17 Mei 2010

Gaya Politik Konvensional BN Perlu Di Tukar!! Hentikan Gula-Gula Politik!!


Benarlah apa yang pernah diungkap oleh Negarawan kita, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 'Apabila kita melupai sejarah dan peristiwa lepas, kita akan dihukum dengan melakukan kesalahan tersebut berulang - ulang kali.'

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh YABhg. Tun tersebut merujuk kepada sejarah penjajahan zaman kolonial mahupun zaman perang, tetapi apa yang diucapkan oleh beliau tersebut boleh kita terjemahkan dalam apa yang telah berlaku dalam konteks politik tanah air kini terutama setelah BN kalah mengejut di Sibu semalam (16 Mei 2010).

Nampak gayanya, BN tidak belajar daripada peristiwa yang lalu. Sejak pasca PRU-12 hinggalah semalam, BN tetap melakukan kesalahan yang sama berulang - ulang kali! Tidak pernah serik! Kalau kita cakap dalam bahasa kasarnya, orang yang buat kesalahan berulang kali dikategorikan sebagai bodoh! Ini realiti yang perlu kita akui!

BN masih mengharap dengan ganjaran dan imbuhan yang turun dari langit akan menjanjikan undi untuk mereka. Tetapi amat malang, kaedah ini sebenarnya telah memakan diri! Kaedah konvensional ini telah menampakkan BN mudah dipermain - mainkan!

Di pasar Sibu, riuh rendah dengan laungan 1 Malaysia, PM kita pun tersengih - sengih gembira. Media massa perdana mencanang bagai nak rak, petugas parti dah makin duduk leka..ini yang menyebabkan BN terkesima dan ambil mudah! Sokongan dengan suara tidak mencerminkan apa yang akan diterjemahkan di dalam kertas undi.

Laungan itu hanya memohon perhatian dan imbuhan daripada kerajaan, sokong dalam kertas undi belum tahu lagi! Minta itu dan ini, bila dah dapat, roket juga diundi!

Tiba masanya gaya politik BN perlu ditukar. Ia perlu lebih bercorak keras sekeras desakan dan tuntutan yang bukan -bukan oleh kelompok yang tidak menyokong itu!

Hentikan serta - merta pemberian dan imbuhan semasa pilihanraya kecil. Buat apa merugikan jutaan ringgit kepada golongan yang tidak bersyukur dan berterima kasih ini. Lebih baik dana tersebut di salurkan kepada golongan yang menyokong. Ini dah lah bagi kepada puak yang menentang, golongan yang menyokong dipinggirkan menyebabkan mereka akan berfikir, 'lebih baik aku menentang, nanti kerajaan beri perhatian kepada aku macam puak sebelah sana.'!

Misalnya projek tebatan banjir di Sibu perlu ditangguhkan. Buat apa berbelanja besar sehingga mencapai RM 1billion  di kawasan penentang. Lebih baik dana tersebut di salurkan di rumah - rumah panjang yang menyokong dasar pemerintah. Ini untuk memberi pengajaran kepada mereka. Minta mereka pergi mengadap dengan ahli parlimen baru yang mewar-warkan 'Vote for Change' itu..mintalah bulan & bintang yang dah dijanjikan tersebut!

Cukup-cukuplah BN di perbodohkan sedemikian rupa. Jangan ingat pemberian gula - gula politik boleh membeli undi mereka. Jangan rugikan dengan melaburkan jutaan ringgit kepada puak yang tidak akan menyokong ini. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kepentingan awam yang lebih memerlukan.

Dalam 2 kempen terakhir pilihanraya kecil (di Hulu Selangor dan Sibu), kerajaan telah hampir membelanjakan 500 juta dalam bentuk insentif, imbuhan, ganjaran, geran dan saguhati kepada hanya 150,000 rakyat sahaja dikedua - dua kawasan sedangkan kita masih ada 220 kawasan parlimen lagi dan lebih 26 juta lagi rakyat yang lebih memerlukan!

Walaubagaimanpun, kekalahan di Sibu telah tersurat. Walaupun pedih, ia perlu diterima. Ini merupakan satu lagi episod pengajaran kepada BN terutama selepas kekalahan di Kuala Terengganu dan siri-siri pilihanraya kecil yang lain.

Belajarlah daripada kesilapan yang telah dibuat ini walaupun telah berulang kali melakukan perkara yang sama. Fokus utama adalah pada pilihanraya umum akan datang. Pergilah minta pendapat Tun Dr. Mahathir yang berjaya meraih sokongan puak penentang ini semasa pilihanraya umum 1999. Mungkin ada resepi yang boleh digunakan untuk memenangi semula hati mereka tanpa perlu menjanjikan bulan dan bintang!

Jangan dek kerana laungan 1 Malaysia yang berdegar-degar menyebabkan BN lena diulit 'mimpi basah', kelak nanti basah keluar airmata darah sekalipun, sudah tidak berguna lagi . . .

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya, saya 100% setuju. BN mesti bertukar. Bagi peruntukan kepada yang menyokong. Tinggalkan yang tidak menyokong daripada arus pembangunan. Jangan jadi sepeti kera dihutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Kempen BN juga harus ditukar. Jangan dijanji gula-gula lagi selepas ini. Pengundi bandar terutamanya Cina mereka tidak tahu susah. Senangkan yang menyokng bukan memewahkan yang tidak menyokong.

Anak sendiri buka anak kera.

-krisjawa lok3- berkata...

Ya saya juga setuju dengan tuan PT dan Tanpa Nama 09:57.....
Anggap saja rakyat Sibu tak mahukan pembangunan yang akan dibawa BN ke daerah itu.
Lupakan saja janji-janji yang dibuat untuk membangunkan seluruh daerah Sibu tapi berikan tumpuan pembangunan kepada kawasan-kawasan yang menghargai BN.
Tahniah Pas...Tahniah PKR...selepas ni bolehlah mengadakan jamuan kesyukuran babi panggang bersama DAP dan tuai rumah panjang secara besar-besaran....selamat menjamu selera.

Unknown berkata...

Saya lagi la sagat-sangat bersetuju jika BN amalkan politik pilih bulu macam tu,tak kisahlah walaupun pembangkang pun bayar cukai juga duit dia kerajaan ambik tapi jangan bagi peruntukan walau satu sen pada kerajaan negeri di bawah pembangkang.

Biar rakyat tahu siapa pembela rakyat,siapa yang pilih bulu dlm pemerintahan.Hidup Umno...