12 Februari 2010

Kecelaruan Identiti DAP - PKR - Pas ..!!!

Kecelaruan dari segi lateral di takrifkan sebagai perlakuan yang tidak tentu arah, tidak teratur, dalam kekaburan dan keliru ( Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4).

Identiti ialah sifat - sifat atau ciri - ciri yang sering dirujuk kepada manusia yang membawa kepada pengenalan seseorang itu.

Kecelaruan identiti adalah satu penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang itu di dalam di dilema dan tidak dapat menentukan sesuatu perkara itu dengan rasional.


Parti - parti pembangkang Malaysia kini juga menghidapi penyakit psikologi ini.

Asas utama saya menyatakan demikian adalah kerana ketiga - tiga parti tersebut tidak jelas hierarki kepimpinannya. Siapa yang paling berkuasa dan siapa yang paling layak bercakap bagi pihak parti yang diwakili?

Jika sebelum ini saya pernah mempersoalkan siapakah yang lebih autoriti di dalam Parti Islam Semalaysia (Pas). klik sini. Jelas menunjukkan Pas dipimpin oleh dua orang dan tidak berpandukan perlembagaan parti mereka sendiri.

Kuasa Presiden telah dilangkaui oleh Mursyidul 'Am. Apa yang dicakap oleh Murshyidul 'Am itulah menjadi dasar parti. Tetapi di dalam sesi - sesi pertemuan parti - parti pembangkang, Presiden pula menjadi jurubicara. Siapa ketua sebenarnya???

Di dalam PKR pun perkara sama terjadi. Di dalam perlembagaan parti, Fasal 14 - Majlis Pimpinan Tertinggi, jelas menyatakan bahawa kuasa tertinggi adalah di pegang oleh Presiden parti (Fasal 14, Perkara (2.1)). Tidak ada pun dinyatakan secara jelas di mana letaknya Ketua Umum dan bidang kuasa beliau!

Pindaan perlembagaan parti PKR pada 13 Jun 2009 tidak langsung menyentuh berkenaan peranan dan fungsi Ketua Umum. Maka dimana letaknya kuasa Ketua Umum yang boleh menjangkaui kuasa Presiden yang termaktub di dalam perlembagaan parti?

Ingatkan Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu ikut undang - undang (perlembagaan parti) yang mereka buat sendiri, DAP pun sama sahaja 2 x 5!!

Yang selalu menjadi jurucakap parti DAP ini adalah Lim Kit Siang. Apa jawatan Lim Kit Siang dalam parti yang menjadikan dia lidah rasmi parti?

Di dalam struktur kepimpinan parti DAP Peringkat Kebangsaan, Lim Kit Siang hanyalah sebagai Ketua Parlimen DAP dan gambar mukanya hanya diletakkan dibarisan 6 daripada 8 dalam laman web parti sosialis tersebut. klik sini.

Selalunya ketua mestilah di barisan pertama untuk menunjukkan kekananan perjawatan tersebut. Orang yang paling layak sekali sepatutnya adalah Pengerusi Kebangsaan iaitu Peguamtunda Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Mungkin juga DAP ingin meniru gaya kepimpinan parti Abang Long mereka di seberang Tambak Johor sana yang meletakkan Setiausaha Agung sebagai ketua utama mereka. Perdana Menteri Singapura sekarang iaitu Lee Hsien Loong menjawat jawatan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP). klik sini.

Gaya yang sama sepertimana yang dipraktikkan di negara asal mereka Republik Rakyat China yang dipimpin oleh Hu Jintao selaku Setiausaha Agung Parti Komunis China. klik sini.

Maka orang yang selayaknya bercakap bagi DAP ialah 'Khalifah' Lee Guan Eng. Tetapi mungkin disebabkan bebanan kerja yang banyak dan untuk meniru gaya kepimpinan yang 'adil' dan 'saksama' Umar Abdul Aziz, disuruhnya bapa untuk menjadi jurucakap bagi pihaknya.

Tetapi sejauh mana kata - kata yang diucapkan daripada mulut ketiga - tiga orang ini dipersetujui oleh 'pemimpin bersama' mereka? Ketiga - tiganya parti tersebut ada 2  kepala. Tidak mungkin semuanya dipersetujui oleh beregu mereka.

Sama ada suami - isteri atau anak - bapak, kadang - kadang berselisih pendapat juga! Sebab tukang cakap bukanlah orang yang sama menjadi tukang bekerja. Itu yang saya gelarkan mereka sedang dilanda kecelaruan identiti! 

Tiada ulasan: