02 November 2009

PM 1Malaysia dan GERAKAN Yang Tak Bergerak!


'Jangan persoal kabinet saya'!. Itulah tempelak Perdana Menteri 1Malaysia kepada orang yang cuba mempertikaikan barisan menterinya di dalam kabinet dan laci kerajaan. Amarah ini ditujukan khusus untuk Ahli Parlimen UMNO Sri Gading Datuk Mohammad Aziz yang mempersoalkan status dan kredibiliti menteri KPI di Jabatan Perdana Menteri iaitu Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, TS Koh Tsu Koon.

'Saya bukan Perdana Menteri untuk orang Melayu.....sahaja, tetapi untuk semua bangsa di Malaysia!'. Wah bukan main marah lagi Perdana Menteri 1Malaysia kita ini. Jika PM tidak menyatakan sedemikian pun semua rakyat Malaysia tahu, sesiapapun menjadi PM mesti mewakili semua ras dan bangsa. Lim Guan Eng pun isytihar dia KM untuk semua bangsa di Pulau Pinang. Tapi cakap jelah, bila isu Kg Buah Pala dan peniaga Melayu di pulau, hehehe..lepas tangan je lah.

Semasa saya mengikuti ucapan perasmian PM 1Malaysia kita ini di televisyen, ketika mana Najib berdegar - degar berucap untuk menjadi bintang pop popular di kalangan perwakilan PGRM, ketika mana Najib lupa bahawa berdirinya dia dengan memakai sut Perdana Menteri Malaysia adalah atas kapisiti majoriti undi Melayu di Pekan, saya lihat reaksi spontan yang amat menjelekkan dikalangan perwakilan PGRM itu.

Setiap kali Najib menghabiskan bait kata-katanya, maka bergegak gempitalah dewan dengan tepukan dan laungan perwakilan. Najib sudah kembang hidungnya, bangga berucap kali pertama di dalam Perhimpunan Tahunan PGRM tersebut. Maka ucapan yang menyakitkan hati orang Melayu dan khusus kepada Datuk Aziz Mohamad juga diluahkan tanpa rasa gusar.

Najib barangkali sudah lupa bahawa Parti Gerakan ini sudah menjadi duri dalam daging BN sejak kemasukannya pada tahun 1969 lagi.

Najib barangkali terlupa bahawa onar yang dicetuskan oleh Gerakan lah yang mengundang tragedi berdarah 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Najib barangkali sudah lupa bahawa kasih dan sayangnya beliau pada Koh Tsu Koon maka ada keberanian pemimpin Gerakan mengemukakan cadangann untuk Gerakan keluar dari BN.

Adakah Najib terlepas pandang dengan satu usul kontoversi yang dibawa oleh satu negeri pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Gerakan sebelum dia berucap iaitu usul untuk Gerakan menilai semula kedudukannya dalam BN bagi setahun akan datang! Walaupun ia ditolak oleh Lim Si Pin (Ketua Pemuda) tetapi bangkitnya isu ini sangat - sangat kurang ajar! Dikatakan isu ini juga dibawa oleh negeri dimana parti ini berkubu iaitu Pulau Pinang!

Sebelum ini pun Pemuda Gerakan telah menghantar memorandum untuk pemansuhan ISA dan kajian semula PPSMI. Nada yang sekata dengan sedara tirinya DAP dan aliran parti penyanggah yang lain. Sudah semestinya ia direstui oleh pucuk pimpinan parti Gerakan!

Tahniahlah kepada Perdana Menteri 1Malaysia yang sangat prihatin kepada parti Gerakan. Walaupun ia selalu mencabar kredibiliti UMNO sebagai tunjang BN, tetapi sifat ke 1Malaysia-an yang tinggi dalam hati sanubari Najib meletakkan parti ini sangat istimewa. Lebih istimewa daripada orang- orang melayu yang SETIA menyokongnya.

Walaupun 191 daripada 192 bahagian UMNO termasuk bahagian Sri Gading, Johor mencalonkan beliau menjadi Presiden UMNO seterusnya mendapatkan dwi-tiket automatik [ Pengerusi BN dan Perdana Menteri ], Najib lebih nampak 'kredibiliti' dan 'kesungguhan' parti yang dipimpin oleh orang yang kalah dalam pilihanraya.

Tahniah sekali lagi kepada Dato' Seri Mohd. Najib bin Hj. Tun Abd. Razak. Teruskan lagi usaha murni mu itu mengangkat orang-orang yang diragui kesetiaannya ini. Teruskan usaha mu itu untuk menafikan hak bersuara pemimpin UMNO akar umbi, kerana "kami tahu di Pekan majoriti yang menyokongmu bukanlah orang Melayu"...!

2 ulasan:

hilbert berkata...

Salam sejahtera Bro,

saya setuju sesangat dengan pendapat anda.

dan pandangan saya tentang Gerakan serta Koh Tsu Koon senada dengan anda, teruskan membantai Koh Tsu Koon menteri KPI itu...

Jeffry berkata...

SLM BRO..MCM MNA LA NAK GERAK KLU ASIK TEKAN HAND BREKK MANJANG. METER KPI LANGSUNG LA X JLN! ADOIYAIII