

Tetapi sampai bila akan berakhir? Keadaan kecurian di sini semakin teruk. Polis dicabar, rakyat rasa tercabar.

Adun Kota Damansara, YB Dr. Nasir Hashim (Parti Sosialis Malaysia - PSM) selalu bising kepada JKR tetapi tidak ada satu langkah konkrit yang di ambil oleh beliau untuk mengatasi masalah kecurian dan vandalisme di kawasannya disini.

Saya tergerak untuk menulis berkenaan perkara ini setelah berbual dengan salah seorang pengadu sebenar tadi yang juga pegawai JKR berkenaan masalah kegagalan lampu isyarat berfungsi di kawasan ini. Di dalam perbualannya itu, tergambar riak suara kecewa dengan masalah ini berlaku dan mengakui bahawa Adun dan Ahli Parlimen Subang (R Sivarasa - PKR) tidak menjalankan tugas dengan baik.

Bila masalah timbul asyik -asyik salahkan kerajaan pusat dan polis tetapi apa mereka buat untuk bantu selesaikan masalah ini?. Pengadu meluahkan rasa kecewanya.

Walaupun saya penyokong kerajaan pusat tidak bermakna saya mengamalkan double standard bilamana berurusan dengan pemimpin pembangkang. Sepatutnya mereka kena bersyukur kerana peruntukan daripada kerajaan pusatlah yang merealisasikan jalan ini di naik taraf. Harapkan Kerajaan Selangor, nak bantai duit zakat lagi adalah..!

Saya tahu dimana garis panduan tanggungjawab dan profesionalisma saya sebagai penjawat awam. Tetapi dalam pada masa yang sama saya sedih dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang. Kaya dengan retorik, tetapi sangat kikir dalam idealistik!

Pengadu tersebut menyatakan tindakan penduduk disitu menyokong pembangkang satu langkah yang amat salah termasuklah dirinya! Masalah kecurian controller lampu isyarat ini sekarang terjadi di persimpangan menuju Kg. Baru Sg. Buloh (lubok undi DAP pada pilihanraya yang lepas).

Rungutan dan aduan menimbun -nimbun datang. Saya menjalankan tugas seperti biasa dengan mengarahkan kontraktor membaiki dan menggantikan alat tersebut (yang mengambil masa untuk ditempah) mengikut terma yang ditetapkan dalam kontrak.

Tetapi dalam pada masa yang sama saya berbisik sendirian, 'Nah rasakan! Atas sikap parti pembangkang yang sering membela penjenayah (seperti kes kugan), inilah hasilnya. Penjenayah semakin berani bermaharalela kerana ada dukungan yang kuat dari sang pemerintah! hehehe. Kalau dihadapkan mahkamah, boleh minta tangguh dan terus tangguh sampai hakim mampus!'.....

Krisis MCA : Mahathir Lebih Prihatin Daripada Najib!


Di dalam mencari titik penyelesaian dalam krisis kepimpinan MCA yang paling kompleks dalam sejarah hampir 60 tahunnya, saya melihat Ayahanda YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih prihatin dan ambil peduli berbanding Perdana Menteri 1Malaysia!

Buktinya adalah tentang nasihat Tun dua hari lepas yang menyatakan sekiranya satu lagi EGM dibuat maka keadaan MCA akan lebih buruk dan meruncing. Ini adalah disebabkan rasa ketidak puasan hati pihak yang kalah akan terus menjadi dendam kesumat. Dr. Mahathir menyuruh untuk melihat tragedi pengharaman UMNO tahun 1987 sebagai iktibar untuk MCA dan parti - parti kompenan lain. Tun bercerita berlandaskan pengalaman beliau sendiri dan kepentingan mengekalkan perpaduan dalam parti.

Manakala Dato' Seri Najib hanya memberi nasihat supaya pucuk pimpinan MCA selesaikan isu ini dengan segera dan tidak akan campur tangan dalam krisis dalaman MCA. Ciri - ciri 'play safe' masih ada dalam diri PM 1Malaysia ini.

Sebagai sebuah ketua keluarga, Najib perlu ada idea yang boleh disumbangkan untuk MCA selesaikan masalahnya dengan cepat sebelum merebak menjadi barah.

Barisan Nasional ibarat 1 jasad dimana UMNO bertindak sebagai Otak dan tulang belakang. Parti - parti kompenan lain menjadi anggota bagi melengkap struktur tersebut menjadi sempurna. Sekiranya satu bahagian misalnya tangan berkudis, seluruh badan turut rasa khuatir takut-takut kudis tersebut akan merebak. Otak perlu memainkan peranannya untuk mencari penyelesaian supaya kudis tersebut sembuh segera. Inilah yang perlu dimainkan oleh Pengerusi Barisan Nasional. Bukan hanya memberi nasihat secara 'on surface' sahaja.

Lihat lah bagaimana Tun Dr. Mahathir menyelesaikan krisis MCA semasa memimpin Kerajaan Wawasan dahulu. 2 kali krisis MCA yang besar berlaku iaitu semasa tahun 80-an dan kewujudan 2 pasukan (team A dan team B) semasa Tun Dr. Ling Liong Sik.

Almarhum Tun Ghafar Baba telah bertindak menjadi 'President Caretaker' MCA yang sebelum ini tidak pernah terjadi dalam sejarah parti politik milik kaum Cina terbesar Malaysia ini. Formula penyelesaian Dr Mahathir juga telah berjaya menyelesaikan pertembungan Dr Ling dan timbalanya Lim Ah Lek (Tan Sri) yang membentuk Geng 8 tahun 2002/2003

Ini lah tugas yang perlu dimainkan oleh Pengerusi BN. Bukan hanya bercakap 'Saya PM untuk semua' tapi bila ada masalah anak buah, bak kata orang Noghori 'pokok kek kaulah'!

Keadaan MCA semakin meruncing. Sudah ada 2 orang Timbalan Presiden. Sayap - sayap parti (Pemuda dan Wanita) sealiran dengan YB Liong Tiong Lai. Keadaan semakin kusut. Bibit - bibit perpecahan ketara sudah. Pengerusi BN perlu ambil langkah segera. Tunjukkan kredibiliti anda sebagai pemimpin No. 1 Malaysia!

03 November 2009

Kes Anwar : Tangguh dan Terus Tangguh !!

Nampaknya kes liwat Pak Syeikh akan terus menjadi polemik massa. Hakim terus menangguhkan lagi kesnya sehingga 23 Nov 2009. Sempatlah lagi sang peliwat bermaharajalela mengadu domba seantero dunia. Bagi saya mahkamah dan sistem perundangan kita telah diLACURkan sebegitu dashyat oleh Anwar. Tahniah kepada hakim - hakim yang telah 'mengangkat' darjat sistem perundangan kita sebegini hebat.
Majlis Peguam (sebuah parti pembangkang yang belum berdaftar dengan ROS) sangat -sangat menyambut baik tindakan tangguh dan terus tangguh ini. Buktinya tidak ada kenyataan akhbar atau pernyataan rasmi daripada majlis tersebut. Sebelum ini sibuk dan merungut mengenai kes mahkamah yang berlambak tertangguh - tangguh. Kes ini tak nak disungut ke? hehehe..

Saya percaya selepas ini kes ini akan dijadikan 'precident case' untuk minta mahkamah tangguh kan kes sehingga pesalah atau pendawaraya atau hakim mampus! Bagus betul.. Bai Singh dan Hindraf yang berlambak di dalam Majlis Peguam akan membantu sang penjenayah menangguhkan kes sehingga ke satu tarikh yang tak diketahui...

Inilah model keadilan garapan sang peliwat bernama Anwar Ibrahim.

02 November 2009

Tahniah DAP - Kamulah Juara!

Sekalung tahniah kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), proksi Parti Tindakan Rakyat (Petir) Singapura di bumi Malaysia kerana menjadi satu-satunya parti teras yang kekal stabil dan kurangnya kontroversi di dalam parti.




Tahniah juga kerana bijak mengambil peluang di atas kecelaruan kepimpinan parti - parti dominan orang Melayu seperti UMNO, PAS dan PKR.

