27 Ogos 2009

UMNO.. Bila Mahu Berubah?

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 25 Ogos 2009 yang lepas menjadi satu lagi detik kekalahan BN yang ditunjangi UMNO dalam PRK selepas PRU-12. Kekalahan kali ke-7 ini benar-benar melukakan hati pembesar-pembesar UMNO kerana mereka beranggapan aura Manik Urai sampai di Permatang Pasir tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Maka banyak lah luahan kekecewaan yang dikeluarkan oleh pembesar-pembesar UMNO ini. Tan Sri TPM berkata pengundi tidak mahu pembangunan dan perubahan. Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri Paling Lemah Dalam Sejarah Malaysia) amat kecewa dgn keputusan pilihanraya kali ini. Dan ramai lagi pembesar-pembesar UMNO.

Persoalan disini siapa yang tak mahu berubah? Rakyat atau UMNO?

Setelah lebih 4 bulan tranformasi yang dicanangkan itu bermula..apa yang berubah dalam UMNO dan organisasinya? Adakah dengan pertukaran menteri-menteri dan pos kepimpinan tertinggi parti itu perubahan yang disebut-sebut ke?

Saya lihat cara kempen UMNO tidak berubah. Dapat Ketua Penerangan yang pandai cakap besar dan egois..implementasi zero!

Jika UMNO ingin berubah..perlu berubah secara ikhlas dan berani. Tidak perlu hipokrasi dan bermuka-muka.

UMNO perlu berani untuk berubah! Bukan setakat slogan tapi perlu dipraktikkan secara jelas dan konsisten.

Nampaknya sekarang rakyat lebih tertarik dengan tawaran pembangkang walaupun ia cuma angan-angan dan janji yang aneh daripada terus terikat dengan status quo pemerintah sekarang.

Sayap-sayap UMNO perlu distruktur semula. Perlu lebih banyak bekerja. Gantikan mana-mana sayap yang koyak,luka, BERGELUMANG DENGAN TAHI agar ianya boleh digunakan untuk menguatkan parti.

Jika ingin tunggu perlembagaan dipinda bersiap sedialah untuk menerima kekalahan demi kekalahan dalam PRK yang akan-akan datang....

22 Julai 2009

Mewarisi Gaya Kepimpinan Pak Lah

Nampaknya kerajaan 1Malaysia YAB Dato' Seri Mohd. Najib hari ini masih mengikut rentak dan gaya kepimpinan bos lamanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mutakhir ini, kerajaan 1Malaysia dihujani 'peluru-peluru politik' yang bertali arus. Paling ketara ialah isu kematian mendiang Teoh, SETPOL kepada salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Seperti yang telah diterapkan dalam fahaman Abdullahisme, sikap menikus ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kredibiliti kerajaan akan dipertikaikan. Mana perginya 'fighter-fighter' UMNO dan BN?

Kenapa sikap menikus ini berterusan. Keluar! Tunjukkan bahawa kamu membela SPRM dan PDRM yang berada dibawah kuasa kerajaan persekutuan!! Dato' Seri Hisham..janganlah lembik sangat. Apa pasal nak setuju pendapat DAP tubuh suruhanjaya diraja? Jangan asik memberi amaran dan amaran sahaja. Ambil tindakan. Sumbat orang yang mencetuskan huru hara dan ketidakstabilan kedalam lokap.

Rakyat tengok kerajaan yang ada sekarang terlampau memberi muka kepada puak-puak pelampau cauvinis. Rakyat terutama umat Melayu sedang berasa cemas.

Sudah lah dasar liberalisasi 1Malaysia sedikit-sedikit menarik nikmat BUMIPUTERA, soal keselamat juga seakan terancam! Peristiwa 13 Mei seakan PASTI berulang!!

Menteri - menteri lain, jangan asik nak jaga tembolok dan kementerian sahaja. Jika ada isu yang menyerang BN, ayuh!! Kamu kena pertahankan tak kisah lah kamu tu Menteri Pertanian atau Menteri Kerja Raya.

Dato' Seri Rais, saya ada cadangan. Perkasakan Jab. Hal Ehwal Khas. Kembalikan kepada singkatan JHEK selepas JASA yang tak banyak jasa.

Lantik golongan pro-kerajaan dikalangan mantan kepimpinan MPP IPT untuk bantu mengekang asakan dan tohmahan pembangkang. Bagi saya dan rakan-rakan lain, sedia membantu.

22 April 2009

Salam Perjuangan dan Salam Perpaduan

Buat semua para blogger diucapkan salam perkenalan.
Kehadiran blog ini merupakan cetusan hati nurani penulis untuk turut serta dalam 'meraikan' cetusan dan letusan idea dalam wadah alternatif massa.

Semoga dengan kehadiran blog ini mendapat sokongan dalam kita berbincang dengan lebih telus mengenai pelbagai aspek kehidupan desawarsa kita sekarang.

Penulis akui bahawa sekarang kecenderungan para blogger lebih kepada perbincangan isu politik semasa. Perkara ini memang tidak boleh keluar dari kotak fikiran orang Melayu sejak zaman dahulu lagi.

Pertembungan dan konflik yang wujud di dalam media alternatif ini jangan dijadikan sebab untuk kita menuding jari menunjukkan kesalahan orang lain dan mencetuskan permusuhan / hasad dengki. Kewujudan media ini perlu kita garap untuk menjadi lebih positif. Lebih baik kita memperbincangkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bukan dijadikan senjata untuk menghentam pihak yang tidak sealiran dengan kita.

Isu ekonomi, pendidikan, perpaduan,sosial dan kemajuan insan lebih penting melihatkan sekarang orang Melayu seperti hilang arah dan pendirian.

Semoga kita akan lebih berhemah dalam melontarkan idea demi melihat bangsa, agama dan negara kita akan terus maju.

Salam Perpaduan
Local_Fighter