14 September 2009

Lebih Baik Undi Pembangkang Daripada Kerajaan!

Pengumuman Perdana Menteri memberi duit raya kepada penjawat awam (k/tgn sokongan) dan peneroka FELDA sangat mengembirakan dua kelompok tersebut walaupun amaunnya tidak lah sebesar mana.

Ini satu langkah baik oleh kerajaan untuk menunjukkan kerajaan prihatin kepada rakyat.

Isunya disini adakah ia relevan dan sesuai dengan situasi semasa ini? Saya bukan bercakap daripada segi kekuatan ekonomi dan sumber kewangan negara tapi daripada segi sokongan dan dokongan 2 kelompok ini.

'Ibarat melepaskan anjing tersepit'. Itulah yang boleh saya gambarkan untuk isu di atas. Untuk makluman Kerajaan 1Malaysia, dua kelompok inilah yang majoritinya merupakan penyokong dan pengundi pembangkang.

Saya bercakap ada nas dan faktanya. Saya juga penjawat awam yang tidak dapat duit raya (profesional). Di pejabat saya ini ada lebih kurang 20 orang (pro + sokongan).

12 penyokong pembangkang ( 4 - 5 orang tegar), 6 atas pagar (tapi cenderung ke pembangkang), hanya saya dan seorang bos saya (itu pun dah pindah ke unit lain baru-baru ini)yang menyokong kerajaan!! Ini yang saya nampak pada kaca mata saya sendiri.

Setiap hari belek suratkhabar,hentam kerajaan, kerja tak nak buat..! ini lah golongan yang ditatang oleh kerajaan.

FELDA pun begitu juga. Ayah saudara saya seorang peneroka Felda di Palong, Gemas, N.Sembilan salah seorang hard-core PAS. Apabila saya berkunjung ke rumahnya, dari pintu masuk hingga lah ke gugusan felda yang berselarak dalam tu, berkibar megah bendera PAS dan PKR. UMNO atau BN jangan harap! Ini juga yang disusu dan dibelai oleh kerajaan.

Saya akui bukan semua tapi majoriti adalah penyokong dan pengundi pembangkang!
Saya juga akui kita jika ingin menolong tidak boleh pilih bulu, tapi lebih molek sekiranya kita membantu peniaga2 atau pekerja swasta yang lebih setia kepada kerajaan.

Kelak apa yang terlintas difikiran mereka..
Lebih baik sokong pembangkang..
Kerajaan yang ada lebih sayang kepada penentang
Penyokong, disisih dan diterajang!!

Tiada ulasan: