13 Oktober 2009

Isa Nak Kembali Jawatan MB N.Sembilan?


Selepas kemenangan Tan Sri Isa di Bagan Pinang, maka berbunyilah musuh dalam selimut akan ura-ura Tan Sri Isa ingin merampas kembali jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Tok Mat (Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj. Hassan).

Saya percaya dan yakin suara - suara dubuk ini adalah datang daripada khemah parti penyanggah kerana memang tabiat mereka suka melaga-lagakan umat Muhammad supaya bercerai-berai dan berpecah-belah.

Hal ini tidak menjadi keganjilan selepas berakhirnya PRK di Bagan Pinang maka jarum dan duri semalu mula dicucuk perlahan-lahan agar pimpinan UMNO Negeri Sembilan bercakaran sesama sendiri.

Bagi saya TS Isa dan Tok Mat tidak sebodoh yang mereka sangkakan. Pasti dan pasti ada konsesus dan gentleman aggrement di antara dua tokoh utama UMNO Negeri Sembilan ini selain Rais Yatim, Shaziman dan Ishak Ismail.

Seperti yang saya war-warkan kepada rakan - rakan saya, Tan Sri Isa memilih untuk bertanding di DUN Bagan Pinang ini adalah semata-mata ingin menyempurnakan misi politiknya untuk mengambil semula jawatan Menteri Kabinet yang dilucutkan oleh Kerajaan Islam Hadhari pada tahun 2005 yang lalu.

Pasti Tan Sri Isa kembali bertanding di Parlimen pada pilihanraya umum akan datang. Tan Sri tidak akan bertanding di Jempol sepertimana pilihanraya umum ke-11 lalu tapi di tempat dia berbakti kini - Teluk Kemang!

Walaupun Teluk Kemang adalah kerusi tradisi MIC tetapi politik apa-apa boleh jadi. Untuk merampas kembali kerusi daripada PKR yang diwakili oleh Dato' Kamarul Baharin, sudah pasti UMNO perlu meletakkan calon atas faktor 58% majoriti adalah Melayu.

Sedang Tan Sri cuba merampas kembali Teluk Kemang dan 3 DUN lain dikuasai DAP dan PKR, maka tugasan Tok Mat adalah untuk mengembalikan kerusi 3 DUN Melayu iaitu Paroi - Ampangan - Sikamat dalam MISI TAWAN KEMBALI P-A-S!

MCA perlu diperkasakan dengan pimpinan Dato' Hon Choon Kim dan Dato' Tiger Lee untuk meranapkan impian roket terus berdiri kukuh di Negeri Sembilan.

Misi tawan S - R perlu dimulakan sekarang. Dua kawasan parlimen yang majoriti berbangsa Tionghua iaitu Seremban dan Rasah perlu direbut kembali. Si Loke Siew Fook yang kepingin untuk menghantar DYMM Sultan Perak ke neraka perlu dihumban jauh-jauh daripada rasah bersama - sama idealogi sosialisnya.

Tiada masa rehat. Tiada masa berbulan madu. Ayuh BN Negeri Sembilan, berpadu tenaga dan kembalikan Negeri Sembilan Sifar Pembangkang pada Pilihanraya Umum ke-13!

1 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..KEMENANGAN DI BAGAN PINANG ADALAH BONUS BERGANDA UTK KERAJAAN NEGERI. PASTINYA PEMBANGKANG MELIHAT KEKALAHAN TKO INI SEBAGAI SATU TAMPARAN HEBAT SETELAH MENANG DI 7 PRK SEBELUM NI.

TS ISA SUDAH SINONIM DGN RAKYAT DI N9 SEBAGAI BEKAS MB. IA JUGA SATU BONUS UTK KERAJAAN PUSAT. MISI SEBENAR UMNO & BN AKAN DTG ADALAH UTK MEMPERTAHANKAN SEMUA KUBU KUAT DAN DLM MASA YG SAMA CUBA MENAWAN KEMBALI KUBU2 YG TERLEPAS DARI GENGGAMAN.

TAPI PECAYA LAH JIKALAU UMNO BENAR2 INGINKAN KEJAYAAN IA HARUS BERMULA DARI SKRG. UMNO HARUS MEMPERKASAKAN SEGALA ASPEK PERJALANAN PARTI DAN SENTIASA TURUN KE BAWAH BERSAMA RAKYAT ATAU RAKYAT TAK AKAN MEMPERDULIKAN MEREKA SAMA SEKALI