04 Oktober 2009

Kesan Penting Pilihanraya Bagan Pinang di N.Sembilan


Pilihanraya kecil N31 di Bagan Pinang memberikan signifikan yang sangat penting untuk survival BN dan khususnya UMNO di Malaysia.

Terletak di Negeri Sembilan yang merupakan antara negeri terkuat UMNO selain Sabah,Johor,Melaka dan Pahang.

Pilihanraya ini akan menentukan sama ada UMNO telah diterima rakyat atau pengaruh pembangkang memang ternyata kuat.

Bagi saya, pilihanraya ini cukup penting bukan sahaja pada UMNO tapi untuk PAS terutama di Negeri Sembilan. Ini kerana lawan TS Isa merupakan orang no.1 PAS di Negeri Sembilan. Kalahnya orang no.1 ini bererti pengaruh PAS ternyata rendah di N.Sembilan.

Untuk kita melihat kejayaan PAS di N.Sembilan ini tidak banyak berbanding negeri-negeri pantai timur ataupun utara tanah air. PAS hanya menang atas UNDI PROTES bagi kawasan N25 DUN Paroi pada pilihanraya umum lepas. Sentimen protes ini juga tertempias di dua buah lagi Dun majoriti melayu iaitu di DUN Ampangan dan Sikamat tapi diwakili oleh PKR.

PAS hanya menang satu kerusi dan kalah ditempat lain termasuklah Zulkefly di Dun Lenggeng merupakan satu isyarat menunjukkan bahawa pengaruh PAS tifak kuat di negeri Adat Perpatih ini. Kemenangan calon tunggal di Dun Paroi (terletaknya rumah bonda dan tempat mengundi saya) hanya kerana belas ehsan pengundi UMNO (anti-Pak Lah) dan pengundi atas pagar.

Maka sekiranya Zulkefly terlentang di Bagan Pinang selepas tertonggeng di Lenggeng, kita bloleh rumuskan bahawa riwayat parti berlambangkan bulan ini boleh melupakan hasrat untuk menajadi parti dominan umat melayu di negeri sembilan ini.

Daripada 15 wakil rakyat pembangkang di Negeri Sembilan dalam DUN, 10 diwakili DAP, 4 PKR (2 melayu) dan 1 PAS manakala BN yang menang 21 kerusi diwakili oleh 20 UMNO dan 1 MCA, maka secara jelas kita boleh lihat umat melayu N.Sembilan masih melihat dacing dan keris sebagai lambang kuasa kerajaan negeri dan ia perlu dipertahankan.

Justeru itu untuk UMNO menjadi kuasa tunggal orang melayu di N.Sembilan, gerakan untuk menawan 3 Dun melayu harus dimulakan daripada sekarang.

Maka Gerakan Tawan Kembali PAS (Paroi - Ampangan - Sikamat) perlu digerakan segera bagi membuktikan bahawa UMNO kekal relevan di negeri ini.

Allahuakbar!

1 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO...ISA MASIH ADE AURA..KLU TAK MASAKAN RAMAI PENDUDUK2 DTG BERI SOKONGAN SEWAKTU NAMA BELIAU DI UMUMKAN TEMPOHARI. SKRG PAS LETAK CALON SAMBIL LEWA SBB DIORANG INGAT KLU LETAK LEMBU PUN BLEY MENANG!..BIARKAN!..BIARKAN!..KITA TENGOK SAMA ADA 'LEMBU' TU BAKAL KENE SEMBELIH WAT DAGING KORBAN ATAU TAK KEHKEHKEH