12 November 2009

Krisis Zul4Kulim & Siva : Telahan Saya Tepat!


Babak drama terbaru arahan Anwar dan dilakonkan oleh dua orang Ahli Parlimen PKR dari Kulim Bandar Baharu dan Subang seperti telah dijangka kesudahannya.

Akhbar portal 'online' MStar bertajuk Zulkifli Noordin Anggap Pertelegahan Dengan Sivarasa Selesai. Tidak sampai tempoh 24 jam yang diberi untuk mencabar Sivarasa letak jawatan, Zulkifli telah menarik diri dan anggap telah 'tutup buku'. Inilah pejuang Islam yang dibanggakan oleh sesetangah blogger termasuk yang pro-kerajaan!

Maka benarlah telahan saya (tulisan artikel PKR : Anwar, Zul4kulim & 'Hidden Agenda') bahawa Zulkifli akan hilang amarah kepada Siva selepas di'tepuk belakang' oleh bossnya Anwar Ibrahim. Ini adalah permainan oleh PKR untuk menimbulkan sentimen simpati kepada Zulkifli dan nampaknya ada blogger pro BN yang terjerat!

Saya bukan bersikap terlampau pesimis dan terlalu kritikal kepada YB Kulim / Bandar Baharu ini, cuma berpandukan kepada beberapa episod dan babak yang pernah dimainkan oleh Zulkifli ini.

Ingat lagi bagaimana gila publisiti beliau menunggang basikal menuju ke Parlimen bersama Tian ' I Smashed Your Head' Chua dan Gobala tahun lalu? Sedangkan beliau ada motorsikal berkuasa besar? Ini cuma menarik minat rakyat.

Masih ingat lagi bagaimana peranan beliau dalam isu Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia? Selepas ada rungutan daripada rakan pakatan dalam PKR sendiri dan DAP, beliau terus menikus.

Mungkin jauh disudut hatinya, perjuangan kepada Islam masih ada tetapi sejauh mana konsistennya dan istiqamah dalam perjuangan itu terus menjadi tanda tanya.

Kenapa tidak menunggu sehingga tempoh 24 jam itu berakhir (cabaran kepada Siva untuk letak jawatan)? Adakah beliau sudah mengalah disebabkan hanya beliau seorang kelompok ke-3 dalam PKR? Tidak mendapat sokongan dan dukungan yang kuat dalam parti walaupun diluar ini banyak pihak menyokong beliau?

Zulkifli telah terjerat dek kerana dendam yang sangat dalam kepada BN dan UMNO maka teras perjuangan Islamiknya terpaksa dikorbankan.

Kalau dilihat melalui artikel dan siri ceramahnya, begitu kuat penolakan dan sikap menghina beliau kepada UMNO dan BN. Tidak tahulah kalau kerajaan BN ada membuat onar kepada kehidupan beliau dan keluarga. Saya lihat beliau bebas bermotorsikal besar ke hulu kehilir. Entahlah apa yang dibenci sangat kepada BN pun saya tak tahu. Allah dan beliau sahaja yang tahu..!

Dengan kenyataan Zulkifli tersebut jelas menunjukkan bahawa dalam kes ini Sivarasa yang telah menang. Saya bukan ingin melaga - lagakan pemimpin PKR tersebut sepertimana mereka cipta untuk melaga - lagakan pemimpin UMNO, tetapi atas konsep pendirian dan integriti!

Saya melihat Zulkifli boleh menjadi wakil rakyat yang progresif dan prihatin. Ada kredibiliti dan ada kesungguhan. Tetapi masih tidak kuat akar perjuangannya. Sering kali 'tunduk' dan bersikap mengangkat bendera putih dahulu. Kerana beliau terikat dengan perjanjian bersama 'sesumpah'. Maka beliau secara automatik boleh digelar 'anak - anak sesumpah', berubah mengikut keadaan dan masa.

Polemik Zulkifli ini adalah aturan Anwar. Anwar telah mula belajar daripada kekhilafannya. Mungkin atas nasihat dan petua semasa berkelana ke Amerika Syarikat sejak dua menjak ini! Bijak Anwar menggerakkan bidak - bidak dalam percaturan politiknya sehinggakan blogger pro BN pun terkesima dengan penangan Zul4kulim ini!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lakonan yang di orkestra oleh Al Juburi dan Nicky Aziz sebenar nya akan membuat kan rakyat jadi muak dan meluat. Buat lah banyak banyak lagi biar sampai esok lusa rakyat akan memuntah kan loya mereka kepada Pakatan Sesat ini. Memang bodoh perlakuan mereka yang mereka sangka rakyat x ada akal untuk menilai perbuatan mereka itu. Sebagai MELAYU jati pantang saya bertuan kan HINDU dan Cina !!!Akan saya tentang habis habisan !!!

Local Fighter berkata...

Tanpa Nama 11:38,
Tuan, tidak perlu kita menjadi ultra-melayu dengan menidakkan hak kaum lain.

Perlu hormat kepada kaum selain melayu selagi mana mereka hormat kepada melayu.

Malaysia negara unik. Semua orang ada hak.

Hak yang saksama bukan hak samarata. Ini konsep yang perlu dipegang. Bagaimana ia ditakrifkan dan direalisasikan, terpulang kepada parti - parti siasah (kerajaan atau pembangkang)..