Pemulihan UMNO seakan -akan berhasil selepas EGM untuk meminda perlembagaan parti tetapi dikusutkan dengan karenah anak buah dalam Barisan Nasional terutama parti yang dah lama seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Paling kecewa dengan pergolakan berterusan MCA yang tidak tahu bila akan berakhir. MIC yang dipimpin oleh seorang diktator tua pun semakin hilang suara dikalangan rakyat India yang melihat ada 4 lagi parti alternatif mewakili mereka. Terbaru Makkal Sakhti. Apa yang sakti pun tak tahu.

Gerakan dan PPP sudah sedia maklum akan perangai 'bikin gempak' yang sudah sebati dengan perjuangan kongsi kuasanya dengan BN. Kritikan - kritikan pedas dan sangat skeptikal sering kali mengundang respon negatif pemimpin UMNO (kecuali pucuk pimpinan). Ugut nak keluar BN. Tak payah ugut, keluar sajalah. Gerakan dan PPP ini jika ada dalam BN pun tak menambah, tidak ada pun tidak mengurang!

PAS pula dengan pimpinan Musyidul Amnya sering kali campur tangan dalam urusan Presiden parti. Semua orang tak betul. Dia seorang sahaja yang betul. Tetapi dia cakap Melayu pun tak betul. Ada sahaja yang terkurang huruf bila berkata! Maaf, bukan sindir orang Kelantan tetapi sebagai pemimpin perlu tahu cakap ibunda yang betul!

Ini ke tokoh yang jumpa dengan Presiden EU? (sumber Harakah majalah ubat kuat!). hehe.. Setahu saya, EU cuma kesatuan, tidak ada presiden. Yang ada Presiden untuk Majlis Eropah (European Council) dan Presiden  untuk Parlimen Eropah (European Parliment). Kesian ahli -ahli PAS ini. Terpaksa mengangkat begitu tinggi taraf pemimpinnya walhal mereka tahu pemimpinnya itu tidak kemana atau sekurang-kurangnya seperti Tun Dr. Mahathir yang sering menjadi berita sensasi di Dunia Barat semasa mengepalai Kerajaan Wawasan.

PAS akan terus berkecamuk selagi Nik Aziz mencampuri urusan parti. Isu EGM pun sudah nampak bahawa kredibilitinya hanya ada di Kelantan Darul sampah. Uztaz Azizan sendiri pun pertikaikan rasional EGM ini. Negeri - negeri lain juga bersikap berkecuali. Dimana pengaruh Tok Guru yang dilaung-laungkan itu?

PKR parti muda yang terkenal dengan moral pemimpin yang rendah. Sama ada di pucuk atau di akar, semuanya ada 1001 masalah. Kalau ROS semak betul -betul tentang perjalanan mesyuarat agung di cabang -cabangnya ( bahagian), kemungkinan besar parti ini akan diisytihar haram dan tak sah kerana tidak mematuhi kriteria pertubuhan terutama di Kedah seperti Padang Serai !

Secara keseluruhannya, sistem pemerintahan ala dinasti yang diguna pakai oleh DAP sangat -sangat efisien. Walaupun hanya ada 2 keluarga sahaja yang menentukan corak dan sosio-politik DAP iaiatu keluarga Uncle Lim dan Bai Singh, setidak - tidaknya isu kontroversi dalaman sangat minimum.

Walaupun ada kepala gangster dan pusat hiburan seperti salah seorang exco Selangor dan pengamal fahaman cauvinis dan fasis seperti ahli-ahli parlimennya, DAP terus kekal berkuasa dan sering kali pengerusinya mengambil tempat Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang sekarang ini pening kepala untuk menghadapi perbicaraan kes liwatnya.

Tahniah Orang Melayu kerana pandai sungguh bermain politik 24 jam tanpa henti!
Ekonomi pun dah semakin hanyut..
Pendidikan dengan meritrokrasi pun turut hanyut..
Kasihan...


PM 1Malaysia dan GERAKAN Yang Tak Bergerak!


'Jangan persoal kabinet saya'!. Itulah tempelak Perdana Menteri 1Malaysia kepada orang yang cuba mempertikaikan barisan menterinya di dalam kabinet dan laci kerajaan. Amarah ini ditujukan khusus untuk Ahli Parlimen UMNO Sri Gading Datuk Mohammad Aziz yang mempersoalkan status dan kredibiliti menteri KPI di Jabatan Perdana Menteri iaitu Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, TS Koh Tsu Koon.

