11 September 2009

Malaysia Ke Arah Negara Apartheid?

Tidak menghairankan jika satu ketika nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mengamalkan dasar Apartheid dalam pemerintahannya.

Apartheid membawa maksud penyisihan atau peminggiran (dlm bahasa orang Afrika) yang merujuk kepada satu dasar atau polisi yang meminggirkan satu puak / kaum daripada menerima kesaksamaan (bukan kesamarataan!) daripada segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Istilah ini sangat popular di Afrika Selatan dan sinonim dengan isu penindasan kulit hitam (penduduk asal Afrika Selatan) oleh kulit putih (pendatang dari tanah Inggeris).

Hak penduduk asal telah dinafikan dengan SAH (perlembagaan dan undang-undang). Jurang sosio-ekonomi begitu jauh. Paksi kekuatan ekonomi dan politik hanya dipegang oleh satu kelompok sahaja.

Dasar ini telah bertahan sejak 1948 hingga 1991 iaitu lebih 40 tahun sebelum ianya dihapuskan atas desakan masyarakat antarabangsa.

Hari ini saya melihat, dasar ala-Apartheid ini telah muncul secara tidak sedar di Malaysia! Yang peliknya jika di Afrika Selatan, orang kulit putih menidakkan hak orang kulit hitam melalui undang-undang dan peraturan ciptaan mereka tetapi di Malaysia ini orang kulit sawo matang sanggup menindakkan hak kaumnya sendiri untuk kepentingan hak kaum lain!!

Penduduk asal Tanah Melayu seakan terhimpit dan cemas. Ekonomi tidak dikuasai oleh mereka. Sosial, pendidikan, perundangan dan kesihatan juga tidak memihak kepada mereka. Politik juga kucar-kacir. Keadaan ini adalah sama seperti dirasai oleh kaum asal penduduk Afrika Selatan dwi-dekad yang lalu.

Hari ini seperti yang telah disiratkan oleh Allah, hak kaum asal penduduk Malaysia sedikit sebanyak telah dinafikan oleh kaum pendatang yang disokong oleh pengkhianat daripada kaum asal.

Institusi perundangan dan kehakiman seakan-akan telah dimonopoli oleh kelompok yang berpegang kepada doktrin yang sangat fasis dan rasis!

Walaupun kuasa pemutus masih terletak ditangan-tangan insan genetik kaum asal tetapi ia tidak ubah seperti bidak-bidak dipapan catur yang senang diatur dan dialihkan oleh orang-orang yang berkepentingan.

Secara tidak sedar kuasa perundangan kita juga telah dicabar setelah puak berdoktrin fasis dan rasis ini berjaya menganggu gugat kuasa legaslatif dan eksekutif.

Tidak memeranjatkan saya sekiranya kita mengambil acuan ala-Apartheid ini satu hari nanti kerana dengan adanya kuasa politik dan penaklukan secara total dalam perundangan,undang-undang dan perlembagaan negara akan dipinda.

Mungkin pada pandangan umum ia tidak memberi kesan kepada kelansungan rakyat Malaysia, tetapi ia sebenarnya adalah barah yang akan membunuh sedikit demi sedikit mangsanya (kaum asal Tanah Melayu) hingga terkulai layu...

Tiada ulasan: