Ada yang tidak tepat atas apa yang telah dilaporkan berkenaan isu kenyataan berbaur perkauman oleh Datuk Nasir, pegawai Khas Bahagian Komunikasi bagi Perdana Menteri 1Malaysia.
Pihak yang memang suka mencetuskan isu perkauman tidak lain dan tidak bukan Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Nasir telah menghina kaum Cina dan India dengan gelaran pendatang semasa Seminar 1Malaysia di Klebang tempohari!
Benarkah Datuk Nasir menempelak bangsa Cina dengan istilah 'jual body' dan India dengan istilah 'peminta sedekah'?
Ada kenalan saya bekas orang kuat UMNO Bukit Bintang rdan akan rapat Datuk Sahlan Ismail, Setiausaha Politik Dato' Seri Najib menyatakan kes ini cuba dimanipulasi agar nampak seolah-olah Datuk Nasir ultra-melayu dan Najib pun digambarkan sama seperti itu!
Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Nasir Cina jual body dan India peminta sedekah tidak merujuk kepada kaum Cina dan India di Malaysia.
Yang bikin kecoh cerita ini bila seorang macha MIC yang tak dengar ceramah tu dari mula masuk dan terdengar Datuk Nasir ucap pasal kaum Cina dan India dan terus report sama boss besar dia Samy Vellu.
Samy Vellu yang tak tahu hujung pangkal dan percaya cakap balacinya tu pun terus call Najib marah-marah sama itu Datuk Nasir.
Tapi Najib tak call Nasir tu terus sebab beliau tengah ada program. Lewat petang tu Dato' Najib minta Datuk Sahlan dan Datuk Tengku Sariffuddin call telefon Datuk Nasir, nak tanya pasal kes tu.
Datuk Nasir pun satu. Banyak kali call, tak dijawab. Dimatikan telefon atau saja tidak mengangkat, itu saya tak pasti. Yang pastinya Datuk Nasir tak jawab sehinggalah keesokkannya baru dia hubungi Najib.
Tanpa diberi peluang untuk membela dan menceritakan apa yang dimaksudkan dengan ucapannya itu di Klebang, Najib terus menasihati (memarahi dan mengarahkan kot..hehehe) letak jawatan dan meminta maaf.
Najib yang jenis suka mintak maaf macam sepupunya Hishamuddin pun meminta Datuk Nasir jangan cakap lagi pasal isu itu dan cuma perlu minta maaf secara terbuka.
Datuk Naisr pun akur. Letak jawatan dan mohon maaf secara terbuka. Isu dan isi sebenar tidak dapat dijelaskan.
Saya difahamkan, Datuk Nasir tidak merujuk Cina dan India itu kepada kaum disini. Dia kalau ceramah di BTN pun tak da le bantai Cina dan India macam tu sekali!
Kalau lah Malaysiakini, Samy Vellu dan sewaktu dengan mereka menuduh Datuk Nasir menghina Cina dan India dengan gelaran pendatang, jual body dan peminta sedekah, mereka pelru tahu apa benar kenyataan tersebut merujuk kepada kaum Cina dan India di Malaysia.
Jika tuduhan Datuk Nasir mendakwa pendatang Cina dan India dahulu ke Tanah Melayu jual body dan peminta sedekah, itu sangat tidak tepat.
Kaum Cina datang sebab bijih timah dan perniagaan. Kaum India datang untuk kerja di estet dan di ladang getah.
Maksud jual body tu adalah menunjukkan pendatang Cina yang datang sekarang dari Tanah Besar China jadi 'China doll' dan pelacur disini! Bukan masa zaman pra-merdeka!!!
Kaum India peminta sedekah itu dirujuk kepada kes yang banyak berlaku sekarang terutama di Jln Masjid India dan kawasan majoriti pendatang daripada NEGARA INDIA. Dalam Aduan Rakyat TV3 pun pernah tunjuk kes pendatang dari NEGARA INDIA ini!
Dia cuma nak sampaikan jika keterdesakan akan menyebabkan kita hilang pertimbangan walaupun kita berasal dari sebuah negara yang besar dan ekonomi yang kuat macam China dan India!
Macha yang buat komplen tu layak diketuk dengan senduk je sebab baru dengar sikit dah bikin kecoh report sama Samy konon nak jadi hero..boleh jadi calon pilihanraya nanti!!!
Malaysiakini yang tak puas hati dengan hanya perletakan jawatan, meminta Datuk Nasir diambil tindakan yang keras sebab keluarkan kenyataan rasis. Woi, yang korang tu lagi rasis siap hina -hina Melayu dan Islam lagi teruk!!!
Kerajaan jangan cepat melatah. Siasat dulu sebelum ambil tindakan. Kes ini dah menjadikan persepsi rakyat kepada PM makin negatif sebab ada pegawai khas yang rasis walaupun fakta sebenar adalah sebaliknya.
p/s - maaf, susunan frasa kata dan ayat agak berkecamuk sebab masa sangat suntuk menulis blog. Maaf ye, Rais Yatim...hehehe
4 ulasan:
betul..........pukul jer dengan senduk..org suruh belajar sejarah tido kat belakang.. pas tu nak marah orng... fikir2kanlah
salam brader,
itulah mereka memang buta sejarah. sejarah tidak menipu. setiap bangsa ada sejarahnya tersendiri.
kalau mereka yang menimbulkan isu perkauman tidak apa, kalau kaum bumiputera yang tersebut sedikit pasal itu heboh satu dunia...
dulu Datuk Ahmad Ismail hanya bercerita berpandukan fakta sejarah, tetiba saja Lim Kheng Yeik melenting, Koh Tsu Koon, banyak lagi mereka memberontak tak tentu pasal... belum lagi tahu cerita sebenar.
kalau mereka boleh sensitif dengan isu perkauman, maka mereka juga harus ingat bahawa kaum bumiputera juga punya perasaan yang sama...
Salam Sahabatku Pejuang Tempatan,
Saya lihat orang Melayu sekarang dah tak boleh cakap lebih, buat lebih dan sebagainya. Semua kena letak jawatan dan minta maaf.
Buah kita dah termasuk le gamaknya.
YB Datuk Nasir Safar adalah pejuang melayu sebenar :)
Catat Ulasan