19 November 2009

Krisis MCA : Dimana Kelibat Pengerusi BN? MCA Dah Makin Parah!


Semalam (18 November 2009) menyaksikan tersingkirnya 9 anggota CCC MCA oleh 'Sang Gila Kuasa' dan disokong oleh 'Sang Gila Perempuan'! Tinggal Liow Tiong Lai sahaja dalam jawatankuasa pusat MCA tersebut.

Kemelut ini semakin teruk. Luka dalaman yang disangka akan pulih segera telah menjadi barah yang boleh membunuh! Bukan kepada MCA sahaja tetapi kepada BN juga!

Baru semalam, Muhyiddin berani untuk bersuara. Mempertikaikan Pelan Perpaduan yang dibuat oleh gang Ong-Chua. 4 orang timbalan menteri disingkirkan dalam CCC MCA. Selain Wee Ka Siong (Timb. Menteri Pelajaran) dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb. Menteri Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita), 2 lagi timbalan yang disingkirkan adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.

Ong Tee Keat telah menjalankan tugas sebagai Presiden MCA paling korup dan dayus dalam sejarah 60 tahun MCA. Beliau telah membentuk satu rejim yang menjamin kedudukannya sebagai Presiden walaupun telah ditolak semasa EGM tempohari.

Nampaknya Pelan Perpaduan yang kononnya disokong oleh Najib adalah gagal. Ia disokong oleh kenyataan Muhyiddin bahawa perlunya ada orang ketiga dalam mencari titik noktah pergeseran ini. Seperti yang telah saya bangkitkan di dalam 3 catatan blog saya ini bahawa perlunya Najib selaku Pengerusi BN campurtangan.

Tetapi sehingga kini Najib tetap membisu. Beliau sanggup terbang ke Makasaar dan di tanah air, Ong telah memecat 4 orang timbalan menteri lantikan beliau sendiri. Jika dahulu, Datuk Aziz Mohamad membangkitkan isu perletakan jawatan Tan Sri Dr. Koh dan Ong Tee Keat sebagai tidak menghormati hak beliau sebagai PM, maka kali ini kes ini juga terpakai! Ong tidak menghormati hak Najib melantik 4 orang timbalan menteri tersebut! Apa tindakan Najib? Kita sama - sama tunggu..

Tidak pernah dalam sejarah parti politik negara, ada anggota CCC yang menang dalam pemilihan parti dipecat atas faktor - faktor tidak menyokong Presiden. Bukan seorang tetapi semua yang membantah. Makanya, MCA ingin menjadi parti yang kembali mengamalkan sistem dinasti ataupun feudal. Hanya autoritian dan yang loyal sahaja di angkat menjadi pemimpin.

MCA telah lari daripada teras perjuangan asal. Parti dominan orang Cina ini semakin hanyut dek kerakusan Ong Tee Keat yang kaya dengan skandal di Kementerian Pengangkutan!

Najib harus ambil tindakan segera sebelum keadaan lebih mudharat..

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..3-3 EKOR TU PATUTNYA BEGILIR2 SEPAK TONGKENG MASING2 KLUAR DR MCA!. APE KE JADAH DIORANG NAK MEMEKAK LG?. TAK TAU KE DIRI MASING2 KENE SUMPAH SERANAH DGN PENYOKONG MASING2? MENYUSAHKAN JEK! BANGANG PUNYE OLANG!..PTUIH!

hilbert berkata...

Salam bro,

kita tunggu dan lihat, Najib dengar berita tadi mahu masuk selesaikan masalah yang dicetus oleh ong tee keat itu...

segala masalah MCA sekarang adalah berpunca daripada ong tee keat ! banyak sudah yang jadi korban ong tee keat sebenarnya... sehingga Chua Jui Meng keluar MCA masuk pulak PKR...semua gara-gara ong tee keat..kepala batu!