'Saya bukan Perdana Menteri untuk orang Melayu.....sahaja, tetapi untuk semua bangsa di Malaysia!'. Wah bukan main marah lagi Perdana Menteri 1Malaysia kita ini. Jika PM tidak menyatakan sedemikian pun semua rakyat Malaysia tahu, sesiapapun menjadi PM mesti mewakili semua ras dan bangsa. Lim Guan Eng pun isytihar dia KM untuk semua bangsa di Pulau Pinang. Tapi cakap jelah, bila isu Kg Buah Pala dan peniaga Melayu di pulau, hehehe..lepas tangan je lah.

Semasa saya mengikuti ucapan perasmian PM 1Malaysia kita ini di televisyen, ketika mana Najib berdegar - degar berucap untuk menjadi bintang pop popular di kalangan perwakilan PGRM, ketika mana Najib lupa bahawa berdirinya dia dengan memakai sut Perdana Menteri Malaysia adalah atas kapisiti majoriti undi Melayu di Pekan, saya lihat reaksi spontan yang amat menjelekkan dikalangan perwakilan PGRM itu.

Setiap kali Najib menghabiskan bait kata-katanya, maka bergegak gempitalah dewan dengan tepukan dan laungan perwakilan. Najib sudah kembang hidungnya, bangga berucap kali pertama di dalam Perhimpunan Tahunan PGRM tersebut. Maka ucapan yang menyakitkan hati orang Melayu dan khusus kepada Datuk Aziz Mohamad juga diluahkan tanpa rasa gusar.

Najib barangkali sudah lupa bahawa Parti Gerakan ini sudah menjadi duri dalam daging BN sejak kemasukannya pada tahun 1969 lagi.

Najib barangkali terlupa bahawa onar yang dicetuskan oleh Gerakan lah yang mengundang tragedi berdarah 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Najib barangkali sudah lupa bahawa kasih dan sayangnya beliau pada Koh Tsu Koon maka ada keberanian pemimpin Gerakan mengemukakan cadangann untuk Gerakan keluar dari BN.

Adakah Najib terlepas pandang dengan satu usul kontoversi yang dibawa oleh satu negeri pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Gerakan sebelum dia berucap iaitu usul untuk Gerakan menilai semula kedudukannya dalam BN bagi setahun akan datang! Walaupun ia ditolak oleh Lim Si Pin (Ketua Pemuda) tetapi bangkitnya isu ini sangat - sangat kurang ajar! Dikatakan isu ini juga dibawa oleh negeri dimana parti ini berkubu iaitu Pulau Pinang!

Sebelum ini pun Pemuda Gerakan telah menghantar memorandum untuk pemansuhan ISA dan kajian semula PPSMI. Nada yang sekata dengan sedara tirinya DAP dan aliran parti penyanggah yang lain. Sudah semestinya ia direstui oleh pucuk pimpinan parti Gerakan!

Tahniahlah kepada Perdana Menteri 1Malaysia yang sangat prihatin kepada parti Gerakan. Walaupun ia selalu mencabar kredibiliti UMNO sebagai tunjang BN, tetapi sifat ke 1Malaysia-an yang tinggi dalam hati sanubari Najib meletakkan parti ini sangat istimewa. Lebih istimewa daripada orang- orang melayu yang SETIA menyokongnya.

Walaupun 191 daripada 192 bahagian UMNO termasuk bahagian Sri Gading, Johor mencalonkan beliau menjadi Presiden UMNO seterusnya mendapatkan dwi-tiket automatik [ Pengerusi BN dan Perdana Menteri ], Najib lebih nampak 'kredibiliti' dan 'kesungguhan' parti yang dipimpin oleh orang yang kalah dalam pilihanraya.

Tahniah sekali lagi kepada Dato' Seri Mohd. Najib bin Hj. Tun Abd. Razak. Teruskan lagi usaha murni mu itu mengangkat orang-orang yang diragui kesetiaannya ini. Teruskan usaha mu itu untuk menafikan hak bersuara pemimpin UMNO akar umbi, kerana "kami tahu di Pekan majoriti yang menyokongmu bukanlah orang Melayu"...!