27 November 2009

Politik Perak : Nizar Masih Terima Gaji dan Elaun MB ?



Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dikhabarkan dari Perak bahawa Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohd. Nizar Jamaluddin masih menerima gaji dan elaun Menteri Besar. Sama ada berita ini benar atau tidak, hanya Bahagian Kewangan dan Pentadbiran Pejabat SUK Negeri Perak boleh sahkan.

Jika ini berlaku ada 3 kemungkinan yang boleh dibuat. Pertama, hak ekslusif MB Perak masih dipegang oleh Nizar dan ini sekaligus mengiktiraf beliau sebagai MB yang sah manakala kemungkinan kedua ialah Menteri Besar lantikan Paduka Seri Sultan Perak yang sah iaitu YAB Dato' Seri Dr. Hj Mohd  Zambry Abdul Kadir sanggup BERKORBAN dan tidak ambil pusing isu gaji dan elaun Menteri Besar. Yang penting bagi beliau jalankan tugas dan amanah  sebaik mungkin.

Dikhabarkan juga bahawa Dr. Zambry mendapat elaun dan gaji daripada kerajaan pusat. Jika ini memang berlaku maka nampaknya krisis pengesahan kerajaan mana yang sah tetap menjadi tanda tanya.

Kemungkinan ketiga ia hanya polemik politik massa. Hanya wujud untuk terus 'mengocak' suasana politik Perak yang telah mula agak stabil kini..

Sehingga kini, kes yang didengar di Mahkamah - Mahkamah Persekutuan (Tinggi, Agung dan Rayuan) masih belum menjumpai titik noktah muktamad penentuan krisis ini.

Walaubagaimanapun krisis yang bermula hasil ilham Perdana Menteri Bayangan16 September 2008 ini sebenarnya mendatangkan 1001 hikmah. Rakyat Perak khususnya telah mula memahami kepimpinan rakyat negeri itu sama ada pembangkang mahupun BN.

Penilaian sedang dibuat oleh rakyat sama ada untuk mengekalkan kerajaan BN ini pada masa akan datang atau ingin bersama pembangkang yang diterajui oleh parti sosialis / komunis DAP.

Di Perak, konsep pemimpin BEKORBAN untuk rakyat sangat jelas. Pemimpin BN terutama MBnya selalu turun padang dan ini yang perlu dibuat oleh pemimpin BN di negeri lain terutama di negeri - negeri yang kalah seperti Kedah dan Selangor.

Semoga PENGORBANAN Dr Zambry dan rakan - rakan akan terbalas kelak dengan kemenangan besar BN dan 'TERKORBANNYA' Menteri Besar Pas Tajaan DAP yang angkuh dan takbur itu!

Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar! Wallillahilhamd !!!

1 ulasan:

anakbukitgantang berkata...

jika didapati Zambri adalah Menteri Besar Perak yang Sah, maka akan berlaku
1- Surcaj ke atas pegawai Kewangan yang memberikan gaji MB kepada NJ
2- NJ perlu serahkan kembali lebihan wang yang diterima
3-Jabatan Audit Negara akan emmbuat teguran dan tindakan surcaj akan diambil keatas semua yang terlibat